Jumaat, 22 Oktober 2010

i-City bersama Lisa Surihani

Sekarang berada di airport. Kejap lagi akan pulang ke kampung halaman, kelantan tanah tumpah darahku. Aceceeh. Flight awal pagi ni paling murah, jadi ambil yang ni je lah. Nasib badan, nanti dah ada duit banyak-banyak, barulah boleh pilih penerbangan sesuka hati. Tak banyak ni, kenalah pandai-pandai berjimat cermat


Semalam Hari Blogger!


Ramai betul aku jumpa dengan blogger semalam. Mula-mula jumpa dengan seorang blogger yang comel di The Mines. Eh, dia datang berdua ok, jangan timbul fair and lovely disini. Blog dia memang best untuk dibaca, jiwa perempuan gitu. Yang aku kagum dengan dia ni, walaupun muka dia comel lote orang kelantan kata, tapi takde pulak reveal muka dia kat blog dia tu. Huh, low profail kot. Bertuah cik boyfriend dapat dia. Jumpa sebab dah lama berkenalan di dunia blog, jadi jumpalah didunia realiti pulak. Minum-minum dengan disponsor penuh oleh herbalife. aceceeeh. Siapa dia? dia tak bagi aku tulis url dia kat entry, katanya BAHAYA. entah apa yang bahaya pun tak tahu. tapi bagi hint, url blog dia start denga huruf ‘S” =)


Dari Myspace, Friendster, Blog hinggalah Facebook


Selepas lepak di The Mines, aku bergerak ke Shah Alam untuk jumpa seorang gadis ni. Cet, gadis lagi. Yang ni specel skit sebab seingat aku, dulu masa zaman myspace friendster, memang agak rapat. Rapat di dunia maya jelah. Ada 2 orang yang selalu sangat bertegur ‘comment your picture, hit be back’ ada juga ‘ada gambar baru, komen tawwwww’ dan pelbagai ayat gedik lagi. heh, aku pernah mengalami benda gedik-gedik ini ok. Jadi memang agak teruja boleh jumpa. Dah 5 tahun kot kenal kat dunia maya, hari ni baru boleh jumpa. Tapi jumpa dengan seorang je, sorang lagi sejak ada encik bf ni dah segan nak sakat-sakat. kang tak pasal-pasal jadi lain! Cik Min ditemani kawan dia dan kami sembang-sembang kosong di wet land shah alam. Respek jugak sebab sebelum call nak jumpa tu, dia kat library.... main facebook! haha!


Masa cakap beramah mesra dengan Cik Min dan kawannya, aku sempat msg encik khairil (khairilafzal.com) untuk jumpa-jumpa. Dengan pantasnya encik khairil membalas dan tak lama lepas tu dia sampai di Wet Land. Sebab dah maghrib, Cik Min mahu pulang ke rumah sebab nak baca yasin. wahhh, memang kagum lagi sekali =) Aku dan khairil pulak bergerak ke masjid Shah Alam untuk solat disana.


Akak Kelate


Tujuan utama ke Shah Alam untuk jumpa dengan kak ayu. Ada ‘urusan’ yang perlu disatelkan dan dia pun ada janji untuk masak sedap-sedap bila dah jumpa. Sebab dia ajak ramai jugak blogger, jadi aku ajak sekali encik khairil untuk follow sama. kebetulan encik atok pun free, maka bergeraklah 3 jejaka ke rumah kak ayu untuk makan-makan. Terima kasih pada kak ayu dan suami kerana menyediakan makanan top class gitu kepada kami. Fuhh, sedap!


I-City bersama lisa surihani


Sebab malam masih muda, aku, encik khairil dan juga atuk ke I-City. Secara jujurnya, aku tak pernah lagi ke i-City. hehe, memang sangat jakun gitu. Mula-mula memang taknak pergi, tapi sebab fikir inilah peluangnya untuk pergi, jadi gagahkan juga diri untuk kesana. Sampai disana, maka kami bertiga pun mulalan menjelajah... jelajah cari Lisa Surihani!


Best jugak di i-City ni, sebabnya banyak sungguh lampu. lip lap lip lap. memang sangat lawa di kala malam. Orang pun malam tu tak ramai sangat, sempat jugaklah ambil gambar beberapa keping. Kebetulan ternampak Lisa Surihani versi orang cina yang sedikit sexy dengan kawannya atau adiknya, aku suruh dia ambil gambar kami bertiga. haha. kejam gila kot. Tapi takpe, dia senyum je masa ambil gambar kiteorang, maknanya dia sukalah tu. u jangan marah ek lisa. auuwww


gambar yang lisa versi cina tangkap


Balik ke Putrajaya

Lebih kurang pukul 12.30, sampailah aku ke putrajaya. Sebelum tu hantar encik atuk dengan encik khairil pulang, sesat sedikit di Shah Alam sampai kena bayar tol RM1.20 tak pasal-pasal! Tapi semua selamat. Balik rumah, terus tidur, penat seehhhh!!


jap....

jap....

jap....


aku tulis diari kat blog????


gyahahaha. layan je lah =)


List Url Blogger

jangan lupa berkenalan dengan mereka

29 ulasan:

  1. 1st abg joe..
    Hehe..
    Wah, skrg mmg kisah lisa surihani femes d blog..
    X kira laki pompuan smua dok cta lisa surihani..
    Hehe..

    BalasPadam
  2. i-city.
    dari jauh nampak cantik.
    dari dekat macam biasa je.
    tapi cantik la jugak :)

    BalasPadam
  3. joe.. muka kamu cam da tua plak.. hehehe

    BalasPadam
  4. perghhh.. khairil jumpa pro-blogger!

    BalasPadam
  5. dah sampai joe kat icity..kty lom lagi sampai..

    BalasPadam
  6. wow , mini gathering tergempar tue...

    hahaha..

    BalasPadam
  7. wahh jalan jalan meet up blogger... hehehehe

    sya pun tak sampai i - city lagik.. huhuhuhuhu

    BalasPadam
  8. @Dhaani Ahmad

    cantik2
    tapi pergi semalam xbanyak yg bukak lampu

    BalasPadam
  9. hahaha.
    seronok pergi icity??
    terkejut x, tengok tiket parking dia?
    time awal tahun lagi best. masuk FREE je.. skang dah kena bayar 5 ringgit kan. hmm.
    awal tahun dulu, nik hampir hari2 jugak lah perg icity tu. teruja la katan. hahah

    BalasPadam
  10. pernah lalu jer...belum tertarik utk singgah lagi I city tu..tp betul ke pokok2 digondolkan daunnye utk letak lampu2....sian pokok...

    BalasPadam
  11. wahh,sempat blogging lagi sebelum balik..hehe, apa-apa pun terima kasih jugak kat kak ayu sebab sudi layan kami :)

    BalasPadam
  12. weh!


    gua baru habis baca semua entri lu!!!!















    ok tipu

    BalasPadam
  13. muka kamu nampak berisi sikit.
    so, kena jaga2.

    BalasPadam
  14. semalam ade misi yg x tercapai hehe

    BalasPadam
  15. ooooo... mintak dirik awai2 ini koje korang yea? ooooo... krel, atok.... korg 'stadi' kt sini eks? nasib baek akak neh bukan cikgu korang... kalo takkkkk.... astaghafirullohalazimmm!!! tp, mmg akak teruja aih jmpa korg sme, smpe ckp pon koma ajer, x smpt nk noktah....ehehehhehe... hah! korg blogger2 semer len kali kalo joe ajak g memaner sila ikut yea? rejeki weh rejeki...kinyang pewut.....hohohohoho

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.