Selasa, 11 Januari 2011

Kenapa Blogger : Memburukkan nama orang di dalam blog mereka

Segmen kenapa blogger datang lagi! Kali ini segmen ke6 akan mengulas sedikit mengenai ‘kekuatan’ medium internet yang berplatformkan blog terhadap dunia. wah, bunyi macam menakutkan je. Ini berkaitan dengan isu seorang blogger yang mendedahkan dakwaan kepada Rais Yatim yang merogol amahnya yang membuatkan Rais Yatim tampil dengan menolak penafian dakwaan itu di dalam berita. Haa, agak2nya kalau kuasa blog itu tak kuat, masuk berita ke tak?

Ok, perlu difahamkan disini, makna memburukkan itu adalah menceritakan/mendedahkan hal sebenar/tidak benar di dalam blog. Bila dah ada positif dan negatif yang wujud, tak semua memburukkan nama orang di dalam blog ini adalah jahat, ada juga yang bertujuan baik.

Jadi, jom kita lihat, kenapa blogger memburukkan nama orang di dalam blog!



1) Pendedahan hal sebenar - tiada di media arus perdana



Biasanya ini berlaku di blog politik. Aku suka juga baca blog politik ni dan kebanyakan yang masih amatur suka sangat cerita benda buruk tentang seseorang tu. Tak kira pro kerajaan atau anti kerajaan, semua sama. Mereka ada bukti dan sebab tak boleh nak dedahkan di arus perdana sebab kekangan-kekangan lain, maka dedahkan sajalah di blog mereka. senang!



2) Butthurt dengan seseorang tu



Ada juga blogger yang siap buat entry khas kepada seseorang atau berkumpulan blogger lain sebabnya kecewa/frust/jiwa terganggu/jiwa meracau disebabkan oleh blogger atau kumpulan blogger itu. Benda ni dari dulu sampailah sekarang ada, ia tidak bermusim, sentiasa ada je. Kalau nak butthurt pun, janganlah bawak sampai ke blog. Kalau blog tak ramai baca takpe, ni yg ramai baca maka timbullah macam-macam fitnah. Biasanya blogger perempuan yang buat macam tu kan? lariiiiiiii!!!



3) Sukakan kesempurnaan



Erk, ada juga yang buruk-buruk nama orang ni sebab sukakan kesempurnaan. Aigo, kalau blogger jenis macam ni banyak kat dunia blog ni, alamatnya memang MERIAHlah dengan entry hot-hot. Sampai tak tahu nak baca yang mana!




4) Mahu naikkan traffic blog



Biasalah, bila ada isu panas ni, ramai je yang suka baca. Dalam bisnes dipanggil demand tinggi. Dalam blog dipanggil pembaca suka baca. heh! Sebab ramai yang suka baca, tak baca pun akan klik jugak tajuk entry tu, maka bersepahlah entry memburukkan orang lain di dalam blog yang bertujuan meraih traffic.


Mungkin traffic akan dapat, tapi kawan akan hilang =)



nota kaki : kelantan sangat sejuk!!! lama gila tak balik kelantan, last balik tahun lepas!!!

74 ulasan:

  1. semoga kelantan cepat pulih - off topic.

    BalasPadam
  2. eceh lama tak balik kunun..mmgla..sbb skrg masih awal januari:P lemauuu hehe

    tak paham dgn dunia blog =.='
    kenapa mesti nk burukkan org lain,jatuhkan org lain..kan lagi elok rapatkan ukhuwwah n tegur la secara berhikmah..

    BalasPadam
  3. point kat atas tu memang dah lama perasan. nce post joe! i suka segmen ni youuu. HAHHAHAHA

    btw, kat kelantan suda? sampai bila?

    BalasPadam
  4. ade aigoo disitu ;)

    tu la...teknologi tak salah

    manusia yg salah

    p/s-15 mac fb nak ditutup,btl kah?

    BalasPadam
  5. @eykameow

    dah suka kena selalu baca
    wahaa =)

    baru sampai pagi tadi

    BalasPadam
  6. @joegrimjow HAHAHA now kalau joe update laju2 eyka tekan. HAHAHAH

    BalasPadam
  7. point nak trafik tu aku rasa paling utama..

    BalasPadam
  8. betol betol betol.
    agree dgn sume point.
    keji mengkeji nih mmg kegemaran mereka2.

    eh eh napa tk tulis tajuk joegrimjow ade affair dgn ana raffali???
    nnti boleh up traffic.
    wakakaka *gurau je ek*

    BalasPadam
  9. haha,, suka gmbr last tu,,
    ade fair ye,, kahkahkah..

    BalasPadam
  10. aku turun kelantan aritu joe.tp blm hujan lg musimnya..

    BalasPadam
  11. ea. kenapa gambar ade watermark stockpoint.tak best ea.

    tapi entry ni best.

    BalasPadam
  12. sejuk dari kelantan sampai ke jb joe!

    BalasPadam
  13. Dalam dunia blog memang ramai orang jahat gak... busuk hati. so normal ler tulis buruk pasal orang lain.

    U sendiri? Pernah tak tulis?

    BalasPadam
  14. so true! setuju dgn pandangan kamu ;)

    BalasPadam
  15. biasalah tu..fanatik dan cepat melatah...fanatik kat duit nuffnang nak naikkan trafik, buat la cite panas burukkan org...cepat melatah bile tgk org lain lebih sket dr dia..tu yg pi buruk kan org

    BalasPadam
  16. jgn buat begitu, nnt tuhan byr cash kat kita plak. baru terkedu...

    BalasPadam
  17. Salam,
    Dah turun salji ke di Kelantan Joe? ish! ish! ish!

    Jom join;
    Kontes Cerita Paling Lawak sedunia

    BalasPadam
  18. samalah, last blk kelantan thn lepas..maaaaa...

    org yg suke burukkan org ni bajet dia tu bagus sgt kot..

    BalasPadam
  19. bab nak naikkan trafik tu mmg kompem la..

    p/s:suka part joe ada affair ngan ana rafali tu~hehehe

    BalasPadam
  20. tsk jauhkanlah kalau boleh.

    banyak dosa dapat kalu dengan entry2 camni. tiap2 komen yang sama naik mengutuk tu, agak2 kita ada saham sekali x?

    BalasPadam
  21. Ohoooo..penggunaan aigoo sy suka!

    BalasPadam
  22. Amboi. Butthurt kejap. Ni nak buat entri! Haha :P

    Entri terbaru Shag : Encik Azizulhakim, siapakah dia? Kenal?

    BalasPadam
  23. sbb utama nk naik kan traffic..bg niesz, tu kot tujuan utama dorg..

    BalasPadam
  24. rela tak dapat traffic dari hilang kawan..^^

    BalasPadam
  25. yeah, saya juga pengikut setia blog politik.
    suka baca..

    BalasPadam
  26. ana rafali ada skandal ngan joe ke?? perghh, kena tulis dlm blog ni

    BalasPadam
  27. ye..no.2 itu tepat dan sedang berlangsung di blog ku..huhu

    BalasPadam
  28. wa jeles joe lagi femes dr wa
    nak tulis dlm blog ar cenggini~

    BalasPadam
  29. hmm gerrard tak suka burukkan nama org lain..tak minat tulis entry cmtu =P bajet alim lak aku ni

    BalasPadam
  30. sebabnya masing masing nak tunjuk best

    BalasPadam
  31. aku suka point no 2, tu dan aku pernah terkena dulu

    BalasPadam
  32. Blog politik lagi haru. Kalau tak kuat semangat, jantung boleh slow.

    *Geleng kepala baca dialog no 4.lol

    BalasPadam
  33. either verbal or written or both, it is common to observe same traits. Message communicated is pretty much the same. Be it writing or talking negative about thing/ situation/ people.

    It's all about style, preference and communication :)

    BalasPadam
  34. @Makiko Saba

    well said

    http://namasayazaira.blogspot.com/2011/01/i-love-meet-uncle-hussain-whatever-it.html

    BalasPadam
  35. joe!! haha..damn excited plak jmpa kat sts yesterday..haha..teruknye aku..huhu..here ada ur pic..

    http://roxyzai.blogspot.com/2011/01/herbalife-sts-january-2011.html

    sorry laa about the excitement yg ntah pape..layan je la eh..haha;)

    BalasPadam
  36. kuasa blog sangat kuat!!!

    BalasPadam
  37. mengutuk itu best~ paling best kalu blh kutuk kerajaan, cikgu2, pegawai2, penguatkuasa...hahaha


    klate huje smace.. nk tubik rumah pon payoh~

    BalasPadam
  38. aku setuju bro.hahaha

    *klate baru jah serek uje,tepat kawe guno prahu baru ni.hahaha-offtopic

    BalasPadam
  39. tak seronoknya kalau hilang kawan
    http://arifikhwan.blogspot.com/2010/06/baik-pergaulan-dalam-persahabatan.html
    http://arifikhwan.blogspot.com/2010/08/adab-bersahabat.html

    BalasPadam
  40. hahha.. segmen penuh kontroversi kembali..

    komuniti blogger adalah komuniti saling membantu, bukan komuniti saling menghentam nak tunjuk hero..

    BalasPadam
  41. nawaitu masing2 ar...
    huhu
    http://bit.ly/fkEUv7

    BalasPadam
  42. last balik tahun lepas tu baru berapa hari?

    haip! haip!

    BalasPadam
  43. blogger laki pn same emo jgk kutuk,lagi-lagi kalo kutuk pompuan..kan?
    lagi-lagi kecoh psal isu tudung kaler2 ituuu..haaa sape tuuuuu
    larikkkk jugakk =P

    BalasPadam
  44. biase la tu teknologi ramai yg salah gunakan...

    kengkadang penyampaian blog lebih laju dr surat khabar

    BalasPadam
  45. kalo burukkan org,nnt kena kat sendiri balik..huhu..

    BalasPadam
  46. adatlah..hati manusia lain-lain..nak buat camner..

    kelantan sejuk sebab hujan..nasib baiklah gi cuti hari tu tak hujan dan ttak banjir

    BalasPadam
  47. betol la yg nbo 3 tu.artis la paleng kesian.sebab diorang jd tontonan umum kan.huu

    BalasPadam
  48. Tak elok buka aib orang..nanti kita akan terima balasannya..Tggu je

    Latest entri Pemilihan Messi & Mourinho Sebagai Terbaik Dunia Memang Tepat

    BalasPadam
  49. Setuju.. tp sy bukan antara yg joe senaraikan ni. fuh, nseb baik..
    hehe..

    gmbar terakhir tu tak boleh blah. klakar gila..
    :)

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.