Rabu, 23 Jun 2010

SEX di Kelantan

Pasar malam ni kampung peringat malam ni. Sebab aku sibuk menguruskan sesuatu tadi di rumah, akak aku yang pergi beli. walaupun cuma pesan ayam goreng je, die pergi beli nasi kerabu + ayam goreng. ada extra nasi kerabu. aigooo, macam mana nak kurus ni? tadi masa aku, akak ke2, akak ke3 dan mak aku makan malam, sempat berbual2 kosong


Di translate ke bahasa yang mudah difahami

aku : aku
akak ke 2 : Fazila
akak ke 3 : Fazida
mak : mamie



Aku : kenapalah beli nasi kerabu, jo nak soh da buat je esok

Ke3 : takpe lah, makan banyak2, jangan diet2 sangat



Aku : kena control makan, nanti custemer lari

Ke3 : dah agak dah, takpe takpe, makan dulu

Ke2 : Kak la on call jumaat ni, nak guna kereta esok bolehla



Aku : beyes, ada hal nak buat esok ni

Mak : macam mana hospital tadi?

Ke2 : ada kes rogol lagi....



Aku : kes rogol???

Ke2 : iye, skrg ni kat hospital hari2 ada kes rogol. tadi ada orang datang, mak dengan anak. si mak muka cuak, anak muka slumber je. lepas scan, memang si anak tu mengandung, dah 3 bulan.

Mak : ish ish ish



Aku : ye ke?

Ke2 : yang tak tahan, si anak baru 16 tahun. lepas bgtau die mengandung, dia duk sengeh2 je. yang menangis tak ingat dunia, si mak. macam mak pulak yang mengandung!



Aku : terus sangat ke kes rogol kat kelantan ni?

Ke3 : teruuuuk. hari tu baru ada kes budak skolah agama yang keguguran. si perempuan cakap yang dia dirogol oleh bf dia kat mak bapak, mengandung, apa lagi, memang kena marah habis habisan la kat mak bapak. buat malu keluarga.



Aku : lepas tu?

Ke3 : dia pergi ajak bf dia tadi ke satu resort. nak luahkan perasaan la kononnya. lepas tu si bf bgtau yang tiba2 darah gf dia keluar darah, terus keguguran



Aku : camtu je?

Mak : Memang skrg ni kelantan pun dah teruk sangat dah budaya sosial dia. yang buat ni bukan takde pendidikan agama, ada, skolah agama lagi, tapi terlibat jugak dengan kes kes macam ni. jo jangan buat jo... ingat kat agama



Aku : kalau kat UK, nak buat tu senang je. perempuan sexy bertaburan di merata tempat. kat city tu siap ada kedai untuk sex lagi. nak masuk, senang je. mat saleh pakaian dia, haaiiishhh, naik nafsu... sebab tu...

Mak : sebab tu apa?



Aku : nak kawen cepat2 tu. hehehe

Mak : mi bagi la!


Kekeke ;p



Kelantan di peta


Ok, bertukar kepada serius mood


Memang agak terkejut dengan budaya sex luar tabii ni. memang kelantan pun dah semakin teruk sekarang ni. Walaupun ada title negeri Islam, tapi hanya title itu tidak menjamin kes macam tu tiada di negeri ini. kalau sampai tahap ni, mana kita nak salahkan? kerajaan negeri atau individu. Kalau kat kelantan ni, wayang dah takde dah, pusat2 hiburan pun tak banyak, tapi kenapa kejadian rogol2 ni macam kes yang biasa kita dengar?


Pendidikan


Bak kata mak aku, yang buat ni ada yang sekolah arab (sekolah agama) jadi memang ada walaupun kes terpencil yang mana dapat didikan sekolah agama pun terjebak sama. Nak cari faktor kenapa boleh jadi sampai tahap macam ni, memang takkan jumpa dan masing2 ada pandangan masing2


Lebihkan action


Kalau mahu atasi benda ni, kita kena lebihkan action. semua main peranan masing2. memang cakap tu mudah je, macam goreng karipap mudahnya, tapi nak buat, memang sangat susah. mak bapak yang kena mainkan peranan. Segala tindak tanduk anak2 memang kena awasi walaupun dah besar panjang. tapi kan, masalahnya skrg ni, mak bapak pun dah tak faham tanggungjawab mereka dah. asalkan bagi pendidikan, hantar masuk blaja masuk U, bagi duit, dah dikire jalankan tanggungjawab. walhal, tugas ibu bapa jauh lebih besar dari itu!


Ok, sampai itu dulu, doa2lah Malaysia terus aman


Sek sek kito do o la banyok banyok supayo isle kat klate ni teghuh jadi isle yg sbenarnyo
[paham ke? ;-) ]



pss : Jom menang IPad!!!

42 ulasan:

  1. bermula dari rumah..

    BalasPadam
  2. bab mkn nasi kerabu tu me jd meleleh air liur tak tahan beb..teringin benor!! kena tunggu march next year huhuh

    BalasPadam
  3. owh sedap demo make nasik kerabu klate weh..nasi kuning ko ite tuh..hahaha...tu la joe...rusing dgr klate byk masaloh gitu loni...pakat2 do o...

    BalasPadam
  4. Pahe pahe.. Haha.. ;p

    Ye ye.. Mau kasi tau nak kawen kan ni? Ekeke..

    Satu jek pesan.. Pandai-pandai jaga diri, nanti diri sendiri yang rugi.. Maruah hilang, mane nak cari ganti..

    BalasPadam
  5. ramai org klantan ni
    ;)

    xklantan pon paham ni

    BalasPadam
  6. aku setuju dengan pendapat kamu....

    BalasPadam
  7. boleh tahan gk bdk2 klantan ea... xpnh lg berkesempatan menjejakkan kaki ke kelantan...
    insyaALLAH ada masa nanti ley usha2 sket...

    hok paragraph last tu, wtpe dok pehe nye.. pehe je..

    (sy org KL) :P

    BalasPadam
  8. tu bahasa mudah tu, sebab tu paham kot

    BalasPadam
  9. ayat pa;img last tu >>> phm jee hekhek

    BalasPadam
  10. nama je kelantan diperintah oleh PAS. nama je serambi mekah... tapi seks berleluasa

    BalasPadam
  11. huhuhuhu~

    ngeri~

    T___T

    Joe, cepat kawen~
    nanti aku ada alasan nak g klantan lagi~

    ^^

    BalasPadam
  12. hmm... bile takde self respect pade diri sendiri, semangat nak cuba lebih2 dan budaye kapel bersepah2 tu jadik macam tu... mana2 negeri pun sama lahh...

    nak salahkan mak ayah pun, takleh jugak sebab ada setengah orang tu mak ayah punya la pantau life dia... siap ikut kemana-mana jadik peneman... ending? sama jugak... jadiknye bende camni kat skolah...nak salahkan cikgu? kat skolah tu punya la ramai lagi dorang kene jaga...

    so? sebenarnye salah diri sendiri laa... sebab khianat kepercayaan orang lain dan takde respek dekat diri sendiri....

    kekeke...sape cakap orang penang tak paham ayat last tu... rileks je paham...

    hahaha...

    BalasPadam
  13. masalah sosial memang da x dapat dbendung lagi mcm mee bandung..

    BalasPadam
  14. 1. dalam tv cakap gak pasal kes budak sekolah agama yang mati kat resort pasal keguguran tu. katanya lelaki yg check in dalam resort dgn permpuan tu baru berkenalan 2 minggu. so, nampak mcm bukan lelaki tu bertanggungjawab. maka, siapakah bertanggungjawab nye? misteri2.

    2. untuk kes pertama tu, apasal anak dia slumber je? dikira kes rogol ke kes serah diri tu?

    BalasPadam
  15. kes 1 memang masuk tv

    kes 2 baru berlaku tadi, kire kes terpencil, pun tak paham kenapa anak die slumber, mungkin anak die suke kot. kot la

    BalasPadam
  16. er, yang 16 tahun tu, rogol ke rela? boleh sengih2 lagi.

    sama2lah kita doa. ish takut gilaa!

    BalasPadam
  17. rela la kot, klu tak rela takkan sengeh
    hehe

    BalasPadam
  18. setuju dengan joe.. sekarang ni setakat kempen ke apa ke dah payah dah nak lekat.. kena ada tindakan.. tp itulah.. susah nak cakap la..




    peringatan penting!!

    kahwen jemput wokeyh hoho

    BalasPadam
  19. masalahnye...benda ni dah macam satu kebiasaan bagi diorang..media pun selalu expose cerita2 macam ni (bukan nak salahkan media okay) ..point dia ialah..diorang tahu ini mcam dah lumrah.. so budak2 muda pelapis ni yang kita kena didik macam mana...ibu bapa sangat memainkan peranan penting ...tak control tapi tau sapa dia berkawan..

    BalasPadam
  20. pandai nko bagi alasan nak cepat kawen ye joe! kekekekek

    BalasPadam
  21. "bf bgtau yang tiba2 darah gf dia keluar darah, terus keguguran"

    0____0

    BalasPadam
  22. pahe pahe.
    haha~

    tekejut sangat dengar berita kat tv pasal budak keguguran kat resort tu, budak sekolah agama.
    isk~
    sedih.
    apa nak jadik~~

    BalasPadam
  23. ada ke hkuman slh krna bzina kt mlysia ni..??yg sy tahu hkumn slh krn merogol adlh..mcmne 2?

    aspek 'membenteras' tidak myeluruh..

    so,ble mak bpak suh wt aduan polis,dkatakn rogol bkn bzina..

    tah pe2 je..

    BalasPadam
  24. pehe jah... ~ mace2 doh jd lo ni... bdak2 advance blako...

    BalasPadam
  25. dop make lagi nasi kerabu masa cuti ni.teliur weiiii...


    ~ahhaaa,kelantan xmcm dlu dah..mmg sedih.


    try joe lalu di area airport malam2.xkata pape.lalu je..

    =)

    BalasPadam
  26. pasar malam peringat
    thn lpas,prktkal kat veterinar..nnt blik kerja mst singgah kat pasar malam peringat ni
    hihi
    dunia da nak kiamat

    BalasPadam
  27. tu baru kat kelantan
    xnegara lain lagi

    BalasPadam
  28. huhu memey paghok la budok2 jamey loni... letih weh baco kisoh budok pghanga pelik2. aduhhh... pening palo mikir.. tok pasa2 oghe beci ko oghe klatey kes2 gini padahal bukey sghumo gtu. nok wat guano mugo oghe stereotype gak gtu la jo dih.. hmmpphhh...


    maghi la pakat2 do'o blako ko bia budok2 phanga pelik ni bia jughuh2 ngisaf2 blako..

    BalasPadam
  29. time stay overnight kat genting aritu pown ada baca berita pasal budak kena tinggal kat resort area kelantan...iskk2 kesian taw budak pompuan tu meninggal mcm tu jer...

    BalasPadam
  30. >>___<<


    maka segeralah menikah. keh3x

    BalasPadam
  31. zaman skrg manusia seperti sdh tidak mengenali siapa kawan dan siapa lawan..semuanye dianggap sebagai org yg terdekat. tidak kira d mana sahaja isu2 seperti ini sering dipersoalakan. kita yang mencorakkan diri kita, yang dr ibu bapa adalah sebagai satu sandaran untuk kita mnjadi yg terbaik.

    BalasPadam
  32. kawin laa cepat joe.. bimbang i.. hahaha

    BalasPadam
  33. salah ibu bapa kot..
    btw, kak ke2 tu keje hospital mana? (luar topik plak.. :p)

    BalasPadam
  34. ibu bapa memainkan peranan besar dan penting dalam mendidik anak2,tp skrg ini anak - anak semakin dimanjai dan diberi kebebasan yang melampau, malah sikap mempercayai pada anak jugak tidak sepatutnya diletakkan 100%..lihat saja anak2 zaman sekrang, mengaku ada kelas tambahan hakikatnya berpeleseran di pusat membeli belah, buka tudung, tukar pakaian lain, hisap rokok dan sbgnya, apa nak jadi ni?

    BalasPadam
  35. salam joe...saya mintak izin gunakan idea joe post entri dalam bentuk kartun bergambar..tp dah ubah skit cara penyampaiannya...cuma tertarik dengan cara olahan joe dalam komik wonder tuh...cam menarik nak dibaca....kalu free boleh laa tengok hasil pertama dalam bentuk cottage tu....minta komen tuk penambahbaikan...

    BalasPadam
  36. betul tu joe.. nafsu yg tak boleh dibendung lagi! meme tahu jugoklah pkembange klate tente isu2 sex ni.. makin teruk.. malu gok nge kawe2, diore kato rasonyo klate tak perlu di panggil serambi mekah, hmm.. (tetiba loghat klate pulok)
    manusia tidak sempurna.. sama-samalah kita serap tau!! serap erti sebenar nya islam tu dlm diri kita, bukan hanya mengaplikasi nya dalam sembahyang atau puasa sahaja.. tapi faham..faham erti sebenar apa yg islam suruh! kalau faham tidak berlaku semua yg buruk ini.. kerana islam itu indah, bersih dan sempurna..

    (sorry joe deh.. panjang plak komen ni! )

    BalasPadam
  37. untuk ayat yg last skali tu. kawe pahe.. muehehehe..

    BalasPadam
  38. nak kawin gak la. :P takut. nafsu ni setan kepalanyer. kalo xde iman sure tbabas la.

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.