Rabu, 30 Mei 2012

Tutti Fruitti - Halal atau tidak?

Rakyat Malaysia ni cukup prihatin kalau bab soal makanan menjadi pertanyaan mengenai halal atau haram. Walhal kalau merokok dah sah-sah keluar fatwa bahawasanya haram, kita boleh pejam mata je tengok buat bodoh. Tapi kalau muncul bab soal makanan, huh, melenting habis. eh eh, ni bukannya nak cakap yang tak penting bab soal makanan halal atau haram, cuma janganlah 'pilih kasih'. ok, mukaddimah awal


Tutti Fruitti

Aku antara peminat tegar Tutti Fruitti. errrr, takdelah tegar mana, setakat ni baru 2 kali je menjejakkan kaki ke kedai sana. dua-dua di Kelantan. Pertama kali yang membuatkan aku terkejut beruk - sebab bayar RM 20 ++ utk satu cup di depan Taman Perbendaharaan Tengku Anis dan kali kedua semasa di depan Mydin Kubang Kerian. Jujur aku cakap, tak terlintas pun soal halal ke tidak tutti fruitti ni sebelum ni, sebab dah ramai orang beragama islam yang makan, aku pun dah anggap benda tu dah halal. ok, satu tabiat yang tidak sihat dan tidak patut dicontohi 

Halal atau tidak Tutti Fruitti ni?

Soal halal atau tidak produk Tutti Fruitti ni timbul 2 hari lepas selepas kawan aku cakap yang Tutti Fruitti ni adalah TIDAK HALAL. Aku agak terkejut jugak dan tanya dimanakah sumber yang dia dapat. Dia kata facebook. Ok, bukan nak rendahkan sumber di facebook, tapi biasalah banyak betul tipu daya di facebook ni. Untuk sahkan sama ada halal atau tidak Tutti Fruitti ni, aku bertanya kepada pihak Jakim

takde respon :(

Jadi, aku pergi check dengan direktori kat website dieorang, memang syarikat ni tak pernah dikeluarkan sijil halal pun. ce tengok bawah ni

korang boleh check sendiri kat sini


Ok, dah mula musykil dah disitu, aku try bukak website Tutti Fruitti. jeng jeng jeng

website dieorang tengah update pulak


Teruskan siasatan

Last, aku pergi ke page facebook mereka. aceh, dari facebook soalan ini muncul dan tak sangka dari facebook jugak jawapan itu muncul. waha!




Rupa-rupanya permohonan sijil Halal mereka masih lagi dalam proses oleh pihak JAKIM. Adakah ia bermakna Tutti Fruitti ni tak halal? Tak tak, tak semestinya tak diluluskan tu tak halal, kata mereka masih dalam proses, so kita tunggu jelah penjelasan dari mereka apabila sijil tu dah diperoleh dari JAKIM. 

2 badan yang diiktiraf oleh JAKIM


Tapi kata mereka, sudah mendapat sijil halal dari ISA - Islamic Services of Amarica - salah satu dari 2 badan di US yang diperakui oleh JAKIM - satu lagi IFANCA - jadi boleh kita katakan mereka ni halal lah. sama kes kita beli beras Halal kat US, memang dah sah halal kat sana, kita nak bawak balik Malaysia, ia masih sama. kes yang sama. cuma sekarang ni bukan soal beras, tapi soal yang lebih besar.  Soal yang memang ramai dah pergi makan termasuk aku. huhu. Aku harap email aku berbalas dua tiga hari ni kita tunggu jelah update daripada mereka. 


Tunggu ya update nanti. kalau ada lah


*******

UPDATE

email dari pihak Tutti Fruitti dah berbalas, memang permohonan sijil halal masih dalam proses!



ada update dari JAKIM nanti post kat sini. biasalah, JAKIM sibuk dengan kerjanya

17 ulasan:

  1. la yeke. dah la sy penggemar tutti frutti. ermm visit my blog back

    http://hannissania.blogspot.com/2012/05/facebook.html

    BalasPadam
  2. fuhh nasib baikk...tuti fruti mmg sy selalu makan..

    BalasPadam
  3. x pernah mkn lg..tp da dgr ura2 psl isu nie...

    Islam tue kan mudah..kalau kita yakin sesuatu benda tue halal..insyaallah..tp kalau dh was2, baik jgn mkn..:-)

    BalasPadam
  4. mencari yg halal itu WAJIB bg sesorang islam...Tahniah yee..

    BalasPadam
  5. Update ye. Sy mmg addict kot bnde alah ni..

    BalasPadam
  6. kadang2 orang memang suka sebarkan cerita bukan2..facebook bukan boleh percaya sangat..sama macam milo katanya buat dari cacing la hape la..haishh..

    BalasPadam
  7. tak penah makan pun tutti frutti ni.

    tp ade jugak la dgr2 isu halal haram makanan ni.

    semoga halal la ye :')

    BalasPadam
  8. tak pernah makan tutti frutti. memandangkan orang cakap 1 cup dlm 20+, terus tak jadi nak makan. baik beli eskrem biasa pastu buat sendiri. hahaha. jimat duit. XD

    BalasPadam
  9. dah makin banyak cawangan di KB..
    hehehe yeay !!

    BalasPadam
  10. tp slalu gk jmpe org yg mempertikai halal JAKIM n badan2 islam dr negara lain, tp sng percaya kabar angin yg xtau dr mulut siapa..huhu

    BalasPadam
  11. thanks Joe,

    very useful entry ! boleh la pegi tutti frutti tanpa ragu2 lagi.

    BalasPadam
  12. aishh ada timbul sal halal, x halal pula..

    BalasPadam
  13. Takkan makan selagi belum nampak sijil Halal Jakim di luar premis.

    BalasPadam
  14. my bff..salah sorg staff lab hab halal jakim..she advice us untuk elak...since blom cnfrm wlupun dah ada cert gr isa..terutama skali aiskrim yg mahal2..nasihat dia bukan tutti fruti sje..
    kalo kita ragu,.dah jatuh hukum tu.
    tepuk dada tye selera.. tggu la dulu smpai cnfrm...

    BalasPadam
  15. jgn was-was sudah . entah la . ikt asa masing-masing.

    BalasPadam
  16. Confirm Halal Tutti Frutti dari JAKIM. Mungkin jakim belum update list dia je..
    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KafeTuttiFruttiterimasijilhalalJakim/Article
    Halal la en.penulis... Mungkin lepas ni boleh la buat blog tentang frozen yogurt yg lain berkaitan isu halal ini.

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.