Jumaat, 25 Jun 2010

Ikan keli ikan bawal, dalam pinggan bertemu juga

Salam,


Baru balik dari main bowling. ooh, ku sempat tulis dalam forum GengBlogger untuk jumpa dengan mana2 blogger dari Kelantan untuk main bowling sama sama. Sayang ada yang datang tapi msg malu nak jumpa. haha. cute betul. Tapi tadi ada seorang blogger yang sempat bertegur sapa. dia tak main pun cuma sempat berbual ala ala kadar. Lain kali kena organaize elok2 supaya lebih ramai yg turun. Pagi esok nak pergi tengok temuduga untuk gadis melayu di Parkson. Ohh, agak lewat pergi tadi sebab ada event herbalife di sutra inn kelantan. Kelantan takde leader lagi, aku je la jadi leader kalau semua tak mahu!



*******



Cuba cari aku yang mana?
;)


Gambar ni di ambil dari facebook, memang gambar ni masa aku berumur 16 tahun. lebih kurang 6 tahun yang lepas. serius terharu ada yang upload gambar lama lama macam ni. ye lah, kenangan yang sangat indah. pernah rasa tak?


Masa sekolah di SPBI Kuantan dulu, group aku adalah antara pioneer. SPM, batch kami yang mula dulu. Tahun lepas ada buat program, tahun ni tak tahu siapa yang nak buat sebab aku agak sibuk, cuma boleh follow je, harap adalah yang buat. Cuma mahu share satu peristiwa yang sweet yang jarang dapat kita lalui


Mydin Kubang Kerian


Tahun lepas, semasa aku teman mak shopping di Mydin, ada terserempak dengan seorang junior yang rasanya dah 4 tahun tak jumpa. Mula mula hanya berselisihan, lepas tu aku perasan dia, macam kenal je. lepas dia pun buat muka macam blur sebab nak tak nak je kenal, akhirnya aku start perbualan. yup, dia adalah junior masa di sekolah dulu!


Bayangkan, dia asal di Pahang, aku pula Kelantan. Sekarang dia belajar ke USM Kubang Kerian dan aku belajar jauh di negara orang. Tapi dengan kuasa tuhan, bertemu di Mydin. erkk, bak kata orang, bumi ni memang kecil kan? cuma apa yang aku ingin kongsikan, pertemuan tu memang satu menakjubkan yang tercipta!


Macam ikan keli dan ikan bawal, dalam pinggan bertemu juga!

Ikan keli bakar : ikan kaya dengan protein



Ikan bawal : bestnya diet herbalife, boleh makan nasi skali sehari ;)



Erkk, apa kaitan dengan ikan keli dengan ikan bawal? saja nak bgtau yang petang tadi makan ikan keli bakar + ikan bawal goreng kicap. Sedapppp.


pss : Best kalau dapat jumpa dengan ayah aku balik. Ya, nanti mahu jumpa di syurga!

26 ulasan:

  1. jadilah anak yang soleh! :) pasti syurga itu menanti kamu dan ayah kamu :)

    BalasPadam
  2. salam,
    Mydin kube kerie? xrajin pergi..

    memang betul ar..Dunia memang kecil.Dimana saja anda berada,anda akan bertemu pada permulaannya..tol tak? hehe..

    wah! ikan keli tue..ternyata sedap..terliur eyh..hihi

    Joe,insyaAllah.dapat jumpa lah balik. Wallahualam... :)

    BalasPadam
  3. amir, jom la lepak2 sane. kat mane skrg?

    BalasPadam
  4. Insya allah, nanti da besar , da ada anak joe jadi good father jugak okey? :)

    BalasPadam
  5. gambar tu 6 tahun lepas?umo 22 ke skrg?

    BalasPadam
  6. suka ikan bawal huhhu...
    picture dari FB tu jim berada dibelakang budak baju kuning kat tengah ehhehe tol tak???
    Entry terkini : kucing nie nak nama yang CUN juga!!!

    BalasPadam
  7. mira, macam mana apa? GB tu website, salah satu event nak buat adalah gathering nanti

    BalasPadam
  8. bro,
    ku rasa yang baju biru gelap tu kot.
    ;)

    BalasPadam
  9. bro,
    ku rasa yang baju biru gelap tu kot.
    ;)

    BalasPadam
  10. ahaa, nampak! yang kat belakang yang panjangkan leher tu kan? senyum mahu tapi malu yang salu anda pamerkan skrg nih.

    oh SBPI Kuantan. cool. another budak asrama yg dapat study abroad

    *stress tetiba*

    BalasPadam
  11. wah bgs2 tahniah ats kejayaan yg dikecapi, moga terus maju

    BalasPadam
  12. aku tau! ko duduk kat depan 2 budak pkai bju merah... tengah tak tengah, tepi tak tepi...

    kan?

    BalasPadam
  13. aku tau! ko duduk kat depan 2 budak pkai bju merah... tengah tak tengah, tepi tak tepi...

    kan?

    BalasPadam
  14. err,...bukan ke yime ni joegrimjow umur 17 tahun???f5 kan waktu ni,..kp INTEK

    BalasPadam
  15. Joe,ak di Kuching sekarang..hehe..oh ya! Joe mintak cara nak buat butang reply komen?? pergi la kat maribinablog.. kalau butang reply yang macam amir punya tue..kena tukar dia punya kod sikit...amacam?

    BalasPadam
  16. Ohhhh.. Itu ke signififkannya ikan bawal dan ikan keli.. Heehee..

    InsyaAllah.. Pasti ketemu di syurga.. =)

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.