Rabu, 10 Mac 2010

Joegrimjow dan duit-duitnya

ok, sebab ada seorang blogger (jard) dah semangat nak kawen hasil dari entry ni, dia minta untuk aku mendedahkan 'simpanan' yang aku mahu gunakan untuk kahwin. haha, tak sangka entry ini dapat menyuntik semangat orang untuk kawin cepat. bagus la tu, kan berdua lebih baik ;-)


sumber pendapatan


pound pound pound!


sumber pendapatan atau duit aku datang dari 4 jenis. biasiswa MARA, dari universiti, kerja part time dan herbalife. rasanya biasiswa yang paling menyumbang banyak. duit dari universiti, dieorang bagi 2000 pound untuk setahun. tu pun kalau dapat class 2.1 dan keatas r. untuk duit dari hasil kerja part time pula, tu memang duit aku la kan? herbalife pula, pendapatannya ikut semangat yang aku tunjukkan, rajin promote, banyak la income, malas? duit pun malas la nak masuk



(rm = pound darab 5.5)

duit mara sebanyak 650 pound sebulan
duit kerja part time 350 sebulan
duit herbalife antara 50 ke 300 pound sebulan (kat malaysia pula rm 500 ke rm 1500, pernah dapat rm 10 000 untuk 3 bulan kat malaysia, klik sini untuk baca)


duit dari MARA, sayang MARA, nanti i bayar balik ok ;-)




2 jam sehari, sabtu ahad tak termasuk, ok la ni!




jadi setiap bulan purata yang ku dapat 1150 pound






ke mana aku belanjakan duit ini?


duit rumah : 160 pound
duit gas/elektrik/air/internet : 100 pound
bil telefon : 35 pound
makan minum : 50 pound
hiburan : 50 pound
zakat dan derma : 100 pound
lain lain : 50 pound


total : 545 pound


jumlah simpanan 600 sebulan (dibundar kepada nilai terdekat)
untuk setahun 7200 + 2000 (duit universiti bagi)


jumlah simpanan untuk setahun adalah 9200!





zakat dan derma


ok, nak share sikit pasal zakat dan derma ni. senarai atas aku peruntukkan zakat dan derma lebih dari makan aku sendiri. haha. ini merupakan latihan terhadap diri sendiri. rasanya elok untuk kita buat latihan ini dan biasakannya sejak kita masih pelajar lagi. alhamdulillah rezeki Allah ada di mana mana, ku kira 2.5 % hasil pendapatanku. jadi lebih kurang 25 pound akan ku sedekah ke jalan Allah. untuk dapat lebih keredhaannya, ku biasakan dengan tambah lagi sehingga 4 kali ganda. jadi dalam sebulan kebiasaannya akan dermakan 100 pound


bukan nak menunjuk (nauzubillah)


ini adalah rezeki dari Allah, yang mana kalau kita belanjakan lebih kepada jalanNYA, rezeki kita akan bertambah. betul tak tipu. ku pernah buat eksperimen benda ni, semakin banyak ku derma, semakin banyak duit yang datang. kemana ku derma, tak payah la cakap dengan detail, tapi kurasa benda yang baik gini, terutama yang dapat biasiswa dari kerajaan, baiklah kita peruntukkan sebilangan duit kita untuk menolong orang. bila kita dah biasakan diri kita, nanti bila gaji dah berjuta, barulah tak kekok untuk kita terus memberi. dengan ini barulah agama kita akan terus maju!



perniagaan paling untung?


meniaga herbalife ke, kerja part time sebagai cleaner ke, duit bukanlah segalanya. ku petik 2 ayat dalam alquran yang Allah sudah tegaskan di dalam surah as-sof ayat 10 dan 11 yang berbunyi



[10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?


[11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)



mati bila bila masa saja. harta takkan bawa kemana. yang penting, kita belanjakan harta kita ke jalan yang betul jangan lokek untuk memberi kerana nanti, ganjaran berpuluh kali ganda yang kita akan dapat!



doalah supaya aku jadi sekaya saidina uthman yang membelanjakan duitnya untuk mendapat jalan syurga Allah....


~~~~


berbalik kepada simpanan, purata ku dapat sebulan adalah 600 pound. ok, 600 pound ni tak semestinya tepat sebab kadang kadang ku belanjakan untuk jalan jalan ke negara orang. jard tanya macam mana ku dapat survive dengan duit ini untuk kawin. ok, jom kita lihat satu persatu apabila aku dah kahwin nanti, macam mana dengan simpanan



2010

januari = simpan 600 pound
february = simpan 600 pound
march = simpan 600 pound
april = simpan 100 pound (cuti easter, jalan jalan)
mei = simpan600 pound


jun = simpan 300 pound (balik malaysia)



july = defisit 1000 pound (belanja kawin)
ogos = defisit 1000 pound (bulan madu kat eropah)
september = defisit 500 pound (alat make up dan shopping2 isteri)





oktober = ishtihar muflis




kekeke
nauzubillah!



ok ok, melawak je la. haha, sebab suruh ku buat, buat je la. yang penting, cari isteri yang pandai tambah duit bukan isteri yang habiskan duit. haha. itu yang penting.



jadi, adakah aku dah layak untuk berkahwin dengan duit yang dah ada sekarang?


melawak melawak juga, point penting jangan lupa ambil
;-)

65 ulasan:

  1. wahh. bnyk tuh. leh kawen dh. =p

    hrtuh masuk contest u. x mng pun. sad je. =(

    BalasPadam
  2. haha.. bagus la joe. dah simpan bnyk duit utk kawen ni. calon dah ade ke blom? hoho

    BalasPadam
  3. giler kaya.
    aku kat russia ni gak yang miskin

    BalasPadam
  4. inora, len kali bleh cube lagi
    hehe

    anoz, jom jadi kaya sama2, hehe

    ariff, ko kaya dengan blog, ok pe

    BalasPadam
  5. Dahsyat nengok orang2 yg dah nak kawen ni planning.. Heehee.. Bagus2.. Pandang ke depan.. :)

    ~ joe, semoga murah rezeki selalu ya..

    BalasPadam
  6. wah banyak nye joe.jeles nye aku.

    hah tinggal cari calon je joe.kawen jmpot aku.gaga.

    BalasPadam
  7. farhana, nak kawen, plan kene mantap, hehe

    bella, dah boleh kot siap2 beli barang2 adiah semua

    BalasPadam
  8. Duit Nuffnang nye brape? hehe...

    Anyway, i like konsep menderma awak. Bulan depan nak ikut jejak joe. Aku janji. Dulu pernah janji nak buat cam ni time tengah susah. Bila dah ada rezeki sikit, mula la dibuai mimpi indah. haha...terlupa!

    thanks sebab mengingatkan.

    BalasPadam
  9. duit duit duit.
    kaya kaya kaya.

    hahaha. kisah kawen belog jard ke sini kisah duit. sangkut paut yg jelas! semoga kaya deh~

    BalasPadam
  10. joe, sehari joe wut bape entry eh?cpt btoll..baguih2 simpan utk kawen, at least beringat

    BalasPadam
  11. shah, nuff skit je, sama2

    saidah, haha, akak ku tu da angau da

    zaizax, xmenentu, rini happy skit, post banyak skit ;-)

    BalasPadam
  12. rasa nak melamar joe. (HAHAHA!).

    bagus2, muda2 dah banyak simpanan, mmg betul, sedekah tu datangkan keberkatan. chaiyyok joe, nak kawin sila jemput aku eh.

    BalasPadam
  13. wow..i'm sure you xpenah broke part2 money nih..hehe..jealous!

    BalasPadam
  14. Salam :)
    Fuh..sangat besh!
    nak signup jadi wify la :P

    BalasPadam
  15. oh kayanya.
    aku di jordan x leh buat kerja part time. aduh tp klu bleh buat pn x smpat kot. duit biasiswa la satu2nya sumber. masa cuti sem perabih buat jalan. aih camano nak jadi ni...

    BalasPadam
  16. sarah, ia jemput, hehe

    mui, pernah juga, tu cabaran

    hana, aik, sign up? hehe

    hariz, buat la herbalife, hehe

    BalasPadam
  17. wow! dekat rm6k pendapatan bulanan ko ek. tu blum keje tetap lagi tu.

    tapi apa² hal aku respek bab spend duit tuk derma tu. moga ko bertambah murah rezeki dan cepat kawin.

    err..tarikh ko plan nak kawin tu cam sama ngan tarikh jard jer. err.. ade pepe ke..hahaha..

    BalasPadam
  18. rajin menyimpan dan berjimat cermat gila sambil jgn lupa menderma, inshaAllah rezeki Allah kasik melimpah (pengalaman orang x keje)

    BalasPadam
  19. belanja kawen RM 5500 ja?biar berik?

    BalasPadam
  20. ahahaha... takpa.. ko ramai adik beradik leh support..

    psstt.. ku ade mesej kak sulong mu pasal mu kawen awal... die sokong je ku nmpk.. ehehehehe.. =p

    BalasPadam
  21. yeah..its true joe. berdua lebih baik..kehkehkeh :P ekonomi fulus bertambah double :D

    BalasPadam
  22. hidup mesti berani hadapi kenyataan!..semoga impian jadi realiti..nak yg baik..diri sendiri pun mau baik..tau..huhu..

    BalasPadam
  23. Baguslah tu dah mula menyimpan...
    Senang nanti

    BalasPadam
  24. Wah..bagus punya planning..nak ikut jgk la..=)

    BalasPadam
  25. hi joe, jpp matrik melaka 06-07.. nice entry u got here :)

    BalasPadam
  26. kenapa lah aku tak belajar pandai-pandai dulu ek..

    tak pasal-pasal aku dah rasa cemburu giler..

    BalasPadam
  27. nak try tapi tak blh....
    saya bkn jenis perempuan yg guna duit lelaki, tapi duit gaji saya sgt sikit...terpaksa

    BalasPadam
  28. belum boleh!tgu abes blaja dlu..haha..btw gle pandai simpan duit ah ko..aku dok kering dah ne..

    BalasPadam
  29. .nk kawen dgn omputih ke melayu joe? ;p

    BalasPadam
  30. balik m'sia habis belajar boleh terus kawin

    BalasPadam
  31. owh.baca artikel pasal kawen rasa macam gerun. tengok belanjawan kewangan u yang di jangke muflis tuh rasa macam x nak kawen teros T_T kawen is not as easy as makan nasik. Sumtime duit is not an issue but can be the issue. kalo duet cukop agame x cukop.... berjuta2 pon lingkop. kalo diri x bagos jgn berangan nak dapatkan insan yang bagus ...wuuu.... kawen....kawen.... mungkin lagi best I siapkan coding I dulu T_T

    BalasPadam
  32. hebat! umo bru 22 saving dah beribu.
    ku pun nk gak lah!!
    :))

    BalasPadam
  33. *kagum* ...
    =)
    bagus jugak banyak duit... boleh jemput kwn2 blog ke majlis kawen nanti...
    :)

    BalasPadam
  34. huhu, bnyak, xsempat nak reply satu2 ;-)

    ape2, diri sendiri kene bersedia dulu

    jangan lupe menderma

    BalasPadam
  35. Terima kasih Joe..bab derma menderma tuh mmg ade benarnye..terima kasih juge berkongsi tips..bagus untuk sesiapa yang nak kawen..plan camni la yg perlu..ini tidak, esok luse nak kawen..minggu lepas baru stat menabung..adeh..mane sempat kan?

    p/s - aku rase, mungkin boleh adjust lagi tuh..1000 pound=rm5500..tak cukup kot utk belanje kawen..hehe

    BalasPadam
  36. salam~
    intrested dgn strategi sedekah kamu~
    ya~
    sedekah harus jadi amalan~
    setuju dgn cara awak.

    sy pulak~income mmg la xada.
    belanja harap kat JPA sepanjang belajar, dan kadang2 keje part time..
    dpt sedekah sehari beberapa posen dan bagi sikit2 pada adik dan mak bila cuti pun dah rasa heppy sgt~
    sedekah mmg harus jadi amalan~

    pasal kawin~
    selalu sy dengar..bila kawin, rezeki akan semakin banyak (insya allah). jadi, saya rasa..balik malaysia awak leh kawin da..
    haahhaha

    ape pun~
    gud luck~

    BalasPadam
  37. hebatlah perancangan u..untung si isteri :D

    BalasPadam
  38. Salam..

    Alhamdulillah.. banyak tu.. aku suka tang zakat tu.. maklumlah dgn zakat tu bolehla org Islam yg kurang berkemampuan tu sikit sebanyak bernafas...

    Tahniah.. aku suka org melayu islam kaya dan ingat utk membantu..

    BalasPadam
  39. aku nk kawin ngn kau lah kalau macam ni. hahaha

    BalasPadam
  40. kena kumpul harta dulu...bru sng dikemudian hari...hohoho....insyallah, byklah rezeki tu...

    BalasPadam
  41. en joe, sy pon nk bljr drpd anda.
    kebijaksanaan anda dlm menguruskn wang.
    oh.
    kagum.
    O-O

    BalasPadam
  42. wohaaaa ~~~
    bagosssss!!!
    jom bisness ...
    ramaikan jemaah melayu wat bisness
    jom kawan-kawan (ala upin ipin)


    ngehehhehehe


    >>___<<


    sila kawen ngan adeq aku ....

    BalasPadam
  43. interestingnya entry ni... derma & zakat, bagus!

    BalasPadam
  44. interestingnya entry ni... derma & zakat, bagus!

    BalasPadam
  45. wah3!
    macam dah ready nak kawin je nih.
    gagaggagaga

    BalasPadam
  46. bagus tu simpan awal2 sebelum kahwin, nanti sampai masa banyak lagi yg unexpected...

    BalasPadam
  47. cpt la kawen joe..mcm x sbr dh tu..hehehe ;p

    BalasPadam
  48. wah2..bagus..ni la calon lelaki yg bagus..hahaXD ssh nak cari lelaki camni nih..nak promote la..hahaXD

    **juz joking**

    BalasPadam
  49. betul tue joe..

    cari la isteri yang pandai jana duit... bukan jana duit kite masuk akaun dorg je n xkuar2

    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  50. **reply en joe punye mesej kat shoumix sy**

    sy cari chatbox awak xjumpe.mmg xde ke?
    itu bukan roti KFC la en joe. itu roti RFC. radix fried chicken. made in malaysia and ingredient pun dr org muslim..ehehe.kalo nak.balek malaysia.haha

    BalasPadam
  51. kisahnya..
    kita mmg selalu abaikan zakat..
    bagus entri lu..kasi celik sikit zakat tu..

    BalasPadam
  52. terbaikk bro :) jarang orang derma zakat. termasuk ni ha tuan badan haha

    BalasPadam
  53. alhamdulillah..murah rezki bro..:)

    BalasPadam
  54. j0e. nak tawen ngan j0e boleh ?

    *stlah melihat pendapatan joe* lalalalalalala.


    aii bukan menghabiskan pendapatan u. but menambahkan pendapatan u.

    s0 pilihlah aii. *versi gediks2*

    BalasPadam
  55. wah... gud dah ada perancangan.... semoga cepat2 kawin dan murah rezeki

    BalasPadam
  56. fuyoooo joe...
    patot disalute.. muda2 da ada income sndri.. best gilaaa...

    1 more thing..
    aku bkn jns isteri y abes kan duit.,.
    hahaha..

    BalasPadam
  57. pandai joe cari duit..syabas..teringat zaman kije kilang susu masa di Uk dulu..oh..aku rindu kenangan itu..

    BalasPadam
  58. takdelah sekaya ko.
    itulah kat russia ni, nak kerja memang tak dapat la.
    kalau setakat ko kerja 2 jam sehari pun dapat banyak da. best2.
    pengalaman dapat, duit pun banyak dapat

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.