Jumaat, 31 Ogos 2012

Gempa bumi 7.9 sr di Filipina, amaran tsunami dikeluarkan

Elok je hari ni kita menyambut #Merdeka55, jiran kita Filipina sekarang ni tengah berdepan dengan ancaman tsunami! Jam 8.57 malam tadi (waktu kita) gempa bumi berukuran 7.9 skala ritcher (memang besar!) melanda perairan Filipina - sejauh 91batu dari daratan. Amaran tsunami terus dikeluarkan di Filipina, Jepun, Indonesia, Hawai dan Taiwan.



Setakat sekarang masih belum dilaporkan apa-apa lagi kemusnahan dan amaran tsunami ini masih belum ditarik. Dengan melihat jarak dengan Filipina dengan tempat gempa bumi yang berlaku tu agak dekat, memang peratusan untuk berlaku tsunami memang besar

amaran tsunami


Kita di Malaysia sekarang ni sama-sama doakan agar dijauhkan bencana yang menimpa!

Untuk update, korang boleh ke website rasmi amaran tsunami ni atau follow aku di twitter (@joegrimjow) dan blog ni, aku akan update dari semasa ke semasa!

update :

  • amaran di Jepun, Taiwan ditarik balik, Filipina dan Indonesia masih kekal (10.01pm)
  • bacaan awal 7.9 revised menjadi 7.6 dan amaran tsunami di Hawai ditarik balik, Filipina, Indonesia masih kekal (10.13pm)
  • kesemua amaran tsunami ditarik balik. Alhamdulillah(11.15)

Khamis, 30 Ogos 2012

3 sebab kenapa berita Samsung bayar saman kepada Apple dengan duit syiling 5 sen adalah palsu

Amboi-amboi, bukan main panjang lagi tajuk tu 

Semalam memang agak heboh dengan berita sambungan DRAMA APPLE vs SAMSUNG yang mana satu berita melaporkan Samsung membayar balik saman 1 Billion USD kepada Apple dengan duit syiling 5 sen. Entahlah, perasaan ni bercampur baur, nak gelak ada nak kesian pun ada. Gelak sebab berita tu nampak sangat orang nak buat lawaknya dan kesian sebab berita palsu macam tu cepat benar tersebarnya. Nampak sangat orang kita ni dah semakin hilang sikap 'common sense' nya. 


jom baca berita asal


This morning more than 30 trucks filled with 5-cent coins arrived at Apple’s headquarters in California. Initially, the security company that protects the facility said the trucks were in the wrong place, but minutes later, Tim Cook (Apple CEO) received a call from Samsung CEO explaining that they will pay $1 billion dollars for the fine recently ruled against the South Korean company in this way. 
The funny part is that the signed document does not specify a single payment method, so Samsung is entitled to send the creators of the iPhone their billion dollars in the way they deem best. 
This dirty but genius geek troll play is a new headache to Apple executives as they will need to put in long hours counting all that money, to check if it is all there and to try to deposit it crossing fingers to hope a bank will accept all the coins. 
Lee Kun-hee, Chairman of Samsung Electronics, told the media that his company is not going to be intimidated by a group of “geeks with style” and that if they want to play dirty, they also know how to do it. 
You can use your coins to buy refreshments at the little machine for life or melt the coins to make computers, that’s not my problem, I already paid them and fulfilled the law.
A total of 20 billion coins, delivery hope to finish this week.
Let’s see how Apple will respond to this.

Kat sini jom kita fikir sejenak, sebelum nak percaya sesuatu berita semoga lain kali kita tak ditipu disiang hari lagi :)

Gambar yang glamer semalam

1) Bayar saman cepat sangat

Kalau korang perasan, saman yang dikenakan kepada Samsung tu terlalu cepat dibayar. 3 hari lepas baru perintah mahkaman dikemukakan dan semalam dah bayar dah. Lagipun Samsung kan kata nak buat rayuan. Aiyo, logik lah sikit, nak bayar 1 Billion kot, korang bayar saman kereta pun yang jumlah bawah RM 1000 pun amek masa beberapa bulan ni saman 1 Billion kot. Mana logiknya pun aku tak tahu.


2) Bank mana nak keluarkan 20 Billion syiling

Cuba korang fikir, ada ke bank kat dunia sekarang yang mampu sediakan duit syiling sejumlah 20 billion tu? Kalau kat maybank KB ni aku pergi nak tukar duit syiling 50 sen pun tak sampai 1000 pun dieorang ada, ni 20 Billion syiling 5 sen, mak oi entah mana logiknya aku pun tak tahu. Boleh pulak korang percayakan? haha


3) 30 truck nak angkut?

1 syiling berat dia 3gram (lebih kurang). klu 20 Billion syiling berat dia cecah 60 juta KG. satu truck paling berat boleh tampung 40 ribu KG. tu pun truck yg 18 roda tu tau. Jadi nak punggah duit banyak tu memang korang bahagi sendirilah - yang pasti 30 truck tak cukup. Paling busuk pun kena 1000 lebih buah lori. Bayangkan 1000 buah lori kat depan office Apple. Jam oooi. haha. Simple math je tu :)


Adakah diri ini senang ditipu?

Banyak sebenarnya berita HOAX atau troll-troll macam ni. Jangan kita terlalu senang ditipu sudah. Oraite, sebelum nak share tu, renung-renunglah sejenak supaya kita ni tergolong dari golongan yang mampu berfikir dengan waras :)

Isnin, 27 Ogos 2012

Kenapa perempuan Malaysia ramai yang curang?

Semalam tak kira di Facebook ataupun twitter, meriah betul dengan keyword 'perempuan malaysia curang' Ini disebabkan Harian Metro ada mengeluarkan berita mengenai satu kajian yang dijalankan dan mendapati perempuan Malaysia adalah ketiga paling curang selepas Ghana dan Thailand. Di dunia ok, wow, sungguh hebat!

Reaksi yang diterima memang pelbagai, ada yang katakan survey yang dilakukan tak betul, ada yang kata tak aci lah sebab lelaki kat Malaysia lagi ramai curang (erk??) dan pelbagai lagilah. Memang kalau korang seorang perempuan dengan statement ni, marah ke tak?

Kalau korang tak pernah curang, tak payah lah nak marah ye tak? :)

Untuk meredakan kemarahan pembaca blog terutamanya golongan hawa, ni ha abang joegrimjow nak back up kaum hawa dengan kaw kaw punya, hehe. Jom kita tengok kenapa perempuan Malaysia ramai yang curang!


1) Pernah dicurangi dan misi membalas dendam!



Aha, ada sejarah pernah kena curang oleh kekasih korang? Kalau ada, mesti rasa tak puas hati dengan golongan lelaki ni muncul dan maka cukup kesianlah dengan si lelaki yang kena curang tu sebab menjadi mangsa balas dendam. Lepas tu lelaki yang kena curang tu pun mencurangi perempuan seterusnya, pastu perempuan tadi curang dengan lelaki lain pulak dan sampailah kesudah curang mencurang ni berlarutan

Kalau letak agama kat tepi, macam ni lah jadinya ye tak?


2) Sedang dicurang dan misi sama ratakan keadaan berlaku


Ada jugak perempuan di luar sana yang ketika ini pasangan mereka berlaku curang dengan mereka. Yang bodohnya pasangan tu tak tahu pun yang perempuan tu tahu. End up perempuan tu kata 'huh, dia boleh curang maka aku pun bolehlah jugak!' Maka proses ini pun terus menerus berlaku dan hubungan yang suci (kalau dah kahwin lah) akan berakhir dengan penceraian. 

Kalau letak agama kat tepi, macam ni lah jadinya ye tak?



3) Terpaksa mencurang sebab misi nafsu tak kesampaian


Bagi pasangan yang dah berkahwin, kahwin mula-mula dulu elok je suami handsome badan 6 pax, tapi dah kahwin 6 tahun, 6 pax tadi dah bertukar 6 lipat. Perut suami dah boroi dan kalau perempuan tu jenis yang kahwin memang atas dasar nafsu, mulalah mencari anak-anak ayam untuk memulakan proses mencurang-curangan ini.

Kalau letak agama kat tepi, macam ni lah jadinya ye tak?


******

tu dia 3 sebab. Semua sebab salahkan pihak lelaki ok. hehe. Nasihat aku kepada yang sedang mencurangi pasangan dia tu, what u give u get back. kah kah kah



pss : 2 minggu lagi nak ke Macau + Hong Kong + China. thank u Herbalife! :)

Ahad, 26 Ogos 2012

Apple Vs Samsung : Apple menang!

Memang agak lama aku ikuti perkembangan kisah antara Apple dengan Samsung ni dalam kes telefon pintar. Hak patern. Apple kata Samsung tiru dia, Samsung kata Apple tiru dia dan kes ni berlarutan sehinggalah sekarang dan tadi aku ada terbaca kat telegraph yang mahkamah memutuskan Samsung membayar saman sebanyak 1 Billion USD kepada Apple kerana melanggar 6 daripada 7 hak paternnya.



Implikasi

Memang sekarang ni Samsung dah mula menyayingi Apple dalam pengeluaran telefon pintar, kalau jualan di seluruh dunia, memang Samsung dah potong dah pun. Mana tak berang kan kalau korang cipta sesuatu,  2 3 tahun kemudian ada orang tiru apa yang korang buat tu dan end up orang tu pulak yang kaut keuntungan lebih. Memang patut Apple menang

Bagi aku, kemenangan Apple ni ada keburukannya dia jugaklah. Ya lah, takot nanti Apple takde saingan dan teknologi telefon pintar ni akan jadi kaku. Samsung merajuk dan tak nak dah buat telefon, dieorang buat mesin basuh je lepas ni kita pengguna nilah tak dapat nak menikmati teknologi2 baru. heh, agak membangkitkan kemarahan peminat Samsung disitu :)

Okeh, tak sabar aku nak cerita kat kawan aku yang menjadi duta Samsung yang tak berbayar (peminat tegar Samsung lah ni) pasal cerita ni. Apa pendapat korang pulak?

Jumaat, 10 Ogos 2012

Bilakah waktu yang paling sesuai untuk bersenam ketika berpuasa?

Hai korang yang nak turun banyak kg di bulan puasa (gaya Mr K),

Alhamdulillah, dah 21 hari kita berpuasa. Aku rasa semua masing-masing duk sibuk dengan meningkatkan amal ibadah, maklumlah, 10 Ramadan terakhir. Akan ada satu malam yang mana lebih baik dari 1000 tahun. waha, rugi tersangat tu tak kejar! Tak lupa juga mesti ramai yang sibuk untuk persiapan raya, duit raya, cuti nak balik raya, servis kereta dan macam-macam lagilah. kan?

Okeh, kali ni aku nak share dengan korang - waktu mana yang paling sesuai untuk bersenam. Sebelum aku cerita lanjut, kita tengok gambar yang bagi motivasi ni dulu



Nama dia Bob, pemegang rekod dalam Herbalife setakat ni untuk penurunan paling banyak. 62kg. Sangat banyak dan bagi orang yang berat 130kg keatas, merasakan turun banyak ni adalah sesuatu yang mustahil, bob antara orang yang katakan TIDAK pada mustahil tu. Kepada orang Kelantan, dia akan datang ke Kota Bharu untuk Mega Raya 25hb ni kat Crown Garden Hotel, nak jumpa dia nak tengok live, kenalah datang okeh

Eh eh, lari tajuk pulak


Berpuasa tidak patut menjadi penghalang kepada kita untuk bersenam. Lakukan aktiviti yang menyihatkan di bulan puasa akan menjadikan badan kita lagi tegap daripada biasa. Sebab itu bagi yang mengamalkan senaman pada bulan puasa ini, berat mereka tidak terlebih seperti kebanyakan orang lain

Persoalan timbul, waktu mana yang paling sesuai?

Aku boleh cadangkan disini waktu yang paling sesuai untuk orang berpuasa adalah pada jam 5.30-6.30 petang. Ataupun sejam ke dua jam sebelum berbuka. Sangat penting kerana korang pasti kehilangan air ketika bersenam dan kalau tidak digantikan air yang hilang itu (dengan minum air sudah pasti) korang akan berlaku kekurangan air dalam badan secara mendadak which is - sangat membahayakan untuk kesihatan. 

Jangan lakukan aktiviti terlalu lasak, buat aktiviti sedang-sedang, sudah pasti badan korang akan lebih tegap daripada biasa. Selamat mencuba!


eh, apsal pendek je ni? :p

Rabu, 8 Ogos 2012

5 aktiviti untuk bakar balik kalori ice cream baskin robin free

Dari 8 malam hingga 10 malam, Baskin Robin telah bagi ice cream secara percuma kepada pengunjung di 61 buat outlet diseluruh negara. Kat Kelantan ni takde rasanya, tapi tak pe sebab ice cream bukanlah makanan yang aku suka. Bagi ayam golek ke, haaa yang tu aku kalah.

Jadi kepada korang yang dah makan ice cream ni tadi sehingga meninggalkan tarawih di malam yang ke 20 ni, aku akan sediakan 5 jenis senaman untuk korang bakar balik kalori yang korang makan tadi. Haa, dah makan sampai kenyang, takkan tak nak bakar balik kan? Dah badan jadi semakin besar, mulalah salahkan faktor genetik. heh!



Tak tahulah ice cream perisa apa yang korang makan, tapi average aku rasa semua amek yg besar - lebih kurang 250-270 kcal. Jom kita tengok jenis senaman apa yang korang boleh lakukan untuk bakar balik 250-270kcal. Jangan terperanjat sudah eh :)


1) 25 minit skipping




Aku rasa kebanyakan korang ada tali skipping kat rumah kan? Nak bakar jumlah ice cream yang korang makan tadi, amek masa 25 minit baru dapat bakar sampai habis. 25 minit ni tanpa henti dan kelajuan sederhana. kalau dah berhenti kejap-kejap tu, tak kira. kena tambah lagilah biar sampai lebih 25 minit



2) 32 minit naik turun tangga




Kalau korang ada tangga kat rumah, atau tinggal di kawasan flat, condo atau apartment yang ada tangga, amek masa 32 minit untuk naik turun tangga. 32 minit ni barulah boleh bakar 250-270kcal yang dah korang sumbat kurang dari 2 minit kat baskin robin tadi


3) 1 jam 15 minit main bowling 



Haa, alang-alang dah kat shopping complex macam Alamanda tu, pergilah main bowling untuk bakar balik. Tapi agak lama jugaklah kena main, mungkin dalam 7-8 set macam tu dan masanya 1 jam 15 minit baru boleh bakar apa yang korang dah makan tadi


4) 1 jam 23 minit memasak 




Okeh, ni aktiviti yang agak malas lah nak buat untuk bakar 250-270kcal tadi. Memasak! Sebab nak bakar ice cream korang makan tadi kena memasak dengan lama, aku suggest korang masak terus untuk dibawa ke masjid2, boleh tambah pahala gitu. Ingat, 1 jam 23 minit ok!


5) 1 jam 32 minit shopping




Haaa, ni aktiviti yang paling para perempuan suka. mesti aktiviti ni korang pilih. Elok je dah lepas makan tu, sambung terus shopping ke, window shopping ke selama 1 jam 32 minit, kalori yang korang makan tadi pun akan terbakar. wahaa, bestlah kan!


*******

Okeh, tu jenis aktiviti yang korang kena lakukan untuk bakar balik jumlah yang korang makan tu. ahaa, sanggup? Aktiviti ni anggaran untuk berat 60-65 bagi seorang perempuan. lebih kurang je lah. Amacam? Aku rasa baik korang baca entry ni dulu sebelum nak makan ice cream tadi kan? wahaha

Selasa, 7 Ogos 2012

Video Comeback dari Petronas yang super best

Apabila nak raya, mesti banyak iklan raya yang keluar. Aku ingat dulu masa budak-budak, mesti ternanti-nanti iklan raya yang best-best yang muncul dari kaca tv. Yang paling best dan aku rasa korang pasti setuju dengan aku, iklan raya dari Petronas

Lucu, bermakna, sedih dan macam-macam lagi dalam satu iklan 1-2 minit memang kena respek habis kat pengarah iklan tu. Seingat aku, arwah yasmin ahmadlah yang mempelopori iklan-iklan dari Petronas ni. Jadi, bila arwah dah meninggal, memang umphnya pun kurang. Iklan raya pun dah tak sebest dulu-dulu

Tapi tahun ni berbeza!

Petronas kembali dengan iklan raya berbentuk video pendek yang super ohsem. Boleh korang tengok kat bawah ni



Tak perlulah aku nak ulas lebih-lebih, korang tengok sendiri. bestkan video ni. Tengok pada jam 11 malam macam ni rasa lagilah menyanyat hati. Tak tahulah kalau aku tengok video ni kalau kat Sheffield dulu, mesti rasa nak balik punyalah. haha. Tahniah pada team production, semoga lebih banyak video iklan seumpama macam ni dihasilkan!

Khamis, 2 Ogos 2012

4 aktiviti di bazar ramadan yang perlu dielakkan

2 hari lepas 1st time aku ke bazar ramadan. Aku ni bukan macam kebanyakan diluar sana yang memang tak boleh kalau tak pergi ke bazar ramadan, apa yang terhidang di depan mata, itulah rezeki dan makan je lah. Lagipun sejak berpuasa dengan shake ni, nafsu nak makan mewah-mewah dah berkurangan dah. Lebih baik macam tu kot

Jadi entry ni hasil dari pemerhatian aku yang rasanya 10 minit di bazar ramadan di kampung aku, aktiviti atau benda yang boleh memakruhkan puasa kita. mintak2 dijauhi lah ya


1) Double parking, kadang-kadang triple parking pun ada

Memang parking adalah masalah utama untuk ke bazar ramadan. Rasanya jarang tempat bazar ramdan yang parking senang. Cara terbaik pergilah dua orang, sorang jaga kat kereta sorang pergi beli. Kalau pergi sensorang, fuhh, memang parking jauh lah jawabnya



Ada juga antara kita yang tak nampak benda ni, parking main somborono je. Ada yang park kereta belakang kereta lain dan buatkan kereta kat depan nak keluar tak boleh. kenalah tunggu dulu beberapa minit (kalau nasib baik) sampai kereta yang park kat belakang tu satel shopping baru boleh keluar. Hati-hatilah ya, jangan double park, ingat kalau orang buat kat kita macam tu macam mana. 


2) Baju adik yang dipakai oleh kakak-kakak



Ni lagi satu, tabiat ambil remeh pasal baju yang sexy-sexy ni. Seksa ok mata memandang. Terutamanya kaum hawa, pleaselah jaga pakaian tu elok-elok. Pakai pakaian yang tidak menjolok mata dan menutup aurat. Sia-sia puasa tu nanti jadikan. Si pemakai dapat dosa, si jantan yang melihat ni mana nak pandang sekali, mesti berkali-kali punya. wuhuuu


3) Makanan dua hari lepas dijual hari ini



Ada juga penjual yang menjual makanan yang tak elok di bazar. Banyak berlaku. Aku pernah kena. Nak basi pun ada. sakit perut fuh bayangkan tak boleh nak bertarawih. Kepada yang yang menjual, please jaga makanan korang yang nak diniaga tu. Jangan jual benda-benda yang dah basi atau tak elok. kesian tak pasal-pasal pembeli tu sumpah seranah masa berbuka nanti


4) Beli makanan sampai penuh 10 jari



Ada juga yang berbelanja makan sampai penuh 10 jari dengan plastik-plastik makanan. Huh, kalau ajak jiran 10 buah rumah makan ok lah, ni tak dia, isteri dia dan 2 orang anak dia je yang makan. Beli banyak-banyak dan sebab banyak sangat perut pun tak boleh nak terima, buang je. membazir dan sangat-sangat tidak disukai agama kita. 

Aku pernah baca, kalau kita tahu memang kita takkan habis makan tapi still beli, tu jadinya haram dah. fuhh, berpuasa dapat dosa bukan pahala, alangkah ruginya kan?


okeh, tu saja dulu. apa lagi aktiviti yang korang rasa perlu dielakkan, ce share skit :)