Selasa, 17 Mei 2011

Katak dalam periuk

Pagi selepas balik dari Putrajaya, terus memacu kenderaan ke Pasir Putih. Jarak dari rumah aku lebih kurang 34KM. Bunyi macam dekat. ya dekat kalau highway. Macam Putrajaya ke Times Square je jaraknya, yang mana hanya ambil masa 17 minit untuk sampai. Tapi kita cakap situasi jalan di Kelantan, jalan kecik, kereta penuh, hari cuti - jam lah jawabnya!

Penat tak habis lagi semalam kesejukan dalam bas, janji tetap janji. Kena tunaikan!

Aku mula terfikir, apa yang aku buat sekarang ni? Kerja? Cari duit? Untuk apa? Mula aku berkira, grad bulan 7 ni di Sheffield, waktu nak tunggu aku grad, aku boleh berada di rumah main Playstation - God of War 3 yang masih belum sempat aku habiskan lagi permainan tu. Tak pun aku boleh baring di atas katil, bagi rehat kepada badan sambil memasang lagu di radio dan mata ligat membaca novel Jodoh atau Cinta. Hurm, tapi aku memilih untuk mengharungi sesak jalan ke pasir putih untuk jumpa dengan orang. Ahh, nak duit ke?

Sebut pasal duit, keluarga aku bukannya dari golongan susah. Golongan sederhana setakat 2 bulan ni, boleh sangatlah nak pelihara anak bongsu dia. Nanti lepas grad, dah ada ijazah semua, bolehlah aku start mencari kerja makan gaji. Bulan 8 atau 9, dah kerja dengan orang, sebelum tu, kasilah can untuk rehat2 kat rumah. ye tak?

******



Ada seekor katak yang berenang di dalam periuk yang berisi air. Kesejukan air tu memang membuatkan katak itu asyik di dalamnya. Ke kanan, ke kiri kemudian ke depan dan berganjak ke belakang. sungguh riang katak itu berenang

Air dalam periuk tadi dipanaskan sedikit

Air yang sejuk tadi, mula menjadi suam. Ohh, suam lagi elok kata katak. Lagi galak katak tu berenang-renang di dalam air yang semakin suam tadi. Lagi gembira dengan 'ong ong nya'

Api dikuatkan lagi, air dalam periuk semakin panas

Katak tadi perasan yang air yang suam tadi bertukar menjadi panas. Sebab malas mahu keluar, biarlah berada di dalam periuk je, lagi best, dia buat keputusan untuk berada di dalam periuk tadi tanpa keluar. Berenang je kerjanya

Api dikuatkan, air dalam periuk menjadi panas sepanas panasnya

Memang katak tadi sudah tak tahan dengan kepanasan airnya. Dia cuba untuk keluar, tetapi kakinya tak dapat untuk melompat. Badannya habis melecur dek air panas tu, matanya semakin kabur dan pernafasan dia semakin tak keruan.

Api dikuatkan maksimum, air panas dan menjadi air mendidih - katak mati


*****

Keluar dari 'comfort zone'

Tak ingat dah aku baca kisah fazley yaakob (asmara ini) kat mana, yang mana ayahnya walaupun kaya, tapi tidak mengajar anaknya untuk berada di ruang kemewahan terlalu lama. Kemewahan perlu dicari sendiri, bukannya mengharap ayah yang kaya semata-mata. Aku juga ada kenal dengan sebuah keluarga yang kaya ni, akhir semesta baru tahu yang ayah dia kaya sebabnya tengok baju asyik pakai benda yang sama saje dan makan di cafe kadang-kadang lagi sedikit lauknya dari aku. Akhir semesta, bila si ayah datang jemput pakai kereta merc, chatting dengan dia, baru tahu yang ayahnya CEO di satu syarikat yang besar. 

Zon selesa ni ramai yang tak sedar ia sesuatu yang sangat merbahaya. Selesa dengan kejayaan, selesa dengan kemewahan, selesa dengan ilmu, semua inilah yang akan membuatkan kita lupa dengan asal diri kita sebelum ini yang bersusah payah untuk mencapai apa yang kita ada sekarang. Last sekali, selesa itu akan memakan diri kita balik

Tak pernah rasa mahu selesa dengan apa yang kita ada, walaupun sudah memiliki benda yang orang tak pernah miliki, mampu membuatkan kita lebih berjaya dan berjaya!


******

Berbalik pada kisah aku tadi.....

Mengelamun punya pasal, akhirnya sampai jugak ke rumah yang aku janji tadi. Rumah batu satu tingkat, ada sebiji kenderaan proton saga warna hijau dan sebiji motor di ruangan parking. Baca ayat 1000 dinar, aku bagi salam

Tak sempat bagi salam, muncul seorang gadis yang super lawa + cute


Imaginasi penulis


'masuklah, mak ada kat dalam'

nasib baik mak cik ada anak lawa, bolehlah minggu depan saya datang timbang lagi. Eh, 3 hari lagi saya datang balik walaupun jauhnya berpuluh-puluk km. hihik

i love my job =)


pss : student U jurusan chemical engineering 3rd year. tengah cuti. wah wah!

11 ulasan:

  1. haha.minah2 kelantan memang cun2 kan~

    p/s: kalo tak comfort pon still xnak ubah cane tu?

    BalasPadam
  2. makin rajin la joe pi rumah org tu..
    hehe..

    kena gi timbang selalu ke?

    BalasPadam
  3. ain, tu dah tlebey pmls da tu weh. hehe

    joe, same goes here. nk cuti puas2 dulu b4 cr keje.

    BalasPadam
  4. aku pun nak cari keje gak..buhsan la cuti lama sgt..ish3

    BalasPadam
  5. huaa..mlsnye nak keje..!!tp kene kje sbb nak shopping..ahaha, boleh x.?

    Pelakon Filem CUN!, Nadiya Nisaa Berbakat Besar

    BalasPadam
  6. salam..
    err..mknernyer kwn kamoo tu cenggitu coz xnk kuar dri comfort zone ker(xnk berubah)?
    betui x?
    ~azreenfatah~

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.