Rabu, 22 Disember 2010

Kenapa Blogger : Boleh jadi begitu famous di dalam blog

Segmen ketiga kenapa blogger muncul!! Wahaa, banyak ya dapat feedback yang positif. Bagus-bagus, aku pun dah buat kat tepi ni entry lepas kot-kot korang miss kan. senang nak rujuk. Ok, kalau ada cadangan nak tanya apa-apa dalam segmen kenapa blogger ni, boleh email kepada aku di joegrimjow@gmail.com.

Ok, segmen kali ini akan membincangkan pasal Kenapa Blogger boleh jadi femes dalam blog. Beberapa ciri blogger femes perlu diperjelaskan indikator dia, kot-kot ada yang salah faham. ni femes pahaman aku je r
  • uv blog tak kurang 100k sebulan
  • memiliki pembaca yang ramai
  • dikenali blognya oleh kebanyakan orang. Contoh ‘pernah baca blog pulan pulan ni’ jawapan kebiasannya ‘pernah’ bukannya ‘siapa tu?’


Ok, jom kita tengok, kenapa blogger ni boleh menjadi femes


1-Sebab dia sememangnya dah glamer di luar sana


Maksud glamer ni adalah berpengaruh. Contohnya ahli politik ke, artis ke, atau tokoh-tokoh lain. Orang macam ni kalau buat blog pun, update 2-3 entry je seminggu, beribu jugak traffic. Sebab dia memang dah glamer! Kalau ahli politik buat blog, dah sah sah penduduk kampung/bandar dia akan baca ye tak? cuba lisa surihani buat blog, berblog pun letak gambar dia dengan baju je, type entry pun ‘yang ni lawa tak?’ ‘baju ni sesuai tak?’ ‘matching tak warna ni dengan i?’ aku rasa ada beribu komen dan sumbangan komennye tu adalah dari aku sendiri. kekeke!



2-Menimbulkan kontroversi BESAR



Ada juga blogger yang femes disebabkan kontroversi yang pernah ditimbulkan. Contoh sampai masuk penjara dan muncul dalam buletin utama sebab buat entry yang mengancam keselamatan negara. Tak pun cetus kontroversi disebabkan menghasilkan entry yang tak disenangi orang. ada jugak kontroversi mengenai pendedahan sampaikan tv dan surat khabar pun ambil dia punya blog. Blogger macam ni glamer tak lama lah, cuma masa dia buat kontroversi tu, maka glamer lah dia. masa tak buat, tak glamerlah dia.


3-Stick with one topic - menulis untuk diri sendiri


Yang ni ramai orang miss dan susah nak buat! Blogger yang femes disebabkan penulisan dia yang jujur dan kekal dengan satu topik sahaja. Blog aku ni memang out lah sebab memang blog ni takde topik khusus untuk dibincangkan, tapi cuba tengok blogger2 yang hebat lain, ada dieorang cerita campur aduk? hehe, tu sebab dieorang boleh femes walaupun hanyalah orang kebiasaan. CMG duk update pasal masakan je beribu raban jugak hits, kak jie duk cerita pasal anak2 dan suami pun beribu2 jugak, redmummy yg cerita pasal shopping dan keluarga dia pun boleh dapat rm 10 k dari blog. haa, apa lagi, tirulah mereka =)


4-Gunakan GAMBAR sebaik-baiknya



Kalau korang rasa diri lawa dan boleh buat market, tampal la muka korang banyak-banyak kat blog. konpem dalam masa yang singkat boleh jadi glamer. Tak pun kalau rasa diri tak berapa lawa, curi je gambar kat google dan kata tu gambar korang. hahaha. pastikan gambar dicuri tu korang crop-crop lah, jangan main copy link pastu terus upload pakai link gambar tu. nanti orang boleh detect dan boleh terkantoi! yang penting - kena pandai crop!

Kelahiran joana.blogspot.com

aku rasakan, kalau aku buat blog url macam kat atas tu dan guna gambar macam ni





agak-agaknya ramai tak yang datang nak ngorat. lol, bleh jadi igauan kepada lelaki tu!

erk, ada orang terasa ke? lariiiiii

62 ulasan:

  1. hehe..
    keunikan blogger tu sendiri
    ayat yg dia tulis
    senang, mudah, menarik
    cukup perisa
    tak perlu guna maggi cukup rasa!

    BalasPadam
  2. amboi gamba last cute2, lisa mmg femes la cute gitu ;)

    BalasPadam
  3. Konfirm ai bukan blogger femes...UV tak kurang 100K sebulan tu pun dah jelas nyata tak layak kekekek....

    BalasPadam
  4. Soalan panas : Kenapa blogger yang friendly di blog bila face to face sangat pemalu?? kah2..

    Pendapat aku,

    Menulis adalah suatu ikhtiar yang boleh kita gunakan sebagai luahan emosi. Blog merupakan medium masakini yang kian mendapat tempat di hati pelayar internet.

    [Blogger]Populariti bahan penulisan adalah faktor yang lebih penting daripada populariti dari segi penampilan. Walaupun kita tidak mengenali secara rapat tetapi melalui bahan penulisan yang diketengahkan secara tidak langsung boleh dijadikan pemangkin untuk kita bermesra di dunia maya.

    Pengkhususan dalam setiap penulisan itu sebenarnya amat membelenggu. Lebih baik memilih penjenamaan entri rojak bagi mengelakkan tekanan untuk kemaskini blog.

    Dunia blog adalah dunia tanpa sempadan tetapi masih dipantau. Awas dengan bebelan yang mungkin menyentuh sensitiviti serta boleh mewujudkan provokasi.

    BalasPadam
  5. Erk. Terasa aku ni bro. Terasa sebab aku lelaki takleh letak gambar perempuan seksi jadi gravatar aku. Nanti telinga kena piat dengan isteri.. lol

    Terbaru > Bruno Mars adalah kawan aku. > Bila Aku Keseorangan [Horror] > Bila Sejuk dan?

    BalasPadam
  6. wah.. entry bagus.. suke part gambar di crop sebaik mungkin..
    ALL IN ONE

    BalasPadam
  7. nasihat yg bagus.. agak-agak kalau masuk perjara, blog http://fariscj.blogspot.com/ boleh famous x? hihihihi. like2

    BalasPadam
  8. bgus entri ni, eh ade k yg crop gmbar org lain?

    eh..akak Lisa ade kak sini ;D

    BalasPadam
  9. konfem ramai dtg ngorat...hahah..

    BalasPadam
  10. hi ni blog femes ke?
    sy dtg nk kenal2;p

    BalasPadam
  11. hoho..
    yg dah sedie femes untung lah..

    sy ni konpem2 dah tak haha

    BalasPadam
  12. :) nice entry..
    suka point no 3.. stick with one topic.. menulis untuk diri sendiri.. selain daripada memberi manfaat kepada orang yang membaca..

    BalasPadam
  13. blog ni meluas... sebab tu org bebas utk bercerita n meluahkan ape saje.. satu lagi yg ko tak list kat situ, sal diet.. org perempuan suka juga tulis sal diet dan diet.. bukan setakat updet sal makan je tau.. diet pasti ade!! haha.. silalah ke blog cik areja.. :)

    BalasPadam
  14. erkkk.
    sapo punye gamba hencik joe pi tibai tu?

    BalasPadam
  15. haha blog gue, gue suka tulis apa yg gue tahu psl gue je. sebab dpt puas kan hati sendiri...huuhu (dalam hati cuma nk org terdekat je yg stalk blog gue.....)

    *eh aku ckp bahasa apa ni?!

    BalasPadam
  16. ohh..bila nak hebat camtu yea..
    huhu~

    ye, tahu.
    sebab tak cukup komited.
    tu punca takleh nak jadi cam dorang.

    BalasPadam
  17. Joe...kak jie pun ada masalah juga joe....bahasa kias2 kak jie sering org tak faham..rasa mcm frust apa yg nak disampaikan tu tak sampai pada sasaran...

    cess....komen mcm ahli politik pula

    BalasPadam
  18. Bila nak cerita tentang diri sendiri cam orang2 lain tapi rasa cam syok sendiri...

    BalasPadam
  19. hahaha! nak amik & crop gambar aishwarya rai la pasni..ekeke :P

    BalasPadam
  20. Nice.. every blogger have their own identity.. i think just be ur self je. if penulisan bagus, tajuk cite ok, ada je org baca kan..^_^

    BalasPadam
  21. ala! kenapa encik joe letak gambar saya kat situ??? hahaha. =P

    Muka tak cun, so blog saya dkurangkan gambar seboleh mungkin. =D

    BalasPadam
  22. Kuang kuang kuang.. Yang last? Sentapsssss!! :p

    Ku tak pemes.. Under the ground jek.. Lagi bawah dari ground.. Hoho..

    BalasPadam
  23. hati mau baik..jari mau ikhlas... kalau dah sedia glamer tu rezki.. kalau nak carik glemer.. usaha la sendiri...

    -papairfan-

    BalasPadam
  24. Salam,

    1st time drop komen di sini..

    kalau mengikut entry ini, maka sy rasa sy takkan dpt jadi femes..

    1- sebab memang tak glamer, bukan ahli politik, bukan artis, dan juga seorang tokoh :)

    2-stkt ini belum pernah bt kontroversi besar, jadi mcm xkan dpt peluang nak masuk TV.

    3- topik cacamerba dengan kategori yang pelbagai

    4- diri bese-bese sederhana simple,

    jadi mgkn takde hrpn la nak femes..haha :D

    BalasPadam
  25. nice entryla.
    i will stick pada blog yag bersahaja. bukan guna ayat bunga2 or skema sangat2.
    akan bosan kalau tak pandai guna perenggan..arghh tension baca panjang2 mcm karangan BM pulak masa SPM.
    i will follow u...eh glamer eh?

    BalasPadam
  26. erkk...hehehe...siapa tah mat gebu tu..nyibuk jeee...

    BalasPadam
  27. aku tak kenal senarai blogger yg ko letak kat entri ko neh. hehehehe.. *tipu

    BalasPadam
  28. adoi2
    nk tampak muke ayam je r pasni
    konpem rmai hits sebb ayam tu menyelerekannnnnn.slurpp
    hehe

    BalasPadam
  29. selalunye faktor x yg buat org laen suka n ikot blog tu..contohnya kalau blog dia just cerita psl personal life dia tapi life dia mmg menarik..maka org tertarik..begitu..

    hee

    BalasPadam
  30. hehehe...suka point num 3...sangat mengujakan jika boleh jadi seperti mereka..bukan sebarang orang boleh jadi begitu...

    ..pssss : yang penting blogger itu mesti peramah...gaya penulisan mesti unik...kalau semua nak buat entry peribadi... muak dah orang baca.. tak gitu?

    ...keramahan adalah satu kelebihan ! (^_^)

    BalasPadam
  31. kalau blog nurul..mmg jauh pnggang la dari api entry pon ntah pape..
    tp klu blog joe..xdinafikan..mmg best dn dikenali..

    bg nurul yg penting..bukan sekadar ckp saje2 je..-ikhlas membaca blog org..ikhlas menulis..lame2..femes jelah..
    klu jenis yg gune skill pakse org dtg blog die..or skil mcm' folow me plz..i will follow back'..konfum..blog tu xkn femes sbb elemen pkse ade di situ kn?

    betul x joe?

    hehee

    suke statement ni..

    pastikan gambar dicuri tu korang crop-crop lah, jangan main copy link pastu terus upload pakai link gambar tu. nanti orang boleh detect dan boleh terkantoi! yang penting - kena pandai crop!..

    ade tu joe yg terasa..konfum!:P

    BalasPadam
  32. bila la nak tercapai stat mcm tu. huhu

    BalasPadam
  33. Menulis kena jujur, BRO. Walau apa pun isu dan topiknya...

    BalasPadam
  34. pastu kn rajin update.
    tp sy xrajen sbb sy penat balik keje. huu~

    BalasPadam
  35. kalau menulis dgn ikhlas, balasan yang baik akan dtg.

    BalasPadam
  36. mmg susa nak stick dengan 1 topik kan. hehe. kalau jadikan blog rojak saya taw la. hihi.

    BalasPadam
  37. malu nak tampal gambar sendiri kat blog kerap - kerap >.<

    BalasPadam
  38. sudah kumen boleh lahh berkata,
    sudah berkata jangan la mengata d:

    great entry :D

    BalasPadam
  39. idea bernas...

    sumer yg dikatakan tu ada benarnya. especially part jujur dan kekal pada 1 topik. kalau kita ada 2-2 sifat tu, x pyh market blog pon rasanya ramai je yg dtg bertempek tiap2 hari :)

    Entry terkini:
    Kemalangan? Apa nak buat ni???
    Kehidupan seorang callman siri I

    BalasPadam
  40. Aurat tu kena jaga bro, jgn letak gambar sembarangan. Beribu org tgk, beribu dosa kita dapat. Sekadar teguran

    BalasPadam
  41. no 1 tu betul.
    cuba kalau aku tulis "hari ni nak g shopping"
    tunggu setahun pun blm tentu dapat 100 komen. hehe

    BalasPadam
  42. blog tak semak, ayat mudah org paham, selalu update, letak gambo cantek2 pon orang suka baca...

    BalasPadam
  43. salam joe..satu pun senarai kt atas takde kaitan dgn blog kty .hehehhehe

    BalasPadam
  44. macam kenal je bahagian bawah bawah tu. hahahahaha

    BalasPadam
  45. mesti terkenal bro...confirm makin bertambah follower punyer

    BalasPadam
  46. @butterflyana

    sy sokong yg nih

    contoh mcm blog irine nadia marcello
    dan blog mizlullaby :)

    wahhh best sngt life dowang :)

    BalasPadam
  47. haha. dah wujud ke joana.blogspot.com tu? klu wujud, yg tak tau mesti tersangkut2 kat url tu. mcm kat fb pn ada jgk yg menyamar. hahha. macam2.

    BalasPadam
  48. get paid to put ads on car shahida mini songs body gm auto parts arkansas doctor car bomb bmw m3 2007 review

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.