Ahad, 21 Februari 2010

contest : weekend @ sheffield

STICKY MODE !!!
ENTRY BARU DIBAWAH


contest bersama joegrimjow kembali lagi!!


weekend @ sheffield


cara-caranya

buat satu entry berkenaan dengan 'true meaning of love' ATAU ' unity through sportmanship'
cara entry dibuat bergantung pada daya kreativiti masing masing, video, gambar, tulisan atau apa sahaja yang difikirkan menarik
sudah siap tulis entry, hantar link anda di ruangan komen di bawah




syarat syarat

entry mestilah berdasarkan tema
hanya bahasa melayu dan bahasa ingeris yang diterima
tulis ayat ini dalam entry anda - entry ini untuk contest weekend @ sheffield (linkkan weekend @sheffield ke link entry ini) -paham ke?-


tarikh tutup

20/2/2010 11.59 malam (GMT 0)
8 pagi 21 hb 2 waktu malaysia




pemarkahan

pengundian dari blogger




hadiah

pertama : 20 pound
kedua : 10 pound
ketiga : 5 pound
peneka terhebat : 10 pound
promoter terhebat : 5 pound

50 POUND untuk dimenangi!!!!




jom ramai ramai memeriahkannya!!!


~~~~~~


weekend @ sheffield

ini adalah acara tahunan di sheffield. kiranya berhujung minggu di sheffield. ada dua acara besar akan berlaku, 27hb februari merupakan sheffield games dan 28 keesokkannya adalah NEXT, nasheed extravaganza.


sheffield games

tidak seperti tahun tahun lepas, sheffield games pada tahun ini menampilkan kelainan tersendiri. nak tahu apa kelainan? kena la datang ke sheffield. tak beli tiket lagi? kena beli cepat cepat. pada tahun lepas 1000 lebih yang hadir dan pada tahun ini dijangkakan yang datang akan lagi banyak. dah daftar? kalau belum kena daftar cepat cepat, acara terhad. badminton, pingpong, bola keranjang, bola jaring, bola dan macam macam lagi akan di adakan. jom daftar cepat cepat! tema adalah 'unity through sportmanship'


NEXT (nasyeed extravaganza) 2010

tahun ini kami bawakan inteam untuk datang ke sheffield. apa??? inteam??? ya, kumpulan nasyeed terkenal di malaysia ini dijemput khas untuk datang ke sheffield untuk membuat persembahan disini. dah banyak team yang mendaftar, yang tak dapat nak masuk nasyeed, boleh jadi peserta. jadi peserta sambil sambil menderma. kan amalan mulia tu. tema NEXT tahun ini 'true meaning of love'


tujuan buat contest



memang mahu ramai yang sertai, sebab itu syarat pun tidak ketat. entry bebas di tulis dan tidak perlu upload apa apa banner kat sidebar ke, tak perlu jadi follower blog ni, dan macam macam syarat yang ketat lagi la. hadiah pun lumayan, 50 POUND!! hampir-hampir rm 300!


apa lagi, jom meriahkannya


ni ada video dari inteam yang dibuat untuk promosi NEXT, banyakla gambar dengan inteam lepas ni. hehe




dan ini pula adalah video promo untuk weekend @ sheffield






duit bukanlah apa apa jika dibandingkan dengan ukhwah yang terbina



entry pertama ben ashaari


semua gambar lelaki lelaki macho. haha, ok, bertepatan dengan tema, unity through sportmanship. tengok body dalam blog dia, waahh, bila la ku nak ada body macam tu. tapi berbody hebat ni, tak manis pulak. hehe. okess, syabas jadi peserta pertama dan good luk!


entry ke 2 : irda rahayu

akak ni menulis tentang kisah ibunya. walaupun panjang, ku suka. nice sharing. memang kisah benar, sebab tu ku rasa msgnya sampai. pengalaman ibunya yang selalu 'back-up' diri buat aku terkenang dengan keperitan ibu bapa aku yang penat lelah membesarkan anaknya yang sudah pun besar ini. satu entry yang best untuk dibaca. smoge terhibur dengan entry ini. thank ya join




entry ketiga eica


memang entry nak cari gadoh! haha, nasib baik aku jenis 'ok' tampal gambar yang boleh jatuhkan saham aku dengan mendadak. ok, pasal entry dia, memang kena dengan tema. mungkin markah bonus sebab diceritakan kisah benar mengenai kisah cinta yang tersemai semasa sheffield game. memang sweet untuk dibaca. harap ramailah mengundi kamo ya adik eica. gud luk n terima kasih kerana join


entry keempat sopi

lagi sekali orang uk yang join. hehe, bagus bagus, lagi ramai join, lagi ramai yang tahu pasal weekend@sheffield yang sudah sedia tahu ni. berkenaan entry dia, cerita benar yang ditulis memang menusuk kalbu. ye lah, kalau baca entry ibu ibu ni, pasti jiwa anak bongsu ni terusik. takmo komen lebih lebih, bleh baca kat link atas untuk baca. siap mak dia komen lagi tu. haha. gud gud. mak cik kalau nak join pun, apa salahnya, tak pernah lagi anak beranak join contest yang sama ;-)


entry kelima : munsyi sama

wahh, sebenarnya baru jumpa dengan munsyi ni, tapi dia dah masuk contest ni. time kasih ya. entry pertama dalam english, sememangnya kena dengan tema yang dipilih iaitu 'unity through sportmanship' diberi contoh yang baik dengan disertakan dengan gambar yang jelas, memang kena dengan tajuk. perkataan english yang digunakan pun senang untuk dibaca. kecik rupanya dunia blog ni, sedara kite ni merupakan adik seniorku disini. abang dia pernah jadi presiden SMSA jugak, dan terkenal dengan gelaran 'lelaki gatal nak kawen' sekarang title tu dah aku pegang. hahaha. pape pon, terima kasih kepada munsyi sama dengan penyertaan yang boleh dibaca di link kat atas. gud luk bro


entry keenam : putri_nian

akak blogger ni ku tak kenal secara betul, sebab rasanya jarang sekali ke blog dia. lepas ni bolehla kita berkenalan lebih lagi ya kak. ku suka kawan dengan 'akak akak' ni, banyak pengalaman katakan ;-) ok, tema yang dipilih di entry dia true meaning of love. diceritakan kisah keluarga belah ibunya yang besar dan diberikan contoh memanifestasikan perasaan cinta ini ketika pakciknya yang sakit di hospital. semua ahli keluarga mainkan peranan untuk menolong sedaya upaya. ku rasa inilah sebenarnya nilai yang patut ada dalam institusi kekeluargaan. barulah cinta itu terus mekar. terima kasih akak kerana masuk sama contest ni. macam biasa, link ada kat atas untuk dibaca


entry ketujuh : mama zharfan

touching sangat sangat! entry yang panjang ni ku baca tanpa jemu. biasanya yang panjang-panjang kita buat summary je baca, tapi yang ni, walaupun panjang, semua isi bermakna. true meaning pf love tema yang dipilih mengisahkan cinta ayahnya kepada ibunya. waah. 52 tahun! lama tu. kisah ni buat teringat kat arwah ayah, garang. cuma beza skit dengan arwah ayah mama zharfan, ayahku romantik. hehe. sebab tu romantik dia turun ke anak bongsu. errk??? hurmm, terima kasih sebab masuk. satu entry yang ku rasa berbaloi di baca. tak baca lagi, boleh baca. semoga arwah bersama dengan yang soleh



entry kelapan : kak elly

ahaa, seniorku join juga!. time kasih kak elly sebab join. hargainya. kak elly ni senior kat sini yang dah pulang ke malaysia. memang senior yg baik gitu. bertambah baik setelah join contest ni. errk? hehe. ok, cerita kak elly.... tak tahu pakai tema ape. haha, rasanya dua dua aspek disentuh. true meaning of love dengan unity of sportsmanship. lebih kepada entry promosi. apa apa pun, time kasih kak elly join. kalau ada masa, lawat lawat lah kami kat sini ;-)


entry kesembilan : anoz

welcome to the blog world bro. hehe. anoz adalah jr aku kat sini. antara jr yang agak kamceng sebab dia ni jenis dengar kata. nak soh p mana-mana, mesti dia sanggup. mungkin sebab nak jadi exco dalam SMSA, bodek tu kena ada. hahaha. baru je buat blog, baguslah sebab akan memeriahkan industri blog di sheffield ni. hehe. erkk, macam review tuan empunya blog plak. hehe. ok, tajuk yang dipilih unity through sportmanship, dengan menulis entry mengenai dirinya yang berkecimpung dalam dunia rugbi, memang best untuk dibaca. lucu tapi ada makna. sangat bermakna apabila dia ceritakan kejahatan dia memijak tangan pesaing. haha, kejam ko noz. ok, boleh berkenalan dengan abang hensem kite ni, walaupun baru seminggu berblog, tapi follower dah ramai, rajin betol die blogwalking. tak dinafikan entry entry dia cukup kreatif. hehe. klik klik link kat atas ya ;-)



entry kesepuluh : cik uniqika

wahaa, entry pertama yang sekalikan video. memang terharu dengan kerajinan cik uniqa. hehe. part last tu yang paling best. kekeke! apa apa pun, satu lagi entry yang perlu dibaca dan perlu ditonton videonya. tema yang dipilih, true meaning of love sememangnya sesuai dengan poem yang ditulis. walaupun ada salah grammar sana sini, who cares??? huhu, yang penting maknanya sampai. hoho. okes cik uniqa, time kasih sebab join. dan time kasih for the video. jangan lupe tengok videonya disini



entry kesebelas : aduka

ni bukan aduka teruna ya, ni aduka lain. hehe. okess, entry yang ditulis mengenai tema true meaning of love. kagum jugak sebab walaupun sudah banyak entry berbentuk cinta yang ditulis, dia tulis jugak entry baru untuk contest ni. thank u bro. kisah yang ditulis mengenai macam mana perempuan yang dicintainya mampu mengubah hidupnya. ya ku setuju, bila kita dah suka pada seseorang tu, kita akan lakukan apa saja kan? contoh aduka ni adalah main gitar dan blajar BI. fuiyoo, menang augrah tuuu. good job bro! harap terus ada sinar dalam hidup. apa apa, thank u sebab join contest. untuk gadis gadis, kena baca entry ni! klikklik link kat atas ;-) ooh, dia juga buat contest dalam blog dia, menarik dan ku akan join klu free. klik sini untuk ke contest dia


entry ke 12 : arra jasmy

true meaning of love tema yang dipilih. cik arra ni dulu guna blog lain, sekarang blog lain pulak. haissh, banyak sungguh blog die. seorang model, erkk, betul ke? ;) hurmm, pasal entry, cinta yang dia buat berkisarkan kisah ibunya. dengan compare pengorbanan ibunya dengan orang lain, memang jauh sangat berbeza. ye lah, ibu kita semestinya memberikan kasih sayang yang lebih. apa yang tertarik, ibu kita tak pernah merungut dalam membesarkan kita. thubp up ! time kasih sebab join


entry ke 13 : jard the great

ahaa, akak jard join lagi. hehe, mekasih. true meaning of love jugak yang dipilih. agak kreatif dan tak terfikir pun ada idea macam ni boleh terbit. bukan cinta pada manusia, tapi cinta pada cempedak. haha. ok, cinta yang jard maksudkan adalah 'goal' yang sepatutnya kita kecapi. walaupun banyak cabaran untuk peroleh cinta, dalam kes dia adalah makan cempedak, tetapi jika cinta sejati, akan terbuang maslah semua untuk peroleh 'goal' yang kita mahu kan. time kasih jard sebab join. i like it



entry ke 14 : zara

waahh, kagum dengan entry dia yang sampai akhir baru tahu kat sapa dia punya true meaning of love tu. rupa upanya blog. haha. mantap mantoya. klu cik zara nak tau, blog adalah biniku sekarang. hehe. okes, entry yang dia buat banyak dimasukkan kata kata indah. erkk, bukan banyak, keseluruhan kot dari awal sampai akhir ceritakan pasal cinta dia ni. bait bait indah ni buat aku tekun meneliti. adakah jiwa aku pun dah jatuh ke tahap puitis dah sekarang? haha. time kasih cik zara sebab join. really appreciate it



entry ke 15 : alis_mysara

true meaning of love lagi tema yang dipilih. bahasa yang sungguh romantis digunakan untuk memanifestasikan erti cinta pada DIA. sememangnya cinta agung hanya untuknya. ku ambil sedikit rankap dalam entry ini


Kerana DIA lah, kita mampu menerawang
Kerana DIA lah, kita mampu menyelam
Kerana DIA lah, kita punya titik syurga dunia
Kerana DIA lah, kita miliki busar dan istana gula



satu sajak yang buat diri ini kembali ke alam nyata sebenar. satu entry yang mengingatkan diri ini tatkala sedang terlupa. terima kasih cik alis_mysara



entry ke 16 : hemy

abang kacak ni pernah jumpa dulu sekali masa gahtering bukak puasa. memang tangannya sentiasa dengan camera. no wonder dalam entry dia yang bertemakan 'unity through sportmanship' ni ada gambar yang menarik untuk dilihat. libasan maut! mengenai entry, dia memberitahu yang sukan sepak takraw lebih signifikan untuk konsep 'unity' ada betul yang dicakapnya sebab kalau main permainan lain, mungkin unity hanyalah akan wujud jika pemain sama sama kenal. takraw, tak kenal pun boleh berunity. satu lagi entry english yang ku terima. wahh, mantap mantap. curi gambar sekeping

gambar dicuri dari blog hemy, bile entah nak blaja tangkap gambar selawa ni




entry ke 17 : lieya

true meaning of love. hohoho. mantap mantoya entry ni. ye lah, gabungkan kisah 3 in 1. love = cinta, kasih, sayang. hehe. sweet sangat. idea yang menarik gitu. ok, lieya ni baru kenal kat alam blog. biasalah, blogwalking punya kerja lah ni. takpe, yang penting dapat kenal dengan ramai orang. tak gitu? mengenai entry, touching part ayah ibu tu. bukan apa, sebab jarang ada mak bapak yang keluar tengok wayang dengan anak semata mata nak jaga anak kan. kan tak bagi tengok, anak pulak memberontak, so jalan terbaik, tengok sama sama. huhu. peringatan setelah ku menjadi ayah.. apakah?? ok, thank u lieya sebab join. klik link atas untuk baca




entry ke 18 : farah najja


entry paling pendek setakat ni. hahaha, gelak guling guling jugak la baca. part hanim takley bla langsung. huhu. entry yang comel, secomel hanim kekeke! cuma nak komen part pss, memang tertarik gitu ayatnya. walaupun bahasa mudah, tapi pengertian orang kata makan dalam gitu

cinta tak mengenal rupa dan harta. Terima lah pasangan anda seadanya! baru lah cinta namanya! kalau tak, baik bercinta dengan anak patung je ok!

apa apa pun, thank u cik farah najja sebab join. ada rezeki kalau menangm boleh beli yusof plak ganti hanim yang dah diberi kat orang tu. huhu




entry ke 19 : along nidar

entry berbentuk sajak yang ikhlas. hehe. kenapa katya ikhlas, sebab sajak ni untuk suaminya. wawah. pasti senyum melebar sang suami. bahagia hidup aman sentoasa. hehe. tema yang dipilih mesti boleh teka kan? true meaning of love, semangat sang cinta isteri kepada suaminya. kagum jugak sebab walaupun dah ada anak ni, masih lagi romantik. ahakss. jarang kan ada orang buat camni. heee. thank u sebab join



entry ke 20 : eton ...??

haha, sape plak cik eton ni? dia kawan lumut (hahaha, macam macam la kamo ni lumut) blog ni baru 3 kali ku bukak. hehe. maklumlah, selalu bukak blog kawan dia punya, jadi blog ni hanya bukak untuk baca entry. tapi hari tu bukak lagi skali, macam best pulak lepak sana. kan bagus kalau di satukan jadi satu je? heee. ok, tema yang dipilih, true meaning of love. macam mana cinta eton kepada ayah ibu yang sangat mendalam. siapa tak sayang mak ayah kan? ada juga di selitkan kisah hati eton yang telah hancur. hoho, takpe cik eton, time is the best healer, tunggulah 2 3 bulan, ok la kot. pape, thx u cik eton sebab join!!


entry ke 21 : mimpi

dulu konpius jugak sama ada mimpi ni laki ke perempuan. gaya penulisan macam pompuan, tapi sebenarnya laki. hehe. kan kan? ok, tajuk yang dipilih, true meaning of love. bentuk penulisan adalah carpen pendek. walaupun pendek, isi yang ingin disampaikan sampai ke hati sanubari. ce cehh. entry ni ku syorkan untuk dibaca oleh yang gatal nak kawen. entry mesti baca oleh golongan ini. ku tidak termasuk sebab ku bukan gatal nak kawen, tapi tergolong dari golongan lelaki layak kawen. apa lagi? jom baca entry dia tulis. terima kasih pada mimpi. blog dia pun banyak entry yang best best walaupun baru dalam berblog ;)


entry ke 22 : cerita kosong

entry maksu yang bertemakan true meaning of love ini begitu sarat dengan pengajaran. cinta padaNYA dan juga pada rasul. baca entry ni teringat dulu kisah yang disampaikan oleh seorang ustaz di saat kewafatan baginda. memang cukup sedih. tak dapat bayangkan bagaimana sahabat2 baginda yang terdekat menerima berita itu. rasanya dari satu sumber cerita ini ditulis, macam ni lah baru betul sebab kalau kita mabil daris esesuatu sumber, creditkan kepada sumber yang kita ambil. elak plagiarsm berlaku. itu terbaik. terima kasih, blog cerita kosong ni sememangnya tidak hanya kosong semata mata!




entry ke 23 : pikalicou5

entry pasal cinta. mungkin temanya adalah true meaning of love la kot. entry ni banyak menceritakan pasal diri penulis dengan cinta cintanya. yang part tak boleh tahan, cinta pada duit yang dilabur untuk membeli makaroni. haha. datang dari mana la idea cam tu. takpe, menarik tertarik untuk dibaca. pasal hp, teringat yang ku punya hp pernah dirempat oleh rakan matrx dulu. huhu. sedih dan peringatanm untuk diri sendiri. ok, time kasih cik pika sebab join. ;-)



entry ke 24 : azrai

carpen! memang sungguh terharu baca carpen ini. tambahan pula dengan pemilihan ayat yang cukup puitis yang menambat mataku untuk terus terusan membaca, kagum dengan gaya penulisannya. cerita berkisarkan tentang dilema seorang lelaki yang mahu kahwin. keliru sama ada perempuan yang banyak menolongnya itu boleh dijadikan isterinya atu tidak setelah berlakunya peristiwa....... baca sendiri kat atas. tema true meaning of love lagi, memang carpen berbaloi untuk dibaca! thank u bro




entry ke 25 : noieizan

juga bertemakan true meaning of love. cerita benar yang berlaku dalam hidup penulis. memang sayu baca cite ni yang dapat berita sedih semasa berbadan dua. sebab itu sokongan suami sangat sangat diperlukan untuk isteri, nasib baik sang suami memahami. tengok anak akak si safri tu cukup comel. harap dia akan membawa semangat cinta atuknya kelak. time kasih sebab masuk, ku tersentuh dengan ayat last tu. puisi mengenai cinta. klik link atas untuk baca. time kasih sekali lagi



entry ke 26 : aidi

juga true meaning of love. entry ni lain skit sebab tidak diterangkan apa itu cinta secara direct. apa yang diceritakan adalah bagaimana kisahnya semasa kecil yang hampir mati lemas dan cinta itu yang menyelamatkannya. nak tahu macam mana? kena lah klik link atas. time kasih sebab join. nasib baik ada abang abang yang gantang2, kalau tidak, tak tahulah kan macam mana nanti. gud luk ok




entry ke 27 : maryam

wahh, begitu banyak maksud cinta dalam entry ni. semua definisi memainkan peranan untuk jadikan entry ini begitu best untuk dibaca. ku copypaste dari entrynya

perasaan cinta pada sesuatu menyebabkan orang sanggup meninggalkan perkara yang-dicintai tidak suka. perasaan cinta menyebabkan orang berusaha untuk suka pada perkara yang-dicintai suka. perasaan cinta menjadikan seseorang itu bergantung kepada yang-dicintai. yang-dicintai adalah pelindungnya. hilangnya yang-dicintai mampu menghilangkan kewarasan seseorang.

banyak lagi pendefinisian yang menarik. apa lagi. jom tengok! thank u dan semoga berjaya. ada rezeki, adalah kemenangan



entry ke 28 : syuq

entry true meaning of love. mula mula ku tengok video dulu sebab ada video. dah tengok video, baru baca entry. hurmm, harap tabah menempuhinya. cinta manusia ni memang comlicated sebab kita berhubung dengan 2 hati. macam macam boleh terjadi pada 2 hati tersebut. yang penting, kita tahu macam mana untuk belajar mencintai orang yang tidak kita cintai. ada satu quite menarik dalam video, andai kata aku pergi, kenanglah daku dengan kenangan yang kita lakarkan bersama(lebih kurang). nice2. gud luk bro. siap ada video lagi. terharu2



entry ke 29 : cik erin

di mulakan entrynya dengan cara perempuan. erkk, cara perempuan tu paham paham la kan. girly2 sikit. dulu memang agak menyampah baca yg jenis ni, tapi sekarang ni tak jumpa yang girl2 ni, macam tak lengkap berblog. tulisan besar kecik, warna warni.. ooh i like it. tertarik dengan definisi love. tak perasan yg love juga maksud suka. ahaa. biasanya orang cakap pasal cinta, sayang bla bla. cik erin bawa aku ke satu lagi definisi love iaitu suka. memang leih kurang sama je maksudnya, tapi benda ni buat kita tak perasan. di gabung dengan entry besday kawannya, senyum semangkuk la si kawan tu. hehe. okess, time kasih sebab join.



entry ke 30 : bard

cik bard memilih unity through sportmanship untuk entry dia. disertakan beberapa gambar sebagai penarik. paling suka gambar yg pegang bola tu. nampak serius disitu. hoho. memang betul, sport boleh mengeratkan ukhwah antara kita. itulah yang sebenarnya tersirat di sebalik kita bersukan. cik bard juga ada katakan yang semester akhir ni rugi kalau kita tidak saling kenal mengenal dan dia sendiri pun kenal ramai orang dengan mengikuti sukan ni. yeahh, totally agreed. cayalah. nanti tangkap gambar men ragbi plak ;-) thank u cik bard, dah 2 kali dah masuk contestku. terharu ~~~


entry ke 31 : sara

hehe, join jugak cik sara ya. ritu pelawa dia soh masuk, akhirnya masuk jugak. walau[un entry yg ditulis agak pendek, tapi cukup mendalam. wording digunakan pun takde susah untuk dihayati. true meaning pf love ak wujud ek? hehe. ku suka part uang cik sara cite, kalau kita tak percayakan sesuatu, kita takkan jumpa benda yg kita percaya tu. ahaa, mendalam. menusuk kalbu. ok. boleh klik ke entry cik sara untuk baca lebih lanjut. terima kasih sebab masuk jugak.


entry ke 32 : zeneria


wow, entry yang sungguh menyentuh hati dan perasaan, patutlah jard copy paste letak dalam blog die pun. memang baca pun terharu. sebab ku baca kat entry dia, bukannya kat entry yg mencopy paste, perasaan dia lain skit. walaupun ada muzik rock di tepi, baca punya baca, muzik tu jadi hilang sendiri ok. menunjukkan betapa khusyuknya ku membaca. teringat kat ayah bila baca cite camni. kita hanya boleh menghayati cinta seseorang itu setelah kasih yg diberikan tanpa belah bagi. juga ku suka ayat di blog dia iaitu,

The GAJAH in front you cannot see,
The SEMUT across the ocean you can see.

yup, setuju, inilah dinamkan buta hati. harap kita tidak terdedah dalam kes macam ni. thx u sebab join!



entry ke 33 : cik farhana


entry ini sangat menarik, sebab cara penceritaan sama dengan ala ala cite pak belalang. haha, ku suka konsep macam ni. dialog yg ada nasihat di dalamnya. wat tejo plak kali ni. hehe. cara si ayah mendefinisikan cinta kepada si anak dengan dialog, bukan senan nak buat supaya masuk definisi tu dalam hati pembaca, tapi cik farhana berjaya menceritakannya dengan baik sekali. ok, amek skit ayat last dari blog cik farhana tentang cinta ni bila ditanya jika kita mati, macam mana dengan cinta?


Walau kita mati, cinta tetap hidup.. Bukankah mati itu adalah permulaan kepada satu kehidupan yang baru cuma di alam yang berbeza?



nice!! like this. thank u cik farhana. nasib baik bukan ku yg jadi judge, susah ok nak pilih entry2 ni semua!


entry ke 34 : monica

wahh. ni cinta webcam. hehe. menarik. tema yang dipilih adalah true meaning of love. apa lagi, zaman remaja, bercinta la digunakan untuk tema ini. kisah antara cik monica dengan lelaki semenanjung. hoho, memang pelik sebab tak eprnah jumpa, hanya berwebcam saja tapi boleh jatuh cinta. hehe. itulah keajaiban cinta namanya. cuma gunakan keajaiban itu di tempat yang betul. okess cik monica, thx u sebab join. really appreciate it ;)




entry ke 35 : dillaida


ahaa, kreatif cara penyampaian entrynya. mana tak kreatif, setiap huruf dalam L.O.V.E masing masing ada maksudnya. siap dengan huraian lagi. memang tertarik gitu. rasanya sampai maksud yang ingin disampaikan terutamanya love is not just lust tu. wanita wanita kene baca tu dan lelaki lelaki jangan gatal2 mintak. kawen dulu! ok, ni ku copy paste dari entrynya. menarik sangat mengenai ejaan love


L = Love is not lust. Its a two different thing.
O = Overcome things together
V = Value the moments together
E = Everyone needs love. Everyone deserve

time kasi cik dillaida sebab masuk!




entry ke 36 : hizamli


satu lagi tema true meaning of love yang dipilih. entry yang mengikut peredaran zaman encik hizamli cukup hebat memainkan kata kata untuk memberikan pendefinisian cintanya. dari kecik lagi, sejak zaman belajar berjalan, lepas tu dah masuk sekolah, berkeluarga dan akhir sekali dah tua. wohoo, cukup lengkap sekali! ku suka ayat yang last iaitu bila kita tua, kenangan itulah yang akan dijadikan sandaran untuk bercinta dan cinta juga merupakan satu.... anugerah! mantap sekali, memang entry yang kene baca ni. klik klik link kat atas. okess, time kasih kepada encik hizamli sebab join.


entry ke 37 : lin


salah seorang blogger yang pernah jumpa dulu. hehe, sebab bukan ku yg bagi markah, so no bias ok. tunggu siapakan pemenangnya, entry true meaning of love, panjang lebar cik lin huraikannnya. dari kisah mat saleh yang tua kerepot la, quote dari cik farhana punya entry la, kisah ditinggalkan kekasih lepas besday la (erkk??) macam macam lagi la yang membawa kepada definisi cinta. dengan contest ni kita dapat tahu apakah erti yang cinta patut berikan kepada kita kan? hehe. thx u cik lin sebab join




entry ke 38 : intan


perkataan menarik yang ku suka, 'nah bini kesayangan abah nak cakap ni' hohoho, menarik dan sanghat romantik ok. bertuah mak cik intan dapat suami yg romantik macam tu. erkk, orang laki kalau nak belajar cara beromantik, kene baca kat blog cik intan ni, banyak skill yang menarik boleh belajar. ku pon tengah belajar. hehe. satu lagi tertarik adalah adik angkat. haha, tak tahu plak sebenarnya angkat angkat ni dari dulu pon da ada. bak kata cik intan, last last terangkat jugak. hehehe. ok la cik intan, panjang lebar diceritakan kisah mak ayahnya yang memberikan maksud true meaning of love kepadanya. top notch!




entry ke 39 : hidayah


satu je ayat yang sesuai untuk cik hidayah ni. KAGUM. hehe. mana taknya, kalau pergi ke blog dia, tengok macam mana cara dia 'linkkan' entry ku kat blog dia. hehe. biasalah tu, baru belajar berblog, perkara simple macam ni pasti tidak akan tahu macam mana nak buat. bila dah tahu nanti, baru akan perasan, wahh, senang je rupa rupanya ;) ok, tertarik dengan kisah percintaan ayah mak dia. hehe. cinta jarak jauh gitu. cara berkenalan pun serius pelik. mana taknya, dari kisah sampaikan pesanan, sampailah ke sekarang yang dah ada 3 orang anak. haha. boleh macam tu. inilah dinamakan cinta. everything is possible. ok. nak tahu cerita aneh ni, boleh pergi ke blog cik hidayah. hoho. thx u ya sebab join




entry ke 40 : faizal


hahaha, baru lepas baca entry ni dengan sepenuhnya. lawak ok! hehe. cara penceritaan ingatkan cerita sedih. di lola luna lilie. hehe. comey je nama nama tu semua. tak sangka pulak semuanya.... jeng jeng jeng. kene baca sendiri. hehe. ok, kalau baca entry ni, ku pasti korang takkan kering gusi. hehe lucu dan maksud yang ingin disampaikan ku rasakan dapat. thank u encik faizal, walaupun dah last last minute, sempat lagi nak masuk. huhu, terharu terharu



entry ke 41 : miss keropi

berpart part cik keropi buat entry ni. hehe. yang pasti, part 1 dan part 2 dua duanya menarik. hehe. ku paling suka part yang quote dari cerita ketika cinta bertasbih. best ok




Cinta adalah kekuatan
Ia ada kemampuan
Mengubah duri menjadi mawar
Mengubah cuka menjadi anggur
Mengubah malang menjadi tuah
Mengubah sedih menjadi riang
Mengubah syaitan menjadi nabi
Mengubah iblis menjadi malaikat
Mengubah sakit menjadi sihat
Mengubah kedekut menjadi dermawan
Mengubah kandang menjadi taman
Mengubah penjara menjadi istana
Mengubah amarah menjadi ramah
Mengubah musibah menjadi muhibbah
Itulah cinta

ni yang part perempuan tu cakap kan? hehe. rajin betul tulis satu satu, memang peminat setia ni. huhu. okes thank u cik keropi sebab join. suka sangat ;)


entry ke 42 : cik hayatito

wawahh, gadis yang sudah memiliki badan unggul ni (dah ke belum?) akhinya masuk jugak setelah dipaksa beberapa kali. masuk dengan membuat satu video lagi. haaa, ambik ko tak mau sangat masuk, siap video yang di buatnya. hehe. mantap2. suka sangat tengok video tu. terutamanya part yang ada gambar..... hehe. kalau nak tahu, tengok la blg cik hayatito jugak. thx u ya, nanti balik mesia kita bukak booth sama2 ;)



entry ke 43 : GTO

hoho, tak sangka blog yang suka terjah terjah ni yang glamer yang barud apat hadiah tv ni pon join jugak. huhu, baru tau yang dulu kat UK jugak, semua gambar adalah semasa game game disini. tema yang dipilih pun unity through sportmanship. memang sesuai sangat dengan game game yang banyak di uk ni kan? thank u sebab join. gambar gambar yang dulunya tak kembang ni sememangnya menyediakan satu jalan penceritaan yang sangat mantooop gitu. penyertaan terakhir juga. terima kasih !!


156 ulasan:

  1. kena buat kisah cinta kee??hehe..asal adiah lumayan sgt..ermm

    BalasPadam
  2. hermmmmmm.......... 20hb lama lagi.. hik hik hik

    BalasPadam
  3. akak ku berdua ni wajib masok ok
    hehe

    BalasPadam
  4. ingat kamoo nak sponsor weekend di sana..
    tp 20 pound tu mcm banyak jepp..
    hehe...
    akak ku rajenkan diri mncari idea..=p

    BalasPadam
  5. wooo
    byk duit skg ye joe..:P

    BalasPadam
  6. aku nk masuk boleh kew joejo??
    gagagaga..lagi senang kau nak bagi hadiah, x yah internation transfer charge lagik!

    hanya beberapa klik saja

    BalasPadam
  7. weekend @ gombak blh joe? aduii sungguh mencabar contest joe ni

    BalasPadam
  8. waa.. best ni...
    nanti nak try contest ni...

    BalasPadam
  9. 20 pound bersamaan dgn brp ringgit?? nnt bg dlm pound ke dlm ringgit??nk join nih..

    BalasPadam
  10. ko da gune poster aku buat,
    aku r menang. :p

    BalasPadam
  11. menarik..sheffield games best..dulu2 mmg slalu pi..notts games pun...

    BalasPadam
  12. peneka terhebat mcm mana? nak! nak! haha.

    BalasPadam
  13. huhuhu menaRik nyer...




    tp suRe ku mmG susaH nk msUk..coz akU nie klu bab2 conTest mmG pYh nk cr idea..ahakssss..


    kem salam inTeam yek....

    BalasPadam
  14. eica, sila2, masuk jgn xmasuk

    syima, gombak pon gombak la ;-)

    pak long, try2

    BalasPadam
  15. uniqa, dalam 100 lebih

    saypool, ape lagi, buat yg leleh2 punye r

    taufiq, hehe, poster lawa kena diguna sebaiknya

    BalasPadam
  16. eyriqazz, yup, best best

    otak ketat, kene tungguuuu

    enesan, blom cube blom tahu, huhu

    BalasPadam
  17. "True Meaning Of Love"
    InsyaAllah kalau ada ilham aku join.. hehe.. tp malay lah erk? :P

    BalasPadam
  18. "True Meaning Of Love"
    InsyaAllah kalau ada ilham aku join.. hehe.. tp malay lah erk? :P

    BalasPadam
  19. salam joe
    betul ko mahu aku joint ini contest?
    jgn tngkap leleh sudah yerk?
    aku bab menulis ini bisa bikin cair hati nurani..
    klu ko tak kesah..
    akan ku paparkan kesahku..

    BalasPadam
  20. pergh~

    eh Joe, tajuk sendirian tidak boleh ke?

    kalau aku translate itu tajuk jadi BM?

    BalasPadam
  21. hahahha
    aku dah save as dah page contest blog ko nih joe
    insyaallah
    ada masa aku join


    maaflah kalau lari topik tapi nak minta tolong kamu vote entry saya yang bernombor 19 di blog www.denaihati.com

    lebih mudah nak faham sila click entry ini dan harap sudilah vote entry no 19 saya tu..

    terima kasih yer n promotelah dkt member2 sama suruh vote entry saya

    BalasPadam
  22. bintang, sila2, mekasih

    sidratul, mesti, tangkap leleh punye!

    zara, tu tema, bukan tajuk. huhu, asalkan xlari tema, sila2

    hans, ku pon masuk jugak. haha

    BalasPadam
  23. ok..ok.. menarik tuh...

    bleh hantar 2 3 penyertaan x bagi seorg blogger?

    hehhehehehehe....

    BalasPadam
  24. green tutup 20 februari

    pakcik, nak anto 10 pon boleh

    BalasPadam
  25. wah.. menarik gak ni.. tapi nape love? ku baru putus cinta pon xpe la.. try gak buat en3 untuk contest ni nanti.

    BalasPadam
  26. abg ak dulu ade organize benda ni. nasyid extra vaganza ngan sports tu..die dulu sheffield gak..name die amru,klu ko knal la..

    ingat tuk bdk sheffield je td mase awl2 bukak. :)

    BalasPadam
  27. lin, boleh masuk yg sport punye, jgn lupe

    munsyi, amru? haha, of coz kenal

    BalasPadam
  28. mcm nk masuk je contest ko ni. ape2 pon, all the best ngan program tu. ^_^

    BalasPadam
  29. aku try jek...entah menepati tajuk atau tidak ..terpulang pada korang..ahaks ....tqq

    http://www.benashaari.com/2010/02/unity-through-sportmanship.html

    BalasPadam
  30. Nak kumpul idea terlebih dahulu

    BalasPadam
  31. munsyi, thank u, kim salam kat amru

    ben, wahh, awalnya, okes. ku dah tengok, diterima

    karuma, jgn tak kumpul ok

    BalasPadam
  32. boleh tak nak try encik joe? hikhikhik

    BalasPadam
  33. aku tak minat sheffield united/sheffield wednesday

    macam mana?haha

    BalasPadam
  34. ohoi.
    true meaning of love?
    ahah.
    wa macam nak.
    tapi nty pape wa roger lah.
    :D

    BalasPadam
  35. aku nak jadi peneka dan promoter terhebat camne tue haha..

    BalasPadam
  36. true meaning of love ya... hmmm

    BalasPadam
  37. fatin, sila2, jgn segan2

    sigg, tunggulah sheffield masuk epl bru tau. hehe

    azuan, nanti ku update

    ah fatt, pasal sukan pon boleh

    BalasPadam
  38. eyh..kalau cerita pasal aduka tu masuk boleh x? :D

    tp ada episod..episod plak..sbb panjang sgt..huhu

    BalasPadam
  39. lumayannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn !

    BalasPadam
  40. ziarah sahabat,
    lama x dengar crita,
    sihat ke?
    wah ade contest,
    pk3

    BalasPadam
  41. alaaa..keputusan undian blogger ke??tak minat ah undi2..ahaha..aku tak pemes..susah nk tarik undi..

    BalasPadam
  42. berminat....
    tP kisah cinta sayer nih byk sgt tentangan...gpon parents, makcik pakcik bace bLog sayer...

    so, xmoh Lar keruhkan keadaan lagik...

    cukup lar dorg tau sayer nih songsang..

    neway thx 4 invited ok...

    BalasPadam
  43. haha.. macam best je contest nye... ade kemungkinan akan menjoin ini contest.. haha

    BalasPadam
  44. duit pounds tu....

    wah wah wah....

    BalasPadam
  45. diamond, jadikan dia satu entry, ok je

    lolly, kamo wajib msok

    cg, kene masok jugakk

    hemy, sebab nak promosi, masuk support member pon boley je. huhu

    eazlye, kan ada tema unity through sportmanship, masuk yg tu r

    chah, ku tunggu entry kamo

    ixora, haa, bile lagi nak merasa

    BalasPadam
  46. Salam..Enchik Joe..
    Dat day sy cuba tembusi
    belog nie tp x berjaya..
    Dun know why,maybe belog
    nie sdg 'dinaiktaraf' oleh
    agaknye ye?
    Skali masuk cnie ada Contest
    best plk.. :) Hadiah pun lumayan!

    BalasPadam
  47. disebabkan tarikh akhir submit entry sebelum 20hb, which is on my bday...hadiah bday tak include sekali ke?

    hahaha

    BalasPadam
  48. tertarik gak ni, hehehe..cinta buat ku rase seperti hidup semula...hahahha....

    kalau ada idea, nanti kite join k...

    BalasPadam
  49. nak join, tp cam sogan jek nk storykan kisah cinta zie nih...hahahahah. tunggu next contest dr ko je joe :P

    BalasPadam
  50. waaaaaaaaaaa!!!!

    permaknaan cinta sejati?


    waaaaah!!!

    kalau rajin nak join.HEHEHE. :P

    dari dulu joe rajin buat contest,baguslah.

    BalasPadam
  51. mmc segan lak nak citer love story ..
    tak tau nak start dr mana,hehehee

    BalasPadam
  52. menarik!
    nanti ak try cari gambar

    BalasPadam
  53. Entry bentuk apa-apa pon boleh ye?

    BalasPadam
  54. http://iceboxrivet.blogspot.com/2010/02/contest-weekend-sheffield.html

    salam joe
    tu n3 contest tu
    ko tgk ler..

    BalasPadam
  55. ieda, jgn xmasok, hehe

    hazzy, menang boleh la kot, haha

    chunk, ok, jgn segan2 ya

    zie, kan ada pasal sport tu, join r yg tu, huhu

    BalasPadam
  56. hurul, boley la skit2

    kak atty, cite pasal sukan pon boley

    BalasPadam
  57. dak wan, iye, apa2 saja

    sidratul, ok done, ku dah baca n comment, thx u

    BalasPadam
  58. dah buat..
    kat blog saya..
    saya ingat nak masukkan entry tu dlm contest...boleh???

    BalasPadam
  59. boleh, cume kene ubah skit supaya tepati syarat
    ;)

    BalasPadam
  60. salam ziarah..
    huhu..cam best jew c0ntest nie..
    hmM, kalu buat gaya ala2 penulisan cerpen b0leh kn?..
    insyaAllah..nnti j0in

    BalasPadam
  61. salam perkenalan...first time i sampai kat blog u ni...blog-hopping from malaysian give-away..

    anyway, i now kat notts..
    rasa mcm nak join contest ni..harap2 dpt idea best -->sbb hadiah duit pound :p
    tp part yg voting2 tu mcm kureng sikit ler..sbb nanti kena fishing votes plak...why not u have some of ur friends -non-bloggers/independent as judges ;)

    bila i dah buat entry i'll give the entry k

    BalasPadam
  62. azrai, thank u thank u

    mama, sebab nak promote sebab tu buat undi undi ni. tp jgn risau, ada cara die untuk seimbang balik, join jangn tak join

    BalasPadam
  63. time table aku ketat... kalau berkesempatan nanti aku join... memang berminat ni

    BalasPadam
  64. Salam Joe...first time visit your blog...nice..

    nak jugak join contest..tp tak da idea lah pulak...kak eza jadi tukang promot cukuplah..

    BalasPadam
  65. salam ziarah..
    a'ah la..part yG v0te nie yG payah ckit..apa kata u buat ala2 reality sh0w ke apa, ada percentagE utk v0te & pr0fesi0nal..huhu..
    hmM..kalu buat cerpen agak panjG jgk la..h0pe u sudi baca smpai habis.. =)

    BalasPadam
  66. amboi.. contest mu.. bro pun cam nk join gak...cume kne fikirkan idea je nie...


    ops xde idea he..23x

    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  67. mancai, sila2, bnyak masa lagi

    kak eza, cube je, hehe, tp jadi tukang promote tu suke ;)

    azrai, buat voting untuk promote aktiviti ni lebey, takpe, nanti ku try tengok apa peluang yag masih ada

    framestone, bro, kamo wajib join, hehe

    BalasPadam
  68. mcm susah je.. X_x

    try cari idea dlu k..

    BalasPadam
  69. joe, this is my entry

    leh join lg kan?

    http://kokoro-no-haiku.blogspot.com/2010/02/weekend-sheffield-contest.html

    plz check kot2 salah ke..

    BalasPadam
  70. salam..

    wowww..20 pound siot...byk tu..ngeh2..nak join gak..nak cari idea dlu..hehe

    BalasPadam
  71. wow bak cni 50 quids tu.. haha leh gak i beli cardigan kt zara :p hahah sempena sheffiled game sgt dh ni! hahaha

    BalasPadam
  72. x tahu ler besh ke tak cite sy..harap2 tuan penganjur suka...ni linknya:

    http://putrinian.blogspot.com/2010/02/contest-weekendsheffield.html

    BalasPadam
  73. munsyi, ku dah buat rebiew, thx ya

    putri, thx join, review dah dibuat

    arieza, kenalah join

    BalasPadam
  74. salam,
    i've joined!
    silalah jenguk my entry yer

    http://suzie284.blogspot.com/2010/02/true-meaning-of-love.html

    tq

    BalasPadam
  75. 50pound je kau kuar? sia2 aku masuk. hehe.. nah link aku.. x paham apa jadah kau ckp kat atas tu.. copy paste aje na. hehe


    http://prima-lagenda.blogspot.com/2010/02/rugby-inside-unity-through-sportmanship.html

    BalasPadam
  76. http://uniqika.blogspot.com/2010/02/contest-weekend-sheffield-true-meaning.html


    fuhhh... dh siap.tak pnjg sgt2 n3 ni...cuma kna tgk 2 video.dh review oyak la deh..hehehehe

    BalasPadam
  77. joe..

    ni en3 aku utk contest ni..
    cite x best pn sbb len dari org len..
    pelik sikit..
    x menang pn xpe..

    http://aduka5.blogspot.com/2010/02/true-meaning-of-love-cinta-mengubah.html

    BalasPadam
  78. joe. penat aku nk pk kan entri yg sesuai utk kontes neh. huuuuu..

    ape kata joe letak semua link yang da masuk neh kat tepi sebelah kanan? sng nk usha pesaing nnt.. ehehehe

    BalasPadam
  79. kalo menang (kalo la..) prize hantar gune paypal ker??maafla tp aku tarak paypal tu yg ssh skit!

    BalasPadam
  80. salam..hye Joe..Dah join dah..:)

    http://arrajasmy.blogspot.com/2010/02/contest-true-meaning-of-loveini-bukan.html

    BalasPadam
  81. Wow.... 1st time ade contest hadiah dalam pound sterling tue.... kena check kat pengurup wang nie...kadar tukaran wang asing....

    BalasPadam
  82. dengar pound je trus teringat zaman bercinta dulu.
    nak beli barang pon kene convert ke RM. haha!!

    oh ye.. contest nie menarik.
    tapi lagi menarik kalau leh join kat sane. alahai..

    BalasPadam
  83. Joe!

    aku dah join!

    http://shafaza-zara.blogspot.com/2010/02/pendedahan-terkini-padang-bola.html

    BalasPadam
  84. adeh... kontest lagi... nak join ni... nanti aku fkrkan idea dlu... kalau sempat aku join... hehe

    BalasPadam
  85. salam ziarah Joe, teringin nak mencuba nasib ler... masih buka lagi nampaknya contest ni.

    :)

    BalasPadam
  86. selamat membaca satu dari berpuluh entry ya papajoe :)

    http://alismysara.blogspot.com/2010/02/entry-ini-untuk-contest-weekend.html

    BalasPadam
  87. JOe..aku dh join..kalau tak cukup syarat bgtu ; http://hasnulefendi.blogspot.com/2010/02/unity-through-sportsmanship-joegrimjows.html

    BalasPadam
  88. aiyok..ade contest..huhuhu

    BalasPadam
  89. ...sudah join...bgtahu yer aper yg kurang...huhu=D

    takutlahhh=p

    http://alieyaorange.blogspot.com/2010/02/for-first-time.html

    BalasPadam
  90. Dah join! :)

    http://scribbleswithstyle.blogspot.com/2010/02/true-meaning-of-love.html

    Harap diterima k! :)

    BalasPadam
  91. Salam..

    I'll try my best to join. Mudah2an ada rezeki..aminnn.

    Ni link Nida:

    http://along-nidar.blogspot.com/2010/02/contest-weekend-sheffield.html

    p/s: kalau tak cukup syarat bgtahu ye :)

    BalasPadam
  92. ku akan buat review satu satu
    sorry sebab keadaan sibuk skrgni
    ;(

    BalasPadam
  93. Joe...entriku dah siap.

    Ini link :

    http://mimpisiangmalam.blogspot.com/2010/02/contest-weekend-sheffield-true-meaning.html

    Kalau sibuk...kenapa tak panjangkan tempoh contest?
    At least ada juga masa untuk meneliti dan memberi review yang terbaik buat peserta.

    Tak salah untuk penganjur mengubah syarat pertandingan(tempoh) rasanya.
    Hoho~

    BalasPadam
  94. joe, maksu berminat, dan ini linknya,
    http://ceritakosong.blogspot.com/2010/02/true-meaning-of-love.html

    BalasPadam
  95. dah masuk.
    dah penat masuk ni, bagilah aku menang. hehe.
    ni link aku: http://everybodylovespika.blogspot.com/2010/02/true-meaning-of-love.html

    nanti view eyh? makasih. x)

    BalasPadam
  96. salam ziarah..
    h0w r u j0e?..
    seperti dijanjikan cerpen ku kini siap..sinGgah2 la hayati yer.. =)

    http://qamarguyz.blogspot.com/2010/02/cerpen-tarian-kejora-timur.html

    BalasPadam
  97. berminat nak joint... tq ler sebab inviter kiter... cuba lah tgk link ni... ntah menapti syaratnyer ntah tidak... juz cuba nasib je :)
    http://noieizan.blogspot.com/2010/02/contest-weekend-sheffield-true-meaning.html

    BalasPadam
  98. Joe,
    Vee ter miss out entry nie..
    Hmm... Vee akan tukar contest yang Vee anjrkan tue... :)

    BalasPadam
  99. salam joe
    http://fly5483.blogspot.com/2010/02/true-meaning-of-love.html

    ni entri aku untuk kontest nie....maaf kalo aku xmenepati syarat yang di mahukan..

    BalasPadam
  100. salam, x sempat join..bru tau ja pasal contest ni.

    BalasPadam
  101. sy dah masuk.
    tak pasan ke? =.="
    ni sy bg link lg sekali: http://everybodylovespika.blogspot.com/2010/02/true-meaning-of-love.html

    BalasPadam
  102. nak joinnnn!!!!!!!
    tunggguuuu...............

    BalasPadam
  103. seronok untuk dibaca ni...kisah2 diorg..

    BalasPadam
  104. penyertaan dari sy. edit entry yg sedia ada. x per kan. he he he

    http://syuqsaf.blogspot.com/2010/02/entry-khas-untuk-kamu.html

    BalasPadam
  105. mr.joe, sy nak masuk jugak boleh?
    ngee.. simple pimple saja entrinya:D


    http://siseratussebelas.blogspot.com/2010/02/tangan-tangan.html

    BalasPadam
  106. ok aku join nnt

    bg aku masa nak fikir idea dulu ok?
    =)

    21 hb tutup kn?
    orite

    tggu yee!

    BalasPadam
  107. haah, 21 hb 2 pukul 8 pagi waktu malayisa
    ;)


    yg baru letak link
    nanti ku buat review satu persatu
    sabo2 ya ;)

    BalasPadam
  108. so bad aku bz.

    hais.

    extend la tarikh tutup. tambah lagi 10 hariiii

    BalasPadam
  109. Hado... xsempat la.. dah 20 dah arini...huhuhu

    BalasPadam
  110. joe, aku nak join..jap yer nak wat entry

    BalasPadam
  111. http://bard87.blogspot.com/2010/02/contest-weekend-sheffield.html

    BalasPadam
  112. http://dihatisara.blogspot.com/2010/02/true-meaning-of-love.html

    joe, I dah join...! sila terima penyertaan ku ini...=)

    BalasPadam
  113. Ehem3.. Interprem jap...Jard soh aku masuk contest ni....so....try nasib ja...
    hehe...Afundi la n3 aku...
    uhuk3
    http://zeneria.blogspot.com/2010/02/true-meaning-of-love.html

    x tau klu dpt baca atau x...
    First time buat mcm ni...

    BalasPadam
  114. Ehem3.. Interprem jap...Jard soh aku masuk contest ni....so....try nasib ja...
    hehe...Afundi la n3 aku...
    uhuk3
    http://zeneria.blogspot.com/2010/02/true-meaning-of-love.html

    x tau klu dpt baca atau x...
    First time buat mcm ni...

    BalasPadam
  115. ayyak joe...
    awat bg thu de contest
    x sempat nih...
    hehehe
    insyallah i'll try tuk join..
    xD

    BalasPadam
  116. Wokey joe.. Ku dah selesaikan misiku.. Walau ade part yang tak menjadi.. Tapi layan sajek.. Zassss.. Heehee..

    http://nurfarhanaabdullah.blogspot.com/2010/02/contest-joe-true-meaning-of-love-atau.html

    Enjoy reading and watching.. :)

    BalasPadam
  117. encik joe..saya join..:)

    http://mon2stuff.blogspot.com/2010/02/contest-weekend-sheffield.html

    jgn lupa tinggalkan pesanan k..^^

    BalasPadam
  118. join juga =)

    http://dilalats-contest.blogspot.com/2010/02/true-meaning-of-love.html

    selamat menjengah

    BalasPadam
  119. joe.. kesian kamu kena review bnyk2... hahaha... stress tak?

    BalasPadam
  120. Saya join!! Hehehe...
    silala datang menjenguk blogku...


    keNaPa aKu sTiLL siNgLe?????

    BalasPadam
  121. http://hizamirahim.blogspot.com/2010/02/true-meaning-of-true-love-kau-tahu-ke.html

    bro.
    i join your contest la bro.
    thanks.
    hehe.

    BalasPadam
  122. salam, eippss...en.joe, saya x buat title selain yang disarankan boleh ke??? ke tak boleh??? tapi kan ikut kreativiti sendiri? Kalau letak title len terkeluarkah dari penyertaan???

    BalasPadam
  123. abg joe, en3 dh ciap.
    tadaaaa~
    hehehe...


    http://lahirbalik.blogspot.com/2010/02/love-may-not-fade-when-we-know-true.html

    tu link en3 untuk contest.
    enjoy reading:)

    BalasPadam
  124. ala...sygnya..
    aku bru teringin nak masuk pertandingan ni..
    kecewa..kecewa

    BalasPadam
  125. joe...thx invite,
    yeah dah join.walaupon harapan tak menggunung mana sebab tak sehebat yang lain.hehe..

    nah ini dia link.
    alamak ai aku salah time lah.lupe aku kat india..leh ke diterima ni joe.

    terlambat beberapa minit.
    huhu.papepon aku bg link.

    http://intanberlian87.blogspot.com/2010/02/contest-weekend-sheffield-true-meaning.html

    BalasPadam
  126. this is my link.
    kalau tak terlambat lagi la.
    thanks.
    hehe.

    http://hizamirahim.blogspot.com/2010/02/true-meaning-of-true-love-kau-tahu-ke.html

    BalasPadam
  127. ku dah update kat tepi tu
    kalau xde
    bgtau ya

    miss keropi, link kamo xjumpe, huhu
    bg lagi skali

    ada 5 jam lagi ni

    BalasPadam
  128. ni link ku..tapi ku mempunyai dua entri......

    entri 1:
    http://keroppiforever.blogspot.com/2010/02/kenapa-aku-still-single.html

    entri 2: http://keroppiforever.blogspot.com/2010/02/kenapa-aku-still-single-part-2.html

    BalasPadam
  129. ok joe, i'm in..

    http://hayatito.blogspot.com/2010/02/true-meaning-of-love.html

    idea dtg last2 minit.
    tp tetap nak jadi peneka.blh kan?
    hehe

    BalasPadam
  130. alamak...contest tak dilanjutkanke ?baru plan arini nak buat

    BalasPadam
  131. Joe,

    tgh buat entry..dpt tau lambat pasal contest ni + busy skit..sblum kol 12 aku siapkan entry ni..ingatkan tarikh tutup 28 feb 10...hik3....takpe,aku buatje....harap2 diterima...hik3...

    BalasPadam
  132. my entry http://ladycaja.blogspot.com/2010/02/love-me-please.html

    buleh msuk cntest ke???

    BalasPadam
  133. Siap pun.Ni link nya.Harap-harap diterima.Kalah menang ,belakang cerita.hik3...Unity Through Sportmanship :

    http://eyriqazz.blogspot.com/2010/02/unity-through-sportmanship.html

    BalasPadam
  134. cool.. giving out pound for the winners.. haha.. i miss using that currency.. =P

    anyway, all the best with the contest!

    kenwooi.com

    BalasPadam
  135. ala xleh join dh kew..ala sedey nyer..lmbt tau

    BalasPadam
  136. terima kasih Joe, untuk review :)

    BalasPadam
  137. vee tak sempat nak join nampaknye... =p ...
    sabtu hari tu dekat cc teman kawan ... (T_T)

    BalasPadam
  138. hoho
    sowiee
    da abes da

    ada org xtau
    maknanya kyrg pomosi lagi la ni
    huhu

    BalasPadam
  139. rasa cam penah melawat blog anda..tpi ketika itu saya masih lagi tiada blog..skrg dah ade...mai la tgk2...
    http://shahjiehan.blogspot.com/ budak baru belajar..

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.