Ahad, 6 Jun 2010

Merasuah melalui Charity

Dah lama tak baca berita tempatan sejak ikuti perkembangan Gaza ni. Tadi terbuka untuk 'usha' malaysiakini, antara sumber berita yang aku rasa berguna untuk dibaca di internet. Utusan, Berita Harian, Kosmo? Bacaan humor boleh lah. kekeke


Ada satu 'headline' yang menarik perhatian aku. Apa lagi kalau bukan JUDI. tyco besar kumpulan Berjaya yang dapat lesen dari kerajaan untuk menguruskan judi sempena world cup ini, Tan Sri Vincent Tan (lepas ni disebut VT) akan menderma RM 525 Million kepada charity. wah wah, banyak banyak, terima kasih VT!!!


Entry ini bukan untuk mengutuk VT yang ternyata 'membanggakan' Malaysia dengan memasuki senarai Billionare Forbes dengan jumlah harta usd 1.3 Billion, atau bersamaan dengan RM 4.2 Billion, tetapi lebih kepada agar kita berfikir untuk tidak mengangguk terlalu cepat akan cakap cakap orang. Ala macam kita budak2 dulu, orang kata a, a lah kita angguk. orang kata b, b lah kita makan. Takkan nak jadi budak2 lagi kot.


orang kaya Malaysia


Merasuah melalui kebajikan


Jumlah yang VT tawarkan iaitu setengah billion seolah-olah mahu merasuah rakyat Malaysia supaya 'diam, aku dah bagi duit, senyap je lah!' melalui badan kebajikan. Memang gaya yang cukup halus mulus tulus gitu. Tapi sedarlah, ada beberapa perkara yang perlu kita tengok untuk menjadi rakyat kelas pertama


  1. Jumlah yang 'peanut' - setengah billion bagi seorang billionare macam dia hanyalah jumlah yang tersangat kecik. dengan harta kekayaan dia, jumlah tu tak memang ciput
  2. Sekali harung - Nampak sangat jumlah ini diberi untuk tutup suara 'kita' sebab hanya pada isu ini tengah bising, barulah sumbangan di beri. tahun depan? belum tentu lagi!
  3. Sama dengan pilihanraya - Kat mana2 pilihanraya, ada je pilihanraya, macam macam janji ditaburkan. itu ini mahu dibuat. kenapa tidak buat sebelum jadi wakil rakyat kawasan tu? sekarang ni apa yang berlaku, sama je lah dengan mahu bagi duit ni. dalam tidak sedar, sudah menjadikan rasuah sebagai darah daging kita


Merasuah yang tidak sedar


Aku mahu share skit budaya yang seakan rasuah ini untuk kita sama2 teladani. Ilmu ni aku dapat semasa jadi president SMSA dulu. Kalau nak buat aktiviti, mesti akan mahu sediakan sesuatu material supaya dapat menarik orang untuk datang program. Contoh kalau ada program 'talk' mesti mahu sediakan makanan untuk para peserta tanpa bayaran. Inilah rasuah yang kita tidak nampak! Aku bagi ko sesuatu, ko bagi aku sesuatu! Walaupun alasan makanan disediakan untuk menjaga kebajikan yang datang, mahu hargai para peserta yang berpenat lelah datang, tapi itulah budaya yang sudah jadi darah daging kita. Maka lepas itu, wujudlah golongan yang datang program, hanya untuk makan.

jeng jeng jeng. aku pun termasuk sama!



Banyak lagi sebenarnya yang berlaku dalam keadaan kita tidak sedar. si bapak suruh anak diam dengan janji mahu bagi mainan. si emak suruh anak angkat baju di ampaian dengan janji mahu berikan baju baru kepada anak. si abang suruh adik garu belakang badan dengan janji mahu beli si adik cd games. si akak suruh si adik beli lipstik dengan janji si adik pun boleh pakai sama nanti. bak kata mat saleh ' win win situation'


win win situation


Aku tak kata contoh di atas adalah haram. tak libatkan duit. Tapi itu semua adalah fundamental kepada rasuah. Macam mana kita mahu ubah? tawarkan benda yang bukan material. bukan kebendaan. si ayah suruh anak diam dengan janji mahu ceritakan kisah menarik masa mahu tidur nanti. si ibu suruh angkat baju di ampian dengan janji akan ajar masak makanan paling sedap. si abang si akak pun sama. Walaupun benda ini nampak 'remeh' tapi itu memberi impak yang besar kepada masyarakat supaya budaya rasuah di pandang jijik.


Dalam perniagaan, 'win win stuation' sangat penting. Malahan kita perlu sediakan satu kemudahan kepada pelanggan kita agar mereka nampak lebih untung. walhal dari segi duitnya kita yang untung! jika kita berjaya, maka kita akan berjaya dengan cemerlang dalam bisnes!


Macam mana pula dengan upah?


ok ok, kan lepas ni orang tak bersetuju pula dengan entry ni dan tanya, kalau orang kerja, dapat duit, tu upah ke? hehe. pastilah bukan. sebab itu 'material' yang patut kita dapat hasil usaha kita. jangan salah faham pulak. sebab tu beda ni nak hurai dalam satu entry tak kan cukup. jadi yang tak paham, boleh tulis di ruangan komen, kita sama2 bincang untuk pemahaman lebih mendalam


Kes judi


Sangat berharap agar kita sama sama mampu jadi orang boleh berfikir dengan mendalam sebelum menerima sesuatu. Wujudkan masyarakat yang guna otak lebih. jangan guna nafsu lebih. dalam kes tajuk atas, akan wujud golongan lepas ni, 'biarlah lesen judi ni di beri kepada dia, last last kita juga yang untung. setengah billion tu, banyakkkk' walhal aku ketiga tiga point kat atas kita tak nampak.


Sama-sama kita berdoa agar Malaysia terus aman. SAY NO TO JUDI!!!

update : jumlah no 1 baru ditukar ;-)


pss : takde pun link pautan, boleh klik kat bawah ni untuk baca entry sebelumnya

29 ulasan:

  1. sangat2 berseutju...

    itulah mainan orang2 high class..

    merasuah dalam bersembunyi melalui charity...

    baru plan nak wat malam nih... tapi dah dikongsikan oleh joe... nice joe! hehe

    BalasPadam
  2. tetap tak setuju judi diberi lesen.
    huhu~

    betul cakap joe.
    mmg zaman skang ni rasuah cam jadi perkara biasa la masyarakat kita.

    BalasPadam
  3. kanak-kanak zaman sekarang.

    mak: kalau dapat semua A exam kali ni, mak bagi laptop.
    anak: ok! :D

    sy jealous. :(

    rasuah la jugak tu kan. haha

    BalasPadam
  4. Halamak!! sy xreti politik2 nieh.. tp sy sokong SAY NO TO JUDI!!! yeaaahhh!!

    BalasPadam
  5. sokong joe...

    aku bukan apa joe, aku takut ribut "tentera allah" sampai kat malaysia

    http://pinkturtle2.wordpress.com/2010/06/06/30304/

    say no to judi..

    takbirr AllahuAkhbar

    BalasPadam
  6. apepun ttp xsokong lesen judi...judi xde terus lg ok!

    BalasPadam
  7. Ini lah antara kesan apabila kita memilih seorang 'pemimpin yg tak boleh dipimpin'

    BalasPadam
  8. Ermm apa nak jadi..rasuah tersembunyi lebih tajam dari rasuah terlihat..Kerajaan??? Apa cite ni???

    BalasPadam
  9. setengah billion?
    banyak tu.

    tapi kan, wonder charity apa yang dia bagi dana berjuta-juta tu?

    BalasPadam
  10. cube baca malaysiakini
    ada nama badan kebajikan yg dia bagi

    BalasPadam
  11. banyak juga rasuah yhg tersembunyi yg kita tak nmpk..
    terima ksih kerana berkongsi ilmu kepada saya!!

    BalasPadam
  12. huhu.
    tu la pasal.
    benda2 tu nampak macam takde je.
    tapi sebenarnya ada something.
    haish.
    ;)

    BalasPadam
  13. banyak 'thing' kot yg tersembunyi ni
    huuhu

    BalasPadam
  14. satu pandangan dari pelbagai perspektif..steady hehe

    BalasPadam
  15. oo......... baru aku paham sekarang..

    hmm.. betol jugak ek kata2 ko.. hmm.. pujuk dgn memberi sesuatu benda mmg membuatkan aku berfikir..

    thx joe.. hehe..

    yg lain2 aku pikir mmg betol apa yg kau cakap.. =)

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. walaupon kerajaan pusat luluskan judi, tapi kerajaan Pulau Pinang tetap mengharaamkan judi sukan. OK x? Bincang dgn terbuka.. bukan politik k? =)

    BalasPadam
  18. "haram is haram..."
    tp bile mate dikaburi...
    "duit is duit..."
    apakah??????

    BalasPadam
  19. yg isu pulau pinang tu [ernah baca
    nanti akan di bincangkan
    ;)

    BalasPadam
  20. erm ada baca gak pasal orang kaya malaysia tuh..huhu ...

    BalasPadam
  21. salam..

    hello bro, its me again, Fared Isa... =)

    i totally agreed with u yg VT ni cuba mmperbodohkan rakyat..

    tp juz nk betolkn jumlah kiraan d atas,i think u miscalculate,

    'dengan harta kekayaan dia, jumlah tu tak sampai 0.001 peratus pun! (0.5 juta bahagi 4.2 billion darab 100)'

    perasan x kat mana yg salah?

    1 billion = 1000 millions
    500 millions = half billion

    so i guess wat u suppose to write is :

    (0.5 billion bahagi 4.3 billion darab100) and dat will equal to 11% something..

    tp dis is still a small amount for him bcoz d estimate calculation dat he will gain profit around rm20 to rm30 billions once judi nnti dh officially legalised...

    BalasPadam
  22. yup
    baru perasan
    thx u ya
    nak ubah ni

    BalasPadam
  23. just nk kongsi..

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tidak seorangpun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan ia bersedekah dengannya dengan harapan sedekah itu akan diterima dan meninggalkan harta pusaka (sesudah meninggal) melainkan semua itu sebagai bekalannya ke neraka".

    BalasPadam
  24. joe,

    berita ni hampir semua media tempatan siarkan...

    kalu persepsi & minda kita fikir humor, humorlah kita dapat...heheh...

    BalasPadam
  25. True said...charity dengan niat sebenar adalah untuk cover keburukan.

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.