Ahad, 31 Julai 2011

Apabila @ShamKamikaze @Wardinasafiyyah @RealDrMAZA @Saifulislam dan @joegrimjow berjumpa!

Terima kasih pada penganjur

Semalam berpeluang untuk join Bicara Celebriti anjuran Kerajaan Negeri Kelantan kat Balai Islam. Plan asal dengar forum menarik tu kemudian main badminton. Sebab tu 'pakaian' aku pakai tu tak macam orang nak pergi dengar forum agama je. Heh, lantak lah kan. Tapi sebab semua ahli panel – wardina (sebut yg lawa dulu, kekeke) dr asri, sham kamikaze dan ustaz hasrizal semuanya mantap-mantap, cancel main badminton tapi stay sampai habis

Biasalah, badan dah lama tak disuap dengan ilmu agama ni =)

Forum bicara celebriti ni sangat terbaik dan aku respek habis kat penganjur kerana dapat mengadakan aktiviti ilmiah seperti gini. Sangat harap banyak lagi program macam ni dapat dibuat. Cuma masa tu kalau boleh on time la kan, pukul 9 jangan 9.30 plak. Hehe. Yang lain terbaik, cuma yg part on time je kena ubah sikit.

Komen info pasal ahli panel


Malam tadi memang banyak ilmu yang dapat. Yang jadi pengerusinya adalah Amin – pengacara di TV Al-Hijrah. Memang tak kering gusi jugaklah dengan dia yang jadi MC, mana taknya, slumber bodoh dengan lawak dia tu, lawak menusuk kalbu pun ada, memang penonton gelak je lah. Tapi baguslah, aku sebagai penonton tak boring, dan paling penting kawan aku yang beriya kata forum agama camni bosan, dia yang stay sampai habis. Hehe. MC mantappppp





Dr Asri memang terbaik. Dulu pernah jumpa sekali kat Scotland (Bukan ireland ya, silap, den dah tua. Hehe) dan malam semalam jumpa lagi buat kali kedua. Penerangan dia mengenai hukum memang jelas. Orang jenis tak banyak ilmu macam aku ni dapat tangkap apa yang dia nak sampaikan. Suka dengar dia ulas pasal sempadan wanita untuk menyanyi semua tu.






Sham kamikaze plak 1st time jumpa. Pergh, memang muka bersih suweh la. Semalam dengar versi live cerita dia pasal bagaimana dia berubah. Sharing dia pasal doa tu terbaik, macam mana dari seorang yang sekali setahun je solat (masa raya) kepada yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat, relate pulak doa mak dia tu, memang tersentuh la hati ni dengar. Hidayah ni hanya Allah yang mampu beri, kita kena selalu doa, mintak dikekalkan dalam iman sentiasa






Ustaz hasrizal – jeng jeng jeng! Memang dah banyak kali program ustaz hasrizal aku nak join, tapi tak terjoin-join jugak. Entah macam mana tanpa perancangan, boleh pulak jumpa secara live dengan salah seorang ustaz online kegemaran aku ni. Hehe. Ustaz share pasal kesedaran semalam. Dia relate kesedaran dia yang nak turunkan berat badan hanya jadi selepas iklas dengan diri sendiri. Wah, dah slim gitu ustaz sekarang. Bayangkan dari 133 kg dulu, jumpa malam semalam segak bergaya dengan baju kuning berjaketnya. Hehe. Nanti dah dapat ideal weight, bleh datang klantan saya blanje makan sup gear box. Wahaaa


Wardina – serius comel. Haha. Ok tamat.


*******

Soalan aku

Aku ni kalau join majlis apa-apa, memang mesti akan tanya soalan punyalah. Semalam tak terkecuali, dah simpan elok-elok seat tepi mic senang bangun untuk tanya. Hehe. So semalam aku ada tanya 2 soalan. Satu soalan random untuk dijawab kepada mana-mana ahli panel dan satu lagi soalan khas untuk Dr Asri

Pertama – Bagaimana celebriti menggunakan platform social network untuk tackle anak muda?

Soalan ni Ustaz Hasrizal yang jawab. Memang dia antara ahli panel yang mempunyai blog (siapa tak kenal saifulislam.com kan?) dan juga akaun facebook yang kerap update statusnya. Sangat suka dengan jawapan yang ustaz bagi – analogi semut dan gula. Katanya, celebriti atau pendakwah ni kena jadi macam semut, yang akan ada dimana ada gula. Maksudnya, kalau dah ramai yang guna facebook, twitter untuk bersosial di internet, celebriti atau ustaz kena follow peredaran zaman ni. Nanti ketinggalan zaman, tak dapat sambutan plak kang. Susah susah. Analogi menarik kan?


Kedua – Kenapa susah yang non-muslim nak peluk agama Islam di Malaysia berbanding negara minoriti penduduk Islamnya

Soalan ni khas untuk Dr Asri. Aku tanya soalan dengan kaitkan pengalaman berada di UK yang setiap jumaatlah dalam sebulan, pasti ada yang peluk Islam. So boleh lihat orang mengucap dua kalimah syahadah di depan mata. Kat Malaysia – sepanjang 23 tahun aku hidup atas bumi Malaysia ni, sekali pun tak pernah jumpa. Korang pernah? So aku tanye, mesti ada something wrong yang tak kena kat mana ni. Actually, ni soalan aku, tapi mungkin sebab aku kelam kabut masa nak tanya soalan tu, Dr Asri jawab lain plak. Haha. Tapi ada point!

Point dia mudah, tanggungjawab untuk ubah keadaan sekarang ni adalah diri kita sendiri. Kalau nak ubah sikit-sikit pun boleh, nak ubah semua terus pun boleh dengan ubah 'keseluruhannya' – dalam makna tu. Heh! Nantilah aku buat entry khas pasal ni okeh. Di lain waktu aku akan huraikan


******


Ok-ok, mesti tak puas baca pasal Wardina kan? Hehe. Kita sambung sikit lagi. Ada benda yang menarik sempat aku berbual dengan dia semalam. Apa dia? Kejap. Sebelum tu, dia ada jawab soalan bagaimana dia terus istiqamah dalam perubahan dia. Ingatkan wardina dalam spanar jaya dulu? Heh, dengan sekarang, memang lain sangatlah. So apa yang dia kata kekuatan dia untuk terus istiqamah adalah – al quran. Tunjuk lagi al-quran yang dia bawak kemana-mana sahaja dia pergi dan bila dia baca mana-mana ayat quran pun, mesti ada ayat yang akan kena kat batang hidung sendiri. Oohhh, pedas je hulu hati masa dia tunjuk al-quran tu, ye lah nak compare dengan diri sendiri ni, jauhnya rasa aku dari kalangan hamba Allah yang bertaqwa....

Wardina : Baguslah soalan tadi. Belajar kat mana?
Joegrimjow : Time kasih, kat Sheffield.

Wardina : Oh, amek kos ape? dah kerja?
Joegrimjow : Engineering. Baru je grad

Wardina : Bagus-bagus
Joegrimjow : Thank u la kak bagi ilmu berguna tadi. Semoga anak-anak akak nanti jadi macam akak jugak bila besar

Wardia : Terima kasih, semoga dapat isteri solehah yang dapat bimbing anak-anak ke jalan diredhai Allah
Joegrimjow : Isteri yang boleh bimbing suaminya jugak. hehe

Wardina: Eh mana boleh, suami yang kena bimbing isteri ok!
Joegrimjow : hehe


Dengar tu, wardina doa aku dapat isteri solehah tuuuu. Waaahhaaa. Amin amin amin =)





pss : korang komen kat bahagian bawah ni aku gemuk tak nak kawan!

Sabtu, 30 Julai 2011

Selasa, 26 Julai 2011

Lawak makan dalam ayah dengan anak

Ayah aku dulu seorang yang serius. Nak melawak dengan dia memang sangat susah. Boleh korang imagine, masa majlis persaraan dia, dia sempat lagi pagi tu pergi penampar sorang budak ni yang memang buat salahlah. Kot ye pun buat salah, dah hari terakhir kita, biarkan je lah kan. Tapi bukan macam ayah aku, prinsip dia sangat lain!

Ni satu lawak aku jumpa kat internet yang aku jadikan dalam bentuk komik




5 hari lagi genap 7 tahun aku sambut puasa tanpa ayah. Kecewa jugak sebab tak sempat nak beli baju raya kat dia pakai duit sendiri. Korang yang masih ada ayah, berbaktilah pada die baik-baik sebelum dah takde macam aku. 

Isnin, 25 Julai 2011

Virus baru facebook : Hi, How Are You?



Gila ke apa hari tu aku pergi reply msg yang dihantar! Aku reply, 'awat hang tetiba speaking english?' pergh, terus senyap. Dah la mamat tu kawan baik aku. Butthurt jugak la. tapi butthurt kejap je sebab baru perasan yang benda tu virus. Tak virus apa nya korang tengok la kat atas tu. Banyak gila yang hantar. Yang tak kenal pun tiba-tiba bertegur sapa!


Interview penghantar virus (masuk bab hangit)

Dengan kecekapan aku detect siapakah penghantar virus itu, namanya john. John kata sebab utama dia buat virus macam tu adalah untuk merapatkan hubungan antara kawan-kawan facebook. Dia perasan yang walaupun dia ada 5000 friends tapi bila dia post sesuatu kat wall, xde orang pun nak like atau komen. So, dia pun buatlah virus ni, habis semua kawan-kawan dia hantar msg kat inbox die dan semua kawan lain sampailah benda ni aku pun dapat.

Susah jugak jadi hacker yang kurang kasih sayang ni kan?


pss : 6 hari lagi nak puasa!

Ahad, 24 Julai 2011

Cara balak sengkek nak kekalkan hubungan dengan makwe high maintenance

Ahhaa, apa khabar semua? Harap korang semua ok. 7 hari lagi nak start puasa. Memang sangat cepat masa berlalu, rasa macam semalam je baru raya kan? acececeh. Harap umur kite dipanjangkan untuk menghadapi ramadhan mubarak tak lama lagi ni. 

Okeh, kali ni nak cerita sedikit pasal 2 darjat berlainan yang kononnya mahu memulakan hubungan yang kononya serius. Banyak betul penggunaan konon disitu. Okeh, 2 darjat yang terlibat adalah lelaki yang sengkek (takde duit) dan perempuan yang high maintenance (sukakan duit) Aha, aku pun dah tak tahu nak guna istilah mana, 2 tu paling tepat kot. Alah, korang tahu kan apa yang aku nak ceritakan ni

Prelude

Idea menulis ni datang tadi bila melihat sepasan kekasih yang bermadu kasih di sebuah kedai. Si lelaki pakai jeans + shirts biasa je dan pompuan tu pergh make up, kalah lisa surihani dalam rancangan mari menari tu. Sangat berfesyen gitu. So, boleh nampak lelaki tadi beriya nak layan si makwenya dan entah bagaimana tercetus ilham nak buat entry ni

so, ini adalah tips yang aku boleh bagi untuk lelaki-lelaki diluar sana untuk handle kes macam ni. wah, macam berpengalaman gitu ai ni!


1) Cari kerja sampingan untuk menyara cik awek



Nak pelihara awek high maintenance ni memang perlukan banyak duit. Kalau lelaki tu masih student, duit PTPTN banyak manalah sangat yang dapat. Nak lepas rumah sewa + makan minum boleh la kan. Nak beli itu ini kat cik awek, fuh, memang tak cukup. So caranya, dapatkan duit lebih dengan bekerja. Banyak sekarang ni instituisi yang menyediakan peluang pekerjaan sampingan. Setakat nak dapat 400-500 tu boleh je. Alah, nak awek high maintenance kenalah bekorban skit. kan?



2) Kurangkan pembelian barang sendiri untuk membeli baju baru kepada cik awek


Katakan breakfast RM 3.00, lunch RM 6.00 dan dinner RM 6.00. Darab 5 = RM 75. Hujung minggu nak keluar dengan cik awek yang high maintenance ni, memang banyak kena belanjakan. So, breakfast, lunch dan dinner makan maggie je, hanya RM 2.00 paling banyak. so dapat jimat banyak sangat dah tu. Hujung minggu, bolehla guna duit tu beli teddy bear ke, baju kegemaran die ke, accessory die ke, nak pikat hati kenalah keluarkan duit. Duit berjimat tadi boleh digunakan! aha, bijak?

Nanti makan maggie sakit pulak, so better minum air kosong je, lagi jimat!



3) Mintak duit dengan mak kata nak beli barang study tapi belanja cik awek makan di restoran mahal


Antara barang yang mahal untuk budak medic adalah buku. Bagi yang amek engineering barang mahal mestilah peralatan komponen. Walaupun semua tu boleh dipinjam, tapi bgtau kat mak yang kita ni pelajar cemerlang, so boleh beli sendiri semua tu. Dah dapat duit, jangan pulak beli barang2 tu, kan boleh pinjam semua tu. ahaa, duit yang dapat tu boleh la guna untuk mengekalkan hubungan dengan cik awek dengan makan di restoran yang mahal. high maintenance mana makan Mc D, Pizza semua ni, paling selekeh restoran yang ada tandas yang boleh dia make up make up lama-lama. 

Tapi kalau mak dapat detect, terus terang je lah 'ni untuk bakal menantu mak jugak' sambil buat muka manja



*******

Cam takleh pakai je cara-cara kat atas ni!

Ada cara yang paling efektif yang aku rasa sangat boleh pakai dan aku rasa cara terakhir yang aku syorkan ni memang konfem akan membuahkan hasilnya. Cuma korang lelaki kena berani je sikit. apa dia?


*******


4) Ajak kawin terus


Ahaa, macam mana? dah jadi isteri korang, high maintenance macam mana pun dah tahu husband dia tu takde duit, kena redha dan pasrah je lah. Cuma, nak tak nak je die kawen ngan korang. kalau taknak, nasib badannnnnnnn


pss : lelaki yang guna duit mak bapak pergi dating adalah lelaki yang...........?

4 soalan lucu ketika atas kapal terbang

Yeah, kisah kapal terbang lagi. Ni lah kesannya naik kapal terbang lama sangat, begitu banyak idea yang datang. Bila entah kapal terbang nak dilengkapi dengan sistem internet, membolehkan penumpang melayari internet atas kapal terbang. Cool jugak kan? Kalau ada, akulah org pertama akan tempah!

Ok, kali ni entry pasal 4 soalan lucu yang ditanya oleh penumpang yang naik kapal terbang. Ni kira campo pengalaman sendiri mendengar orang bercakap dan ada jugak yang tokok tambah. alah, macam tak biasakan rupa bentuk entry aku ni. heh, jom kita baca dan mentelaah ya kawan-kawan!


1) Nak turun ke mana?



Kapal terbang ni tak macam bas. Hanya ada satu destinasi je. Tambah-tambah lagi penerbangan domestik. Kalau dah tiket tu tulis dari KL ke KB, xdenya dia akan berhenti singgah kat Terengganu. Memang sah akan turun kat KB. Soalan untuk 'ice breaking' nak turun kat mana ni memang tak munasabah, carilah soalan lain ya



2) Ada teh tarik tak?


Ingat restoran ke? Ni memang betul, aku dengar ada seorang sape-ntah-nama tanya nak menu lain masa pramugari air asia tengah hidang makanan. Haaa, dah memang limited makanan kat atas kapak terbang tu, memang tak boleh demand la. Makan je yang mana patut. Nak demand, kena buat kapal terbang sendiri, angkut restoran masuk dalam kapal terbang



3) Apsal takde paip dalam tandas?


Memang kena bersahabat baik dengan botol kalau dalam kapal terbang sebab takde paip macam tandas kita dalam kapal terbang tu. So, nak basuh benda yang sepatutnya dibasuh, memang kena isi air dalam botol dan anggap botol tu macam gayung. Nasib baik tak mintak gayung dengan pramugari ye tak? heh, kalau tak lagi parah pramugari tu cakap 'lap je lah dengan tisu' fuhh, memang tak best lap-lap ni!



4) Takde skirt yang singkat lagi nak pakai?


erk, benda ni sensitif. aku pun nak tanya tapi tak tertanya!


pss : malam ni ke KL pulak. ahaaa, penat tapi berbaloi =)

Jumaat, 22 Julai 2011

Relevenkah : Yossi Benayoun kena boo di Malaysia

Yeah, tahniah pada pasukan bola Malaysia yang berjaya mengikat Chelsea 0-0, eh, 1-0 gol kesian linesman kepada Chelsea semalam. Haaa, serius rugi plak tak tengok, nak buat macam mana, masa perlawanan aku kat dalam kapal terbang balik ke KB. Tapi takpe, youtubekan ada =)

Gambar print screen dari youtube

Memang tak gol. Bola tak lepas pun line. Tapi takpelah, nama pun bola, dalam perlawanan macam-macam boleh terjadi. Tapi ada isu yang lagi besar dari gol ke tak ni semalam kat dunia web ni - yossi benayoun - pemain chelsea kena boo oleh penyokong Malaysia!





Tajuk cam haghamm kan? 

Sedikit kisah pasal benayoun ni, dia pemain tengah chelsea yang merupakan kapten pasukan kebangsaan Israel. Tinggi 1.73, 3cm lebih pendek dari aku ni. Hanya sempat bermain kejap je lawan Malaysia semalam. Ok, kenapa kena boo oleh penyokong Malaysia?

Sebab dia orang Israel

Memang kita tahu yang israel ni memang tak diiktiraf negara oleh kita. Kalau korang tengok passport, israel memang tak valid untuk dilawati. eh, ke apa ntah bahasa dia, tp mmg Israel adalah terkecuali. So, camne benayoun boleh lepas? Actually, dia ada kerakyatan Spain, sephardic origin apa ntah. sebab tu lepas masuk ke Malaysia

Rakyat Malaysia digelar racist

Dalam perlawanan bola, ada 3 sebab kenapa seseorang pemain tu kena boo oleh penonton. salah satu adalah sebab racist. 2 lagi korang cari sendiri. hehe. So semalam tu, adakah benayoun di boo sebab kita racist? aku jawab ya, sebab dia bangsa yahudi, kita boo dia

Relevankah kita boo?

Aku tak berada di stadium semalam, so tak tahu suasana sebenar. Tapi kalau aku ada, antara orang yang rakam video kena boo tu pastilah aku untuk masuk dalam blog. heh! Bagi aku, ia TAK releven. hehe, jangan kata aku menyokong Israel atau agen yahudi pulak, sebab ia bukan aku. hehe. Sebab aku kata tak relevan tu, akan nampak kita ni negara Islam yang berbentuk perkauman, yang mana orang yang memerhati ada 2, bukan islam di negara luar dan bukan islam di negara sendiri

Apa agaknya reaksi bukan Islam kat negara luar dan dalam negara sendiri tengok sikap kita?

Ahh, persetankan semua itu, mereka usir palestin dari bumi mereka, kita usir mereka dengan boo. baru boo, tak bunuh lagi tu!

Heh, bunyi familiar kan? Memang ya kita kena benci yahudi, memang ya kena benci Israel tapi bukan dengan cara boo. Berbalik benda asas, boo di stadium tu lebih berbentuk racist, alah, kat EPL pun pernah terjadi, buat apa nak follow benda tak elok kan? So, benda ni akan nampak kita tak 'professional' nak handle. Kalau betul kita tegas, awal-awal lagi halang benayoun tu datang. tapi die guna kerakyatan spain pulak kan? haha. complicated betul!

Macam biasa, untuk elakkan perselisahan di ruangan komen, benda ni pandangan aku saja. Pandangan korang mungkin berbeza, sebab pandangan berlainan tulah menjadikan benda ni takde yang betul sebetulnya. Raikan jelah pandangan orang.


pss : Chelsea bukan tak kuat, cuma Malaysia bertambah hebat

Pramugari Air Asia yang double standard!

Yeah, dah sampai Malaysia! Bertolak dari London pukul 11.15 malam (6.15 pagi waktu Malaysia) dan sampai pukul 7.30 malam tadi. Terus amek flight balik ke Kota Bharu pukul 9.15 malam sebab esok ada Kelantan Weight Loss Challenge untuk diuruskan. Memang penat tapi entah kenapa bersemangat. Heh. Dari London ke KL naik Air Asia dan dari LCCT tadi ke KB pun Air Asia. Semua Air Asia

Tapi ada benda tak best berlaku. Tak best sebab pramugari Air Asia sungguh double standard!

Kisahnya mula macam ni, masa nak turun ke KL tadi, memang ramai mat saleh yang naik sekali. Nak melawat Malaysia la tu kan. Ok, tak kisah sangat. Tapi yang aku kisah, sikap pramugari Air Asia tu. ahhh, dah la comel + sexy, layanan yang berbeza diberi! Masa nak turun, 3-4 orang di depan aku tu semua mat saleh


Turun mat saleh sorang

Pramugari : Thank u


Lepas tu turun lagi sorang

Pramugari : Thanks


Lepas tu yang depan aku turun

Pramugari : thank u so much sir


jeng jeng jeng. giliran aku plak turun



Pramugari : Terima kasih encik,  jumpa lagi

Hampeh, muka aku nampak sangat ke melayunya? baru berlagak nak jadi mat saleh. ahhhh


pss : esok official kerja selepas bergraduasi. wah wah wah =)

Selasa, 19 Julai 2011

Saya dah konvo!!!

Alhamdulillah, majlis konvo tadi dah satel. Semua berjalan lancar walaupun malamnya agak kelam kabut. Huh, biasalah, nak konvo pakai jubah aku ingat tak payah pakai blazer, sarung jubah je. gelabah cari blazer tadi. Kasut pun siap rosak lagi sebab masuk dalam luggage, kena beli yg baru. Haha, banyak betul cabaran dia tapi takpe, dah satel!!!!




Nantilah update penuh, ada kisah menarik disebalik gadis sebelah mak aku tu. wahahaa. wahh, saya dah bergelar graduan engineering =)

Ahad, 17 Julai 2011

Jumpa orang Halimunan di London

Masa tengah jalan-jalan kat kota London semalam, jumpa orang halimunan ni. Pelik tapi memang mengkagumkan! (Maaf la ye, tak sempat nak update, bercuti katakan)




Cuba teka camne dia buat?

Selasa, 12 Julai 2011

Kisah Pop Corn dan Ice Lemon Tea

Pop Corn

Pop Corn


Joegrimjow (bukan nama sebenar) merancang untuk menghabiskan petangnya dengan menonton wayang. Tanpa hala tuju cerita apa yang ingin ditonton, dia membeli tiket cerita yang paling awal ditayangkan yang sesuai dengan waktunya. Setelah membeli tiket, dia ke kaunter untuk membeli pop corn dan ice lemon tea - bekalan sepanjang movie ditayangkan

'Ice lemon tea satu, bagi regular ek' katanya

'Tak nak large? tambah 80 sen je' promote yang menjaga kaunter

Ayat tambah 80 sen memang seolah menghina aku. Apa mamat ni ingat aku takde 80 sen sampai nak jimat-jimat? Bukan taknak large, cuma nanti akan ganggu oranglah selalu sangat pegi tandas - monolog dalaman dalam dirinya

'Takpe, medium je' katanya dengan nada slow

'ok, RM 3, terima kasih dan selamat menonton' sambil tersenyum

Setelah menghirup 2-3 sedut, dia menunggu lampu now seating untuk masuk ke dalam panggung wayang. Ya, dah now seating Hall 2 - dia terus menuju masuk


******

Dia antara yang terawal masuk. Seat di tengah membuatkan dia berpuas hati dengan pandangannya dengan screen. Memang jelas! Nasib baik book awal! Sambil trailer movie yang akan muncul ditayangkan di screen, datang sekumpulan gadis, 3 orang kesemuanya

Seorang bertudung pink, berbaju agak ketat

Seorang bertudung pink garang, berbaju fesyen moden. Lawa!

Seorang lagi tidak bertudung, dah sudah pasti berbaju

Kebetulan yang bertudung pink garang yang mana tahap kecomelan dia lebih menonjol berbanding 2 orang lagi kawannya itu duduk ditepinya. Ehem, sambil membetulkan tempat duduknya dengan duduk lebih sopan, joegrimjow mula berlagak macho. Kedengaran kumpulan gadis itu berbual-bual dan sebab tiada benda nak dibuat dalam panggung wayang itu, dia mencuri-curi dengar perbualan

Antara ayat yang dia dengar

'lepas ni shooping'

'hero filem ni handsome ok'

'assignment berlambak tak siap lagi ni'

'lepas ni balik teruslah'

dan perkataan yang muncul di bibir perempuan comel ditepinya menarik perhatiannya berbanding ayat-ayat lain yang dia dengar

'kecewa dengan ex aku'

taraaaa, ex, ex bf sudah pasti. mesti perempuan comel ini solo sekarang. Perlukah dia bertegur sapa. Dia mula berteka-teki sama ada mahu tegur atau tidak. Sayang comel sebegini tidak ditegur - kata hati jahatnya. Control macholah bro, mana ada lelaki tego pompuan - kata hati murninya pula. 

Selepas berteka-teki, akhirnya dia buat keputusan untuk menegur perempuan comel ditepinya itu. Tapi, nak je tegur wayang dah start. ahhh, tak sempat! bentak hatinya


*****

Wayang bermula. Ada iklan KFC yang mana anak ayam cuba menolak Colonel masuk dalam wayang. Entah dah berapa kali dia menonton tapi masih lucu. Dia gelak kecil dan pandang ketepinya, kebetulan perempuan comel itu pun memandang kearahnya. OMG, hatinya luluh....

Wayang dimainkan. Tapi hatinya berdegup kencang walaupun babak romantik yang berlegar di screen wayang. Masih teringat akan senyuman perempuan tadi!

Dia mula menghirup air ice lemon tea yang diminumnya.

Tonton lagi

Tangannya meraba pop corn di tepi kirinya, disuap kedalam mulut sambil kunyah perlahan

Tonton lagi

Sekali lagi bibirnya mulai minum ice lemon tea di tepi satu lagi

Tangannya meraba sekali lagi pop corn. Tiba-tiba, dia tersentuh satu benda. Oh my, benda ini bukan gerutu macam pop corn, tapi lembut macam tangan. Ditoleh  dan melihat tangan perempuan tadi yang mengambil pop cornnya!


*******

Bersambung.... setelah balik UK. wakaka


pss : schedule post. dah naik flight dah pukul 3 petang, 13 jam akan berada di awangan. doakan perjalanan selamat ya =) 

5 Perkara Annoying di panggung wayang

Akhirnya berjaya jugak aku tengok Transformer 3 di Alamanda pagi tadi. Lepas jogging 20-30km (lebong-lebong) terus sarung baju dan bergerak ke Alamanda. Tengok waktu paling awal - pukul 11 pagi! Gila bersemangatkan? Cuba korang bayangkan kalau rakyat Malaysia bersemangat macam ni pergi kerja, mesti maju kan Malaysia? 

Ok, kali ni aku nak share pengalaman aku yang memang sekarang ni akan pergi tengok wayang setiap kali turun KL. Dengan siapa? dengan sorang-sorang. ya, wujud lelaki loser macam aku ni kat dunia ok. Sedarilah hakikat tu. Eh dah, jom kita baca 5 perkara annoying ketika di panggung wayang


1) Orang selalu keluar masuk tandas


Benda ni berlaku kalau kita duduk kat bahagian tepi-tepi. Kalau duk tepi sekali, memang sangat annoying orang keluar masuk. Lagi membuatkan dia selalu keluar masuk bila cerita tu 2 jam macam Transformer 3 tu. Dah tahu cerita tu lama, cubalah jangan minum air banyak. Dah tahu 'burung' tak boleh nak diikat, jangan la minum air banyak ye tak? 



2) Beromen-romen, gosok-gosok, usap-usap


Yang ni lagi 1, 2 in 1 terus. Plan nak dating + ambil kesempatan = tempat paling ideal, panggung wayang. Hari tu masa tengok cerita yang lisa berlakon tu, budak skolah lagi aku rasa, duk raba-raba. Budak pompuan tu elok je pakai tudung pasrah bagi raba. Haishh, rosak-rosak. Kire dapat free show plak!



3) Pengkritik bebas yang tak berbayar



Yang ni jenis kaki wayang, tak pun kaki blog. Sebab dia dah tengok trailer, hanya dia seorang kat dunia ni yang dah tengok trailer, habis nak ulas cerita-cerita. Babak ni, dia ulas, babak tu dia ulas. Dah la ulas tu bukan main kuat lagi. bisik-bisik pun boleh dengar, ni kan pulak duk teriak macam tu. ooh, sangat serabut!



4) Handphone - hello, i kat wayang ni, ok bye


Tengah syok tengok babak romantik, tiba-tiba bunyi ring tone lagu 'sorry-sorry kopapapa kopapapa' Macan dia sorang je ada handphone kan. Bukan saje tak silent, siap angkat lagi. lepas angkat, berbual gaya berbisik. Kononnya dengan bisik-bisik macam tu orang tak dengar ye kan? ahaa, tolonglah cik puan semua, orang nak tengok wayang, bukan nak dengar cik puan cakap dalam phone



5) Menonton bersama kanak-kanak

Salah satu sebab aku dah serik taknak tengok cerita cartoon kat panggung wayang adalah sebab budak! Tadi.... waaaa, penuh budak-budak dan ditepi aku memang ada budak yang sangat suka bercakap. 


'abang, bestkan cite ni'

'abang, hebatkan robot tu'

'abang, kenapa jahat tu jahat sangat'


dan yang paling tak boleh blah














gila rasa macam loser habis!!!


pss : korang pon pernah tengok wayang sorang-sorang kan? kan kan?

Isnin, 11 Julai 2011

Troll : Jumlah Rugi 35 Billion akibat Bersih

Kuala Lumpur, 11 Julai - Bersih yang sudah menamatkan tirai dengan lebih dari 1400 tangkapan dibuat sebenarnya mendatangkan lebih keburukan daripada kebaikan. Ini terbukti dengan jumlah kerugian yang terpaksa dialami oleh peniaga di sekitar bandar Kuala Lumpur pada hari tersebut berjumlah 35 Billion

Zainab Ngah, peniaga dari Kelantan yang sudah lama meniaga serunding daging di Jalan TAR mendakwa dia kerugian hampir 7 juta pada hari tersebut. Ini adalah disebabkan kedainya terpaksa ditutup pada hari perhimpunan Bersih diadakan

'Mok cik raso sungguh beci la denge pripune ni. Habis ghosok bisnes mok cik. Beso hujung minggu bulehla mate 6-7 juto saghi, tapi tengok hari ni, keno tutup' kata Zainab Ngah dengan nada marah

Sementara itu, Rukiah Seman yang merupakan Presiden Persatuan Tudung-tudung Cantik (PETUTUC) memberitahu pihak pemberita jumlah yang dia dan kawan-kawannya kerugian mencecah 1.2 Billion akibat Bersih. 

' I saja rugi 43 Juta, biasanya pukul 11 dah untung 12-15 juta dah, masuk petang dah boleh bawak balik modal dah. Malam je sebab ramai yang datang beli tudung, boleh dapat 20-30 juta lagi. Sape mahu ganti rugi ni?'

Rata-rata peniaga yang dijumpa meluahkan rasa tidak puas hati kepada penganjur Bersih dan mengharapkan Kerajaan melakukan sesuatu kepada mereka untuk memastikan keadaan seumpama ini tidak berlaku lagi

Selain peniaga, kumpulan hotel di sekitar Kuala Lumpur juga mencatat kerugian besar

'Walaupun memang hotel penuh, tapi kami mendapati tetamu kami mengambil semua cadar yang berwarna kuning di dalam bilik untuk dibawa ke perhimpunan Bersih. Saya sudah failkan saman rugi 25 Billion kepada Ambiga, tak pe, merekakan dapat tajaan yahudi, kaya!' Zaman Khalili, pengarah pemasaran sebuah hotel terkenal

Paling terjejas teruk adalah industri pelancongan negara. Dianggarkan hampir 15 Billion terpaksa ditanggung akibat Bersih kali ini

Kedatangan Perdana Menteri Malaysia semalam sedikit sebanyak sudah meredakan kemarahan peniaga disini. Kata-kata semangat yang diberikan Najib Razak untuk peniaga ini meneruskan perniagaan mereka memulihkan balik motivasi peniaga untuk berniaga pada hari-hari mendatang

'Dapat bergambar dengan PM, rugi 13 juta pun dah tak kisah' kata Dol Sid, peniaga ice cream sambil menunjukkan gambar dari handphone kepada pemberita



Ahad, 10 Julai 2011

TERBARU: 100 000 rakyat Malaysia mahu @najibrazak letak jawatan


58 302


1

2

3

4

5

6

taraaa


58 322

1

2

3

4

5

6

7

8

9

taraaaaa


58 353


Tiba-tiba kat feed facebook aku ramai gila yang like page ni (link) aku cuba tengok dan - alah, ni page yang biasa orang duk buat untuk kutuk kerajaan lah ni. Tapi ada benda menarik disebalik page ni, dalam masa kurang 10 saat kalau refresh nombor tu akan naik 20-30. Haha, ramai sangat orang nak najib razak letak jawatan ke?


Pendapat aku pasal najib

Aku rasa dia adalah orang terbaik yang Barisan Nasional ada sekarang. Dari segi kepimpinan, karisma, semua ahli BN sekarang kalah dengan dia. So, let say korang nak suruh dia letak jawatan, mesti orang lain akan naik. Mesti orang lain tu dari BN jugak sebab tak pilihan raya lagi. Sape yang kat BN sekarang bleh ganti najib sebagai PM? ce cakap ce cakap. 


Dan lebih kurang 2 minit aku type entry ni jumlah dah jadi


walaaaa!!



pss : jadi macam ni sebab rakyat dah bosan la ni. kan kan

Sabtu, 9 Julai 2011

2 video menarik pasal #bersih



Video kat atas ni terbaik untuk lihat sekitar bersih tadi. memang takde edit-editla. ingatkan bleh tengok benda ni di tv, tp cam beselah, mane bleh tunjuk kan. demokrasi katakan. minit ke 3.42 tu sangat best, dah macam perang dah. Biasalah tu, kalau takde gas pemedih mata memang tak syok la. kan?

Video bawah ni pulak terbaik, siap ada edit pasang transformer lagi!




Ayat last best, this is democracy - Malaysian style =)

pss : dengar khabar ada yang menjadi korban bersih. semoga rohnya selamat disana

Esok Bersih 2.0 tapi aku join Bersih 3.0


call/msg joegrimjow : 0169640972


Masih kat Kelantan, esok petang baru gerak ke KL. Sampai malam tido kat Gua Musang, pagi esoknya baru bertolak. So 10hb aku akan berada di area Putrajaya. Sesiapa nak Bersih lemak, silalah call aku ya. 10 dan 11 hb je free, 12hb akan berangkat ke UK, wahaaa, mahu konvo ya =)


pss : gud luck yang berhimpun esok, ada gambar menarik jangan lupa share-share. Maafla kat kawan twitter, twit macam aku join je esok. heeee

Khamis, 7 Julai 2011

2nd Version : #tanyanajib Antara soalan dan perli

11 January lepas dalam sejarah Malaysia yang mana Perdana Menteri kita menggunakan saluran twitter untuk mendengar masalah/aduan/rintihan dari rakyat. Cara yang digunakan sangat sempoi, guna hashtag #tanyanajib dan soalan itu kemudiannya dijawab. Dah lupa, siap masuk tv lagi tu? (klik sini untuk baca)


Hari ini #tanyanajib kembali lagi tapi bukan sebab pengumuman rasmi dari pihak PM, tapi sebab fenomena Bersih barangkali. Aku himpunkan soalan-soalan di twitter yang memang kali ini banyak yang lawak dari yang betul bertanya



betul jugak soalan ni



macam dah tanya pakcik sendiri dah



ada juga yang mahu start menggoda



tak lupa juga yang lawak pedas tapi lucu bangat!



haa, kang dah kena marah



tetap buat lawak sempoi




gelisah dengan negara




sesuatu yang patut difikirkan




Tapi yang paling aku suka sampaikan RT tadi adalah



Kawan aku tanya tadi, betul ke internet akan ditutup pada 9 julai nanti. facebook, twitter takleh nak access. erk, aku pun tak tahu benda ni tapi aku rasa takdenya nak sekat-sekat ni. Buat apa nak sekat kalau kita dah betul ye tak?


Berbalik pada #tanyanajib ni, memang betul sekarang rakyat dah 'gelisah', kerajaan harus lakukan sesuatu untuk mengubat kegelisahan rakyat ini untuk memastikan next PRU kerajaan sekarang kekal memerintah. Kalau tak, bertukar kerajaanlah kita


pss : mungkin maharaja lawak dah habis, guna saluran twitter untuk berhibur?

Pandangan aku pasal BERSIH 2.0

Yeahh, akhirnya aku tulis juga pasal Bersih ni. Bila isu dah reda baru nak tulis? Tak tak, kekangan masa. hehe. Ramai jugak kawan aku mintak aku ulas bab ni, mereka tahu yang aku ni agak pro pembangkang, sebab tu mahu aku ulas. Pro pembangkang atau tak, aku antara penerima Dana Belia 1 Malaysia, haa, pro pembangkang lagi korang kata? kekeke 


Bersih dan demand mereka



Kalau tengok demand Bersih yang ada 8 point semuanya (ada orang kata dulu 17 - lagi banyak!) aku tak nampak semuanya tu tak elok, memang sangat elok untuk penambahbaikkan sistem election kat negara kita. Ya lah, hari tu aku dengar orang pembangkang kata ada orang kuat kerajaan menang kat tempat dia pun sebab undi pos. Asal dah kalah dah, tapi datang je helikopter bawak pengundi pos, terus menang besar. kekeke. funny kan? Banyak lagi kisah seperti pengundi hantu, persepadanan semula dan banyak lagilah. Semua ini membawa kepada satu - sistem election kita belum mencapai tahap standard. Pembangkang kata - tipu rakyat. 


Bagi kita rakyat, apa guna pergi mengundi kalau sistem election boleh di ubah-ubah. macam senang sangat dan sangat kotor. Jadi, sekarang Bersih datang. ya, Bersih datang. Bersih kononnya membawa 8 demand tu dan berharap agar sistem election negara kita bertambah ok.

Sistem bertambah ok, kenapa kerajaan tak bagi?

Yang tang ni aku tak paham, kenapa kerajaan tak bagi kalau bendanya tu dah elok? Mulalah timbul kes pelancong takkan datang ke Malaysia, peniaga akan terjejas aktiviti mereka, jalan jam sekitar ibu kota. OOHH KAMON GUYS, kita sedang berdepan dengan masalah yang JAUHHHH lebih besar, sistem election yang kotor. kenapa perlu merenget benda yang kecik macam ni. Kalau akulah di pihak kerajaan, katakan aku ni PM lah, kalau dah orang nak berarak benda elok, ce bagi minuman free ke, bagi payung free ke kat penunjuk perasaan tu. Ha, tanda kita sokong. Aku yakin, kerajaan pun nak fair election macam pembangkang, so sepatutnya support menyaport. tak gitu?


Bersih dan berjayakah misi mereka?



Mula timbul isu, relevan ke nak buat tuntutan tu semua, kan kerajaan yang control semua tu? Result tu datang kemudian, yang penting buat dulu. Pernah dengar - not doing something is zero chances. aceceh, bermadah puisi pulak kan. Sekarang ni kalau korang tengok, Yang Dipertuan Agong pun dah masuk campur, siap panggil mengadap lagi, memang Bersih dah bagi impak yang besar kepada negara. Tu belum jadi lagi tu, kalau dah jadi aku tak taulah



Bersih dan propaganda kekacauan

Sekarang ni perarakan tu yang asalnya akan dibuat di jalanan akan bertukar dibuat di stadium. Stadium mana aku tak tahu, Rais Yatim bagitau semalam suruh buat kat stadium Selangor atau Kelantan. erk? Ginilah, pernah ke korang pergi demo? penilaian korang yang kata setiap demo akan datangkan kekacauan tu based on apa? Berita kat tv? Penulisan kat blog? oohh, kalau tak berada di tempat kejadian, jangan duk pk yang bukan-bukan


jap joe, ko pernah pergi ke?

Kekeke, kalau kat Malaysia of coz tak lagi. Memang plan nak pergi dah Sabtu ni. haha. Tapi aku cite pengalaman akulah, berdemo di UK dulu. Aku tengok yang join tu (ramai jugak) memang kawal tingkah laku. Dengan bantuan abang polis berkuda dan bermoto, perarakan dibuat sekitar bandar dan berpatah balik ke tempat berkumpul, sangat aman. ya, sangat aman?


Kenapa demo kat Malaysia tak aman?

Sebab utama adalah tak lulus permit. Bila dah tak lulus permit, pihak yang mengadakan pun masih berdegil nak adakan, maka demo pun dah tak amanlah. FRU nak simbah air berasid, perarak masih mahu meneruskan katanya jihad (what??). ahaa, so berlakulah macam yang dulu - kekacauan dan keharuan.

Cuba polis bagi permit, siap buat sekatan jalan lagi bagi laluan macam nak berarak masa hari merdeka, bagi can kat rakyat yang katanya hampir 100 ribu yang akan datang, tengok adakah kekacauan yang akan berlaku. no lah. 2 2 puas hati. Tapi sayanglah, benda ni tak dapat jadi. Kita tak boleh nak salahkan rakyat, PM kita sendiri kata Rakyat didahuhulukan, so memang permintaan rakyat kena tuntut. Dan yang nak tuntut pun, election yang adil dan saksama. bukannya nak tuntut guling kerajaan ke apa. ahaa, tak paham tak paham


Kesimpulan?

Tunggu jelah 9hb nanti. takde kesimpulan setakat ni sebab masih HOT HOT lagi. Plan aku nak buat live blogging masa perarakan tu pun tak tercapailah kalau tak berarak kat jalanan ni. alah, kalau kat dalam stadium, tak banyak gambarlah boleh ditangkap. hehe


pss : Malaysia milik kita