Khamis, 24 Mac 2011

Ohh Nurul Mohd Najib - Gadis ayu kacukan Malaysia-UK

Dimulakan cerita, joegrimjow sedang khusyuk mentelaah Nokia E7 yang tinggal beberapa hari untuk direview. Dia mula membelek-belek laptopnya untuk mencari beberapa perkara penting yang tidak diketahuinya dan mungkin pak cik google tahu mengenainya. alang-alang sudah berinternet, dia buka pula facebook. Dilihatnya ada notification di inbox. Oh, siapa pula ni?




Hati lelaki mana tidak luluh melihat si gadis comel yang ingin meminta bantuan. Katanya dia mahu ke Malaysia 'very-very soon' dan dia tiada siapa di Malaysia sekarang. ayahnya orang Sabah tetapi sudah meninggal. Selaku lelaki macho, pertolongan mestilah dihulurkan dengan jawapan ya

Klik untuk meneruskan bacaan





Macho tak jawapan?

Tak lama selepas itu, dia membalas balik





Mix Malaysian!!! wahaa!

Patutlah gambar di profail picturenya lawa. Panjang lebar dia punya penjelasan. Sekali lagi hati lelaki mana yang tidak tersentuh dengan kisahnya. mahu datang ke Malaysia tetapi tidak ada sesiapa disini. Umur baru 26 tahun, masih hot lagi ni dan cara penulisannya sangat mendayu-dayu


Tetapi!

Nampak macam familiar sesuatu. Nak datang ke Malaysia dan buat investment. Aku macam pernah biasa dengan ayat ini. Dulu ada seorang minah afrika yang mahu buat pelaburan di Malaysia dan perlukan bantuan aku. Haishh, banyak betul pompuan2 datang untuk meminta bantuan dari aku ni. Kenapa ya? Tapi kisah minah afrika tu terhenti begitu sahaja sebab ada orang bagitau itu adalah scam. si Nurul Mohd Najib ni - aku tak percaya ia adalah scam!!! sebab dia comel!!!

Lantas ku balas





Runsing jugak sebab dia tidak bagitau tarikh sebenar dia nak ke Malaysia. Sebabnya aku akan ke Bangkok bulan 5 ni, bulan 7 pergi ke UK untuk convo dan bulan 7 tu jugak nak pergi ke Gold Coast tajaan Herbalife. Kot2 dia datang masa aku takde kat Malaysia, rugi jugak!





SAH dia bukan SCAM!!! Sebabnya dia takde cerita pasal pelaburan tanah dah. Ok, gadis ini perlu ditolong. Lantas aku ada balas balik.....

(bersambung....)

Amaran - Jangan add Nurul Mohd Najib di facebook okeh, dia milik aku je. wahaa!!



pss : mendebarkan tak cerita ni? =)

47 ulasan:

  1. aku pun ada dpt mesej camni..ayat 1st sama..tapi org lain yang anta..betul ke ni?malas nk layan..ahaha

    BalasPadam
  2. hahaha.. x leh bla... gatal jugak yekk hehehe..

    BalasPadam
  3. dapat juga msj yg pertama 2... ayt sebijik...hati2 la ya

    BalasPadam
  4. dari email selalu dapat benda2 macam ni....lebih kuranglah ayat dia...tak sangka pula sekarang ni kat FB pun dah ada juga ya...


    New Entry: Tarikh mengundi bagi Negeri Sarawak

    BalasPadam
  5. scam lah tu wei..ko ni..tengok msg dier duk ulang2 menda sama..tau lah dier dari uk awat duk ulang ulang

    BalasPadam
  6. cnfirm scam ni.... aku bnyk kali dapat dari afrika, iran, bangladesh, turkestan timur...hahaha

    Artikel Panas 'Melayu Pendatang?': Orang Melayu Mesti Baca!!!!

    BalasPadam
  7. knp eyh....ayat dr gurl 2 cam sme jew....asyik2 ulang ayt ayah dye da mati....???cam xdew somethgwrong jew ar..

    BalasPadam
  8. Rasa macam scam je. I mean like, dia repeat the same words over and over again. Don't fall for it dude, I know she seems like a sweetheart but come on la the answers are soooo "bot"-like. :P

    BalasPadam
  9. scam. english UK tak macam tu lah.

    BalasPadam
  10. wow.
    aku pon dapat emel sejibik ayat mcm tu!!!
    siriyes!!!

    BalasPadam
  11. boleh caye ke?? mcm ade yg xkene je..

    BalasPadam
  12. kite tgk aper kesudahnnya
    yea..

    saper2 penah counter bende mcm nea elok share..

    sbb eden x penah kene

    BalasPadam
  13. bukan jeles ke ape.. tp itu sah2 ketipuan.. sbb klu x silap sblm ni pnah ade gak lelaki yg trkena mcm tu.. pmpuan tu mntk duit.. last2 duit dia lesap brape ribu ntah sbb nk tlg pmpuan tu.. so,jgn layan sgt k joe.. [ehh..ni bkan sbb jeles tau..]

    BalasPadam
  14. nanti sambung tau citer ni kot2 kalian berjumpa..hihihihihii

    BalasPadam
  15. kekekeke/.smbungan mesti tak bley blah nanti..

    BalasPadam
  16. kenapa si nurul UK ni ulang point yg sama? SCAM.

    BalasPadam
  17. saya tau joe orang yg bijak.
    saya cuma nak tau sambungan dia.

    BalasPadam
  18. good luck joe.

    hope u find the sweetheart.

    BalasPadam
  19. ayat yang sama je setiap kali hantar mesej..haha..comel betol

    BalasPadam
  20. Rasanye macam scam tapi Joe tahu. Saja nak layankan minah nie kan?

    Owhh,x sabar tunggu sambungan.

    BalasPadam
  21. jgn di layan sangat..tengok2 pas pas nie dia mintak awak masukkan duit kat akaun dia..hati2 oke;)

    BalasPadam
  22. tipu je ni. dia kata dia grew up in London. Tapi speaks broken English je. -.-

    BalasPadam
  23. A'ah, dlm paper haritu org tu kena mcm ni jugak, org tu mintak tlong received barang dr UK, tapi guna duit mangsa dulu sbg penerima. Rupa2nya kena tipu. Heeee u can think better. Careful! kalau dia x minta duit takper.. ^_^

    BalasPadam
  24. wahaha...memang tak sabar nk tunggu sambungan :D

    BalasPadam
  25. scam ke tak, aku tunggu jela sambungan die..

    BalasPadam
  26. instinct me mengatakan it's just another scam!! :p

    BalasPadam
  27. Nantikan sambungannye...
    Rasa2 macam Joe saje jek nak bagi suspen kann..hahahaha

    BalasPadam
  28. scam.!!
    bcoz
    1: english dye tak macam mat salleh pown..

    2:pesal duk ulang2 ayat sama.???

    pssttt....saje jer wat gempak kan..:P
    lols.joking.

    BalasPadam
  29. errr...xtau la...tp sedar x english dia ada broken2 ckit...ahahahha...klu pun x brapa fasih ckp malay..xkn cakap english pun x fasih kot...siap asal UK lg tu...well,i may not speak english very well...but i know when english are spoken in a broken manner...eheheheheh..
    funny...serius x btul ni...ehehehe

    BalasPadam
  30. untuk pengetahuan sedara, saya pun baru menerima message yg sama dari org sama, Nurul Mohd Najib... Saya rasa minah ni hanya scammer dan cuba memperdaya kita...

    BalasPadam
  31. xrasa pn dier ni dok kat uk.. sebab kalo dier lahir n dok kat uk for 26 yrs, msti english ok, tp dier pnye grammar byk yg xbtl.. how come "my name are?"
    bdk drjah 1 pn pn bole jwb 'is'..

    =)

    BalasPadam
  32. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  33. hahaha..baca aku punya komen nampak percaya gila kt pmpuan tu kan..sebenarnya aku tengah perangkap dia, kalau nak tau dia buat orang jatuh cinta lepastu jadikan mangsa keldai dadah..haha, sblum brg tu sampai aku dah hantar polis..setel kes..haha

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.