Selasa, 14 September 2010

Kelantan dapat Sultan yang baru!

Tengahari tadi berlaku pemashuran Sultan Kelantan yang baru oleh Menteri Besar Kelantan. Penat beraya membuatkan aku tak sempat nak pergi (ceh, macam dijemput je) Tengku Muhammad Faris Petra yang merupakan pemangku Sultan Kelantan sebelum ini dimashurkan menjadi Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini.


Krisis Istana Kelantan


Memang sejak pertengahan tahun lepas lagi dah berlaku pelbagai krisis istana sampai masa aku kat UK nak call mak pun sempat cakap pasal soal istana ni. Ni menunjukkan kami prihatin dengan Sultan. aceceh. Bagi rakyat Kelantan, aku sangat bersetuju supaya pemashuran ini dipercepatkan agar memudahkan kerja pihak istana sendiri. Sultan kelantan sebelum ini gering dan masih lagi dirawat.


Pernah jumpa dengan Tengku Muhammad Faris Petra semasa majlis khatam quran ke apa, dan baginda memang seorang raja yang berjiwa rakyat. tak lokek dengan senyuman dan tak lekang dengan kata-kata terima kasih terima kasih. Masa salam dengan Baginda dulu, memang tangan sejuk dan ada aura seorang Sultan gitu. aceceeh


Nak bukti Baginda sangat berjiwa rakyat. Pakai jubah standard je!



klik sini untuk video


Sebenarnya permashuran baginda ni berdasarkan undang2 yang baru digubal julai lalu. Sebelum ini untuk menjadi pemerintah negeri kelantan hanya boleh bila

  1. sultan mangkat
  2. menghilangkan diri dari Kelantan tanpa alasan kukuh lebih daripada setahun
  3. Sultan turun dari takhta.


Dan kalau dilihat pemashuran ini sebenranya tiada pun kan memenuhi salah satu syarat di atas. Sebab itu perlembagaan dah digubal dan pemashuran ini sah. Sebagai rakyat kelantan sekali lagi, semoga baginda dapat membawa kelantan menuju negara Islam yang sebenarnya


Daulat Tuanku!

22 ulasan:

  1. yeyeay dapat sultan baru..hee~~
    sem0ga negeri Kelantan lebih cemerlang gemilang, terbilang n aman s0km02..

    BalasPadam
  2. daulat tuanku.
    hoyeeh. dapat sultan baru

    BalasPadam
  3. alhamdulillah.it's his, Tg Anis have no right to change it

    BalasPadam
  4. ambo meme suko lah Tengku Faris naik.Daulat Tuanku
    huhu
    n yep I really hope our kelantan will be much better after this..

    BalasPadam
  5. tak silap aku nama sultan tue tengku muhammad faris petra kan ? hehe ;)

    BalasPadam
  6. daulat tuanku.. hope lepas ni klate makin aman sokmo2..(sebelum ni pun aman..cuma dengan sultan baru ni lagiiii aman.hehe)

    BalasPadam
  7. satu2nya negeri yg cuti 2 hari utk birthday Sultan adalah negeri Kelantan...moga aman damai selalu.

    BalasPadam
  8. aku suka tengku faris sbb dia warak
    sekarang nie tuanku masih single selepas bercerai ngan isteri
    ish,ada can ni

    BalasPadam
  9. da dapat sultan..tahniah kelantan...

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.