Jumaat, 30 April 2010

mama sayang saya tak? saya sayang mama

mama...
hari tu masa saya mula dengar org luar cakap
saya sungguh seronok
tapi berada dalam perut mama
saya tak pernah rasa mama gembira



mama...
hari tu saya dengar mama marahkan seseorang
mama cakap kenapa tak mahu bertanggungjawab
saya tak paham dan mama selalu memekik
saya nak tutup telinga sebab bising
tapi tangan saya tak sampai



mama...
hari tu mama nangis
ada suara laki yang sebut 'gugur' 'gugur'
walaupun tak paham ape itu gugur
tapi saya takut dengan perkataan tu
betul... saya takut sangat sangat



mama...
hari tu saya dengar mama doa sesuatu
mama nanges mintak petunjuk
mama kata keluarga mama dah tak terima mama
mama kata lelaki itu dah tak sayang mama
mama kata mama dah takde sape sape
cuma ada saya
dan juga Dia




mama....
saya syukur mama dah bertaubat
saya syukur mama mahu lihat saya
saya syukur mama mahu lahirkan saya
saya syukur sebab mama sayangkan saya



tapi mama....
kenapa masa mama lahirkan saya
mama buang saya kat rumah orang?
mama sayang saya tapi mama bagi saya kat orang lain...
tali pusat saya pun masih ada
cuma selimut pakaian saya



mama tak tahu ke saya sangat sejuk masa tu?
mama tak runsing kalau saya mati ketika itu?
mama tak takut kalau orang jahat ambik saya?
mama tak kesiankan ke anak mama yang kecik ini?



syurga dibawah kaki ibu


walaupun saya tak tahu apa dosa saya
walaupun saya tak tahu apa kesalahan saya
maafkan saya jika saya ada buat salah pada mama
maafkan saya jika saya ada singgung perasaan mama
ampunkan saya sebab saya mahu masuk syurga tuhan



saya akan sentiasa doa untuk mama nanti kita boleh jumpa lagi kat syurga....
(source)




pss : tak pernah lagi jumpa kes buang anak kat UK sepanjang duk sini. kadang2 rasa malu negara kita islam tapi.... astaghfirullahhalazim.... minta komen untuk dimatangkan isu ini

44 ulasan:

  1. ..dengarlah rintihan hatiku.

    insaf kejap.

    *thanks sharin this, Joe..

    BalasPadam
  2. Sedihnya baca ni.....
    Ya Allah...sebak plk rasanya...

    BalasPadam
  3. Hebat juga kamu berbahasa.. Menyentuh hatiku.. Huhu..

    Mase2 mcm ni orang akan ckap, haiwan pon sayangkan anak.. Hmmmmmm.. Kita dah dicompare dengan haiwan.. Kita ada akal, tapi haiwan takde..

    BalasPadam
  4. Tewas dengan syaitan belaka ni...

    BalasPadam
  5. serious sebak when going trough it. lots tried to show how bad it is the phenomenone buang bayi, but less can show whats they baby's feeling. Of course they do have feeling.

    I'm much more interested in the foot note as in UK, there are very little and somehow i think i never heard of the issue here.

    Had been into the discussion about this. We could touch about Sex Education in Malaysia where most of the teenagers Do It but less know how to prevent Pregnancy.

    But we have issues about having Sex Education at school. In my opinion, it is important, but we cant 100% copied UK's syllibus. We need to tailored it to our objective.

    The second thing is: the community. How we support the single mother. How we look at them. I involved in charity and found Baitul Islah, a place helping those remaja liar yg mahu bertaubat. There is where dakwah take place.

    As a good community, it is true that they are wrong, but blaming them, accusing them is not the right way. We need to grab them and show the right way.

    In UK they have single mother organization. Supporting these people.There are pro and cons and of course we need to tailored things to our need depending on our culture before implementing them.

    wallahualam

    - i can make a new post if i keep on deeper- huhu

    BalasPadam
  6. kat sini memang la takde kes buang bayi. because..

    1. they go into sex education seriously. kat malaysia, they thought sex ed is just a way for the kids to go kinky. heh.

    2. it is not a moral issue so much for unmarried woman to have babies. mereka tak malu, so tak buang bayi. kalau mereka taknak, boleh kasik adopt kat orang lain.
    religion dan kehidupan disekularkan.

    3. most importantly, single mothers are usually those yang belum kawin (besides those yang bercerai) tapi dah ada anak. and they get BENEFITS! ni yang orang2 taxpayer dok bising sbb benefits ni. so buat apa diorang nak buang bayi? mereka dapat duit lagi untuk kehidupan mereka and jaga bayi tuh

    BalasPadam
  7. @Iman, saya stuju ilmu seks / sex education itu penting..tapi sebenarnya yg kami orang islam kat malaysia bangkang adalah sebab kita nk guna gak perkataan 'sex education' yg bercanggah sangat la ngan akidah kita.

    kita dah ada agama islam, agama fikah yang patutnya diperkuat utk rangkumi gejala ni..tak perlu 'sex education', tp ilmu fikah..

    BalasPadam
  8. bersedih dan malu. xsanka kat uk langsung tadek kes buang bayi....mmg beza

    BalasPadam
  9. org singapore dlu ckp org m'sia xbertamadun n ganas, kite yg marah diorg.. padahal mmg btol pn kata2 diorg.. tp x smua la kan..
    =)

    BalasPadam
  10. kecewa pendidikan seks disekolah x jadi..


    tp kalau ada pun tp agama kurang x jadi jugak..


    jadi kena la equilibrium omputeh kata

    BalasPadam
  11. mungkin,
    di UK,
    anak luar nikah itu biasa.

    yang perlu diubah,
    fikiran orang malaysia.

    dikandung anak luar nikah,
    dicaci hina.

    kita semua sama.

    siapa kita untuk menghitung dosa/pahala?

    BalasPadam
  12. sebenarnya bila kita makin dekat padanya makin besar dugaan.

    mungkin sebab di UK orang kurang sensitif dengan isu anak luar nikah tapi di Malaysia ia adalah isu yang mengaibkan, sebab itu mentaliti orang yang terjebak jadi cetek untuk terus buang sahaja semata-mata untuk menutup aib.

    BalasPadam
  13. Rakyat Malaysia gemarkan pembaziran, dari sumber tenaga, air, makanan sehinggalah ke bayi. Rasa macam tak Malaysia kalau tak buat perkara-perkara yang macam tu.

    BalasPadam
  14. nanti try search pendidikan sex kat malaysia, boleh buat tajuk baru

    BalasPadam
  15. kadang orang rasa islam bila unsur islam dikaitkan,
    bila sendiri diperlakukan bersifat iblis,
    agama sekadar ritual semata tapi pegangan dilepaskan, nafsu diutamakan.
    Islam cuma dalam Kad Pengenalan, hati busuk lebih teruk dari yang kafir.

    BalasPadam
  16. mungkin sebab adat disane tak kisah terime anak luar nikah, so takde sebab diorang nak buang baby, keluar pun sudi terime.lain dengan negare kite, yang sanggup buang anak,putus sedare kalau anak mengandungkan anak luar nikah ;( somehow, im not here blaming the 'adat' kite. its our culture and kite yang sepatutnye paham adat tu dan hayati nilai murni yang nak diterapkan.

    BalasPadam
  17. Sedihnye! Geram tengok dengan manusia sekarang. Tau sedap je. Kalau nak sedap, jangan lah sampai meninggalkan "benda". Family planning sikit. And kalau tak nak jangan buang dekat tong sampah & etc. Bagi orang dengan cara baik-baik. :{

    BalasPadam
  18. bila kes buang anak, semua melenting,tunjuk emo.tunjuk protes bla bla bla. tapi masyarakat kita sendiri yang menekan si ibu yg tersasar tu supaya buang anak. tapi kita tak sedar. masyarakat sebenarnya yg patut'bertanggungjawab'. kita tak berhak 'menghukum' orang lain. sedangkan kita tak dapat 'menolong' mereka, malah menambahkan tekanan yg ada. kalau kita tak pernah nak 'hulurkan tangan', jangan pelik kalau pembuangan anak akan terus meningkat. bukan menangkan si ibu yang tersasar, tapi sama2 fikir. sebenarnya Allah bukan hanya 'menguji' dia, tapi Dia menilai kita semua.

    BalasPadam
  19. joe ~ aku pun sedih dgn mende ni.
    kat negara org, xder lagi aku dgr
    nak bakar2 buang bayi bagai .. hell!


    ... di mana silapnya? :(
    sudah2lah, aku dah letih
    apsal keji sangat manusia dajal ni
    ada cara lain dr MEMBUNUH!


    (wa emo ~~~)

    BalasPadam
  20. no komen..tk mau kata apa pasal ni..sedih sgt tgk

    BalasPadam
  21. yupp sokong nurkhiriah..mentaliti org UK n Malaysia x same...sbb tu la org malaysia snggup buang baby n gugurkn kndungan..sbb dieorg x snggup tanggung malu..x snggup nk malukn mak ayah..xnk diri d caci masyarakat..tp tu la..sebelum 'benda' nie terjadi..knp x pikir malu n maruah nie sume kn...agama pun tolak tepi..

    BalasPadam
  22. macam nak buat review pasal kome je ni

    BalasPadam
  23. semuanya pasal mentaliti..buat nak..tanggung tak nak..pastu buang sepah2...
    malu je..nama negara islam..patut benda2 camni tak patut berlaku..

    BalasPadam
  24. 2 la kan joe.. pelik.... kat uk tadak plak ekkhh?? emmmmmm apa la nak jadik ngan bumi malaysia skunk nie

    BalasPadam
  25. isu ni dah makin serius. mereka pikir dengan buang bayi tu diri mereka terselamat..



    tetapi tidak.

    BalasPadam
  26. hmm.. kat negara-negara mcm UK dan US.. takde kes buang bayi sbb kalau ade remaja yg mengandung.. ada badan kebajikan yg akan jaga ibu2 muda ini.. dan mana2 bayi yang tak mampu di jaga keluarga ibu2 muda itu akan put up for adoption.

    tuh yg memang takda org buang bayi. org buang bayi kat mesia sbb takmo diketahui keluarga. takut MALU. takut diKUTUK. dipulaukan. dipandang HINA.

    kat us dan UK.. benda itu tidak MEMALUKAN sgt.. kalau termengandung pun.. org takkan pulaukan die atau terus ngecam/kutuk perbuatan die. siap ade had umur utk hilangkan dara/teruna.. minima 14 tahun. hmmm. ibu bapa galakkan lagi explore sexuality mereka. ar. peranan ibu bapa.

    Malaysia tak begitu... =p

    BalasPadam
  27. oh.. baru bc komen2 depa.. waaa... suka2.. mentaliti.. that's the main point

    BalasPadam
  28. sampai hati diorang buang baby yg tak tahu apepun...
    byk sgt kuar kt media, smp tak sggup nk tgk nnti aku jd sedih..mulalah maki2 org yg tak bhati perut ni..

    BalasPadam
  29. bila tgk baby yg secomey dlm gambar tu ..terpk..camne lah sampaihati diaorg buang..

    BalasPadam
  30. nice entry joe...
    setiap kali keluar issue ni dekat tv, vee dgn x-housemate memang akan berbual panjang tentang issue nie...

    iman, nice komen... so true...

    BalasPadam
  31. good job joe
    kenapa mama sanggup buang saya dlm tong sampah

    BalasPadam
  32. sedih plak baca entry ni..
    me setuju dgn komen2 kat atas - kat uk & us bukan perkara mengaibkan kalau preggy out of wedlock, siap boleh dpt benefits utk sara hidup single mother kan..
    kat msia, benda tu memalukan - so solution, bunuh or buang baby tu..

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.