Khamis, 31 Januari 2013

Oh babi-babi di depan rumah

Pukul 4 pagi semalam, berlaku kemalangan betul-betul kat depan rumah. Aku sedar kejadian memang dah pukul 7 camtu, memang tak sedar langsunglah walaupun mak aku kata dia terkejut dengan bunyi kuat kat depan rumah tu. Tengok-tengok, ada kereta terbalik terus!



Yang mengakibatkan kemalangan ni berlaku adalah disebabkan - BABI!



Ada 2 ekor yang seekor tu agak besar memang dah terburai jugaklah perut tengok. Katanya babi seekor yang besar tu dilanggar lori dulu sebelum babi kedua yang masih berkeadaan elok yang mana kereta terbabas tu cuba nak elak babi2 tu. Last-last, terbabas sampai terbalik terus keretanya

Tapi Alhamdulillah, pemandu kereta selamat!



Memang agak havoc jugak suasana pagi tadi, dah la kereta terbalik tu kat tengah jalan, ada 2 bangkai babi pulak, memang gamaklah suasananya

Tanya korang, kalau ada binatang melintas, korang mengelak ke korang langgar je? 

10 ulasan:

  1. kalau sempat elak, elak la..tapi kalau dah memang takboleh nak elak, pejam mata, langgar..waawaaa, keji sungguh!

    tp ada org cakap, kalau langgar kucing, kena lempar duit syiling..eh, betul ke??

    BalasPadam
  2. tak ingt masa tu kat tganu ke kelantan, ada jugak nmpak babi tergolek tepi jalan macam ni. ish3

    BalasPadam
  3. babi-babi melintas jalan, sekampung kecoh.

    BalasPadam
  4. @dee

    ada hutan skit kat area rumah ni. situ la kot

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.