Dulu masa kecik, mak aku membayangkan kepada aku yang syurga itu sangat indah. Dia kata cuba bayangkan sesuatu sangat indah, ada sungai yang mengalir di depan pintu, bukit bukau yang jelas dengan pemandangan sempurna, setiap perkara yang kita mahu akan terus dapat dan pelbagai lagi perkara magis lain.
Aku cakap lagi, macam ni ke sambil menunjukkan sebuah kertas lukisan yang begitu cantik
Mak aku senyum dan dia cakap 1000 kali ganda lebih indah dari tu
Aku fikir lagi dan cuba membayangkan keindahan syurga yang sampaikan tiada lagi di dunia lagi ciptaannya. Menunjukkan kembali lukisan aku yang ternyata jauh lebih indah dari tadi dan kata mak aku
Jauh lebih indah dari ni lagi, sejuta kali ganda lagi indah
Aku mula pening dan tidak mahu mengalah, aku cuba bayangkan lagi keindahan syurga sampaikan aku pun sanggup mati sekarang untuk berada di dalamnya! Melukis dan menunjukkan kembali kepada mak aku lagi
Jauh jauh jauh lagi lebih indah dari ini
Mak aku sambung lagi, keindahan syurga tidak dapat di bayangkan, apa yang kita bayangkan tidak sama dan ciptaan Allah itu jauh lebih indah dari apa yang kita bayangkan. Baru bayangkan, bukan bina lagi! Sejak hari itu, tak berani untuk membayangkan kerana sudah pasti bayangan aku jauh lebih rendah keindahanya dengan realiti syurga yang sebenar
******
Pernah terfikir kenapa wujud orang kaya dengan miskin? Kita bincang bukan isu kecil seperti kaya secara tidak sengaja, menang loteri, dan kes terpencil lain tetapi majoriti orang kaya di dunia. Kenapa wujud jurang ini?
Jawapan yang tepat boleh kita berikan adalah mereka berusaha lebih. Jadi mereka dapat lebih. Simple!
Kalau di syurga, apa yang membezakan darjat atau peringkat syurga itu sudah pasti amalan yang dibuat. Sifirnya hanya Dia yang tahu dan sebagai hambaNya bukan hak kita sebenarnya untuk tahu formula yang sebetulnya, cuma patut amalan yang kita buat untuk pengabdian kepada Dia semakin hari semakin lebih mantap
Nak kaya, kena usaha lebih
Nak syurga, kena BERUSAHA lebih gigih dari hari ke hari
Sebenarnya kalau dihitungkan amalan yang kita buat dengan orang yang begitu jauh dengan ajaran islam, akan wujud perasaan kasihan kepada mereka.
ya lah, aurat tak jaga, berdosa.
Pergaulan terlampau bebas, berdosa.
Sembahyang 3/5 sehari, berdosa.
Puasa wajib tak cukup, berdosa.
Berzina tanpa jemu, berdosa
Diri sendiri tak yakin untuk masuk syurga, inikan mereka yang tak kenal erti islam yang sebenar agak agak macam manalah kan?
Dakwah
Sebab itu wujud usaha dakwah ini. Mengajak orang melakukan kebaikan, hanya untuk mendapat keredhaanNya. Mahu sama sama masuk ke syurga Allah yang kekal abadi. Perlu di fahami kenapa ada sesetengah mereka yang tidak pernah jemu erti berdakwah, tidak dapat duit tetapi apa yang mereka dapat? Sesuatu yang kita tidak nampak!
Jangan perkecilkan usaha mereka ini. Jika ada yang mengajak kita melakukan kebaikan, terima dan bersyukur kerana Allah telah menghantar peringatan kepada kita. Jika tiada yang mengajak, adakah kita yakin kita tidak akan lalai dengan mehnah dunia yang penuh pancaroba ini?
Cuba renungkan
Tergerak hati aku mahu hasilkan entry 'seperti' ini di petang hari ketika senja dah kian melabuhkan tirainya. Korang yang mengelik mana mana link dan membawa kepada entry ini membaca sampai habis. Bukankah ini satu lagi magis yang Dia ingin menyedarkan kepada kita berdua? Semoga kita aplikasikan inputnya
pss : pernah tak alami, kita mengharapkan sesuatu, siang malam berdoa supaya dapat benda tu, lakukan nazar, lakukan banyak amalan untuk dapatkan benda tu, tetapi Dia tidak makbulkan. Alu percaya, benda tu aku akan dapat juga, tetapi masa, medium dan persekitaran yang berbeza.
salam ziarah,
BalasPadamsyukran ats peringatan :)
Insaf dengan kekurangan yang banyaaakkkk sangat. kdg2 tgk org tak jg aurat. kesian. tp maybe dia ade kebaikan lain yg kita xde yg tu. semua ada kekurangan dan kelebihan :)
BalasPadamterima kasih atas perkongsian
BalasPadamsemoga kita dijauhkan Allah dari sifat2 yang boleh menjarakkan diri kita denganNya
bersifat qanaah atau berasa cukup dengan apa yang diberikan Allah adalah perkara terbaik
brilliant job
BalasPadam"Hai orang-orang mu`min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."47:7
syurga bagi mereka yang mengucap shahadah, insya-Allah...
itulah janji Allah..
terbaik bro...thanx for reminding...;)
BalasPadamsmoga kita sentiasa diberi peringatan olehNYA..
sama2
BalasPadamBrother joe..long time no see
BalasPadamfuhh terbaik.
BalasPadamSelalu je bab tertanya2 doa tpi x dpt tu. Tpi alhamdullilah, yakin tu kna ada..agaknya usaha tk cukup. syarat untuk dimakbulkan doa tu blum complete agaknya.
inshaAllah
BalasPadamterima kasih atas peringatan abg joe... hehe
BalasPadamhttp://afiffedogawa.blogspot.com/2010/06/kenapa-brazil.html
;)
BalasPadamSalam~ ^^
BalasPadamjazakallah 4 dis nice entry. I LIKE! ^^