Jumaat, 9 Julai 2010

Seremban - KL - Putrajaya

Tadi masa naik bas dari Kota Bharu ke Seremban, berhenti untuk sembahyang subuh, dengan mamai mamai, aku terus naik ke atas untuk mencari toilet. Masuk je ke dalam toilet, alahai, ramainya perempuan..


aku : kenapa ada perempuan ni? campo ke kak?


aku tanya pada seorang perempuan bertudung di sinki, takkan Malaysia dah macam UK tandas tak asing! kat UK pon sesetengah tempat je yg tak asing, kebanyakan tempat masih lagi asing lelaki dengan perempuan


perempuan : dik....

aku : ya (sambil menggosok mata)


perempuan : ni tandas perempuan, lelaki kat tepi sana

aku : ......

ok, mahu masuk toilet, tengok dulu tanda, Malaysia masih mengamalkan tandas asing2 antara lelaki dan perempuan dan aku sangat malu!


******

Dah sampai seremban, kejap lagi nak ke KL kejap untuk beli extension untuk disambungkan MBP kepada projektor. Harap2 jumpalah disana nanti. Esok kalau boleh nak tayang jugak slide yg dibuat, baru best kan?

dipercayai anak sdare aku yg paling rockers setakat ni



Sembahyang jumaat di putrajaya


Harap2 sempat patah balik ke Putrajaya untuk solat jumaat disana sebab petang ada temujanji dengan orang Putrajaya Challenge Park untuk gathering esok. Aku sendiri tak pernah tengok lagi, tapi harap2nya tempat tu ok, kawan yg promote tempat tu, memang kata tempat tu ok, petang ni nak tengok keadaan yang sebenar!


erkk, dah macam diari pulak. eh, bukan diari, planner


=)


*****

Tazkirah hari Jumaat

di copy paste dari status ustaz hasrizal

Ayat 66 Surah al-Kahf memperlihatkan adab Musa berguru dengan Khidr apabila menyatakan "bolehkah aku mengikutimu" bahawa Musa bukan bebanan ke atas Khidr, gurunya. Belajarlah adab ini wahai anak muda supaya kamu yg menyesuaikan diri dengan guru kamu dan bukannya guru kamu yg kena ikut jadual kamu.

slamat beramal

22 ulasan:

  1. pagi-pagi lagi dah silap masuk toilet perempuan
    haha

    BalasPadam
  2. mashaAllah.. :))

    BalasPadam
  3. len kali jgn mamai2..naya je kang..joe.hehhehe

    BalasPadam
  4. hehe
    pernah jugak jadik macam tu
    tapi nasib baik xde orang
    dah selamat dah pun segala urusan
    haha

    BalasPadam
  5. hahahahaha,
    kelakar lah joe nie,
    mcm mana bole silap:P

    BalasPadam
  6. cik wanie, dah laklok,camtu la jadinye

    BalasPadam
  7. wei.. len kali turun bas tu.. baca bismillah...
    hahhahaha

    nnt call aku kalau nak jumpa aku.. sebab aku skg ni tgh demam.. ahaks

    BalasPadam
  8. Betul ke silap toilet? Haha.. Rase macam dah jarang dengar orang silap masuk toilet.. Ekeke.. :p

    BalasPadam
  9. selamat bergather2 esok :)

    BalasPadam
  10. ayie, patutla msg xbalas, haiyok

    BalasPadam
  11. Dari Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang tertidur atau terlupa hingga luput sembahyang hendaklah dia menunaikan (sembahyang) sebaik-baik sahaja dia ingat (sedar) kembali." - Sahih Bukhari
    Selamat berhari Jumaat Al-Mubarak..

    BalasPadam
  12. selamat berjaya gathering day..:-)good luck

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.