Ahad, 24 Julai 2011

4 soalan lucu ketika atas kapal terbang

Yeah, kisah kapal terbang lagi. Ni lah kesannya naik kapal terbang lama sangat, begitu banyak idea yang datang. Bila entah kapal terbang nak dilengkapi dengan sistem internet, membolehkan penumpang melayari internet atas kapal terbang. Cool jugak kan? Kalau ada, akulah org pertama akan tempah!

Ok, kali ni entry pasal 4 soalan lucu yang ditanya oleh penumpang yang naik kapal terbang. Ni kira campo pengalaman sendiri mendengar orang bercakap dan ada jugak yang tokok tambah. alah, macam tak biasakan rupa bentuk entry aku ni. heh, jom kita baca dan mentelaah ya kawan-kawan!


1) Nak turun ke mana?



Kapal terbang ni tak macam bas. Hanya ada satu destinasi je. Tambah-tambah lagi penerbangan domestik. Kalau dah tiket tu tulis dari KL ke KB, xdenya dia akan berhenti singgah kat Terengganu. Memang sah akan turun kat KB. Soalan untuk 'ice breaking' nak turun kat mana ni memang tak munasabah, carilah soalan lain ya



2) Ada teh tarik tak?


Ingat restoran ke? Ni memang betul, aku dengar ada seorang sape-ntah-nama tanya nak menu lain masa pramugari air asia tengah hidang makanan. Haaa, dah memang limited makanan kat atas kapak terbang tu, memang tak boleh demand la. Makan je yang mana patut. Nak demand, kena buat kapal terbang sendiri, angkut restoran masuk dalam kapal terbang



3) Apsal takde paip dalam tandas?


Memang kena bersahabat baik dengan botol kalau dalam kapal terbang sebab takde paip macam tandas kita dalam kapal terbang tu. So, nak basuh benda yang sepatutnya dibasuh, memang kena isi air dalam botol dan anggap botol tu macam gayung. Nasib baik tak mintak gayung dengan pramugari ye tak? heh, kalau tak lagi parah pramugari tu cakap 'lap je lah dengan tisu' fuhh, memang tak best lap-lap ni!



4) Takde skirt yang singkat lagi nak pakai?


erk, benda ni sensitif. aku pun nak tanya tapi tak tertanya!


pss : malam ni ke KL pulak. ahaaa, penat tapi berbaloi =)

34 ulasan:

  1. Kalau ada yang buka selipar atau kasut masa naik kapal terbang, then bila dah sampai destinasi siap tnya mana selipar yang diletakkan depan tangga tadi Hahahaha. Kalau naik airasia lah, naik mas terus masuk... :)

    BalasPadam
  2. ada jugak ea orang buat macam tu.. hahahah.kelako betul

    BalasPadam
  3. aku still tunggu cerita pop corn dgn ice lemon tea ko tu..hope dpt buat sambungannya secepat mungkin..tak sabar nak tau kesudahannya..

    BalasPadam
  4. suka yg num 4 tu, huhu..

    setuju dgn blog hangit, nk sambungan citer pop corn & ice lemon tea :)

    BalasPadam
  5. @Blog Hangit

    alaaaaa
    dah xsuspen dah cite tu
    malas nak sambung bleh?

    BalasPadam
  6. kpl trbg mmg ade yg dh pasang wifi pon

    BalasPadam
  7. abg joe, sambung lah cte pop corn tu..dh xsuspen kat abg joe je..kat kitorang masih suspen n misteri lagi tau..ahahaha

    BalasPadam
  8. @joegrimjow
    Ada joe, dolu dolu. Haha. zaman kapal terbang mula mula ada. LoL~
    Saya pon taktahu ada ke tak, cerita dari orang tua je. Haha~

    BalasPadam
  9. pernah jumpa dakk yang kentutt dalam kapal terbang?
    hhaha
    suffocated mesti!

    BalasPadam
  10. @oPiE iSa

    tp mmg xleh blah klu buat macam tu
    hehe

    BalasPadam
  11. @Cikya

    xpernah lagi
    mungkin ada tapi xbau
    hehe

    BalasPadam
  12. Promosi air asia jer k ni..gmbr air asia jer....suka naek MAS...:-)

    BalasPadam
  13. lawak gila yang first tu.Nasib baik tak pernah kena tanya camtu setiap kali naik kapal terbang.Dan tak pernah tahu takde paip kat toilet kapal terbang sebab tak pernah nak gi toilet.Nasib baik baca kan.Kalau tak kot la nnt malu sendiri plak :D

    BalasPadam
  14. tak pernah lagi naik kapal terbang

    =.='

    BalasPadam
  15. info yang nice bro.... salam kenal dari Indonesia :-)

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.