Jumaat, 20 Ogos 2010

Susah sangat nak percaya

Salam,

rutin harian pagi adalah baca Malaysiakini. Tapi hari ini entah kenapa tak boleh nak masuk. Penting baca paper ni bukan apa, nak jadi orang yang selalu tahu isu semasa. kalau compare dengan paper lain, malaysiakini ni tak berat mana-mana sangat. tu yang best tu. Entah kenapa aku takleh masuk paper ni pun aku tak tahu, korang boleh?


jadi, tadi duduk-duduk tunggu pukul 9, aku jumpa satu video yang menarik. animation video terbaik punya.




Formula hidup


Kekadang aku fikir, kenapa masa kecik kita lagi mudah nak berjaya dari sekarang ni yang dah besar sampai dah nak kawen dah pun. Dulu aku ingat masa UPSR, cikgu duk bising-bising, kita kena kumpul seramai yang boleh untuk dapat 5a UPSR. Setiap yang dapat 5a, akan diberi sebuah basikal seorang. haaa, semua duk study hard lah konon walaupun tak tahu betul ke tidak study tu, tapi semua duk pulun habis-habisan sebab nak dapat basikal. 5a, dapat basikal. bukannya tahu nilai 5a tu, tapi nilai basikal tahulah. boleh 'gendong' gewe pergi pasar malam. kehkehkeh



Video atas tu, dia imagine masa kecik, nak jadi superman kita pakai selimut dan kita jadilah superman

Video atas tu, dia imagine nak jadi ahli sihir, naik atas penyapu dan jadilah kita ahli sihir di dunia kita

Video atas tu, dia imagine nak panjat pokok sebab nak tengok pemandangan dari atas, tak kire patah kaki kalau jatuh sampai jugak atas pokok dan dapat jugak lihat pemandangan yang kita nak tengok


Senangkan main imagine-imagine ni. layan je, imagine je, terus dapat. hek hek. bestlah dunia macam tu. Tapi benda ni tak mustahil, aku ingat lagi masa UPSR tu, aku duk imagine imagine boleh bawak nining, gadis cina yang satu-satunya kat skolah pakai skirt, kire hotlah bagi budak darjah 6 naik basikal aku sebab dapat 5a. sebab imagine tu, tup tup dapat 5a. ekeke. pk lucu pulak tapi sebab nining pon dapat 5a, tak jadilah nak gendong dia naik basikal sama-sama.




Bila dah besar, jadi berubah. klik jelah video atas kalau belum tengok sampai habis dulu, baru best nak story.


dah jadi besar ni, mula berfikir LOGIK. banyak sangat fikir sampai tak buat pun benda tu. takyah bagi contoh orang, aku je. dulu masa aku tengok cerita slamdunk, kire-kire masa form 4 ke form 5 tu, tengok hanamichi sakuragi yang berkepala merah main dengan hebat, mulalah fikir nak jadi basketballer yang hebat macam dia. lepas tu fikir logik, ish, boleh ke aku ni, dia tinggi, aku takde setinggi dia, dia cartoon, aku manusia normal, dia ni dia tu sampaikan dia ada haruko aku takde awek pun boleh fikir. heh, sebab tu masa HKSBP, permainan jadi tak menonjol, last-last kalah diperingkat kumpulan lagi. Masuk matrx, aku tak main dan masuk u pon aku dah tak main.


sebab kurang percaya pada diri sendiri
aigooo.....


******


pak belalang dengan mak belalang di dalam bilik, pukul 9 pagi. suasana sepi dirumah sebab pasangan kembar mereka tengah khusyuk tidur lagi. halimah ke sekolah pulak. tinggallah pak belalang dan mak belalang di kamar mereka


belly : saya belajar sesuatu hari ini!
bella : apa dia? bunyi macam semangat je ni


belly : creativity start from belief
bella : hek eleh. tu benda lama tu. apa yang ayang nak belief nye?


belly : saya belief, kita akan punyai 12 orang anak!
bella : *telan air liur


belly : saya yakin, sungguh yakin! sekarang ada 5, kita tambah 7 lagi!
bella : dah tu, nak buat creativity apa pulak?


belly : hehehehe (sambil memandang ke bawah ke atas)
bella : jangan duk mengarut, pukul 9 pagi abang oi, bukan 9 malam. batal puasa siap kena puasa 2 bulan berturut-turut, sanggup ke?


belly : erk, tak ingat sekarang bulan puasa!


pss : jumaat di bulan Ramadhan. fuhh, hebat tu!

30 ulasan:

  1. hak hak hak belly belly...

    dulu ku imagine nak jadi CSI, sebab terpengaruh cite CSI tu le. tapi bila dipikirkan balik...

    ...jumpa mayat, jumpa benda pelik

    tak sanggup!!

    BalasPadam
  2. aduhai.
    lupa ingatan;ah nak jadi apa masa kecik2 dulu. :))

    Apaapun yg kita mahu jadi walau tidak sama bola besar, harapnya masih jadi org yg berguna kepada agama bangsa dan negara

    BalasPadam
  3. masa kecik2 nak jadi doktor.. skrg tgk darah sndri pun dah pening inikan pulak nk tengok darah org lain? :P

    BalasPadam
  4. kecik2 nak jadi polis, besar2 ni...lain plak jadinya..:D

    xpe..merasa jadi anak polis pn ok..:D

    BalasPadam
  5. syok..imagination can make something possible..teringat time kecik2 nak jadi tu nak jadi nie..bila dah beso semuanya kena logic..

    nice entry bro :)

    BalasPadam
  6. @sI tEDI

    jadi apa2 pun yang penting jangan lupa diri

    BalasPadam
  7. @epol

    letak logik in the 1st place buatkan banyak benda tak jadi

    BalasPadam
  8. bro pun xtahan kalau cam tue he...23x

    nk tnye,
    mne mu dapat cite nie ek

    Regard,
    BroFramestone Blog
    @ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

    BalasPadam
  9. sgt btol lah..mimpi dan impian memang takkan jadi kenyataan jika takde TINDAKAN! =)

    BalasPadam
  10. masa kecik2 nak jadi artis, sebab artis canik plus kaya.. hahah

    tp bila besar,
    baru tau artis tak kaya mana pon..
    ekeke..

    BalasPadam
  11. only when we dream can we make it come to reality. everything starts with a dream.

    BalasPadam
  12. @baru lepas tinguk klip..

    bnyk betul "maybes" bila da dewasa ek...

    BalasPadam
  13. creativity starts from a belief.
    :)
    nanges tengok bideo tuh.

    BalasPadam
  14. entry kamu buat saya terfikir sesuatu joe...

    hmm...

    all the best in ur future life k..
    take care..
    best tak malaysia??
    ciss jeles

    BalasPadam
  15. Tak ada masalah Joe..kak jie sentiasa update feed MalaysiaKini tu

    boleh masuk

    BalasPadam
  16. ish2.betul la vid tuh ckp.skrg baru terpikir pasal bnde tuh semua.okey.start from now.nk percaya dulu pada dri sndri.go2 chaiyok...

    BalasPadam
  17. idea, action.. aku selalu fikir maacam dalam video tu sekarang. kenapa la tak buat awal2 dulu..

    tp belum terlambat kan? :D

    pendapat anda?
    dosa 24 jam di facebook, sedarkah kita?

    BalasPadam
  18. bila tgok video ni baru la teringat balik zaman kecik2 dulu..dulu suka tgok power rangers.saya selalu berangan nak jadi power ranger pink pastu mesti ada bf macam Tony (power ranger hijau).hehe..selalu jugak gaduh dgn cousin rebut nk jadi power ranger pink. bila ingat balik boleh tergelak..sekarang saya masih lagi addicted dgn cerita2 anime especially Bleach tapi x pernah la terpikir nk jadi hollow ke ichigo ke..haha

    * dah lama nk tanya sebenarnya nama grimjow tu dtg dari watak bleach ke? sbb ada character grimjow..tq

    BalasPadam
  19. @azurie_zue

    yuppa, grimmjow jagarjek, dari situ la
    =)

    BalasPadam
  20. dulu mase kecik cita2 nak jadi guru! papa siapkan papan hijau ngan kapur.. so berlakonla jadi cikgu.. adik2 jadi murid2..hahaha.. gelak ingatkan balik..

    bila besar takmo jadi guru pulak! hmmm

    BalasPadam
  21. aku ada imajin nak pakai kereta satria neo tahun depan..tgklah camner nanti

    BalasPadam
  22. yeah, we should believe n take action! we can do nothing if no action at all.. =)

    BalasPadam
  23. yeah, we should believe n take action! we can do nothing if no action at all.. =)

    BalasPadam
  24. @joegrimjow
    cerita bleach mmg best..tapi watak grimjow to jahat..gundam pun best gak..haha
    sngt gila ngn anime tapi dah jadi student lama dah x dowload.

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.