Rabu, 20 Oktober 2010

Live Update : Kelantan lawan Kedah




Perlawanan pertama separuh akhir antara Kedah lawan Kelantan malam ini ada siaran langsung di TV1. Sekarang aku ada di Seremban, sedang menonton di TV. Sambil-sambil tu bolehlah buat live update. Ok, nantikan pertandingan menarik ini di blog joegrimjow!


*****

Keputusan akhir pusingan pertama separuh akhir piala malaysia 2010

Kedah 0 - 0 Kelantan 0
Negeri Sembilan 0 - 1 Johor FC


90.00 :
Sudah habis. o-0. ishh!


86.00 :
Masih lagi terikat o-0. Perlawanan antara Johor FC dengan negeri Sembilan sudah habis dengan Johor FC menang 1-0.


73.00 :

Cubaan yang sangat menarik oleh pasukan kedah tapi diselamatkan oleh penjaga gol kelantan. defend mana defend???


70.00
Satu percubaan yang sangat menarik, peluang keemasan dari pasukan Kelantan. Tapi tidak bernasib baik, masih lagi 0-0. Perlawanan semakin menarik!


64.00 :
Satu tandukan yang tidak tepat oleh indera. Banyak peluang Kelantan nampaknya di separuh masa kedua ni. asak-asak!


55.00 :
Sepakan sudut yang hampir menerjah jarig gol kedah. Free header tapi sayang tersasar. fuhh, sayang betul!


46.00 :
Pusingan separuh masa sudah bermula!


Keputusan separuh masa pertama
Kedah 0 - 0 Kelantan
Johor FC 0 - 0 Negeri Sembilan



45.00 :
Tamat separuh masa pertama. masih lagi terikat dengan 0-0. harap ada gol di separuh masa kedua


30.00 :
Perlawanan semakin menarik, kedua-dua pasukan cuba membuat serangan bertalu-talu. macam nilah baru perlawanan bola!


25.00 :
Kelantan mendapat sepakan sudut pertama tapi disia-siakan begitu sahaja.


21.00 :
Satu percubaan menarik oleh pasukan kelantan tai berjaya diselamatkan oleh pertahanan kedah!


17.00 :
Kedah mendapat sepakan sudut pertama. nasib baik dapat diselamatkan! Kedah masih mengawal perlawanan


13.00 :
S subramaniam yang baru masuk tadi pulak tercedera. habis semua defend kelantan takde. macam mana ni??


11.00 :
Kedah melakukan pertukaran disebabkan ada berlaku kekejangan di kaki. kecederaan sungguh banyak malam ni! Perlawanan nampaknya dikuasai oleh Kedah!


7.00 :
Berlaku perlanggaran secara tidak sengaja oleh pemain tengah kelantan dan pemain pertahanan kedah. kuat betul kecederaan malam ni!


2.00 :
Ada kecederaan serius yang dialami oleh pasukan pertahanan kelantan. fuhh, bahaya ni! dah kurang seorang defend yang berpengalaman oleh pasukan Kelantan.

00.00 :
Sepak mula oleh pasukan kelantan. Kelantan berbaju putih dan kedah berbaju kuning. ok, nak tengok dulu

19 ulasan:

  1. glory2 red warriors ! xmo gaduh2 taw ;)

    BalasPadam
  2. ayuh kedah,.pulun habis-habisan,.hehe

    BalasPadam
  3. update later ok!
    sokong kelantan sebab mak ayah orang kelantan.
    haha!

    BalasPadam
  4. Kg. Pasir Dua Butir vs Kg. Pasir Berdengung xde update ke malam ni?

    BalasPadam
  5. hahahaha! siap ayat2 haaa :)
    terbaik joe~

    BalasPadam
  6. Cool :)
    Last2 Kedah 0 - 0 Kelantan 0

    Adehhh

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.