Selasa, 24 April 2012

Kurang 90 hari untuk Ramadhan

Pejam celik pejam celik, Ramadhan dah semakin nak hampir. Rasa sekejap sangat, rasa semalam baru pergi beli cendol untuk dibawak berbuka puasa, rasa semalam baru pergi berterawikh, rasa semalam baru tawar menawar untuk juadah berbuka. fuhh, masa semakin cepat eh?



InsyaAllah, kalau bulan tu kelihatan, Ramadhan kali ni jatuh pada hari Jumaat, 20 Julai 2012. Kurang dari 90 hari lagi kita akan berpuasa. Yahuuu!!!



Moga-moga kita sempat dipertemukan dengan Ramadhan kali ini. 

Aktiviti di sepanjang bulan Ramadhan

InsyaAllah, dengan izinNya, aku akan tulis entry-entry yang berilmu sepanjang bulan Ramadhan nanti. Tahun lepas plan nak buat video, last-last dua video je mampu dibuat. haa, mungkin jiwa lebih sesuai dengan menulis, tahun ni kita menulis je lah. So, kepada kawan-kawan blog yang lain, jom kita start menulis benda-benda berilmu untuk pembaca-pembaca kita!

Dan kepada korang yang sedang mencari 'Coach' untuk menurunkan berat badan secara elok di bulan puasa ini, boleh isi maklumat kat bawah ni.


pss : tak sabar-sabar nak beramadhan ni. Ramadhan terakhir sebagai single, lepas ni bukak puasa dengan isteri pulak :)

4 ulasan:

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.