Selasa, 4 Mei 2010

nama blogger tu ialah hisham

hi,

saya nak cerita sikit pasal dunia blog
iye
dunia yg orang kata tiada sempadan
awak duduk uk ke
awak duduk ampang ke
awak masih boleh berhubung
berkongsi gelak, tawa, suka dan jeles2
semua tu dikongsi melalui entry masing masing
;)


kali ni saya nak cerita kawan saya
nama die hisham
ermmm, macam mana nak start ek?
ok, saya start dengan macam mana saya dengan dia boleh kenal


masa tu dia datang komen ke blog saya
sebab saya ni cukup peka dengan nama2 baru yang mengomen
saya buat lawatan balas balik
as simple as that
lepas tu kami pun masing masing balas komen antara satu sama lain



masa berlalu
dah jarang saya ke blog dia
tapi dia setia jadi pengomen di setiap entry saya
mungkin sebab tak selesa
dia buat entry ini kepada saya


Aku pernah menegur tiga org blogger iaitu, Cik miera, Cik farae dan Mr Joegrimjoe..sbb asik aku je p blog dorang komen tapi dorang xde pn dtg komen kt blog aku...dan dorang ckp aku x ikhlas dan x jujur..ini bkn pasal keikhlasan ataupun kejujuran, tapi hormat menghormati antara satu sama lain.,bak kata perpatah melayu.." org berbudi kita berbahasa org memberi kita merasa "...

Tetapi, selepas tu cik miera dan cik farae selalu terjah blog aku dan menjadi akrab dgn aku, selalu gak aku berYM dgn Cik Miera ni.tapi Cik Farae aku xde YM die...hehe, Mr. Joe plak ade gak terjah, tp dua kali je..tapi aku selalu p blog die bg komen dan aku x buang pn link die kt blog aku..adakah aku x jujur??..dan byk lagi link2 blog yg aku komen tp dorang xde pun dtg terjah aku balik..sorang dua org adela..itupun jarang2 dan lagi blog2 yg aku selalu terjah tu pun xde link aku, aku x kisahpun n x dengki pun..kalo aku mrh dh lame aku buang link dorang kat blog aku tu, adakah aku x jujur atau x ikhlas???


saya tahu
ini adalah keghairahan blogger2 baru
mahu menjadi semua yang lama dalam industri blog ini sebagai kawan


hubungan antara saya dengan dia mula renggang
dia seolah merajuk dengan saya
mula mula memang saya komen sesuatu yang bunyinya panas
saya cakap kat die yang dia tak ikhlas nak berkawan
tambah renggang hubungan kami....


tapi itu hanya sekejap
dalam dunia blog
kita jangan cari ramai musuh
cari ramai kawan
saya ambil inisiatif untuk komen sesuatu yang membina kepada dia


'nak jadi blogger yang tahan lama, kena hasilkan entry yang best dibaca'


kagum dengan dia,
kalau blogger baru lain
dengar ayat yang bunyi poyo macam ni
terus akan bermusuh dengan kita
tapi dia tidak
dia ambil nasihat ini dan entry dia berikutnya
cukup best untuk dibaca, kena dengan jiwa saya
dan followernya bertambah ramai selepas itu


sweet hisham ni
dia ada buat video untuk saya dalam entry ini


Lagu ni juga aku tujukn pd bloggers kite yg study kt England :
~ Joegrimjoe bakal jurutera




ok ok
video ni bukan untuk saya sorang
untuk semua bloggers yang belajar di oversea
thank u hisham ;)


dengar jangan tak dengar
sweet kan suara dia?
=)


masa berlalu
kami teruskan kehidupan macam biasa
dia bahagia dengan boneka
dia ceria dengan kapten


jeleslah korang ni buat gathering tanpa saya!
haishh!
jeles ok


saya pernah komen kat dia
balik malaysia bulan 6 ni
kita kumpul2 borak pasal blog
dia kata ok
saya senyum






tapi
tadi saya buka blog
rata rata blog yang saya follow
buat ucapan takziah kepada hisham



akak jard buat
kapten luffy pon buat
alie pon ada buat


dalam hati saya
hisham ni, dah tak mahu berblog dah ke?
hisham ni, dah bohsan dengan berblog dah ke?
mentang2 dah kawen, blog nak dilupakan?
ish2, tak patut tak patut



tapi bila saya baca elok elok
takziah itu bukan untuk blog dia
tapi untuk dia






hisham dah takde.....
jumpa tuhan








serius saya sedih
walaupun tak pernah jumpa saya tetap sedih
hilang seorang kawan blog yang rapat dengan saya
ya, sampai sekarang saya masih sedih


saya ambil wudhuk
saya solat jenazah ghaib
walaupun jauh saya tahu Allah akan terima
saya doa supaya roh hisham bersama dengan orang orang beriman


awak....
doa untuk kawan saya juga ya



pss : entry last dia ada keyword 'mati', kamu tetap dihati saya hisham!

55 ulasan:

  1. joe, kenapa entry ni begitu sedihhhhhh?>.. menangis aku baca. tanak kawan joe..

    BalasPadam
  2. ada org lagi sedih
    yg pernah jumpa lg sedih

    harap isteri dia tabah

    BalasPadam
  3. itulah ketentuannya..
    aku nak kagum pasal dia main gitar tapi rasanya lebih sedih walaupun tak penah bersua dan melawat blognya sebelum ni

    BalasPadam
  4. innalillah..
    smoga rohnya dtemptkn bsama org2 beriman. ssungguhnya Allah lebih sygkan dia
    trasa sangt rugi kerana xsempat utk kenal dia n blog dia sbelum ni..

    BalasPadam
  5. 2 la.. saya pun baru jalan jalan blog walking.. ramai ucap takziah...
    mati tidak tunggu kiter walau sesaat kan.. alfatihah buat saudara sesama islam kita...


    alfatihah...

    BalasPadam
  6. baru tahu tentang berita ni, salam takziah buat keluarga beliau.

    BalasPadam
  7. alfatihah ...
    arwah bro hisham klaka n baik.
    entry ni wat hati aku sebak.


    *Sedih*


    *kehilangan*



    :( Big Hug Joe

    BalasPadam
  8. sedih baca entry awak nie joe....

    BalasPadam
  9. ye ke joe?
    ish berderau aku dengar..

    Dia dah kawin ke? Ke dia kawan baik lumut?

    BalasPadam
  10. al-fatihah..

    semoga roh nya dicucuri rahmat..

    BalasPadam
  11. Sophie kanal brother nie..Dulu de gak terjah blog dia..Tapi sejak balik hostel internet lembab.. Malas nak menrjah dah..

    Al fatihah untuk dia.=)

    BalasPadam
  12. joe asal ko buat entry macam ni..
    mengalir pulak air mata...

    abang hisham memang dekat dgn alie.
    mcm abang sendiri dah..
    ingat lagi dia pernah janji dgn alie

    'nanti nak posting abang tolong ejas masuk sekolah area rawang'

    sebab dy kerja dengan ***


    terkilan arwah jemput pergi kenduri kawen xdapat pergi..

    terkilan sebab kami pernah janji nak jumpa kalau dia balik kelantan..

    dah tak ada semua tu...
    tapi abang hisham memang baik..
    dia tetap terpahat dalam hati sesiapa yang mengenali dia..


    ~ralat tgk YM dia masih on..

    BalasPadam
  13. joe asal ko buat entry macam ni..
    mengalir pulak air mata...

    abang hisham memang dekat dgn alie.
    mcm abang sendiri dah..
    ingat lagi dia pernah janji dgn alie

    'nanti nak posting abang tolong ejas masuk sekolah area rawang'

    sebab dy kerja dengan ***


    terkilan arwah jemput pergi kenduri kawen xdapat pergi..

    terkilan sebab kami pernah janji nak jumpa kalau dia balik kelantan..

    dah tak ada semua tu...
    tapi abang hisham memang baik..
    dia tetap terpahat dalam hati sesiapa yang mengenali dia..


    ~ralat tgk YM dia masih on..

    BalasPadam
  14. al - fatihah
    iskk ~

    BalasPadam
  15. ko berjaya buat ku mengalir air mata buat sekian kalinya..

    die memang jenis kalau tegur die akan mengambil inisiatif untuk berubah.

    Aku suka peribadi tang itu.

    walau gaduh2 manja dgn die.. selalu gak berdebat... tp last2 die akan minta maaf jugak jika terkasar bahasa.

    siot.. nanges lagi.

    al-fatihah

    BalasPadam
  16. tak sengaja nak buat entry sedih
    dah tangan laju menaip
    ingat lg dulu ada debat2 dengan dia
    n dia akan minta maaf dulu walaupun ak habis berdebat lagi

    part tu yg kagum dengan dia...

    eica
    hisham dah kawen
    die baik dengan lumut
    anggap adik2 dia kot

    BalasPadam
  17. terasa sgt sbb ku follower dia jgk.. huhu.. sedih lah...


    dunia blog.. terasa sgt mcm kita ni satu fmily wlwpun kt mana kita ada and hanya knl kat dunia maya.. huhu..

    al-fatihah,,

    BalasPadam
  18. Ouh.. This entry make my tears running down.. Kehilangan dia sangat2 dirasai.. Banyak juge pengalaman peribadi ku lalui dengan bro Sham, dia seorang yang sangat baik as a friend.. Banyak tolong daku.. Masih terkejut dengan berita kehilangannya.. Takkan ade lagi usikan dari dia dengan panggilan Doc.. Semoga rohnya tenang di sana.. Buat keluarga dan isteri, semoga tabah menerima pemergiannya.. Al fatihah..

    BalasPadam
  19. alfatihah.entri ni buat air mate aku bgenang walaupun aku xpenah bc blog arwah or kenal arwah.let him rest in peace.

    BalasPadam
  20. entri ni sedih..al-fatihah buat allahyarham :(

    BalasPadam
  21. Al-Fatihah buat arwah. Moga-moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.

    Takziah juga buat keluarganya.

    BalasPadam
  22. sedihnye...alfatihah..selalu gak baca blog dia..

    BalasPadam
  23. usikan dia memang menjadi
    itu buat antara jadi rindu

    BalasPadam
  24. takziah utk keluarga arwah hisyam

    BalasPadam
  25. innalillah. dah janji dia.doakan yang terbaik untuk dia di sana

    BalasPadam
  26. sedihnyer... :(
    aku doakan arwah ditmpatkan bsma org2 yg beriman..amin
    al-fatihah

    BalasPadam
  27. sebak dr td
    aku thn je air mata ni
    smoga arwah tenang di sana.
    alfatihah.
    *terlalu sebak nak menaip.

    BalasPadam
  28. sedeyh.......
    xtau nak ckp ape.
    terharu sgt,
    al-Fatihah.

    BalasPadam
  29. Innalillah...

    Ya Allah.. tak sangkanya Allahyarham dah kembali kepadaNya.. hu.. moga dirahmati dan dicucuri rahmat.. Amin.. AL-FATIHAH



    MAY HAPPINESS BE AROUND YOU NOW AND FOREVER

    BalasPadam
  30. moga Allah permudahkan urusannya di alam barzakh... moga ditempatkan bersama org beriman.. amin... Al-Fatihah..

    innalillahi wainna ilai hirojiuun...

    BalasPadam
  31. Al-Fatihah buat dia~

    dia kalau tak komen entry aku pun, dia tetap akan tinggal jejak kat Shout Box~ gurau, tanya apa khabar aku

    =(

    dan sedih yg amat cz tak sempat pergi majlis kawen dia~

    BalasPadam
  32. tepok2 pndai maen gitar...:D

    Al-fatihah buat arwah,moge ditmptkan dlm glgn yg mndpt keredhaan-Nya.ameen...

    BalasPadam
  33. apalagi nak aku cakapkan,?
    diorang yg lain dah pun cakapkan.
    sedih, sungguh baca tulisan kalini sedih.

    selama ni kuingat cukuplah jadi silentreader ko, tp kalini mmg patut katakan sesuatu.

    ko buat aku segan, sebab entri ni ko buat aku sebak. sape xrasa sedih hilang kawan baik kan.?

    BalasPadam
  34. ✿...salam takziah buat arwah Beostanual Hisham Sheikh Othman ....semoga beliau tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman....amin....Al-Fatihah (T_T) kehilangan sorang blogger yg sangat baek hati......✿

    BalasPadam
  35. harap isteri dan family arwah tabah ngan semua ni...~Al-fatihah

    BalasPadam
  36. Aku tak sempat nak kenal dgn bro Hisyam, btw... aku dpt tau dri GB td, rupanya bro kenal dgn arwah... hehe... Takziah diucpkan buat keluarga Arwah dan Al Fatihah...

    BalasPadam
  37. al Fatihah...agak touChing baca en3 & komen3 kat sini...



    wlaupuN mmg xkenal & xprnah baca blog dia....tp en3 nie buatkan rase cam dkat lak... moga rohnya dicucuri rahmat ke atasnya...

    BalasPadam
  38. ohhh sangat sedih cerita in i. tapi emtri bro sham pasal blogger tu memang aku ingat.

    BalasPadam
  39. Al-fatihah...sedey jugak..terasa kehilangan arwah....

    BalasPadam
  40. Sedihnya bila saya baca entry ni. Lebih - lebih lagi bila pihak saudara pernah berbalas komen dengan arwah. Dan yang paling sedih sekali apabila tak dapat melihat wajah arwah buat kali terakhir. Saya dapat merasakan kesedihan itu juga. Walaupun saya tak berkesempatan untuk mengenali arwah, tapi melalui penulisan rakan-rakannya..saya seolah-olah dapat merasakan kehilangan seorang sahabat..dan sampai bila2 pun saya tak akan dapat berpeluang mengenalinya. Apa yang kita boleh buat sekarang ini ialah hanya sedekahkan Al-Fatihah buatnya. Semoga dia berbahagia di sana. Moga isteri dan keluarga arwah tabah menghadapinya.

    BalasPadam
  41. one thing i never forget bout him is that kalo dia komen kt blog..
    dia xkan pernah lupa wish take care..
    & i realise that semua blog dia pegi dia ckp cmtu..
    dia seorang yg caring..
    i miss him..
    al-fatihah..

    BalasPadam
  42. Salam Bro..
    saye sedih sangat sangat. walaupun saya baru je kenal & tahu pasal En.Hisham ney kat sini, kat entry ney. Takziah buat keluarga arwah.

    Semoga arwah dicucuri rahmat.. airmate sy mula berjurai2 tatkala mendengar petikan bunyi gitar yang dimainkan arwah dengan membawa lagu yang bertajuk TEARS IN HEAVEN.. subhanallah.. Moga Allah jaga Encik Hisham ney baik baik.. amin.

    BalasPadam
  43. even saya x kenal dia tp saya ttp sedekahkan al-fatihah utk dia..
    smoga dia dtempatkan dikalangan org2 yg soleh..
    amin..

    *joe.. jgn sedih.. if ko sedih, aku pn sedih..*

    BalasPadam
  44. innalillah. Semoga keluarga nya tabah. Kalau boleh ambil tulisan2 die yg bmanfaat, pahala ilmu yg dia sebarkn tu akan dapat insyaAllah.

    BalasPadam
  45. sehari sebelum keluar berite psl die..baru je bukak blog die..esoknye bukak lagi sume ucapan takziah..tak sangke..al fatihah..

    p/s - joe..mesti tak ingat aku dah kan..same2 kelab boling kat kmm..klu tak slh org la..huhuu...

    BalasPadam
  46. sangat sedih..hurm...semua entry pasal bro syam ni buat saya nges...

    BalasPadam
  47. sdihnya..ssh nak jumpa org yg jujur mcm hisham tu..

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.