Khamis, 24 Februari 2011

Joegrimjow Buka Kedai!!!

Sibuk sikit kebelakangan ni tak lain tak bukan sebab dalam proses nak buka kedai. Dalam sistem Herbalife, korang takleh main hentam nak jual Herbalife kat tempat terbuka, kena follow apa yang DSA gariskan. Kedai yang aku bukak tu semua menepati garis yang ditetapkan. Heh, sebab terlalu skima, sebab tu jadi banyak kerja. Aku kan bukan orang yang skima =)



Tempat:
Seksyen 7, Hadapan Sekolah Zainab 2
Jalan Merbau, Kota Bharu
Kelantan


Grand Opening

Jadi, sesiapa yang ada kelapangan masa esok, jomlah melawat kedai aku yang super cute tu. Boleh try macam-macam shake. Esok je free, lusa tulat korang kena beli sendiri. Hehe. Kalau tak nak shake, ada jugak makanan lain yang ada. Maklumlah, perasmian ni kena sediakan macam-macam. Nak sedia macam-macam nilah yang buat botak kepala!

Acara esok

Pukul 4 petang akan diadakan gusti lengan. Haaa, rasa hebat sangat bergusti lengan tu, bolehlah datang cuba kekuatan. Kita tengok siapa yang gagah. Sudah pasti bukan aku. Lepas tu majlis perasmian oleh YB Fatah. Tu diaa, jemput YB ko tau. Bukan main grand lagi perasmian ni. Terima kasih pada YB Fatah kerana datang. Semoga menang pilihanraya nanti. Hehehe. Lepas tu apa lagi, makanlah sampai kenyang!! Pendaftaran untuk WLC Kelantan jugak akan dibuat esok. Jom lah, tunggu apa lagi kan??

Jom datang - Free of charge

Aku jemput semua yang ada di KB untuk datang. InsyaAllah makanan semua cukup. Tak cukup korang belilah kuih2 kat pasar khadijah tu kite berkelah kat kedai aku tu. Amacam? hehe. Alamat semua ada kat atas tu, tak tahu jalan, jangan lupa contact - 0169640972

Jumpa esokkk

pss : penat ooh nak bukak kedai ni. Penat lagi nak diri masjid ye tak? hehe

23 ulasan:

  1. wah semakin maju nampaknya.. lepas ni buka cawangan kat melaka plak ye

    BalasPadam
  2. lah esok ke?
    saya nak datang kb hari sabtu...
    hari sabtu x de apa2 ke joe?hik3

    BalasPadam
  3. kalu gi, nok intro gano?
    "hai, mari nok makae ni." buleh? :D

    BalasPadam
  4. w0w!!..congrats bai...
    smoge sukses slalu=)

    BalasPadam
  5. sekolah zainab! tau tau! hurmm nanti nak kena pindah kelantan lepas ni. mungkin akan singgah sini bila2, insyaAllah :)

    BalasPadam
  6. pergh!! tahniah joe..

    hebat la ko nie!

    BalasPadam
  7. congrats joe!Moga maju jaya sokmo!Amin..:)))

    BalasPadam
  8. hohoh tahniah bro.. tapi aku musykil.. ko bukak kedai makan ke ko bukak gym ni?

    BalasPadam
  9. jauhnya kedai!hehehe..anyway,congrats!maju setapak ke depan!

    BalasPadam
  10. dpn sekolah zainab dua?? :O Zainab 2 telipot umah Eby!! :D btw,congrats and all the best brother joe!

    BalasPadam
  11. jauh beb, kalau KL comfirm gua join

    BalasPadam
  12. pergh baru kerja brape bulan dah boleh bukak kedai? terbaik! tahniah joegrimjow! :)

    BalasPadam
  13. Kedai Joe adalah salah satu tempat yang aku nak lawat selepas rumah TGNA kalau aku ke Klate nanti....
    Nanti tu, tak tao bile....
    InsyaAllah.
    Joegrim terbaik.

    BalasPadam
  14. congratz......naik satu level lg la neh

    http://belogblur.blogspot.com/2011/02/nilai-letaknya-lelaki-dalam-hati.html

    BalasPadam
  15. wahhh bestnyer!!! wahh jauhnyer nak dtg..hihi

    Meh singgah: 3 Hati 2 Dunia 1 Cinta!!!!

    BalasPadam
  16. apa komen kau pasal entry terbaru aidid ni??
    http://aididmuaddib.blogspot.com/

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.