Ahad, 1 Ogos 2010

Pak Belalang : Sebab 30 sen

Salam,

baru sampai ke putrajaya. ya tahu 4 hari lepas baru balik. Nak buat macam mana, sebabnya dah ada komitmen, kenalah tunaikan. Sekarang online kat kedai mamak kembar, pejabat rasmi aku untuk online sambil menikmati roti tisu, haha, kalori kalori. Tak pe, sebab berat dah ideal gitu. Ahaksss




Halimah : Pappppaa
Pak belalang : apsal ada tashdid ni?


Halimah : hehe, excited la abah, dah lama tak masuk blog ni
Pak belalang : eleh, masuk blog pun excited


Halimah : cepat bah cepat bah, dahagakan cerita ni
Pak belalang : aisehh, nak cerita ape ni? pasal abah jumpa wonder girl ke?


Halimah : aik, abah jumpa wonder girl ke?
Pak belalang : abah jumpa wonder joegrimjow. ekeke


Halimah : aiseh, abah malawak pulak
Pak belalang : ok, abah cite pasal orang kaya yang berlagak


Halimah : hehe, ok, proceed!
Pak belalang : gini, ada seorang kaya yang sangat berlagak tinggal di sebuah bandar. Takdelah kaya sangat pun. berlagak je lebih


Halimah : ok ok
Pak belalang : pada suatu hari, dia keluar outstation ke kelantan. di kota bharu, dia pergilah beli buah jambu


Halimah : hek eleh, kaya tapi beli buah jambu
Pak belalang : ala, dia pun manusia, makan jambu jugak apa. Ok, lepas tu, harga jambu tu RM 4.70. dan dia bayar RM 5. Masa orang jual jambu tu nak pulangkan baki, dengan berlagaknya dia kata, keep the change, tak main lah duit syiling2 ni!


Halimah : mak oi, berlagaknya!
Pak belalang : hehe. lepas beli jambu, dia makan makan. tiba tiba mahu ke toilet. sebab takde toilet free, semua kena berbayar, dia kata takpelah sebab dah tak tahan ni. masa nak masuk, kena bayar 30 sen. Dia cari cari duit dalam dompetnya, tak jumpa!


Halimah : haha, sape suruh tak ambik baki tadi
Pak belalang : tau takpe. lepas tu dia tengok, duit yang paling kecik yang dia ada, rm 50. Dia fikir, kalau bagi rm 50, ada ke baki. kalau takde baki, rugi woo. Jadi dia tetap bagi duit rm 50 tu. penjaga tandas tu kata, ni skill orang nak masuk free ni bang. guna wang besar. kecik takde ke?


Halimah : hahaha
Pak belalang : malu bukan kepalang la dia. jadi dia pun dengan berlagaknya kata, keep the change. i selalu masuk tandas mahal2. apa kisah rm 50 ni!


Halimah : perghh, berlagaknya!
Pak belalang : tau takpe. tapi, dia tetap rugi la kan. 30 sen jadi rm 50. banyak tu beza


Halimah : sambung bah sambung
Pak belalang : ok, lepas tu, dia jalan2 ke pasar dan teringat yang dia belum beli lagi hadiah untuk awek dia. dia terpandang seutas rantai. menarik. dia tengok harga, rm 400. Cun, dia murah! lagipun dia ada cash 8 keping lagi duit rm 50. Lagipun dia pun ada credit card jugak


Halimah : dia beli la bah?
Pak belalang : ni yang menarik ni. Masa nak bayar, dia hulur credit card dia. tak bernasib baik untuk bayar credit card rosak. haha. lepas tu dia cuba nak bayar cash, apakan nasib, tak cukup sekeping duit rm 50.


Halimah : ooo, sebab dia dah bagi kat penjaga tandas tadi kan?
Pak belalang : yupp. maka, dia tak jadilah beli rantai tu


Halimah : tu la siapa suruh berlagak!
Pak belalang : malang lagi halimah, bila dia balik ke kuala lumpur, awek die marah sebab tak belikan apa2 untuk dia. Terus clash!


Halimah : waka waka eh eh
Pak belalang : hehe. tu lah nasib orang suka berlagak. bayangkan kalau dia ambil saja duit baki 30 sen tadi, konpem semua jadi satel


Halimah : iye iye. lagipun bah, janganlah berlagak kalau taknak terima baki pun. ish2. teruk betul
Pak belalang : iye, itulah pengajarannya


Halimah : yahuuu, dah habis ke bah?
Pak belalang : haah, dah habis, nape?


Halimah : bolehlah halimah makan roti tissue ni, dah lama dah ni
Pak belalang : hahaha, makan makan


pss : ok, makan roti tissue dulu =)

33 ulasan:

  1. Kalau dia suruh peniaga tu keep the change dengan ikhlas, mungkin dia takkan lalui perkara2 yang menyulitkan dia tu..

    Tapi sebab dia berlagak..dari rugi tiga kupang, jd rm 50, last2 kena tinggal. So sempena bulan Ramadhan semakin hampir sama2 lah kita bersedekah dengan ikhlas~




    Tutorial: Manipulating The Power of Facebook Apps

    BalasPadam
  2. amboi makan tak ingat dunia! hehehe.. Baru nak buat shake nih. Hohoho..

    Teringat pulak aku kisah pengasas felisa cosmetic tu. Dulu dia lebih kurang watak orang kaya dalam cerita ni la. Tapi sekarang dia dah berubah. Jauh lebih baik. Down to earth bertudung pulak tu. Apapun hidayah itu dari Allah, manusia hanya boleh menyampaikan.

    BalasPadam
  3. woot roti tisu yg gabak besar dan sedap.haha

    BalasPadam
  4. hahaha..orang bongok je yang wat gtu.bukan orang kaye~

    huhu...mintak jauh la perangai huduh sebegitu kan~

    BalasPadam
  5. hahaha... masuk tnds rm50.. gempk sangaaat... tp roti tisu ko mmg terbaek bro..

    BalasPadam
  6. terubat rndu kt cerita pak belalang
    hehe..
    :)

    BalasPadam
  7. segalanya di sebabkan 30 sen.tp kalau die iklas, rasanya lepas tu jatuh project 30 billion xD

    BalasPadam
  8. segalanya di sebabkan 30 sen.tp kalau die iklas, rasanya lepas tu jatuh project 30 billion xD

    BalasPadam
  9. nak bersedakah pun kena dgn niat yg betul. bukan skadar cakap di mulut. tp di hati lain.. :D

    pendapat anda?
    Tak mahu semua, jangan buang semua

    BalasPadam
  10. lingkaran dekat roti tisu tue. kari dhal and sambal kan ?

    BalasPadam
  11. eh pak belalang la..bru nak request dah kuar..

    =)

    BalasPadam
  12. So next time bawa je duit syiling xpun bwk je botol kosong...xyah g toilet.
    haha~

    BalasPadam
  13. haha...so funny!
    u good!

    sepatutnya xpyh masok toilet tu, kocil je tepi jalan...haha...

    BalasPadam
  14. roti tisu sedap..tapi mahall..heheh

    BalasPadam
  15. @joegrimjow
    erk.. tersilap... bukan felisa tapi sendayu tinggi.. maaf ye semua..

    http://keluargakusayang.blogspot.com/2009/09/saya-berpurdah-bukan-kerana-alim.html

    BalasPadam
  16. tengok wonder girl yg tak tahan tu..


    bagus jalan cerita ni.. penuh dgn pengajaran

    BalasPadam
  17. Ko ni boleh jadi penglipurlara la.. memacam citer ...

    BalasPadam
  18. @zool

    skrg ni tengah menglipur la ni
    huhu

    BalasPadam
  19. ambik duit baki lepas makan roti tissue tu!

    BalasPadam
  20. hahahahah....nice story ;)

    sedap ke roti tisu tu? x penah mkn huhuu

    BalasPadam
  21. Bnyk pengajarannya..
    Plg penting, jangan berlagak...rugi!!!

    BalasPadam
  22. nice story..
    me tak pernah mkn roti tisu sbb nama pelik ie tisu :p

    BalasPadam
  23. bersangkut2 ek..moral of the story,jgn blagak, bersedekah takpe. :)

    BalasPadam
  24. terbaek la citer nih. hehehe!

    moral of the story.. simpan la syiling banyak2 dalam poket. sonang nak byr masuk tandas. wakaka!

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.