Jadi bil elektrik akan naik lagi berkuatkuasa 1 Januari 2014. Kalau dulu memang aku tak kisah sangat tapi sejak beberapa bulan ni bil elektrik rumah aku yang bayar, memang kena ambil tahu jugaklah mengenai cara untuk jimatkannya. Sebab masa kat Sheffield dulu aku ambik EE (Electrical Engineering) jadi entry ni khas untuk KITA JIMATKAN KOS ELEKTRIK.
Amboi, tak payah ambik EE pun kat sekolah dah diajar, cuma nak refresh balik
1) Ketahui cara elektrik dibayar
Kat Malaysia ni kita guna uni kWh ataupun kilo Watt per hour. 1kWh dikira 1 unit. 1 unit bersamaan dengan RM RM. Semakin banyak penggunaan, semakin banyak RM RM kita bayar. Untuk 200 unit pertama RM 0.218. 100 unit lepas tu RM 0.334. 100 unit lepas tu RM 0.400 hinggalah 901 unit keatas dibayar RM 0.454
Bila korang tahu berapa unit atau berapa kWh korang pakai untuk tiap-tiap bulan, barulah boleh berjimat. Yang mana boleh berjimat, kita jimat
2) Masa vs Kuasa
1 unit atau 1 kWh ni ada dua faktor yang mempengaruhi. Masa dan Kuasa. Setiap peralatan elektrik ada kuasanya tersendiri. Kat mana nak check, boleh check kat label plug sesuatu barang tu biasanya ada tertulis. Kadang-kadang kat alat tu sendiri pun ada dia tulis. Yang Watt tu ya lah tu. Masa pulak, berapa jam korang guna peralatan elektrik tu mengikut jam
Setiap peralatan berbezakan jumlah masa yang kita guna. Macam lampu kita bukak malam je, tapi peti sejuk 24 jam kita bukak!
3) Tips jimat elektrik sikit-sikit
Peralatan yang menggunakan Watt yang sikit seperti lampu sebenarnya takdelah bagi kesan banyak sangat kepada bil elektrik kita. Ambil contoh lampu kalimantang 40 Watt. Kalau kita pasang seharian tanpa tutup hanya kos 40 x 24 = 0.96kWh je yang mana tak sampai 20 sen sehari. Aku bukannya nak kata yang lepas ni tak payah tutup lampu, tapi kita terlalu berbangga kita dah jimat elektrik padahal impak dia sikit sangat dan ada lagi yang impak besar.
Mengenai komputer pulak - switch off atau sleep memang ada beza. kalau kita sleep, masih ada penggunaan elektrik sebanyak 20-30 Watt sejam. Berlainan pulak kita tutup terus, memang takdelah penggunaan elektriknya. So lepas ni, bolehlah tutup berbanding korang buat sleep. Bolehlah jimat 10-20 sen tiap-tiap2 hari. Kalau dah sebulan - bukan ke dah RM 6?
4) Tips jimat elektrik banyak-banyak
Peralatan yang paling banyak menggunaan elektrik adalah
- Peti sejuk
- Microwave
- Cerek elektrik
- Seterika
Peti sejuk merupakan peralatan yang paling banyak menggunakan elektrik. Dah la Watt nya tinggi lepas tu kita pulak guna 24 jam sehari 30 hari sebulan 12 bulan setahun. Memang korang akan perasan bil elektrik korang akan tinggi kalau jumlah peti sejuk digunakan lebih daripada dua. Senangnya, kalau korang ada 2 peti sejuk kat rumah, memang bil takkan kurang dari RM 100 sebulan. kan kan?
Macam aku dulu ada 3 peti sejuk. Satu dapur kering, satu dapur basah dan satu lagi yang jenis freezer punya. Sebab tu bil elektrik tinggi semacam je walaupun dah berjimat habis dah lampu, kipas, tv semua. Tapi sekarang ni, guna 2 je, memang bil elektrik nampak banyak kurang.
Rumusannya : gunalah peti sejuk jangan lebih dari 2! kalau boleh 1, pakai 1 dan cari yang energy efficiency yang elok sikit. Jenis watt rendah gitu
oraite, itu sahaja. ada tips bagus, jangan lupa share yaa
sesak pulak dada baca pasal jimat elektrik ni . hmm
BalasPadamSo kesimpulan kat sini, bil letrik kediaman pm cecah juta2 tu mesti dia ada banyak aircond, peti sejuk, dan barang2 letrik yg melibatkan penggunaan watt yg tinggi... Hmmm...
BalasPadam@iAmCekbolat
BalasPadamjangan sesak2
tarik nafas dalam2
hehe
@aslina majid
BalasPadamamboi cecah juta2 sapa tu? eh? haha
itu lah pasal, kalau kediaman istana pun tak sampai juta kot, kilang mungkin la, itu pun semua kilang topglove yg ada kat setia alam tu😂😂
PadamTq for info
BalasPadam