Hai korang yang nak turun banyak kg di bulan puasa (gaya Mr K),
Alhamdulillah, dah 21 hari kita berpuasa. Aku rasa semua masing-masing duk sibuk dengan meningkatkan amal ibadah, maklumlah, 10 Ramadan terakhir. Akan ada satu malam yang mana lebih baik dari 1000 tahun. waha, rugi tersangat tu tak kejar! Tak lupa juga mesti ramai yang sibuk untuk persiapan raya, duit raya, cuti nak balik raya, servis kereta dan macam-macam lagilah. kan?
Okeh, kali ni aku nak share dengan korang - waktu mana yang paling sesuai untuk bersenam. Sebelum aku cerita lanjut, kita tengok gambar yang bagi motivasi ni dulu
Nama dia Bob, pemegang rekod dalam Herbalife setakat ni untuk penurunan paling banyak. 62kg. Sangat banyak dan bagi orang yang berat 130kg keatas, merasakan turun banyak ni adalah sesuatu yang mustahil, bob antara orang yang katakan TIDAK pada mustahil tu. Kepada orang Kelantan, dia akan datang ke Kota Bharu untuk Mega Raya 25hb ni kat Crown Garden Hotel, nak jumpa dia nak tengok live, kenalah datang okeh
Eh eh, lari tajuk pulak
Berpuasa tidak patut menjadi penghalang kepada kita untuk bersenam. Lakukan aktiviti yang menyihatkan di bulan puasa akan menjadikan badan kita lagi tegap daripada biasa. Sebab itu bagi yang mengamalkan senaman pada bulan puasa ini, berat mereka tidak terlebih seperti kebanyakan orang lain
Persoalan timbul, waktu mana yang paling sesuai?
Aku boleh cadangkan disini waktu yang paling sesuai untuk orang berpuasa adalah pada jam 5.30-6.30 petang. Ataupun sejam ke dua jam sebelum berbuka. Sangat penting kerana korang pasti kehilangan air ketika bersenam dan kalau tidak digantikan air yang hilang itu (dengan minum air sudah pasti) korang akan berlaku kekurangan air dalam badan secara mendadak which is - sangat membahayakan untuk kesihatan.
Jangan lakukan aktiviti terlalu lasak, buat aktiviti sedang-sedang, sudah pasti badan korang akan lebih tegap daripada biasa. Selamat mencuba!
eh, apsal pendek je ni? :p
Ada nampak Joe kat Secret Recipe ritu..hehe segan nak tegur
BalasPadamp/s: untungla dpt cik tunang yg cantik & putih gebu! suka sgt tengok hehe tahniah yerr :)
@Anonymous
BalasPadamwah wah
terkantoi disitu
memang selalu buat exercise sebelum waktu berbuka. bulan puasa ni sebenarnya waktu yg sesuai untuk work out dan membentuk badan.
BalasPadamhhehe..
BalasPadamwaktu aerobik kite tuuu :D
Jangan diulang kecewa, kelak engkau terusan merana.
dari april hingga ogos ni saya sudah turun 10kg.
BalasPadammakan macam biasa
lepas raya ni nak g cek doktor. mcm pelik pulak. hhuhuhu
Joe kat Secret Recipe ritu
BalasPadam