Jumaat, 24 Julai 2009

buku tentang berlin

ini kisah benar. ku harap entry ini mampu memberi sedikit inspirasi kepada yang memerlukan. tambah-tambah lagi bacaan sebelum tido








ada sebuah buku yang merupakan antara buku yang ku laburkan menggunakan duit sendiri. pasal berlin. masa ku beli buku ini adalah semasa mahu interview tajaan jpa ke luar negeri. ketika itu ku mengambil keputusan untuk memilih 'germany engineering'


german memang kaya dengan sumber teknologi. ku memilihnya supaya ku dapat mengambil seberapa banyak ilmu untuk dibuat bekalan bekerja nanti. semangat pelajar lepasan spm ketika itun sememangnya sukar dibendung, ku terjebak sama. mahu menempatkan diri disana!


buku itu ku beli dengan duit sendiri. duit yang disimpan sedikit-sedikit. harap buku ini banyak membantu semasa interview nanti. perasaan bila membaca buku ini seolah-olah diriku sudah berada di german, menyambung pelajaran disana!


tahu dengan result ku yang tak seberapa, ku pasti buat elok-elok semasa interview nanti. setiap isi kandungan dalam buku itu kubaca dengan teliti. kalau cukup masa untuk hafal, sememangnya ku akan hafal. apakan daya masa tidak ada


german, german, german


hanya negara itu yang bermain di otakku, ku dah tetapkan arah tujuanku, selepas ini, ku akan belajar disana! nak taknak, ku akan paksa diriku supaya boleh menjejak kaki kesana nanti!


semasa hari interview, semua pelajar yang memilih jpa lebih kurang 1000 orang. tu yang berada di kelantan sahaja. tak campur lagi dengan lain-lain negeri. orang semakin ramai, semangatky semakin berkobar untuk mendapatkannya. GERMAN, tunggu ku!


masuk ke dewan interview, penemuduga itu menanya pelbagai soalan. sesi pertama adalah english, sesi kedua adalah bahasa melayu. nasib baik yang english hanya tanya pasal peribadi, dan yang melayu tanya soalan yang susah. jadi ku menjawab dengan penuh yakin


ku rasa tempat temuduga itu aku yang punya!


bercakap tak ingat dunia. kakak ku pesan, jangan bolot semua, bagi peluang kepada yang lain, ku ikut. masukkan juga kepentingan belajar di negara german, ku ikut. dan banyak lagi panduan dari kakakku ku ikut. (akak ku ptd, banyak la pengalaman dia)


ingat lagi satu soalan yang ditanya, soalan ku duga!
kenapa memilih ke german


memang soalan itu ku berlatih jawapannya. apa lagi, memang ku pulun habis-habisan. orang sebelumku tergagap-gagap ditanya apa keistimewaan german, ku dengan yakin menjawab itu dan ini. sampaikan ku rasa banyak mata memandangku.


setelah selesai


seorang ahli penemuduga memanggilku.

dia : belajar sekolah mana dulu?
aku : sbpi kuantan

dia : ooh, asrama penuh?
aku : haah

dia : banyak ek research buat
aku : semangat nak belajar kat german cik, biasala

dia : bagus la macam tu. emm.... kalau tengok result kamu ni, susah sikit nak pergi, harap dapat cover dengan sesi temuduga tadi. excellent job! tak dapat jangan frust pulak ek, banyak lagi peluang
aku : ok (senyum bangga)


ayat "tak dapat jangan frust pulak" memang sampai sekarang ku ingat. sebabnya, masa tengok keputusan melalui online, untuk tajaan itu, ku tak dapat. gagal. cuba lagi lain kali.


frust?

memang ku frust. macam orang mati bini kot. ku dah berusaha, dah tetapkan fokus mahu belajar disana, last-last tak dapat. dapat tak bayangkan ke'frust'an ku dulu? memang ku ambil masa untuk bangun semula....hanya doa ku panjatkan



sekarang?

alhamdulillah. tak dapat belajar disana pun, melawat pun jadi lah. tahun lepas dah pergi france, tahun ni mahu ke venice dan prague, tahun depan mahu ke berlin! kenapa? sebab u sekarang belajar di uk, kat sheffield. pergi ke tempat-tempat itu hanya rm 300 ke rm 400 saje


kuasa doa


memang sekarang baru ku percaya akan kuasa doa ini. jangan berhenti akan berdoa. selalu ku berdoa supaya dapat ke luar negara, terutamanya sebelah eropah. seingat masa di tingkatan 4, umur 16 tahun. allah makbulkan doa itu masa umur 20 tahun. apa-apa pun, syukur alhamdulillah


di dunia ini tiada yang mustahil. jika kita wujudkan sesuatu benda 'mustahil' untuk dikecapi, sudah pasti kita takkan dapat perolehnya. jika kita anggap benda yang 'mustahil' itu mampu kita kecapi, pasti benda itu kita akan perolehi!


belajar melalui pengalaman
cikgu yang terbaik!


nota kaki : hari jumaat, sama-sama berdoa untuk kesejahteraan orang lain... tak terkecuali rakan-rakan bloggers



29 ulasan:

  1. wah bagus ar ko ni dari dl dah tanam minat nak g luar negara..tabik!

    BalasPadam
  2. interview aku simple jer.. 5 minit.. hahahah..

    BalasPadam
  3. jelesnya bila dengar kisah org blajar luar negara..dulu aku mmg terus kecilkan pilihan..amek yg dekat je..tknak susahkan kuarga.huhu

    BalasPadam
  4. xdpt jpa..??
    abes kat uk tu under ape ek?
    mara? petronas? telekom?

    BalasPadam
  5. tq.
    bc cerita dlm N3 neh memang buat semangat bekobar2!
    =)))

    BalasPadam
  6. doa adalah cra kite mmohon..dlm msa kne b`usha.. wah! aien jd bkobar lak dgr cte kamo.ngee

    BalasPadam
  7. doa juga mendekatkan kita denganNya

    BalasPadam
  8. aku time interview dulu tak bajet pun leh dapat.sebab aku tgk org lain jawab gile konfiden...sampai aku dah berserah kat takdir..kalau rezeki aku..dapatla..
    hee...n alhamdulillah dapat..hajat hati mmg nak ke europe gak..tp lom de rezeki..
    tunggu keje la kot.huhu

    BalasPadam
  9. aku dari kecik taknak jadi doktor, sekarang amek medic. aku harap dpt engineering uk petronas, dapat geology canada.

    mara medic "backup" nak sedapkan hati org tua, terpaksa aku jadikan pilihan. erm...

    BalasPadam
  10. saya pon tak berhenti berdoa agar
    dapat apa yang ingin dicapai...
    semoga saya dapat apa yg saya inginkan macam anda dapat apa yang anda inginkann.. mr joe
    aminnnn !!!!

    BalasPadam
  11. harap ada yang berkobar

    p uk under mara
    lepas mtrx
    bukan lepas spm

    BalasPadam
  12. experience is the best lesson in life.
    :)

    BalasPadam
  13. ~kita akn dpt ssuatu dr pnglaman yg org lain xdpt...

    BalasPadam
  14. saye juga frust,,,sebab sudah ade ol dis prep...tetibe x dapat... 3 kali lak tuh....last2 ke private kolej jue.....

    BalasPadam
  15. Doa sentiasa...moga hiduP dirahmaTi...

    BalasPadam
  16. kalau doa tanpa usaha, tak guna

    BalasPadam
  17. sangat setuju dengan statement "teruskan berdoa"..

    lin doa nk masuk mrsm mdari drjah 6. tak dapat masuk masa form 1. frust giler!!

    but...entah kenapa i keep praying nak masuk mrsm. alhamdulillah lps pmr dapat tawaran ke mrsm.
    mintak masa umo 12. dapat masa umo 16
    :)

    then masa form 4 mintak nk pergi ireland. tiba2 one day tercilap doa nak pegi australia. tak terfikir langsung.
    then now, insyaAllah tak lama lagi i'll study in Australia.

    :)

    experience is the best teacher.

    BalasPadam
  18. sagt teringin ke luar negara...bukan utk bjalan2, tapi utk belajar d sana..


    insyaAllah..

    tahniah.

    BalasPadam
  19. terima kasih.kalau yakin dengan apa yang kita doakan tu,tak nakalnakal,IA DIA perkenankan.

    BalasPadam
  20. one day, i'll be there!
    i'll make sure of my presence there!
    and when i've said it, i will do it
    until i get what i want...
    sekali gagal x bermaksud gagal selamanya..
    GO GEEDS!
    :)

    BalasPadam
  21. Hm....tak specific doa nak pergi negara mana.
    Maybe bleh usaha dan lebih spesific .

    BalasPadam
  22. "di dunia ini tiada yang mustahil. jika kita wujudkan sesuatu benda 'mustahil' untuk dikecapi, sudah pasti kita takkan dapat perolehnya. jika kita anggap benda yang 'mustahil' itu mampu kita kecapi, pasti benda itu kita akan perolehi!"


    setuju sangat2!!!!!

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.