Ahad, 9 Mei 2010

entry untuk ketua polis negara : sheffield vs malaysia

nota awal : alhamdulillah, sempat bangun semalam untuk qiyam. cuma ESQ kali ni riadahnya takde. sebab takde orang, satu pembaziran sebab bayar 20 pound untuk court, tapi takde org, ada 5 orang je, kalau ada bola boleh sepak sepak, ni bola pun takde. muhasabah untuk komiti ;-)


*****

ini video yang ku ambil dari youtube mengenai kes kematian arwah Aminulrasyid Amzah, rakannya yang berada di samping ketika dia ditembak mati oleh polis memberi keterangan yang agak bercanggah dengan laporan akhbar dan berita





nota awal : entry ini adalah hasil daripada pemerhatian penulis semata mata.



pengajaran dari kisah arwah Aminulrasyid Amzah


walaupun kes ini sudah lama berlaku, bukan niat untuk menimbul balik isu ini. cuma tadi berpeluang untuk melawat laman web rasmi polis diraja malaysia, ku cuba cari sedikit sebanyak info yang boleh di tambah baik.

'hang takde keje ke nak buat, duk cari kesilapan orang'

bukan takde keja nak buat, tapi ini sebagai tanggungjawab rakyat malaysia yang terpanggil untuk berkongsi pandangan. exam 2 minggu lagi, bukan penghalang untuk menulis serba sedikit


struktur PDRM : sumber


Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 102,037 orang pegawai dan anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.

Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.


sebenarnya baru tahu akan kewujudan polis tambahan ini, dulu ingatkan semua pegawai polis adalah hanya bekerja sebagai polis semata mata. rupa-rupanya ada juga yang polis part-time. cuba cari lagi di laman web ini bagaimana untuk apply, tak jumpa. jadi terpanggil untuk cerita serba sedikit pengalaman berhadapan dengan polis


report basikal di curi -
basikal diletak di tempat parking pasar malam, balik, basikal dah hilang! pergi buat laporan polis

tindakan polis -
gelakkan dan mengejek aku sebab lalai dalam menjaga basikal. ingat polis takje kerja lain nak cari basikal ko? ok, ini gurauan, tapi adakah gurauan ini menunjukkan sikap professional



kerjaya polis kerjaya professional


cukup besar untuk jaga amanah keselamatan negara. memang kerjaya untuk menjadi polis ini sepatutnya diletakkan setaraf untuk jadi doktor yang merawat orang dan engineer yang mengendalikan mesin2. walhal kerjaya sebagai polis ini dilihat lebih memberi impak yang lebih besar kerana deal dengan keselamatan. satu entiti yang sangat penting untuk kehidupan kita!


tetapi budaya sekarang, seolah-olah yang dapat menjadi polis sudah tiada pilihan lain. nak ini tak dapat, itu tak dapat, last-last jadi polis. memang tak dinafikan ada polis yang berpelajaran tinggi, tapi kebiasaannya yang berpelajaran tinggi ini hanya memegang tampuk diatas, tetapi dibawah yang mengendalikan tugasan 'menangkap orang' 'menyaman orang' tak ramai yang dari golongan elit. dimana letakknya professional tugas seorang polis.


hal ini bukan saya salahkan kepada ketua polis negara, yang mana dia bukanlah orang yang menentukan semua perkara ini, tetapi kepada mentaliti masyarakat kita. kenapa ramai yang meremehkan kerjaya sebagai polis. kalau ada anak murid ditanya cita cita nak jadi apa, kata murid tu mahu jadi polis, rakan sekelas mentertawakannya.


~~~~~

soal lain - budaya masyarakat kita


roadblock - ada kesalahan, bayar ditempat kejadian lebih murah berbanding bayar di pusat bayaran. pasti tidak wujud rasuah disini? tak wujud penipuan disini? mana pergi integriti?

sama-sama berubah!

~~~~~


kepada ketua polis negara,

ada 2 cadangan yang boleh dipertimbangkan.

1) pemilihan sukarelawan adalah melalui sistem tapisan yang betul

rasanya perlu ada sistem tapisan yang betul betul menjurus kepada professionalism. memang banyak polis sukarelawan, polis tambahan dan macam macam lagi. untuk menjaga status polis di mata masyarakat, haruslah sediakan satu pelan tindakan yang konkrit agar yang menjawat jawata polis sambilan ini, tidak mencacatkan instituisi polis di negara kita


2) setiap polis tahu 'apa perlu' dibuat bila berlaku sesuatu kes

kalau ada sebarang jenayah, apa tindakan perlu dibuat? kalau ada kes memotong kereta polis dalam keadaan mencurigakan, adakah perlu terus menembak? kalau berlaku kes pecah rumah, adakah perlu ejak dulu si pelapor barulah ambil segala detail? walaupun memang ada garis panduan yang dibuat, berapa kerat yang buat tu boleh dipersoalkan. suka dengan cara polis disini, ada kes curi barang ketika berjalan balik ke rumah, telefon walau jam 2 pagi, tak sampai setengah jam akan ada pegawai polis yang datang ambil keterangan. lepas tu ada update mengenai kes yang dilaporkan. walaupun memang sangat jarang pencuri ditangkap, sekurang kuangnya si pelapor lega sebab tindakan yang betul telah dibuat


cadangan memang banyak, setakat mana yang dijalankan itu yang penting


******

ini sedikit fakta menarik pasal polis di Sheffield

walaupun 'safe' tetap kena berhati hati!

Crime in Sheffield is at its lowest level in four years.

In the twelve months up to March 2008 vehicle crime fell 25 per cent and robbery dropped 23 per cent compared with the previous year.

Burglary is at its lowest level in six years and criminal damage is at a three-year low.

Working towards keeping crime down is the city’s 981 officers and 164 members of support staff.

Chief Superintendent Paul Broadbent, policing head for the district, is committed to tackling the things that matter most to the public.

To do this dedicated safer neighbourhood teams have been set up to tackle issues that affect people’s day-to-day lives, like criminal damage and nuisance behaviour.

The teams include police officers, special constables plus local authority wardens and ambassadors making them multi-agency crimebusters.


sumber : south york police website
******


paling ketara adalah sikap. attitude. walaupun entry ini tak dapat bagi apa apa impak kepada dunia polis, at least bagi yang bercita-cita mahu jadi polis, akan ada satu perasaan tanggungjawab yang besar untuk menjaga keselamatan negara!


fakta : ranking alexa website polis malaysia : 277,269 (mantap niii)


pss : macam KPN baca blog ni kan ;-)

44 ulasan:

  1. aku slu ada maksalah ngan polis.
    buat report dekat berjam baru abis


    tp, x semua ...
    haisshhhhhh

    BalasPadam
  2. bagus arr lu joe ...
    kritik then bagi jalan
    aku ske ...

    BalasPadam
  3. and entry ni professional x emotional ...



    ((dah ... zzzzzzzzz))


    >>___<<

    BalasPadam
  4. tahu takpe.
    professional.
    that's the word.
    ;)

    BalasPadam
  5. lol
    tegok komen dah ada 6
    banyak wlpon baru post

    ok, hargainya
    ;)

    BalasPadam
  6. since haritu nak wat post about this case but being delayed.

    agree with the point yg there is something wrong with low level system dlm structure police tu sendiri. such as gaji tak banyak results in rasuah. and kalau tengok adapolice yg memang saja jaga kawasan kampung saman dak sekolah bawak bike , but then minta rasuah. Nak dapat saman or nak bayar dorang?

    Where the intigrity goes?

    Or faktor kekangan gaji yg kecik caused them to do as such?

    but kes Aminnurrasyid in a positive ways, giving us the oppurtunity utk reconstructure the police system itself.perhaps, if we use this oppurtunity wisely.

    wsalam

    BalasPadam
  7. ada unsur politik jugak dalam kes ni,hmmm.

    tak boleh salahkan poliskan jgk sebab kalau ada pape pun kita cari dia jugak kan?tp biasalah manusia,kekhilafan tu ttp ada..

    terkilan sebab kes ni timbul byk versi =(

    nampak sgt kuasa autonomi memanipulasi..

    BalasPadam
  8. aku tatau napa semakin dewasa aku semakin byk sgt mslah ngan polis...nak parking keta masa time solat jumaat pun aku still ada maslh ngan polis..


    huh~~

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. malas nak kondem banyak2
    karang gengster ni semua belasah aku pulak

    BalasPadam
  11. hmm.. selama ku dok mesia neh.. ku buat laporan polis utk perkara berikut je

    1. laporan polis untuk mengesahkan sesuatu yg berlaku jika aku tak dpt hadir ke opis

    2. laporan polis untuk tuntut insurans.

    3. laporan polis untuk menyaman pihak yg berkenaan.

    hah.. itu ja kot.. kalau kecurian semua itu.. penting gak sebenarnya untuk masuk rekod. bila ada bnyk kes kecurian yg berlaku dlm fesen yang sama.. senang sket polis nak memantau dan tangkap penjenayah.

    itu kegunaannya report... huhu...

    statistiks are important for every case. takda report.. susah buat kerja

    BalasPadam
  12. jgn ckp buat laporan polis adalah perkara yg sia2...

    BalasPadam
  13. kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    kenapa bila ada polis yang mati and cedera kena langgar ngan orang awam,tak de pulak jadi camni.

    papepun.
    hope pihak polis dapt berubah.

    BalasPadam
  14. Frodo tu komen memain ke apa tu wat cam tu tu? hahaha.



    Sometimes susah jugak jadi polis ni. Ish..

    BalasPadam
  15. aku pernah kena tuduh mencuri oleh polis huhuu~

    BalasPadam
  16. erkk,
    banyak luahkan pasal tak puas hati dengan polis, entry ni cadangan, bukan apa2 ya

    BalasPadam
  17. kesian plak aku kat POLIS

    KAMBING HITAM masyarakat Malaysia sendiri

    Pencapaian diorang x ada org tepuk

    kesalahan diorang semua suka cerita

    ***********

    Bila masa suatu hr nanti kita berada dalam situasi tersebut... kita akan tahu mcm mana rasanya seperti apa yang POLIS rasa terutamanya mereka yang benar2 buat kerja

    BalasPadam
  18. Ouh.. Soal tak puas hati tu sntiasa jek ade.. Tp kalau nak wat bandingan dgn beberapa negara lain, malaysia pny polis maseh lagi not bad.. Cume banyak lagi laa kene upgrade.. Huhuhu..

    BalasPadam
  19. moga2x ketua Polis negara bace entry nih. memang kesian nasib menimpka family arwah..huhu

    BalasPadam
  20. entry yg sgt professional :) thumbs up joe!

    BalasPadam
  21. bukan senang nak puaskan hati semua orang...

    kita mestilah mengikut lunas undang2...

    polis mestilah beramanah dan meningkatkan tahap profesionalisme...

    kalau x mahu polis makan rasuah, kerajaan kenalah naikkan gaji polis dan taraf hidup keluarga polis...

    masyarakat sendiri mestilah tidak memberi rasuah kepada sesiapa sahaja termasuk pihak polis dan pasukan penguatkuasa...

    kalau masyarakat malaysia berintegriti, aku percaya polis pun akan lebih beramanah...

    mulakan dengan diri kita... benci rasuah...

    p/s: aku rasa polis menjalankan tugas dengan baik dalam byk aspek berbanding dengan negara2 yg membangun yang lain...

    BalasPadam
  22. kapten, sepatutnya soal keselamatan ni, semua kena BAIK walaupun musthail sebab buruk skit pon... akibatnya banyak. bukan mahu belakangkan tugasan seorang polis, cuma mentaliti polis dan juga masyarakat kena ubah

    BalasPadam
  23. kawie, soal gaji ni isu lapuk, entah bila nak selesaikan pun tak tahu

    BalasPadam
  24. sorg polis buat busuk,mesti semua pun kena jugak.mmmg yg jd masalah ielah attitude.kalo org awam xwat hal,polis pn xwt hal gak.

    BalasPadam
  25. Ada sesetengah rakyat benci kepada polis, tunggu kes seperti ini terjadi.
    Tunggu peluang untuk kutuk,jatuhkan,persoalkan kuasa dan professionalism polis.

    Tak kira apa pun keputusan siasatan terhadap kes Aminulrasyid, rakyat tetap memerlukan polis untuk jaga keamanan.

    Yang penting sikap. Sikap rakyat dan sikap polis.

    Rakyat kena yakin pada polis.

    Polis pula haruslah benar-benar berkhidmat pada rakyat ,beerti polis harus ada sistem yang bagus agar dapat mencapai objektif sebenar iaitu berkhidmat untuk rakyat.

    BalasPadam
  26. betul bro.. memang isu gaji nih dah lapok tapi masih menjadi api dalam sekam sehingga kini...

    sama seperti isu rasuah yg beratus2 tahun diamalkan sejak dulu dan x setle2 hingga kini...

    kena tangani isu ini dengan berkesan..

    yang utama masyarakat kita mestilah berintegriti dan bencikan rasuah...

    BalasPadam
  27. adzim, ku tak rasa polis malaysia sudah capai tahap profesional yg sepatutnya. sebab tu entry ni ditulis

    kawie, btol2, integriti tu nilai ada dalam islam, tapi kenapa tak diptaktikkan oleh umatnya? urmm

    BalasPadam
  28. polis maken ganas kott . macam gangster pun ade . huu .

    BalasPadam
  29. pak mentua aku polis dan di panggil polis yg tak pernah saman orang sepanjang lebih 25 tahun berkhidmat huhuhu

    BalasPadam
  30. polis oh polis...

    bertugas demi negara

    so be professional

    wah gitu

    BalasPadam
  31. profesional yg sudah jarang dipraktikkan ;)

    BalasPadam
  32. bile le polis mesia ni nk berubah ek

    BalasPadam
  33. Kalau boleh, jgn la jadik polis. Sebab polis ni belum tentu "bersih". Teori konspirasi masih lagi kuat dalam organisasi polis ini.


    p/s: mekasih sebab lawat blog sye.

    BalasPadam
  34. xle nk banding polis luar ngn polis m'sia.. jauh panggang dari api.. mmg cekap tp x professional..

    BalasPadam
  35. tapi aku rasa pakcik aku je buat keje ngn baik

    pakcik aku ade di kalangan dlm gmbr kt atas tu

    BalasPadam
  36. jgn kutuk polis
    sebab tanpa polis mmg negara kucar kacir... kot?

    cuma, ada penambahbaikkan, kita bagi
    negara kita juga

    BalasPadam
  37. jgn kerana 100 polis buat kerja sambil lewa, dan rasuah...beribu2 lagi polis pun kena tempias di salahkan...
    kalau rumah masuk pencuri..dgn polis jugak kita mengadu kan...

    BalasPadam
  38. Bila polis kena tembak dengan pencuri/perompak etc, kenapa tak ada orang sibuk nak buat penyiasatan diraja?

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.