Ahad, 21 Februari 2010

selamat datang ke rumah anak kacak joegrimjow

entry dari idea fynn. aku pon rasa jiwa aku ke arah tu. kan best kalau banyak duit, betapa banyak manusia yg boleh kita tolong. jom menjadi kaya!


~~~~


credit google (diarykl.com)


hari ini genap 50 tahun pembukaan rumah anak kacak joegrimjow. walaupun pernyataan kacak diberi, anak anak yang ada di rumah itu ada juga terdiri dari golongan perempuan. ini tidak membataskan hanya kepada lelaki semata mata. sekarang, CEO utama, joegrimjow ingin memberi ucapan. joegrimjow sekarang sudah bergelar atuk, 72 tahun dah umurnya


'ehekk ehekkk. assalamualaikum w.t.h'


penonton yang datang menjawab salam beramai ramai


'ehekk ehekk. maaf la, dah tua ni, rasa tak sihat pulak. tapi takpe, semangat nak beri ucapan ni'


we love u atukkk. tiba tiba seorang penonton bertempik


'i love u too babe. hakhakhak. eh eh, atuk nak bagi ucapan ni, janganlah kaco ye. nanti melalut buat cite pak belalang plak nanti kang.

ok

mula mula atuk nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang datang. atuk cukup terharu... sob sob...'


seseorang memberi tisu


'terima kasih nak. atuk teringat kembali memori silam, penubuhan RAKJ ni. memang susah sangat, dengan dana nya yang tak cukup, dengan komitmen atuk pada pelajaran yang masih banyak ketika itu, dengan cemuhan dari orang setempat, memang susah nak buat rumah macam ni'


titisan air jernih mengalir lagi. dia mengelap air matanya dan menyambung semula


'tapi pada ketika itu, hati atuk telah betul betul hancur luluh. melihat anak anak yang terbuang begitu sahaja. tak tahan buang dalam tong sampah. apa beza anak dengan sampah macam ni? hina sangat kah anak itu? berdosa sangatkah anak itu sampai diperlakukan sedemikian rupa??'


yang menjadi perhatian atuk, yang membuang anak ini adalah kalangan bangsa kita. bangsa melayu. bangsa atuk sendiri. nak cakap agama takde, memang ada agama. mungkin kurang didikan dengan kasih sayang, mereka memilih untuk membuang baby2 comey ini di tempat pembuangan sampah sahaja!


tekun orang mendengarnya


'jadi, dengan kudrat yang ada, atuk tubuhkan rumah ini. bagi peluang dan sumbangan kepada insan insan yang bakal melahirkan anak ini. agar nanti, anak itu tidak terbuang begitu saja'


dia mendapat tepukan dari penonton


'jangan tepuk dulu. banyak lagi kisah ni. nak suruh atuk berhenti dah ke?'


sambung tuk sambung, jerit audience


'ok, mula mula penubuhan, memang banyak masalah. masalah yang atuk tak boleh nak dengar adalah cemuhan orang. macam macam orang kata, nape nak bela insan macam ni? napa nak back up pompuan keji macam ni? tak tahan lagi, ada yang cakap atuk buat rumah ni untuk mengorat ibu ibu muda. haiiyaaa. tak paham atuk di buatnya. tapi, mengambil pengajaran adik beradik wright yang menulikan telingan dengan cemuhan, berjaya jugak rumah ni terbina.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
laaa, apsal tak tepuk? tepuk lah!


audience kembali tepuk dengan gemuruh


'dah 50 tahun beroperasi, banyak kenangan manis di sini. tengok anak si bedah tu, sekarang dah jadi angkasawan dah. sekarang ni tengah buat persediaan untuk ke pluto. anak si milah tu, baru semalam FBI panggil untuk beri latihan kepada polis polis sana. tak lupa anak jenab, sekarang ni dah jadi model iklan syampoo rambut dah. atuk bukan nak berbangga, tapi dengan terbelanya anak anak tidak bernasib baik ni, sekarang meraka dah menjadi 'orang' yang sangat hebat!'


sorakan demi sorakan diberikan


'akhir kata, atuk nak ucap jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan rumah ini. ajk ajk yang sungguh mantap semuanya. body gantang semuanya tanpa henti henti bekerja untuk jadikan rumah ini sebegini rupa. hanya kat sana akan terbalas jasa kalian, yang tak henti henti menderma, terima kasih banyak banyak atuk ucapkan. ok lah, atuk habiskan ucapan atuk dengan serangkap pantun 3 kerat'


ramai betul anak luar nikah
sebab mak bapak dieorang tak nikah nikah
kalau gatai sangat nikah jelah!!


terima kaseeyyy'


dengan berkahirnya ucap utama dari ceo RAKJ, rumah anak kacak joegrimjow, maka berakhirlah acaranya. semua orang pulang dengan gembira ke rumah masing masing



psss : tengah sedaya upaya untuk menyiapkan review semua peserta. ada link tertinggal? kalau ada bgtau r. kot2 ku termiss. biasalah, manusia, tak terelak dari melakukan kesilapan. jangan lupa bgtau sebelum ku umum kesemua peserta yang masuk bertanding dan layak untuk diundi


~~~~



entry ke 26 : aidi

juga true meaning of love. entry ni lain skit sebab tidak diterangkan apa itu cinta secara direct. apa yang diceritakan adalah bagaimana kisahnya semasa kecil yang hampir mati lemas dan cinta itu yang menyelamatkannya. nak tahu macam mana? kena lah klik link atas. time kasih sebab join. nasib baik ada abang abang yang gantang2, kalau tidak, tak tahulah kan macam mana nanti. gud luk ok




entry ke 27 : maryam

wahh, begitu banyak maksud cinta dalam entry ni. semua definisi memainkan peranan untuk jadikan entry ini begitu best untuk dibaca. ku copypaste dari entrynya

perasaan cinta pada sesuatu menyebabkan orang sanggup meninggalkan perkara yang-dicintai tidak suka. perasaan cinta menyebabkan orang berusaha untuk suka pada perkara yang-dicintai suka. perasaan cinta menjadikan seseorang itu bergantung kepada yang-dicintai. yang-dicintai adalah pelindungnya. hilangnya yang-dicintai mampu menghilangkan kewarasan seseorang.

banyak lagi pendefinisian yang menarik. apa lagi. jom tengok! thank u dan semoga berjaya. ada rezeki, adalah kemenangan



entry ke 28 : syuq

entry true meaning of love. mula mula ku tengok video dulu sebab ada video. dah tengok video, baru baca entry. hurmm, harap tabah menempuhinya. cinta manusia ni memang comlicated sebab kita berhubung dengan 2 hati. macam macam boleh terjadi pada 2 hati tersebut. yang penting, kita tahu macam mana untuk belajar mencintai orang yang tidak kita cintai. ada satu quite menarik dalam video, andai kata aku pergi, kenanglah daku dengan kenangan yang kita lakarkan bersama(lebih kurang). nice2. gud luk bro. siap ada video lagi. terharu2

32 ulasan:

  1. fuhh..hebat visi mu joe.salute la!

    ada isi entry mu neh;)

    p/s--)ok2 nama ada dah dalam list.thanks for concerning;)

    BalasPadam
  2. pantun tu x thn..
    nasib baik x gtl lg..
    kih3

    BalasPadam
  3. hehehe~

    aku juga punya impian untuk memberi sesuatu semula pada masyarakat.

    BalasPadam
  4. hehhe..
    besar impian tu..
    nice post joe=p

    BalasPadam
  5. joeeeeeeeeeeee.

    l0lly jadi penyokong tegar jelah utk contest tu ahak ahak ahak

    GO! GO! GO!

    BalasPadam
  6. wahhh..nice entry..i like..

    semoga beli pengajaran kepada individu2 yang tak bertanggungjawab tu.

    audience yang sporting.hahaha

    BalasPadam
  7. kan best kalau peanut leh tubuhkan rumah kebajikan yang realiti untuk orang2 yang kurang bernasib baik...

    tapi kan, kalau bertambah rumah kebajikan, lagilah banyak orang nak buang bayi..sebab mind dah set, ala, t de orang jaga anak diorang yang diorang buang tu..

    :)

    contest dah tamat dah..tak sempat nak join...

    BalasPadam
  8. best cerita kali ni

    impian ku satu hari jugak..insyaAlah

    BalasPadam
  9. Impian mulia, mari sama2 kaya, buat ibu pejabat rumah anak kacak dekat kelantan.

    BalasPadam
  10. kalo da gatal kne nikah yea? aha..
    lawak pantun you! ;)

    BalasPadam
  11. Mau join venture yek nanti atuk.. Heehee.. All the best dgn usaha murni kita.. :)

    BalasPadam
  12. memberi semula kepada masyarakat jarang kita mahu buat. sebab utama ialah komitmen. harap ada kesedaran untuk diri ini berubah

    cik peanut, tak semesti. rumah begini untuk menyelamatkan mangsa dan anak. rasanya takkan ada masalah menggalakkan daripada terus terjadi

    BalasPadam
  13. you, btl ke lotion herbalife oke?
    i nak! i nak!
    i kan penchenta lotion.
    kat ne nak beli?

    BalasPadam
  14. bgusss...

    iA.. kalau ada rezki lebih ku nak sangat amek anak angkat nanti. bela anak2 yg susah..

    good job.
    :)

    BalasPadam
  15. vina, da tau kan? hehe

    lin, banyak anak, murah rezeki gitu

    BalasPadam
  16. walaupun the pantun does not rhyme-AT ALL-but it is a good one.
    haha. funny~

    and i see you have come up with a new contest.
    gud luck to those who entered!
    :)

    BalasPadam
  17. aku nak buat kelab minah minah gedik

    BalasPadam
  18. kalo ade atuk yg single cam dlm entri neh.. mo ku ngurat.. hehehe.. jd isteri muda pon takpa

    BalasPadam
  19. geeds, apsal xjoin??

    jard, ada je, nak|? hehe

    BalasPadam
  20. i don't know what to write.
    haha.

    BalasPadam
  21. ni mesti terpanggil dr isu rumah perlindungan anak luar nikah yg gomen msia nk buat bersungguh2 la ni kan??

    BalasPadam
  22. hasrat yang sungguh suci murni...

    kesian anak2 luar nikah..
    mereka tak berdosa, tapi mereka yg terpaksa tanggung malu...

    BalasPadam
  23. anak yg ditinggalkan oleh bapa?

    BalasPadam
  24. sungguh murni cite2 atuk tu...

    :)

    BalasPadam
  25. anak yg ditinggalkan bapa
    sama la skali dngn ditinggal;kan ibu

    BalasPadam
  26. wow joe..dis is nice!

    nah,klik mamee for u :)

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.