Jumaat, 16 April 2010

adakah aku mudah jatuh cinta?

tingkatan 1

mula minat dengan seorang perempuan ni. dia sangat lawa! tetapi disebabkan badan aku agak gedempol macam tong gas warna hijau, aku ni tidak di lihat. tambahan pula mak adalah ustazah ketua bahagian agama, tak ke kantoi mahu menulis surat cinta kat dia? jadi perasaan minat itu terpendam sampailah... 2 3 minggu je kot.




tingkatan 3

bertudung labuh. muka sangat putih. ayu dan sangat mempersona. kata hati mahu jadikan dia isteri dah, tekad kalah seorang askar yang mahu berjuang. tapi sebab malu malu kucing, tak pernah nak berterus terang, perasaan minat itu terpendam... agak lama jugak sampailah beberapa bulan




tingkatan 4 hingga 5


ada seoarang gadis ni yang betul betul comel. tak boleh bagi hint nanti terkantoi dengan orang sesekolah. minat kepada dia ni sampaikan sangggup datang kelas awal pagi setiap hari sebab dia selalu datang awal ke kelas. tapi sayang, sebab jadi ketua pengawas, kena jaga macho dan tidak terlibat dalam soal cinta cintun ni. minat tadi terkubur. lebih lama sampai habis tingkatan 5





semasa habis tingkatan 5 mahu tunggu result (part 1)

ada seorang rakan satu smart reader yang sangat comel. dia tidak bertudung. dah mula minat dengan perempuan tidak bertudung dah. walaupun kelas berasingan, tapi time balik kelas tuisyen, pasti jumpa dengan dia dan lemparkan senyuman. ooh, senyuman itu cukup manis. tapi macam biasa, kisah minat akan dia itu juga mati, mati selepas kelas tuisyen itu tamat




semasa habis tingkatan 5 mahu tunggu result (part 2)

minat kepada seorang perempuan ni pula. kawan kepada seorang rakan. perkenalan begitu begitu nampaknya membuahkan hasil sehinggalah lafaz i love u diungkap. auwww. cinta pertama? entahh. mungkin sebab sebelum ni minat saja. tetapi tak bertahan lama sebab dia budak pandai, aku bodoh pergi clash dengan dia. urmm. kisah itu dah tamat dan kami masih kawan sampailah sekarang




semasa mtrx

jadi ydp tidak menghalang aku untuk menaruh minat kepada seorang perempuan ni. macam biasa, kategori lawa. minat kepada dia ni terus timbul perasaan cinta yang sangat mendalam. walaupun terpaksa control dengan pelbagai cara, contohnya kirim bunga yang dibeli di cameroon highland kepada kawan dia untuk diberi kepadanya, akhirnya ramai jugak yg tahu. dating? pernah makan bersama di klcc. pernah juga melihat haiwan peliharaan di tingkat atas mid velley sebab dia minat arnab dan hamster. sayang, hubungan tidak kekal lama setelah melihat profail picture di friendster dia bersama lelaki yang tidak kacak berkaca hitam. perempuan kejam? memang kejam. tapi sesetengah je. kalau tak terasa jangan marah kat komen




semasa di uitm shah alam

wow, ramai gadis hot disini. hot hot inilah membuatkan hati terpikat akan seorang perempuan ini. satu kos, actuarial sains. erkk, tak sempat nak kata i love u pun kepada dia sebab terpaksa pindah masuk ke bmi untuk ke uk.




semasa di bmi

ada jugak minat kat antara mereka berlima ni, tapi lebih sesuai coursemate ni dijadikan kawan, bukan gf. minat ini jadi minat semata mata.



semasa di uk (part 1)

yeah, start berblog. mencari jodoh di blog. ya! jumpa. nampaknya ada respon positif dari pihak sana. balik summer jumpa dengan dia dan.. tamat begitu saja. status sekarang, kawan




semasa di uk (part 2)

banyak join aktiviti kat sini, sudah pasti berpeluang jumpa dengan ramai gadis gadis di luar sana. manchester ada, notts ada, leeds ada, dublin ada, cork pun ada. hehe. banyak banyak ni, ada minat dengan seseorang. tapi minat hanya tinggal minat. terkubur seperti kisah kisah lain



semasa di uk (part 3)

yeah, perempuan blog lagi. banyak betol jodoh di blog ni. tapi yang ni lain sedikit sebab respon yang diberi agak membina. berblog pasal dia buat diri rasa tenang. tapi entah kenapa, lama kelamaan hubungan jadi renggan. seterusnya bgtau yang 'saya minat kat awak' dan reply dari dia, er... sangat sopan menolak. ok, harap u always happy





1 2 3 4.... 11!

perghhh, sampai 11





hidup berdua, apa apa pun indah



sepanjang hidup ini, dah 11 perempuan yang aku minat. dalam 11 ni, ada 3 yang betul betul jadi 'awek' ada soalan somebody dalam komen kat entry sebelum ni, adakah aku mudah jatuh cinta?


cerita kesebelas sebelas


lebih kepada minat. bukan cinta. aku bukan pakar dalam cinta. tapi aku yakin, kesemuanya lebih kepada minat. adakah ini normal? ya, bagi aku ia normal. normal kalau kita minatkan seseorang. dia cantik, dia glamer dia selalu happy dengan kita. bila minat kita ini berbalas, yang mana dia pun minat akan kita, maka akan lahirlah cinta? no no no


that word of cinta is too precious!


cinta - perasaan murni seseorang kepada seseorang yang lain yang membuatkan dirinya sanggup berkorban apa jua untuk kepentingan orang yang dicintai itu

definisi joegrimjow


perkataan pengorbanan itu cukup besar. adakah sanggup kita melakukan hubungan jarak jauh demi cinta? adakah kita rela dia ramai peminat dan terpaksa melihat peminatnya yang begitu ramai demi cinta? adakah kita sanggup untuk menyerahkan seluruh jiwa keringat hati kita demi cinta?


jika ya jawapannya, ya, anda sudah jatuh cinta!



setakat,
tak sanggup lah untuk berjauhan dengan u...
kalau u dapat ni... camne dengan i... takke i susah nanti?....
nak bahagi masa untuk u lagi, family lagi, study i lagi....

pun kita tak boleh buat... adakah layak untuk digelar cinta?





kesimpulan pada diri sendiri

tidak mudah untuk jatuh cinta, tapi cenderung untuk minat kepada seseorang itu ada. ooh, ini sangat bahaya. takpe, nanti dah kahwin, minat dan cinta hanyalah untuk isteri tersayang :P



pss : ini untuk cinta manusia, jangan lupa cinta kepadaNya yang lagi agung. dah baca kisah cinta eiffel tower?

50 ulasan:

  1. keep it up,
    insyaAllah, nanti terus jumpa dgn bakal isteri ya :)

    BalasPadam
  2. jodoh tu rahsia Alah...

    insyaAllah nanti ko akan jumpa gadis yang bakal ko bimbing kelak... :)

    BalasPadam
  3. ala, maklang Adam pun single lagi. dulu duk blajar kat cardiff, mau ka? hehehe

    BalasPadam
  4. banyak moral value yang dapat kat cerita neh...
    heee~
    u memang salu jadi leader eh...
    gud...

    btw...
    ta pe...
    de banyak masa ag kot nak mencari kan?
    keep going!
    :)

    BalasPadam
  5. cinta jarak jauh..
    ade kale manis..
    ade kala pahit..
    tapi kalau dah namanya cinta..
    tentu la sanggup...

    ala.joe byk masa nak cari lagi kan..

    BalasPadam
  6. oh la laaaa!

    cinta utama tetap kat DIA kan? :)

    BalasPadam
  7. ku doakan cik tanah will be the last and only lepas neh.. ehehe


    kpd cik tanah.. I'll see you at your wedding day. heee.. =)

    BalasPadam
  8. ada rezeki ada r nanti....jgn lupe jmput mkn nasi minyak...huhuhu...

    BalasPadam
  9. en joe..nnt nak bukak topik camni jugak la..boleh?nk kire jugak bape org sy penah minat..

    BalasPadam
  10. sila2, takde hakcipta terpelihara pun ;) nanti tinggal la komen, ada masa ku tengok

    BalasPadam
  11. ramainyeee..
    xpe joe..pasti ade yang tercipta memang utk kamu.=)

    BalasPadam
  12. joe..
    cinta sejati akan dtg nanti..
    kau tunggu arrr..
    sabar tu buahnya manis..


    aku tak ley tahan bila kau kata badan gedempol macam tong gas kaler ijau..

    BalasPadam
  13. big fuhhhh from Fida Aishah. Are you sure? ramainya Joe..hu..hu. Baru nak tackle kenyit mata kat you...
    tak jadi la pulak..ha ha
    Joe, boleh tulis novel nih...

    I'm looking forward to comment this in my blog. no worries...positive thing jer...again...( fuhh terrer pakcik nih..)

    BalasPadam
  14. fida, kena baca kisah eiffel tower tu ;)

    BalasPadam
  15. menarik;)
    semoga nnt pabila cinta kpd mnusia,tidak melebihi cnta kpd Nya^_^

    BalasPadam
  16. Takpe.. Pengalaman mendewasakan kita.. Heehee..

    Tapi ku suke melihat kamu ngan cik tanah.. Heehee.. Pokok, jaga tanah leklok ye.. Ngeee..

    BalasPadam
  17. waaa..banyaknya pengalaman cinta mu jo. femesla. perluke biasakan diri untuk minat someone pastu bercinta. musykil. hopefullly JO bahgia ngan. .ohh tuan tanah tatao yg mana satu ni :P

    BalasPadam
  18. jawapan panjang lebar utk soalan semalam :)

    - saya tak tengok siapa awak sebelum ni, apa perasaan awak di masa lampau, saya peduli akan siapa awak kini, dan perasaan awak di masa akan datang.Sebab masa lampau awak tiada saya.Tapi masa depan awak mungkin ada saya.Kalau Tuhan benarkan.. :)


    Jard: started to like u bila follow this blog ;) thanks doakan..inshaAllah last dia minat dan cinta lah kan?Jangan cinta sy minat orang lain.lol

    Farhana : like ur comments here juga ;).Pokok, sila dgr nasihat Cik Dr.

    Dayah/Nurul: inshaAllah sy munculkan diri bila ... bila ya? ;)

    -tanah-

    BalasPadam
  19. dasyat joe,
    aku nak cari satu pun susah!

    kecewa!!

    BalasPadam
  20. wah sonok bce ksh cinta awk ni ;-)
    takpe nti jpe jgk jodoh tu..
    tgu je ;p

    BalasPadam
  21. feewwiitttt..!
    cintan cintun tuuuu..
    =)

    BalasPadam
  22. true love is hard to find.
    kalau satu hari ditakdirkan dah jumpa dgn your Mrs. Right, jaga dia elok2 dan jgn sia2kan. sbb ALLAH temukan kita dgn org yg salah dulu sblm kita jumpa jodoh kita yg betul.. :D

    BalasPadam
  23. :) akan ada nanti seorg insan membawa sekeping hati yang telah di larikan. Keep praying n mtk petunjuk kat Allah supaya temukan dgn orang yg betol bukannye pembawa hati berdarah =P

    BalasPadam
  24. joe sengal, kisah kelambu dibawa ke blog :)
    apa pun, wedding hang insyaAllah ku mai.

    BalasPadam
  25. minat dan cinta memang berbesa.
    ramainye org yang joe minat.hehehe
    semoga bertemu dengan cinta yang dicari.
    tapi yang pasti,cinta pada-NYA tetap yang utama kan?:)))

    BalasPadam
  26. banyaknya . hehe tak terlawan :P

    BalasPadam
  27. teringat pulak kat sepupu aku sampai 17 calon pergi tengok masa nak kawin dulu huhuhu...pasti ada yg terbaik utk bro ni

    BalasPadam
  28. pinang je terus..huhu

    BalasPadam
  29. Erkk, tengah bahagia membaca komen :)

    BalasPadam
  30. dh x mencari cinta. biar cinta tu dtg sndiri... :)

    BalasPadam
  31. entry iklaswah cinta joe di dunia maya...keep searching joe

    BalasPadam
  32. ohhohh.penat seh bercinta.haha.

    BalasPadam
  33. now setiap kali joe ada entry baru, aku hanya akan baca 10 jam selepas itu. sebab aku nak baca komen tuan tanah jugak.


    wakaka!

    amboi joe..berbaris senarai.! mujur tak lebih sedozen. hakhak!

    BalasPadam
  34. xpe tu. mayb jodoh belum muncul lagi

    BalasPadam
  35. Cari pasangan hidup, betul betul kawan. :) Teman hidup biar hinnga ke surga. Yup, cinta is too precious.

    BalasPadam
  36. jodoh same dgn ajal...xpyh disoal..

    itu je nk ckp..ahaha

    *sorry dak kecik dtg menyebok =P

    BalasPadam
  37. insyaAllah cinta itu akn dtg.. pastinya usaha..

    BalasPadam
  38. ok, joe minat 11 orang. 3 jadi awek.
    yang minat joe pulak? berapa ramai?

    BalasPadam
  39. hehehe 3 kali byk tu.. BeMie becinte pun lum penah.. hehehe

    BalasPadam
  40. huhu mmg banyak betul perasaan tehadap pompuan awak ni.. bak kata Ariff Shah klw nk suka seseorang mesti ada mutual feelings..klw bertepuk sebelah tgn mmg x jadi la..pandai kasi nasihat tapi x tau langsung about love ni..hopefully awk dpt la wanita yg solehah..amin.


    * awak ni rupanya kawan YM kawan baik saya..(gadisku_dibawahbayu)

    BalasPadam
  41. maybe lepas nie u kn look n look carefully
    klu nk cr ..........jgn miss looking
    maybe da jmpa kmu je x perasan

    BalasPadam
  42. kna minat org utk inpiration..hahahha...

    BalasPadam
  43. kna minat org utk inpiration..hahahha...

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.