Jumaat, 7 Mei 2010

politik : uk sudah berubah, malaysia?

tak sangka, hidup dinegara uk ni, ada hak rupanya untuk mengundi. hak mengundi ini diberi kepada pelajar yang belajar disini untuk tentukan masa depan uk sendiri. kat malaysia pun tak pernah lagi mengundi, tak sangka mengundi kali pertama adalah disini


twitter


account twitter @joegrimjow. sebenarnya macam mana aku bersemangat untuk berpolitik disini adalah disebabkan twitter. ya, bulan lepas ada orang add aku. paul schriven. aku approve saja dan add dia balik. sebab add balik, boleh ketahui update darinya dan kebanyakan update darinya update dia pergi sini, pergi sana, pergi sinun. rupa rupanya dia adalah ahli politik sini!



bertanding untuk liberal democrat, pernah beberapa aku bertwitter dengan dia secara live. kalau ahli politik kat malaysia, ada nak reply twit twit ni? hehehe, muhasabah kepada ahli politik. sibuk? macam ahli politik sini tak sibuk. contoh, bila aku tanya apa stand dia untuk palestine, walaupun tak jawab panjang, dia bagi link untuk aku baca. haa, inilah memancing undi sebenarnya. tak perlu bagi rm 300 untuk balik mengundi, tak perlu perang poster bagai. hehe



suasana hari mengundi, jom kita tengok macam mana

uk

hambar, tak meriah
takde, hari mengundi tetap kena sekolah!
takde pengundi hantu.... kot
nak mengundi cukup senang!
18 tahun dah boleh mengundi
peratusan mengundi 55-70 %


malaysia

meriah, perang poster, yg tu kutuk parti tu, parti tu kutuk yang tu
ada cuti umum, yahuuu, cuti cuti
ada pengundi hantu... seperti dilaporkan
nak mengundi... tak tahu proses, tak pernah
21 tahun keatas kena undi
peratusan mengundi, lebih kurang sama

green party bukan PAS ok. hehe


go liberal go - erkk, undi adalah rahsia
pss : credit picture here



proses mengundi uk

pergi ke tempat pengundian,
'nama dik?' - bagitau nama
dia bagi borang mengundi
tak check id ke ape
dah boleh mengundi


apakah???

memang minda kelas pertama sungguh! ya, tiada langsung kesusahan nak mengundi. runsing jugak kalau ada pengundi hantu. nak jugak tanya kan, 'ghost voter' kat uk ni macam mana, sebab tak tahu istilah sebenar pengundi hantu, tak jadi tanya. hehe. tapi yakin, kat sini takde pasal benda ni. kalau kalah, kalah la, menang menang la. itu baru pahlawan sejati!



result?


Party Seats Gain Loss Net Votes % +/-%
Conservative 288 93 3 +90 10,035,618 36.2 +3.9
Labour 241 2 86 -84 8,024,022 29.0 -6.4
Liberal Democrat 51 7 13 -6 6,361,341 23.0 +1.0
Democratic Unionist Party 8 0 1 -1 168,216 0.6 -0.3
Scottish National Party 6 0 0 0 482,823 1.7 +0.1
Sinn Fein 4 0 0 0 150,638 0.5 -0.1
Plaid Cymru 3 1 0 +1 165,394 0.6 -0.1
Social Democratic & Labour Party 3 0 0 0 107,396 0.4 -0.1
Green 1 1 0 +1 261,879 0.9 -0.1
Alliance Party 1 1 0 +1 42,325 0.2 +0.0
UK Independence Party 0 0 0 0 857,302 3.1 +0.8
British National Party 0 0 0 0 530,335 1.9 +1.2
Ulster Conservatives and Unionists - New Force 0 0 1 -1 102,361 0.4 -0.1
English Democrats 0 0 0 0 61,975 0.2 +0.2
Traditional Unionist Voice 0 0 0 0 26,300 0.1
Respect-Unity Coalition 0 0 0 0 16,329 0.1 -0.1
Christian Party 0 0 0 0 16,294 0.1 +0.0
Independent Community and Health Concern 0 0 1 -1 16,150 0.1 +0.0
Trade Unionist and Socialist Coalition 0 0 0 0 12,007 0.0
Scottish Socialist Party 0 0 0 0 3,157 0.0 -0.2
Others 1 1 1 0 261,897 0.9 -0.2
Turnout 27,703,759 65.2 4.0


source here
pss - di sheffield, liberal kalah.... labour yang menang




overall - labour kalah!

ya, nampaknya berlaku perubahan besar untuk sistem politik di uk. dulu labour dibawah pemerintahan pakcik gordown brown tetapi sudah kalah dengan parti dari conservative. ya, satu perubahan yang cukup besar. seperti BN yang memerintah malaysia sekarang, kalah dengan part pembangkang untuk mengetuai kerajaan. walaupun ada 40 lagi kerusi yang tidak tahu lagi akan keputusannnya, tetapi majoriti yang agak besar kepada consevative untuk menerajui UK sekarang.


ada baik ada buruk


sama sama kita saksikan. kalau di malaysia, PRU hari tu nyaris nyaris BN kalah, untuk next PRU nanti, tak tahulah macam mana. mungkinkah akan sama dengan UK sini. nantikan PRU seterusnya nanti!



student malaysia - orang sibuk mengundi, kita sibuk bergambar. kekeke



student kat manchester pon mengundi



dari kiri - taha, afif, hilfie, kawan dari leeds


org sheffield!!



pss: credit picture to facebook syahirah n hilfie, eica, ku curi satu gambar, hehe


erk, gambar aku takde ke? nak ada macam mana sebab pergi sorang! housemate aku semua tak daftar pun. zakwan, bal, taufiq. haishh korang ni, dah rugi 3 vote dah kat situ! ttak pasti sama ada student sini ramai yang mengundi atau tidak, ada lah beberapa yang ku tahu pergi mengundi, yang lain tak tahu. takpe, mengundi ni tak boleh paksa paksa, biar ada kemahuan sendiri.


erkk, tahun ni mengundi, tahun depan nak bertanding la pulak =)








ada orang nak undi aku tak? kekeke ;)


perubahan parti memerintah - ada baik ada keburukan. satu persoalan, adakah kita menyumbang kepada perubahan itu? tepuk dada, tanyalah kaki yang pergi ke tempat mengundi, tanyalah tangan yang menanda kertas undi =)


pss - tak sabar nak balik mengundi!!!

31 ulasan:

  1. undi undi , boleh undi pos untuk ko joe? hikhikhik

    BalasPadam
  2. me tak daftar and tak mengundi pun...eh..tak tau plak rupa2nya student msia boleh ngundi kat UK yer *ignorance mode * :p

    BalasPadam
  3. hazzy, wannie,wah dah ada 2 org dah ni

    BalasPadam
  4. ade sorang yg sy tau, ahli politik msia yg reply sendiri twit twit ni. anwar ibrahim.

    BalasPadam
  5. hehe, dah add die dah
    ritu dia ada bg DM kat twitter
    mantap la

    BalasPadam
  6. apa dapat kalau undi Joe?
    Ngeh2 macam mintak rasuah r plak.
    haha~

    BalasPadam
  7. klU jOe bertnDing... aku Undi...opppsss undi adlH rahsia...hehhehe




    iduP joE

    BalasPadam
  8. ku tengah kire ni
    dah ada 4 org!

    BalasPadam
  9. owh.. teringin nk g uk.. mmg bes,, hidup tenang n harmoni.. ;)

    BalasPadam
  10. one vote from me too for joe hehhe cayalah joe!!

    BalasPadam
  11. kalau pasal meriah..sampai cuti-cuti tu..ok la.hehe..

    sebab..


    cuba kita terbalikkan situasi.

    Kalau undi kat malaysia ni tak meriah,biasa je,datang undi pun camtu je...

    tak mustahil kita akan kata:

    Kenapa malaysia tak meriah macam orang sana? Macam tak bersemangat je.Undi macam tu baru menarik.Baru meriah.

    kan?

    Manusia kan x pernah puas. =)

    BalasPadam
  12. Wow.. Bertwitter ngan org politik.. Blh gain something ni.. Huhu.. Joe.. Kalau hang bertanding jadi PM Malaysia pon boleh daa.. Heee.. :)

    ~ ku juge tgh bahagia.. lalalala.. :)

    BalasPadam
  13. perbandingan tu hanya perbandingan, bukan baik atau buruk

    kalau bab meriah
    lebih sukakan malaysia
    cuma kutuk2 tu
    boleh letak ketepi
    ;)

    BalasPadam
  14. Memang sangat 1st class punya sistem,
    I follow juga start campaign lagi Brown dah kena, masa debate pun sangat bebas. Semua ada hak menggunakan media.
    Kat Malaysia nak tengok perkara tu...hmmmmm

    BalasPadam
  15. what i can say about UK's politic is its more mature compared to Malaysia. Could be bcoz of its had been applied for more than 50years.

    cara politik malaysia adalah sgt tak menarik dan memberangsangkan.bukan sbb tak puas dgn apa yg ada, tapi thats what we can learn as we experienced more.

    students sini pun mostly are nt ignorant. Its normal to talk about politic, being in the first row to say NO for gov policy- well, its all being appreciated by the rulers. No harm - human right is highly appreciated.

    BalasPadam
  16. suka lar gambar last tuh.. macam bakal YB jek.. hikhik... :)

    BalasPadam
  17. x cukup umo lg nk mengudi.
    tggu thun depan.
    hikhik~
    :pp

    BalasPadam
  18. Nice gilerpost ko ni joe..at least celik la sikit mata akal dan mata hati aku..trimas joe..trimas!

    Bab mentaliti tu..entah la joe, org kita masih berfikir dgn third world mentality lagi rasanya. Masih lagi berpuak-puak..nak buat mcm mana, dah yg tu diterapkan sejak 52 tahun kita merdeka.

    pssss: jeles bona se tgk ko pegi oversea...hehe


    blog kawe: bicara-sang-karipap.blogspot.com

    BalasPadam
  19. a pon xdaftar mngundi lg ni. tp kt msia la.

    hmm..kt sana cmne diorg kempen? ade debate psl manifesto x? semua parti leh promote kt tv?

    BalasPadam
  20. munsyi
    semua boleh
    itu konsep keterbukaan
    urmm

    iman
    well said
    nanti nak buat entry comparison between sini n malaysia

    BalasPadam
  21. ok.. nk undi gak *blom daftar lagi neh.. penat kanda aku berdebat dgn aku pasal undi2 neh.. ehehe

    BalasPadam
  22. susah untuk memilih pemimpin..hoho

    BalasPadam
  23. .i da ckup umur
    .yay~~
    .bole mengundi!

    BalasPadam
  24. x kisah kwn2 smua nk undi joe~!
    =P

    BalasPadam
  25. joe...u blh fb dgn PM...i swear!

    BalasPadam
  26. jauh lagi kalau malaysia nak jadi macam uk tu..

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.