Ahad, 1 Mei 2011

Relevenkah Menyekat Demonstrasi Pelajar?

'Penyekatan minda'

Dulu aku tak berapa paham akan istilah ini. Kata orang, bila masuk Universiti nanti, 2 perkara akan terjadi. Sama ada minda betul-betul terbuka luas ataupun tertutup setutup-tutupnya. Sebabnya di Universiti nanti, begitu banyak program yang melibatkan pendedahan dunia luar dapat kita telusi dengan lebih jujur, tak sama dengan zaman sekolah yang hanya ditanam sikap 'exam exam exam' 'spm spm spm'


Seorang aktivis Universiti Malaya yang juga Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Izzuddin Hilmi Mohd Zaini telah diingatkan supaya tidak menyertai himpunan hari pekerja 1 Mei esok ataupun berdepan dengan tindakan dipecat dari universiti itu.
Menurut sumber amaran tersebut dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor dan Alumni Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Rohana Yusof.
“Jangan sertai himpunan itu atau kamu akan dibuang UM!” katanya kepada pelajar UM berkenaan.
Malaysiakini



Perhimpunan 1 Mei sempena hari pekerja

Tema yang dilaungkan 'HARGA BARANG NAIK, GAJI BILA LAGI' Aku suka sangat dengan tema ni, ye lah dah bekerja ni sememangnya akan terasa dengan bebanan barang naik. Naik sikit he minyak, terus barangan lain pun naik mendadak. Tak paham betul, dah semua berkaitan dengan minyak, sampai harga choki-choki pun boleh naik kat kampung aku. Alasan 'minyak naik, semua barang kena naik' tak logik tapi itu hakikat 

'Jangan sertai himpunan itu atau kamu akan dibuang'

Aku pun tak paham kenapa UM selaku Universiti Tersohor (satu ketika dahulu) memunyai TNC yang melarang pelajarnya untuk keluar melaungkan benda yang betul. Ada benda politikkah? Aku tak nampak pulak benda ni politik sebab yang menganjurkan adalah NGO. Benda yang dilaungkan salahkah? mestilah tak salah sebab tu hakikat kat Malaysia sekarang. Jadi? kenapa perlu dilarang?


Perhimpunan tak beri sebarang impak

Dulu aku tengok demonstrasi atau perhimpunan ni tak mampu bagi sebarang impak. Inga lagi masa 1t year kat sana, ada orang suruh join perhimpunan Palestine. Aku fikir, join pun bukannya US akan menyekat terus askar mereka ke sana, bertambah ramai lagilah. Jadi benda ni adalah satu perbuatan sia-sia, demonstrasi yang hanya mendatangkan keletihan dan kepenatan kepada sesiapa yang join. perlu ke aku join?

Tapi melihat semakin ramai pulak kawan aku yang join, huh, aku pun join jugak sebab nak jaga hati kawan kononnya. Last, bila sampai kat sana, baru tahu demonstrasi ni macam mana. Sangat best. Hari pertama berdemo terus jadi pemegang kain rentang. keh keh keh





Kaitan di Malaysia?

Mungkin tak kena nak compare demo pasal palestine dengan demo pasal kenaikan harga. Tapi benda yang aku nak highlight adalah mengenai demonstrasi tu. SELAGI DEMO TU BERTUJUAN BAIK, sepatutnya diteruskan! Kita bukan nak menentang kerajaan, tapi untuk memberi kesedaran kepada kerajaan bahawa barang naik sememangnya kita rakyat terjejas. Barulah mereka akan lebih prihatin dengan kita. itu sajoooo

Tetapi kalau demo ini disekat oleh pihak Universiti, orang akan melihat demo ni jahat dan dilakukan oleh orang terdesak saje. Tak matang langsung. Bagi aku, yang masuk Universiti ni dah 20 tahun dan keatas dah, tahap pemikiran dan matang jadi kenapa perlu disekat-sekat mereka untuk melampiaskan benda yang mereka mahukan?

Entah la labu, nak lahirkan masyarakat bijak pandai, negara maju study di dalam bilik kelas je lah.....


video pengubat hati


pss : UM..... Banyak custemer aku disana!

13 ulasan:

  1. memang bende tu under NGO tapi maybe U tu tak nak dikatkan dengan student yang memberontak. maybe la kan.

    but, tu la. orang atasan sumer pikir diorang dah perfect, mane nak dengar cakap student mude remaja macam kite ni. haha

    seriously, tak yah cakap nak join demo. pengurusan U or kolej pun belum tentu nak dengar pendapat student.

    BalasPadam
  2. sokong bro...malaysia sekarang dah cam haram...semuanya nak sekat...tapi video DSAI tu tak mau lak sekat...

    BalasPadam
  3. Perubahan harus didesak , bukan ditunggu !!!

    BalasPadam
  4. suara pelajar adalah suara yang paling ditakuti oleh semua pentadbiran.
    xoxo
    dyapunyabelog.blogspot.com

    BalasPadam
  5. huhu... bkn stakat um jer mcm tu... ums pn mcm tu gak... xbleh nk bersuara langsung... bkn stakat disekat kebebasan utk bersuara ats dasar memperjuangkan hak mahasiswa... tp, pilihan raya pn dh xde... jd.. xde hak utk memilih pemimpin sndiri... yg disuruh... duk dlm kuliah... dgr kuliah jer... tp, kalo nk sertai akedemi fantasia... dibenarkan pihak U.. mcm bekas student UMS sertai AF 5... huhu

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.