Rabu, 29 Februari 2012

Calcium Plus : Perihal calcium yang perlu tahu

Hari ni kita sumbat ilmu mengenai teknologi makanan untuk keperluan badan. Asyik tengok teknologi internet, komputer je, tapi badan kita ketepikan. Kena balanced ok. Kali ni aku nak share dengan korang mengenai calcium!


Sakit tulang : Calcium tak cukup




Pernah dengar kan, bagi orang yang mengalami masalah tulang, selalu lenguh atau lagi berat dah mengalami osteoporosis, doktor akan cakap kurang makan calcium. Masalahnya, tak ramai yang bagitau berapa jumlah calcium yang kita kena makan sehari untuk mengelakkan masalah tulang ini dari berlaku. Setuju? Aku pun baru je tahu! Dan, jangkaan pada tahun 2050, hampir separuh dari rakyat Asia akan mengalami osteoporosis. menakutkan! kajian dari UPM mendapati, kebanyakan wanita di Malaysia mengambil kurang 50% jumlah calcium yang disarankan. so para perempuan sekarang, kena baca dengan penuh tekun ok!


Calcium kurang bukan sekadar bagi masalah kepada tulang

Korang kena tahu, tugas calcium adalah jauh lebih banyak dari menolong tulang korang menjadi lebih sihat. Baby terutamanya, mereka sangat-sangat memerlukan calcium ini untuk menolong pertumbuhan gigi mereka. Baby yang lambat tumbuh gigi tu, mungkin ibu tak bagi cukup calcium lah tu. Tengok apa lagi tugas calcium
  • Bantu jantung berdegup dengan lebih lancar
  • Bantu otot kita berhubung satu sama lain dengan lebih elok
  • Memudahkan saraf menghantar isyarat ke otak lebih cepat

Orite, banyak lagi, korang carilah kat google – 'impotance of calcium to our body' haha, malas nak tulis banyak-banyak


Berapa jumlah yang kita perlu makan?

Setakat ni takde lagi orang yang overdose makan calcium. Cuma ada beberapa penyakit yang kena makan calcium kurang (atas nasihat doktor) kenalah kurangkan pengambilan calcium. Jumlah yang dipersetujui oleh para saintis – 2500mg untuk satu hari sudah sangat-sangat memadai. Untuk jadual lengkap, boleh tengok kat




Calcium untuk orang tua?




Aku sangat-sangat tidak bersetuju makan calcium ni untuk orang tua. Kenapa, sebab masa mudalah kita kena jaga keperluan badan kita supaya tua nanti takdelah terhegeh-hegeh nak cari makanan yang sesuai untuk badan. Jika masa muda ni kita dah jaga, sampai tua kita akan rasa sihat dan segar memanjang. Jadi kepada orang muda disana, jom jaga kesihatan tulang kita!


Makanan apa yang kaya dengan calcium?




Tuhan dah jadikan tumbuhan dan sayuran di muka bumi ini serta hasil tenusu kaya dengan calcium. Antara yang kaya dengan calcium adalah hasil tenusu, kacang, brokoli, nasi, ikan tuna, salmon, udang, buah oren dan banyak lagilah. Tapi masalahnya, makan banyak pun makanan kat atas ni kita masih takkan cukup calcium untuk keperluan badan kita.

  • Kena minum 4 gelas susu coklat baru cukup 1000mg calcium
  • Kena makan 15 cawan brokoli baru cukup 1000mg calcium
  • Kena makan 40 biji kiwi baru cukup 1000mg calcium
  • Kena makan 20 biji buah oren baru cukup 1000mg calcium
  • Kena makan 5 cawan frozen yogurt baru cukup 1000mg calcium
  • kena makan 2 tin (105g per tin) baru cukup 1000mg calcium

dan yang paling best – kena makan 3kg nasi untuk cukup 1000mg calcium. muntah kedarah la makan nasi lepas ni. heh! Ramai benda ni orang tak tahu, tahu pun buat endah tak endah je. So korang yang dah tahu ni, kenalah jaga supaya jumlah calcium dalam badan korang cukup


Bagaimana aku jaga keperluan calcium aku?

Senang saja, Herbalifelah =) Actually, kebanyakan pil multivitamin memang banyak vitamin dan garam mineral tapi jumlah calcium yang diperlukan oleh badan tidak cukup. Herbalife shake untuk satu hidangan 2 scoop formula 1 + susu satu cawan baru 400mg calcium. Minum 2 kali shake, campo makan buah ni buah tu, cukuplah 1000mg sehari. Senang. Terjaga dan terbela. Lagi satu, shake Herbalife ada magnesium yang tinggi jugak. Ratio untuk calcium dengan magnisium adalah 2 : 1 lagi-lagilah efektif untuk calcium tu bekerja dalam badan.


Calcium Plus : Produk terbaru dari Herbalife




Teruja aku nak cerita ni, masa spectacular 2012 hari tu, Herbalife ada mengeluarkan produk terbaru. Khas untuk kesihatan tulang yang namanya Calcium Plus. Wow, aku sungguh teruja sebab ia dalam bentuk pil! Telan 1 biji sama dengan 300mg calcium. Telan 3 biji sehari dah cukup dah keperluan calcium untuk satu hari. mudah dan sangat banyak kan? Dan yang paling mengujakan, harganya!! Harganya sangat-sangatlah murah. Walaupun korang beli retail, ia masih murah kalau korang compare dengan produk lain. Harga aku lagi-lagilah murah! haha. Aku tak boleh cakap harga kat sini berapa, salah etika nanti kena saman dengan Herbalife (hari tu pun dah dapat warning. Haha) tapi bagi yang berminat nak tahu, aku boleh bagi brochure Calcium Plus ni secara percuma melalui email. Kena tinggalkan emaillah kat bawah ni.


Siapa boleh ambik calcium plus?
  • Baby yang mana maknya malas nak buat susu banyak-banyak
  • Orang muda-mudi yang tak mahu kena masalah tulang
  • Orang berusia yang dah ada masalah atau belum ada masalah tulang
  • Yang menghidap osteoporisis – wajib ambik!

Orite, tu saja. Aku halalkan ilmu yang aku bagi ni untuk korang kongsikan dengan orang ramai. Korang tak beli Herbalife pon no problem, cuma kenalah jaga kesihatan tulang tu betul-betul. Cari makanan yang aku dah listkan kat atas tu untuk korang masukkan dalam jadual diet korang. Orite? Selamat menjaga tulang =)


pss : minggu ni di KB!!!

Isnin, 27 Februari 2012

Sila jaga tepi kain saya



Ada 2 lagi video kat sini

dah lama xdengar nasihat dari 'budak2' ni. feel dia sungguh tenang. semoga ramai lagi yang jadikan platform social media ni untuk sebarkan dakwah. Istiqamah la ye dik :)

pss : apa komen korang?

Jumaat, 24 Februari 2012

Komen aku mengenai video Facebook Parenting : For the trouble teen

Hari tu aku ada post mengenai video Friday - Rebecca Black yang menjadi viral di youtube. Sungguh jarang ada video yang dapat cecahan jutaan view hanya dalam satu hari. Bulan ni, ada satu lagi video yang mengalahkan video viral dari Friday iaitu Facebook Parenting : For the trouble teen. Korang dah tengok? kalau belum jom tengok dulu



Kenapa jadi viral?

Berlainan dari video viral Friday, video ni kalau tengok takde keistimewaan mana (ceh, macamlah video Friday tu ada keistimewaan kan?) last part video tu, si ayah tembak 9 kali kearah laptop anaknya tanda tak puas hati. Suka dengan status fb ayah dia post mengenai video ni

Parents and Kids... watch.
Today was probably the most disappointing day of my life as a father and I don't know how to correct the situation. Since I can't seem to make any headway with my daughter on Facebook, I chose instead to remedy the problem permanently.

Sebab si ayah buat video ni adalah anaknya yang tulis kat fb mengenai kehidupannya tanda tak puas hati dengan ayah dia dan keluarga dia. yang menambah parah lagi keadaan, kawan-kawan anak dia kata post tu cute. haaa, ayah mana yang tak kecik hati kan. Stylo tak stylo si ayah, buat video lagi dan lagi lah stylo, siap tembak laptop anaknya 9 kali lagi. kudos si ayah!


Komen aku

Viral tak viral video ni aku takmo komenlah, tapi kandungan dalam video ni yang aku nak komen. Sekarang kalau korang perasan, kita suka sangat meluahkan perasaan kat social media. aku pun tak terkecuali. Kalau nak luah pun, make sure benda yang kita luahkan tu perkara elok. Mungkin ada sesuatu benda yang kita luahkan akan menyakitkan hati orang lain siapa tahu? dan kepada anak-anak kat luar sana tu, nak kutuk mak bapak kat fb adalah sangat bodoh kalau dah tahu mak bapak tu aktif kat fb. sengaja cari maut tu. if mak bapak takde fb pun, jangan sesekali ngutuk kat tempat terbuka macam tu. sungguh memalukan!


ok done, tu saje bebelan di pagi jumaat ni. 

Khamis, 23 Februari 2012

Active World Team

Gambar dulu pagi-pagi buta tadi. hehe




Bulan 3 ni genap 4 tahun aku consume Herbalife dan bulan 6 ni genap 4 tahun aku buat bisnes Herbalife. Alhamdulillah, aku masih bersama dalam company yang hebat ni. Yuhu!!

Hari ni excited sikit nak cerita sebab dapat surat dari Chairman company – Micheal O Johnson. Pasal apa? Sebab dah 'naik pangkat' haha, naik pangkat la sangat joe oiii. haha. Ok, untuk korang yang blur-blur tak tahu pangkat apa, meh kita tengok 'pangkat' dalam Herbalife =)




Active world team ni kat tengah-tengah, antara world team dengan get team. ini just pangkat semata-mata, dari segi income tak semesti pangkat dia besar income dia akan besar. Ada income supervisor yang lagi tinggi dari pangkat world team pun ada berlambak ok. Tapi sebab dah dapat surat tu, kita berbangga la jugak. dan yang paling best, dapat 500USD dari syarikat!!! weee!!


Bagaimana Herbalife tahun lepas?

Orite, ini baru panas dari oven lagi ni, baru 2 hari lepas diumumkan. Untuk rekod penuh korang boleh baca kat sini. Panjang betul report dia ok, tapi bagi sesiapa yang nak tahu lebih pasal company, aku syorkan korang baca. Tapi bagi korang yang dah buat bisnes ni, dari mengadap report yang panjang berjela ni, baik korang pergi follow up customer. Kekeke




5.4 BILLION


ulang sekali lagi




5.4 BILLION!!!!

WOWOWOWOW. Sungguh banyak ok peningkatan dia. Tahun 2010 4.3 B tapi tahun 2011 ni 5.4B. Haaaa, misi Mark Hughes dah tercapai (terharu) Kalau korang yang selalu pergi STS, mesti ditayangkan video mark hughes yang sedang cakap dengan jim rohn. Video yang mark hughes cakap dia nak cecah company Herbalife ni 5B, jim rohn macam tak caye, dia cakap nak bagitau kat public ke, mark cakap ye dia akan cakap kat public, jim rohn macam susah nak caye dan mark balas balik 'borrow my eyes'

now, we already pass 5B!! usd, not RM


2020 – 10 Billion!

Herbalife ambil masa 31 tahun untuk cecah 5billion pertama, tapi sekarang dengan pertumbuhan yang terlampau pesat, kita ada misi – 5 billion lagi dalam masa 10 tahun. Wowow, benda ni kalau korang pakar ekonomi, memang tak mustahil akan berlaku. Bagi aku yang begitu sukakan produk ni, konfem mesti cecahnya. Kalau korang nak tahu, kat Malaysia ni yang begitu ramai penduduk yang tak sihat dengan kaya dengan penyakitnya pun tak cecah 1% pun yang ambik produk ni, lagi-lagilah banyak peluang terbuka luas!


Saya nak joinlah, macam mana?

Bagi korang yang nak tahu lebih pasal Herbalife, takde tempat yang paling tepat selain STS. hujung minggu ni - sabtu dan ahad aku akan berada di dua tempat STS. kalau korang ada di KB, bleh datang ke Hotel Grand River View pada hari sabtu ni - 25hb 2 dan kalau korang kat area KL-Putrajaya, bleh datang ke Pullman Hotel Putrajaya 26hb 2 ni. kita jumpa disana dan korang nilailah sendiri Herbalife ni macam mana orite? macam biasa, calling untuk tiket 0169640972

pss : untung berada di compnay yg besar ni ; )

Isnin, 20 Februari 2012

What THEY think

Banyak dan meriah betul News Feed kat facebook aku dengan gambar pasal what they think ni. Lucu dan ada kebenarannya. Jom tengok beberapa yang aku sempat tampal kat blog ni







Dan yang paling lucu adalah kat bawah ni!



pss : Korang rasa penting ke apa pandangan orang lain atas apa yang kita buat? 

Selasa, 14 Februari 2012

Tips untuk menghadiri World Blogger and Social Media Summit #MSMW2012

Atara event yang dinanti-nantikan sempena Malaysia Social Media Week 2012  #MSMW2012 adalah World Blogger and Social Media Summit. Semalam adalah kali kedua aku ikuti event best ini yang mana kali pertama pada tahun lepas. Compare yang pertama dengan kedua mana lagi best, sudah pasti yang kedua ni lagi best!

Mungkin sebab @lisasurihani datang kot :p

Ok, hari ini akan berlangsung lagi hari kedua Summit, tapi sebab terpaksa balik ke KB dah hari ni, tak sempatlah aku join untuk hari ini. Takpe, pasti ramai blogger yang update pasal ni nanti. Bagi korang yang belum sempat untuk pergi dan berkeinginan untuk pergi, jangan risau, nanti akan ada lagi. Jadi, aku akan bagi beberapa tips bagi korang yang berminat. Tak berminat takpe, baca dan share artikel ni. hehe




1) Tiket - pandai mencari peluang

2 kali menghadiri Summit ni, aku tak pernah pun bayar untuk harga tiket tu. Macam mana aku dapat? pandai cari peluang. Free Ticket memang terhad, dan memang korang kalau taknak keluarkan RM300 dari poket, kenalah pandai mencari peluang. Banyak sponsor event ini akan bagi free pass dengan menyelesaikan tugasan mereka. Macam tahun ni aku dapat free pass dari Maybank. wah, thank u maybank! Juga dapat delegate pass dari kak yanmie yang tak dapat datang dan hasil pujukan aku, dia bagi. haaaaa. pandai-pandailah cari peluang ya. Tapi kalau korang rasa ilmu yang korang akan dapat tu setakat RM 300 apalah sangat, go ahead, belilah disana


2) Bertolak awal hari pertama

Semalam baru aku tahu yang jam kat KL ni memang luar biasa pada hari isnin. Sebab setakat ni Summit diadakan pada hari Isnin dan Selasa, hari pertama memang korang kena datang awal sikit. Pengalaman lepas bawak kereta, semalam aku naik LRT je senang. sampai jugak ke destinasi pada waktu yang tepat


3) Bawak jaket

Entah kenapa, berada di dalam dewan tu memang sangat sejuk. kalau korang yang jenis kena gain weight, memang boleh terketar-ketarlah dalam dewan tu. aku yang ada lemak ni pon sejuk, tak tahulah yang kurang lemak tu macam mana. Penyelesaiannya, bawaklah jaket untuk dipakai. kalau bawak selimut, kang tertido pulak kan?


4) Adapter dan Charger

Yang ni pun kena bawak jugak, tak kiralah charger laptop atau handphone, kalau korang jenis bertweet dan berblog je kerjanya, kenalah bawak 2 benda ni bersama. Power point tak banyak, jadi bawaklah adapter bersama. 


5) Bergambar dan bergambar

Banyak prominent figures dalam Social Media di Malaysia ni akan datang, Amatlah rugi kalau korang tak bergambar. bawak kamera yang sepatutnya dan tangkaplah gambar sebanyak yang mungkin


6) Name Card - bertukarlah!

Jangan lupa jugak bawak name card banyak-banyak. Ada lucky draw untuk hari terakhir berdasarkan cabutan name card yang korang akan letak dalam balang. letak banyak peluang nak menang pon banyaklah. nasib baik, dapat smartphone free! selain tu, kat sana tugas korang selain belajar, kena tambah network. bertukarlah name card dengan orang yang hadir disana. silap haribulan, boleh jumpa dengan CEO company tu sendiri! peluang beb!

Ok, itu saja. kepada yang bersummit hari ini, belajarlah elok-elok ya, jangan duk bertweet je kerjanya 


pss : 1st time jumpa kon GengBlogger dengan fida aisyah semalam :p

Khamis, 9 Februari 2012

Millionaire and Billionaire : WHAT???

Korang pernah terfikir berapa orang yang berada di dunia ni sekarang yang masih hidup? Actually sekarang ni dah 6.993 Billion manusia yang bernafas kat planet bumi ni. Ada sesetengah phak mendakwa sehingga sekarang, dah cecah 7 Billion dah pun. wow, ramai sungguh manusia kat dunia ni kan?


Millionaire



Pernah terfikir berapa jutawan yang berada di dunia sehingga sekarang? Jutawan ni maksudnya yang memiliki harta sebanyak 1juta keatas. Sekarang ni ada 10.9 juta manusia kat dunia ni yang bergelar jutawan. Oh, nilai hartanya dalam USD. kalau dari segi percentage, 0.16% kat dunia ni adalah bergelar jutawan. Actually nak jadi jutawan ni takdelah susah sangat, sebabnya kalau dari segi jumlah, dari 625 orang, akan ada seorang yang jadi jutawan. nice figure is it?


Billionaire

Pada tahun 2011, forbes telah senaraikan seramai 1210 billionaire di seluruh dunia. Percentagenya berapa? 0.000017% Maknanya, daripada 5.8 juta, akan lahir seorang billionaire. huh, susah tu bang. Malaysia ada 28 juta penduduk sekarang ni, sepatutnya kita akan ada 5-6 Billionaire tapi sebab Malaysia ni negara yang maju, kita ada 9 kesemuanya! wahaaa!!!



WHATT???

Sebenarnya aku nak ajak korang yang buat bisnes ni berfikir, tak kiralah bisnes apa yang korang lakukan, sebenarnya statistik dah ada. Macam kalau korang nak jadi jutawan, korang just kena kerja lebih kuat dari 625 orang yang lain je. If Billionaire tu, korang kena kerja lebih kuat dari 5.8 juta manusia lain. If korang rasa dah kuat, orang lain pun kuat jugak kerjanya. So, never ask anyone if u dont succeed, but ask yourself.

Aku suka sangat gambar kat bawah ni, beza orang yang berjaya dengan yang tak berjaya. bezanya?


orang yang berjaya tu tak give up. finish strong!



pss : heh, motivasi dari joegrimjow sampai disini sahaja =)


pss : kalau korang dapat baca ni korang bijak. haha. 

Jumaat, 3 Februari 2012

Saya amat mencintai kamu

Ok, ini cubaan menyebut 'saya amat mencintai kamu' kat SiRi. Mula-mula sebut dengan nada perlahan



Ok, mungkin nada perlahan dia tak paham. cuba dengan nada cepat




kejadah apa syed pulak ni. ok. nada sedang-sedang. tak perlahan, tak laju




Hampeh, dayah?? ok, nada yang penuh romantik



nada romantik pun tak jadi!



ok, senang. ubah jadi 'i love u'



PAHAM PULAK!



Pss : Perempuan ni sama macam SiRi. tak paham bahasa kompleks + berbunga, tapi paham bahasa mudah. makhluk yang sangat unik!