Khamis, 9 September 2010

Pakai jeans nampak spender!

nota awal : cuba tengok label untuk entry kemalangan jalan raya ni, dont take too serious =)


Hari terakhir Ramadhan, Baby bersama dengan kedua ibu-bapanya membuat keputusan untuk berbuka puasa di rumahnya. Sebelum ini kesemua mereka sibuk dengan hal masing-masing dan hari terakhir Ramadhan ini mereka akan buka puasa bersama-sama. Antara juadah yang terhidang adalah ayam percik, kerabu sotong, ikan keli goreng dan sayur campur. Memang makanan yang terhidang itu cukup mengiurkan!


Setelah azan berkumandang di radio, mereka pun terus makan. 30 saat selepas itu, azan di kampung pula berkumandang. Mereka berpandangan sesama mereka


Baby : Alamak ayah, baru azan!
Ayah : takpelah, kita ikut yang radio
Ibu : Haah, follow yang radio je lah


Baby : tak boleh, baby belajar kat sekolah, kena ikut tempat kita, bukan tempat orang
Ayah : ala baby, radio ni pun tempat kita jugak. makan je
Ibu : makan je, jangan syak syak


Baby : ayah dengan ibu tak sensitif! ini perkara penting. SOAL AGAMA KITA! Mana boleh. batallah puasa kita semua!
Ayah : baby...
Ibu : baby dengar kata ayah tu. sah nya. radio kan dah azan. ok lah tu


Baby : radio lain. mana boleh ikut
Ayah : mungkin bilal tu pun dengar radio, sebab tu lewat skit. dia pun nak minum air berbuka dulu
Ibu : haa, ye jugak tu


Baby : takde takde. baby akan ganti puasa nanti. ayah dengan ibu pun sama. puasa kita telah batal!
Ayah : urmm...
Ibu : huurrrm...



Setelah bertelagah pendapat, akhirnya mereka meneruskan berbuka puasa mereka dalam keadaan berbelah bagi. Sama ada nak ikut radio atau nak ikut azan di kampung. Selepas berbuka, baby minta izin untuk keluar membeli barang terakhir untuk raya esok


gambar diedit dari sini


Kita selalu bahaskan soal yang remeh
Perkara penting kita pandang sebelah mata

Raya esok banyak benda yang 'remeh' boleh kita raikan mana yang patut didahulukan
Perkara penting seperti solat Jumaat dan penjagaan aurat jangan sesekali dilupakan!



pss : selamat menjalani ibadah puasa di minit-minit terakhir Ramadhan.

33 ulasan:

  1. ramai yang akan kekenyangan sebelom solat jumaat bsok joe~hahaha..
    silap2..xsme byk macam solat raye pagi tuh kan?

    BalasPadam
  2. Memang tak dapat dibendung. Orang kita lebih excited dengan Syawal berbanding Ramadhan. Pasal pakaian ni toksah dok cakaplah. Ada sorang hamba Allah ni sedang membaca al-Quran tetapi jambul tersembul keluar. Wanitalah!

    BalasPadam
  3. aah.. esok nak beraya kat masjid wilayah. insyaAllah.

    BalasPadam
  4. ramai muslim salah guna syarat "yakin". cotoh yakin masuk waktu..utk sembahyang

    mslhnya sumber ntah dari mana..main yakin je..mana buleh

    BalasPadam
  5. Suatu peringatan yang harus amik iktibar tue... bagus2x...

    BalasPadam
  6. Masyarakat kita sememangnya sering terlepas pandang....

    BalasPadam
  7. buruk benar tgok pakaian tu, nampak spender.

    BalasPadam
  8. rasa cam dah banyak raya jatuh pada hari jumaat.. ke perasaan bro je tue

    now bro pkai suar dah leh nampk spender dah.. xsangka bro kurus sampai seluar pun dah londeh

    Regard,
    BroFramestone Blog
    @ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

    BalasPadam
  9. Antara sunat ngan wajib je kan joe,tu pun dah rasa susah pdhal Allah bagi rukhsah banyak dah.

    BalasPadam
  10. @MuNsYi SaMa
    kadang2 dieorg bahas sunat panjang sangat dan wajib tak buat terus
    emmm

    BalasPadam
  11. g-string ok..hahahahha

    well,saya tengah plan nak pakai tudung,kalau blh mau btl2 tutup segala...bukan pakai tudung tapi nampak shape badan...kan... insyaallah....doa2 kan lah joe

    BalasPadam
  12. ada sedikit typo kat atas.. "azam", patutnya azan, kan?

    BalasPadam
  13. uih...tudung elok dh...bwh slek..macam2...selamat hari raya JOE :)

    BalasPadam
  14. huhu betol3 kite selalu kecoh benda kcik, pdhal yg wajib x ikut pun. huhu

    BalasPadam
  15. tudung nampak spender..
    tudung tapi pakai legging..
    teruk punya perempuan..
    campur aduk tutup aurat dan maksiat..

    -cikguaziz-

    BalasPadam
  16. Selamat Hari Raya Joe...

    Situasi macam ni kita leh tengok luas. biasanya besok ni pakaian sopan lagi. baju kurung, baju kebaya, semua sopan masuk raya kedua. sama-sama la kita tengok.. hehehe

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.