Ahad, 13 Oktober 2013

Benda yang satukan mereka

Musim raya Haji, memang tak dapat dinafikan tiada yang boleh kalahkan Kelantan dari segi kemeriahan sambutannya. Tak tahu kenapa, tapi itulah yang terjadi. 

Dan menjadi kebiasaan, seluruh keluarga aku akan berkumpul di Kelantan untuk sambut Raya Haji ni

Apabila berkumpul, memang gamat suasananya dengan pelbagai kerenah anak saudara. Ada 13 orang kesemuanya dan ketika aku tulis entry ni, 10 dah ada kat sini. Lagi 3 orang (semua hero) akan balik esok. Kalau hari ni pun dah meriah, esok lagi-lagilah meriah!

Walau pelbagai kerenah, ada satu benda yang akan satukan mereka. Apa dia?


iPad!

Walaupun orang kata teknologi ni akan menyebabkan 'connection' dengan dunia sebenar menjadi semakin kurang, aku rasa ramai ibu bapa di luar sana gunakan teknologi seperti iPad ni untuk 'tenteramkan' anak-anak mereka. Macam anak-anak saudara aku ni, bagi iPad memang duk mengadap benda tu je lah kerjanya!

Kalau korang, apa yang korang guna untuk 'tenteramkan' keadaan suasana meriah ni? boleh lah share kot-kot aku boleh pakai kaedah tu. 

2 ulasan:

  1. maenan @ pet..tp bkn ipad..cume prob bile parent bertegas nk bg ipad sedangkan anak2 dh terlupa pn bila sakan maen..haish~

    BalasPadam
  2. salakn.cara nunu bukak komputer pasang lagu haldad alwi suruh depa nyanyi ramai ramai..haahahah

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.