Rabu, 5 Januari 2011

Happy bestday my soul sister

Sebelum apa-apa, sila klik play kat bawah. Lagu tu memang menyentuh jiwa la!



Family aku ni memang baik punya planning arwah ayah dan mak aku buat. Yang sulong laki dan sulong pompuan masing-masing beza setahun je umur. Faizal dan Fazni. Lepas tu 2 tahun selang, lahir pulak kedua laki dan kedua pompuan. Beza 2 orang ni pun setahun je. Fazmil dan Fazila. Lepas tu yang ke5 family muncul tanpa pasangan - motifnya arwah ayah aku nak anak bongsu buat belai-belai. Fadzli
Selang 5 tahun, lahirlah kakak aku dan aku. beza kakak aku yang atas ni dengan aku pun setahun jugak. Fazida dan nama aku yang paling panjang di abad ini. Heh, memang aku cukup unik dalam keluarga, bukan sahaja anak bongsu disayangi oleh semua, tapi nama pun nak panjang dari biasa. Orang lain 1 perkataan, aku ada 3! hooo, hebat. penutup kata mak bapak aku


Kakak

Jadi, sebab dah berpasang-pasang ni, memang hubungan dengan kakak yang tua setahun dari aku ni memang sangat rapatlah masa kecik. Aku kat Putrajaya sekarang ni, kalau tak mesti aku amek gambar dalam album kat dalam rak tu upload kat sini. gambar aku pakai gincu, aku di make up jadi pompuan. heh, jadi mangsa la. bongsu katakan. walaupun mangsa, aku ok =)

Aktiviti yang biasa aku buat dengan dia adalah tengok cite cartoon sambil minum susu. satu tabiat aku, suka korek pusat. tangan kanan pegang botol susu, tangan kiri korek pusat. Kakak aku tu lagi hodoh perangai dia, lepas isap botol dia isap jari.

'sedap ke isap jari'

'masin'

Boleh kan adik beradik bual macam tu? maafkan je lah sebab masih budak lagi



Aku lebih pandai matematik

Masa aku tadika dan dia pulak darjah 1, aku pun pelik kenapa aku boleh pandai lebih math. Masa tu soalan 23 + 31 je. Tapi soalan macam tu memang dah dikire sangat susah dah tu. kakak aku tu memang lemah bak mengira ni. Cuba korang teka, siapa yang buat kerja sekolah untuk dia? aku la! tapi buat dengan ada upah. satu soalan 10 kali garu di belakang. memang malam-malam aku sungguh syok, jawab 20 soalan pun dan sangat best digaru belakang 200 kali. uuuuhhh, sangat best!

'nak kopok tu..... tolong belikan boleh?'

'meh duit'


'nah amek duapluhsen ni. beli 5 ek. satu kopok spuluh sen je'

'mana cukup bagi duapluhsen je!'


'tambah la duit singgit. ada baki tu amek la simpan'

'baki dia bape eh?'


'tak payah kira, yang penting akan dapat banyakkkkkkkkk!'

'ye ke?? okkkk'


tengok, begitu mudah aku nak tipu kakak aku tu.


Zaman dah berubah

Mungkin sebab peredaran zaman, aku dengan dia dah sama-sama habis belajar dah. Dulu masa aku nak masuk UiTM, aku bangga sebab aku boleh grad sama dengan dia. Matrix setahun, actuarial sains 3 tahun. total 4 tahun dah dapat degree. Dia pulak diploma 3 tahun dan degree 2 tahun. 5 tahun dapat degree. haa, memang akan grad sama lah! Tapi nasib baik bagi dia, aku sambung ke oversea. jadi dia grad dululah dari aku

dia dah grad bulan 6 lepas kat UiTM, dapat 1st class. cessdel betol, aku yang amek engineering ni susah kot nak dapat 1st class. kan kan kan?


********


Tentu korang pelik apsal la aku bebel pasal kakak aku malam ni. Biasanya blog ni duk cite kutuk kerajaan je (kata abang aku) tak pun cerita duk gosok punggung kereta je (kata kakak sulong aku) tapi tiba-tiba bukak cerita family pulak kan? heh, aku baru tahu yang banyak jugak spupu spapat, mak cik mak cik aku yang baca blog ni. jadi, bloglah pasal family skali skala kan.

Eh, satu lagi, 5hb 1 2011 ni genap umur akak aku 24 tahun. kekeke. 24 tahun tu sangat tua kot. Doa-doalah dia dapat jodoh tahun ni, barulah aku boleh kawen. kang potong dia kawen kan, kena beli kain baju pulak tanda hormat langkah bendul. adat melayu eh. 


Peluk peluk peluk


Kepada cik Fazida, happy bestday dari adik kesayanganmuuuuu ini. sweet tak? hehehe


pss : berat dah naik. esok start diet!

37 ulasan:

  1. haha, cute gila cerita. upah garu tu tak boleh tahan.

    BalasPadam
  2. like !!!!
    happy besday to ur sister jugak!!!

    p/s : adik anis teror math , but he is unable to cheat me just like yours , becoz , im superb too..ahaha, perasan kan...
    ahaks

    BalasPadam
  3. adik yang baik dan sweet..huhu..upah garu belakang??? haha..

    BalasPadam
  4. Hihihi kelakar la zaman joe budak2 dlu...

    siap bleh tipu kakak lagi nowh...

    hehehe..

    apa2 pon epy befday to kak fazida...

    BalasPadam
  5. oi oi oi.sape kate 24 thn sgt tua.haish babap kang.gua 25thn muda lg jek.haha.

    BalasPadam
  6. owh rupanye saudari Dyna Yvonne sgt memahami..hihi..24 tuh is not really old ok! waduh..kalu 24 dah tua sgt..kalu 42 cmner la yer..hihi..gurau jer..huhu

    BalasPadam
  7. Sama umurku!!! 24!!!
    Kalau dah Joe kate tua kene kawen cepat, ku ikot jerr.. Lalala.. :p

    Tak lama je dah lagi nak 5hb.. Selamat ari lahir cik fazida.. Jom sesame cari calon.. Joe dah sound tu kawen cepat.. :p

    BalasPadam
  8. bez eh anak bongsu..
    ade kakak..
    ade abang..
    hurm..

    selamat hari lahir kakak joe..

    BalasPadam
  9. aaaaa.. kalo 24 dah cukup tua camna pulak yg 25 ni? doakan sumi jugak laa :P

    BalasPadam
  10. gelak bace pagi2 nih..heheh
    btw, hepy bigday to ur sis... :)

    BalasPadam
  11. gelak bace pagi2 nih..heheh
    btw, hepy bigday to ur sis... :)

    BalasPadam
  12. bro joe..hepi besday to ur sister bro..

    BalasPadam
  13. hahah....garu...syok habis...
    xleh bla betul upah..mintakla yg bes skit..hahaha

    BalasPadam
  14. Happy birthday cik kak..

    wooo... 24 tu TUA SANGAT ke..?

    wuuu... *larik jauh jauh*

    BalasPadam
  15. alahai sweetnya...pasangan adik beradik ni :)

    BalasPadam
  16. happee besday to ur sister~!!!

    ehh2,btollah ckp joe..anak bongsu mmg uniklah sbb jd penutup kata..hahaha..cz dlm adik beradik i pn,yg bongsu tba2 jek ade 3 suku kata nama dia..yg len2 suma ade 2 suku kata jek..wpn nma i bleh jek nk dijadikan 3 suku kata tp dlm surat beranak dh kena tulis rapat..kalo ade 3 suku kata,xdelah org terbelit2 lidah nk sebot nama i yg pjg tu.. ^___^

    BalasPadam
  17. kakak ko xkisah ke ko tulis mcm tu ttg dia..kata dia xpandai mat???cian tu...dah letak gmbr dia molek ko tulis gitu kat dia.

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.