Sabtu, 6 Februari 2010

aku sebgai YDP (part2)

sambung dari entry part 1 disini


kali ni aku mahu kongsi banyak pengalaman yang memang aku rasa berharga dalam diri aku. yang baca sampai habis, aku rasa kamu semua akan dapat sesuatu tentang kemanisan kita 'bekerja untuk orang' ni.

logo ni si naufal yang buat



seimbangkan exco


seramai 20 orang exco JPP yang dipilih sudah pasti memiliki pelbagai ragam dan sikap masing masing. menjadi tanggungjawab ketua ni untuk memastikan yang exco exco ni paham dan rapat antara satu sama lain. antara yang berkesan adalah wujudkan suasana kekeluargaan. biar semua 'bekerja' macam satu family, barulah akan bahagia keluarga (dalam soal sekarang, mtrx lah) ada seorang non muslim, kam long sheng namanya. nasib baik dia pun paham dan menyambut seruan keluarga ini. hari jumaat pakai baju kurung, dia pun pakai sama. comel je


rindunya saat ni...!


aku bertopi koboi


aku bertopi koboi lagi


tapi biasalah, mesti ada salah dan silap. tak terelak. bukan mahu membuka pekung yang lama, tapi sememangnya akan ada perselisihan di kalangan exco. kami tidak terelak. cuma apa yang aku kesalkan, dulu aku lambat bertindak, maksud bertindak adalah melakukan sesuatu untuk tidak terus melarat. 'slow talk' ke, berbincang baik-baik ke, dan rasanya inilah pengajaran yang aku dapat ambil sebagai pemimpin, kena bincang elok elok dan tangani sebarang masalah yang timbul dengan secepat mungkin. cepat seperti entry ini



kisah surau


khamis malam jumaat merupakan malam wajib untuk semua turun ke surau. 2000 untuk sembahyang berjemaah sekali, dan masa inilah aku gunakan 'gila mic' aku dengan sewajarnya. banyak benda yang aku belajar, contohnya tidak semua sekepala dengan kita. pelajaran ini bukan sahaja dari aku, juga dapat dari pemerhatian yang orang lain buat.


gambar semasa kursus JPP


maksud sekepala adalah lebih memahami 'audience'. kita nak suruh orang semua turun ke surau, tapi ada je yang tak turun, bukan tak mahu, tapi sebab tak tahu pun nak sembahyang. aku ingat semua orang yang berumur 19 tahun ni, solat takdelah tingggal tinggal, tapi rupanya yang tak tahu pon ada. kes terpencil inilah yang sepatutnya kita sebagai pemimpin lebih 'cakna' disamping audience yang besar tidak di lupakan sama



kisah kambing


kesilapan besar yang aku buat dulu adalah dengan menceritakan kisah kambing. aku ceritakan sebab prestasi matrx melaka kalau nak compare dengan mtrx lain jatuh merudum, dan ini disebabkan ada segelintir yang semuanya FAIL. 4 E. jadi aku bawakan kisah kambing ni


ada seekor kambing, dia nak pikat seekor awek kambing di matrx. jadi dia pun masuklah matrx. sebab kambing ni pandai bercakap, dia berjaya masuk jugak. tapi sebab malas dan tak mahu belajar, dia masuk jugak exam mtrx dan akhirnya semua soalan dia tak jawab. dapatlah dia semua E. jadi yang dapat semua E ni, sedar tak sama dengan siapa? sama dengan yang tak belajar langsung



memang syok sendiri aku ceritakan cerita ni. niat asal untuk memotivasikan orang akhirnya memakan diri. golongan yang dapat '4E' ni tak berpuas hati, marahkan aku, tapi sebab aku yakin cara aku betul, aku senyum saje. sampailah ada seorang pengerusi surau, firdaus namanya yang menegur aku. dia bagitau, bayangkan ada yang dapat 4E tu sebab emosi tak stabil masa exam, dan aku bagi cerita yang dia samalah macam kambing, apa perasaan dia. tak semestinya 4E tu bodoh, itu hanya peperiksaan.


terbuka mata aku!


sampai hari tu, barulah aku mula sedar yang kata kata kita ni cukup tajam. nasihat pastilah di lakukan dalam suasana yang harmoni, bukannya dalam suasana yang ada unsur 'gelak ketawa' orang tidak dapat nasihat yang kita bagi. dan satu lagi, pentingnya kawan macam firdaus tu untuk menasihat kita, walaupun dia bukannya orang penting di mtrx, tapi orang tak penting tak semestinya pandangan dia perlu kita ketepikan. ooh, pengajaran lagi


lelaki gantang KMM


atasi maksiat


di matrx ada juga golongan golongan yang ke arah ni. cium cium, gosok gosok, raba raba dan yang paling teruk, buat blow job. macam macam kan? bila kita menghadapi 2000 orang ni, macam macam kepala ada, sebab tu kita kena pandai mengawasi suasana. untuk pencegahan maksiat ni, ku gunakan saluran surau. hurmm, sebenarnya ajk ajk surau yang bertindak untuk tangani masalah ni. aku hanya ikut sama


'kapel' di matrix begitu banyak sebenarnya. tempat yang menjadi pilihan mereka adalah bilik-bilik tutorial. mula mula masing-masing buka buku, kononya kalau orang lalu lalang, study bersama, lepas tu jadilah peristiwa yang tidak sepatutntnya. bukan mahu mereka cerita, pernah juga golongan seperti ini terserempak dengan aku. memang malu betul. adik adik jangan buat macam ni ya



kem kaizen



ada satu kem anjuran bersama JPP, PRD dan AJK surau, kire para pemimpin matrx mlaka untuk jalani kursus ala ala pemimpin. aku yang dulunya masa tingkatan 5 sememangnya dah banyak ikuti program macam ni, anggap satu program untuk tambah ilmu je la. tapi, apa yang aku dapat dari program tu, betul betul banyak mengubah paradigma aku sebagai pemimpin


kita tidak hebat


memang ada dalam diri ini 'perasan' hebat berbanding dengan orang lain. apa yang orang buat, memang kita tak bantah, tapi dalam hati, benci akan apa yang dibuatnya itu. soal hati ini yang cukup susah untuk dibendung. apa yang kem kaizen ajar. sesuatu yang cukup bermakna


semasa hari terkahir, ketua jurulatih sempat berkata sesuatu yang sedih kepada kami. aku yang sememangnya kurang serius dalam hal hal melibatkan perkhemahan ini, cukup terasa sampaikan airmata aku yang paling laju. dia cabar kami untuk mengubah golongan seusia kami diluar sana. kami semua beruntung di beri pendedahan seperti mana sekarang, tapi ada yang antara seusia kami sekarang sudah terjebak dalam dadah, curi, rogol dan macam macam lagi.


rasa terkesan sebab sememangnya ramai seusia denganku yang lalai dan alpa dalam dunia masing masing yang jelas tiada sinar harapan. syukur kerana Dia golongkan aku dari kalangan yang sedar


cuba teka mana aku??


peace peace, no war



masalah cinta

di matrx juga aku berkenalan dengan seorang perempuan. dia merupakan pasangan aku yang kedua setelah pasangan pertama tidak menjadi. ahaa, hebat juga aku ni kan? hehe. tapi sayang, hubungan tak menjadi, mungkin Allah sayangkan aku lebih, tak mahu aku lagho dalam soal perempuan ni, hubungan terputus dengan tragisnya sekali. kenapa aku ambil herbalife, perempuan ni salah satu faktor. hahaha. gemok, siapa yang nak kan? (senyum dalam masam)


pernah bagi bunga pada dia, dia balas balik dengan bagi tahi


kepentingan berorganisasi


aku tamatkan cerita aku sebagai YDP dengan memberi satu formula untuk menjadi pemimpin yang hebat. nak tahu anda ketua yang hebat atau tidak, lihatlah macam mana orang bawahan yang anda pimpin. baik atau teruk, itulah sebenarnya anda. aku rasa aku tak layak lagi digelar pemimpin yang hebat, tetapi 'title' pemimpin hebat aku idam idamkan. jelas, ilmu kepimpinan banyak lagi aku perlu pelajari. kalau tak jadi pemimpin masyarakat pun, persediaan ini penting untuk memimpin keluarga aku kelak



ooh isteriku
ooh anakku


pss - terima kasih kepada orang sandakan bekalkanku ilmu kepimpinan dalam suasana yang paling harmoni!


nota kaki : tengok tengoklah video ni kalau rajin ek



37 ulasan:

  1. best ler citer pengalaman ko ni
    banyak pengajaran

    BalasPadam
  2. Psl kmbing 2..perhaps people yg not 4e pon ada rasa marah..pencertaan yg xbez lgsg n not creative tuk diadaptasi mnjadi nasihat..lolx. The best way is,lau nk nsihat org..cari satu pendekatan yg lembut tp mmberi kesan yg mndalam...

    BalasPadam
  3. jd pemimpin bkn sng.. huhuh lg2 ketika umo2 budak2 semua baru nk meningkat. time form 4 form 5, matrix. mmg pyh. semua sifat memberontak dgn kurang fikiran matang wujud. tu yg pyh ckit. tp bila dh masuk uni, lain pulak cabaran kepimpinannye.. hehe ape2pun, biar kita rela dipimpin utk memimpin! (hehehe cekup our motto MPP di SBP dlu) :p

    BalasPadam
  4. sebab tu pengalaman berharga anon

    patut cam pernah dnga pun

    BalasPadam
  5. aku pn hairan nape ko bg cntoh kmbing kt org fail..mmg cari nahas..seb bek xde kaki pukul kt sana..ko mamai masa tu ke ape joe?

    Contest ko yg sheffield tu ke joe?

    BalasPadam
  6. haha
    pengajaran kepada diri sendir

    haah
    sheffield
    masok jgn xmasok

    BalasPadam
  7. pengalaman takleh dibeli ngn ringgit malaysia..

    peace bro!

    BalasPadam
  8. seronok membaca penulisan anda..boleh dijadikan sumber inspirasi ni =)

    BalasPadam
  9. moga jadi pemimpin yg bertanggungjawab..

    BalasPadam
  10. joe,masih ingat kah dikau tentang diriku..hehehe...
    bersama2 di kaizen kita dilanyak..haha

    ko lupa masuk entri..masa kita kawad...hahaha

    BalasPadam
  11. joe,
    kau blajar dgn org sandakan yew?
    haha..selamatlah jadi org asli!
    bek tukar!!!

    BalasPadam
  12. amboi topi koboimu...hahaha...

    waktu kursus ala2 ketenteraan tu...nampak pula kamu tanpa spek ya? kagum! =D

    BalasPadam
  13. wahh...dapat jadik JPP. menang election ke? :)

    BalasPadam
  14. matrix mantap!! tapi jpp cam x nampak mane huhu

    BalasPadam
  15. saya mmg takde sifat kepimpinan langsung..& saya org yg tak berani amik risiko..yes..maybe!

    BalasPadam
  16. walaupun aku JPP cam ko dulu bro, tp pengalaman ko paling best aku rasa..
    yela dgn exco yg besar, student yg ramai..
    aku masa tuh KMJ baru jer bukak so xsampai 1k umat pun dlm tuh..
    tp best baca, mengimbau memroi silam aku gak..
    wakakak!

    BalasPadam
  17. Nice one.. Bikin ku tersentuh hati.. Esp tang hang kata senyum masam dn katakan gemuk sape yang nak kan.. Ahaks.. Ku ni, itu juge yg ku nmpak.. Ngee.. ;p

    Mantop mantoya laa weh cite hang ni joe.. Ade pngajaran.. Tengkiu2..

    BalasPadam
  18. best kn?
    dpt byk pengalaman! ;)
    ehe..

    nway, nmpk u sgt njoy.

    BalasPadam
  19. eh dlo joe cute lah!
    skrg x dah.
    hahah

    psstt : herbalife leh kuwus dlm mse sbln x?

    BalasPadam
  20. baru ak nmpak fungsi jpp sebenar nya.. haha..

    BalasPadam
  21. jie, mesti ingat, haah la,pasal kawad, lupe, hehe

    adik eica, kawan sandakan kat serawak, nape?

    anuar, dah kene lanyak, mesti xde spek nye

    aidi, ada kat part 1, hehe

    BalasPadam
  22. azuan, no komen, hehe

    pojiee, ramai2 best n banyak pengalaman baru

    farhana, cite benar, hoho

    sharvina, walways enjoyy

    BalasPadam
  23. cik jannah, mstilah boleh, hehe

    chah, bagus la da nampak ;-)

    vidada, wooh

    BalasPadam
  24. da ilang da
    huhu
    skrg pakai topi lain plak

    BalasPadam
  25. isu pasal kapel saban tahun akan jadi lebih gah..lebih dahsyat..mungkin satu masa nnt...dh mcm negara barat seratus peratus

    BalasPadam
  26. gua nak demand lebey lg pasal entry cinta..
    hahaha

    BalasPadam
  27. hai joe cite baik2 je..takkan takde pengalaman buruk kot jadi JPP waktu kat matrik dulu lol..cite la skit roomate ke haha...gurau2..

    BalasPadam
  28. haha. kambing. agak melampau tu, tapi biasalah. semua orang pernah buat statement melampau-lampau ni dalam kita tak sedar. manusia mana pernah perfect daripada melakukan kesilapan.

    kmm. masjid tanah. masjid tanah tempat aku da.. haha..
    ade dekat 11 tahun gak tinggal situ. sekarang dah tinggal kat subang jaya da..

    BalasPadam
  29. rajin ko bercerita..tabik spring..toing2!!!

    BalasPadam
  30. waaaa.......

    bes.bes..teringat zaman2 mtrix..huhu
    swonok kan..gambar kat KLD,jasin..syok uuu g situ..

    em..u tak kontek ke ngn dak2 matrix??kaduk,ngan sape nta yg duk seblah u 2..budak repeat 2..

    mm

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.