Ahad, 27 November 2011

Memahami perjalanan #HarimauMuda ke Olympics London 2012

Bola sepak adalah pertandingan yang menjadi tumpuan untuk mana-mana acara sukan. Kalau ada acara sukan besar seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komenwel ataupun sukan terbesar - Sukan Olimpik, bola sepak dikatakan ibu segala pingat. Tempoh hari, kita menang pingat emas sukan SEA dalam bola sepak kepuasannya seolah kita dah menang sukan SEA secara keseluruhan. Setuju?

Olympics London 2012

Acara sukan terbesar ini boleh kita banggakan sebab dengan sekian lama, barulah sekarang ni pasukan bola sepak kita berada di kelompok 12 terbaik Asia. Korang tahu tak perjalanan #HarimauMuda ke Olympics london 2012 ni macam mana? Kalau korang tak tahu, meh aku ceritakan =)

Siapa yang akan bermain di Olimpik?

Sebanyak 16 pasukan terhebat dari benua masing-masing akan bertanding. Macam Asia, akan ada 3 wakil tempat untuk direbut sebagai wakil Asia ke Olimpik nanti. Sekarang ni, dah ada 6 pasukan yang dah berjaya mara. 
  • Great Britain
  • Brazil
  • Uruguay
  • Spain
  • Switzerland
  • Belarus
Tinggal lagi 10 tempat untuk direbut. Termasuklah 3 dari Asia. Ok, jom kita tengok, bagaimana perjalanan #HarimauMuda yang penuh berliku-liku untuk berjaya mara ke sukan Olimpik ini. Aku percaya, korang mesti berbangga dengan pencapaian kita setakat ini!!!


Pusingan pertama


Sebanyak 35 pasukan dari Asia bertanding. Pasukan ini dibahagi kepada 2, 13 terbaik mengikut ranking sukan olimpik beijing 2008 macam kat atas ni akan dapat by untuk pusingan pertama. 22 yang lain akan berlawan satu sama lain dalam perlawanan kalah-mati. 

Alhamdulillah, Malaysia yang dijadualkan lawan dengan Pakistan tempoh hari berjaya menang!



Untuk pusingan pertama ni, Malaysia sememangnya menjadi negara pilihan untuk menang. Tapi kalau korang tengok kat atas ni, Thailand dan Indonesia yang menjadi negara pilihan pun kalah! Ini menjadikan kita satu-satunya dari ASEAN berjaya mara. Bangga? aku bangga ok. Tapi perjalanan masih jauh. Pusingan kedua pulak!



Pusingan kedua

Pusingan kedua pun kalah mati. Untuk pusingan kedua ni, Malaysia bukanlah negara pilihan untuk menang. Memang nasiblah untuk bertemu dengan mana-mana negara yang jauh lebih hebat termasuklah jaguh Asia seperti Jepun, dan Korea Selatan. Tapi nasib baik, kita bertemu dengan Lebanon. Dari segi ranking, memang Lebanon jauh di atas Malaysia tapi sebagaimana korang tahu, kita menang lagi!!!



Menjadi 12 terbaik ASIA!!!

Sebab tulah, dengan menang dengan Lebanon ni, Malaysia menjadi antara 12 terbaik di ASIA. Hebatkan? Memang hebat!



Pusingan ketiga

12 pasukan terbaik ini dibahagi kepada 3 kumpulan, 4 negara setiap kumpulan. Malaysia kiranya berada di pasukan killer jugak sebab bersama dengan Jepun dan Syiria. 3 juara kumpulan akan mendapat tempat  untuk pusingan akhir ke Olimpik. Dengan kekalahan berturut-turut dari Jepun dan Syiria, memang Malaysia dah dilihat tak mampu untuk menjadi juara kumpulan. 

Adakah berhenti setakat itu sahaja?


Keputusan kumpulan C setakat ini


TIDAK, masih ada peluang!

Sekarang ni, untuk layak ke Olimpik London 2012, Malaysia perlu menjadi naib juara kumpulan. Ini kerana, naib juara kumpulan akan berlawan antara satu sama lain dan juaranya akan berlawan untuk merebut satu-satunya lagi tempat di Africa : AFC - CAF Playoff 

Nak tak nak, Malaysia kena menang dengan Bahrain malam ni, untuk menghidupkan peluang kita jadi naib juara kumpulan. Dah menang dengan Bahrain, kita perlu fokus untuk menang dengan Syiria dan mengharapkan jumlah gol untuk menjadi naik juara kumpulan. Harap-harap kita menang, dan menang dengan menang besar!

Perjalanan berliku, tetapi ia perjalanan yang #HarimauMuda kena tempuhi. 

Good luck #HarimauMuda - ngauuuUUUmmmm


update :

Malaysia kalah 3-2.Nak tahu macam mana Malaysia bleh layak ke Olimpik lagi? kita kalahkan Jepun, Syiria dan Bahrain untuk 2nd leg nanti, Jepun kalahkan Syiria dan Bahrain dan Bahrain lawan syiria nanti seri. Mustahil? Bola tu bulat, kalau 5 minit boleh 3 gol, xkan kat atas ni xleh terjadi kan? positif je lah.  


pss : Final Olimpik nanti akan diadakan di Wimbley Stadium - tak dapat bayang perasaan bila Malaysia lawan dengan Spainyol atau Brazil nanti, Go go #HarimauMuda!!!

14 ulasan:

  1. terbaik bro! Doa2 malaysia berjaya.

    BalasPadam
  2. @EG

    tengah leading skrg. harap2 menang banyak lagi!

    BalasPadam
  3. InsyaAllah...semoga Allah mempermudahkan perjalanan ini.

    BalasPadam
  4. katanya 6 minit untuk 3 gol. magic la Bahrain ni. hhhmmm.... ;)

    BalasPadam
  5. suka la tengok diorang sujud syukur stiap kali gol.sama mcm masa lwn syria hari tuhh..

    BalasPadam
  6. bukan rejeki kita

    :) :) :)
    i'm back
    terbaeekkk!!!!
    jengjalan dari mknace unlimited

    BalasPadam
  7. dpt mara ke peringkat kump ni pun dh kira hebat. tp cara kita kalah semalam memang mengecewakan...
    light|shadow

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.