Dah sampai rumah. alhamdulillah, semua selamat dan aku tersangat happy. Sebelum aku menulis lagi, mahu menasihati diri ini, adakah amal aku semakin bertambah dengan usia aku? Atau adakah semakin meningkat usia ini, semakin banyak maksiat yang dibuat? Subhanallah...
Iman dan Taqwa
Iman tanpa taqwa samalah seperti gula tanpa manisnya. Apa gunanya gula jika manisnya sudah tiada. Adakah penting atau perlu gula itu kepada kita? Samalah juga dengan iman. Apa gunanya iman kita jika tiada taqwa kepadaNYa. Ya Allah, cucurilah hatiku dengan sentiasa mengingatiMu
~~~~~
ada satu kisah betul. sejarah zaman kenabian. ada seorang sahabat nabi. tangannya kudung kedua duanya. miskin lagi daif. mundur lagi dipandang hina. kerja tiada. yang tinggal hanya kecintaan kepada Allah dan rasul
satu malam
dia telah ke rumah seorang yahudi mekah. kaya raya dan terkenal akan kemewahannya. selepas isya, dia terus menuju ke rumah yahudi itu dan terus mengetuk pintu rumah yang tersergam indah
'saya miskin, saya mahukan kerja'
yahudi kaya tadi melihat tangannya yang kudung, pelik, apakah jenis pekerjaan yang boleh dilakukan oleh dia?
'kamu tiada tangan kedua duanya. apakah kerja yang boleh kamu lakukan?'
'apa apa sahaja yang tuan melihat akan apa yang terdaya saya lakukan'
teringat akan tanaman rumahnya yang tidak bersiram lagi, si yahudi tadi terus menggaji sahabat nabi yang kudung kedua duanya untuk menyiram tanaman di halaman rumah
'kalau begitu, kamu pergi ambil air di dalam perigi dengan menggunakan timba, siram kesemua tanaman di halaman rumah saya ini'
'baiklah'
si kudung tadi mulakan kerjanya. tangan yang kudung sememangnya susah untuk membuat kerja. tetapi dengan usaha yang gigih, dia tetap melakukakannya
timba di jatuhkan di dalam perigi
sedikit demi sedikit timba itu ditarik
menarik tali naik keatas
menggunakan giginya sahaja
dengan susah payahtimba berisi air sudah ada
dia ambil timba tadi dengan tangannya yang hanya sampai kesiku
dibawa ke satu pokok
disiramnya
perkara ini berterusan
gambar hiasan dari pakcik google
sehinggalah ke subuhnya....
sesudah kesemua pokok tanaman disiram, maka si kudung tadi berjumpa balik dengan yahudi mekah tadi untuk dapatkan upah
'kerja sudah siap, upahnya?'
'nah ini bahagian kamu'
dilihatnya di dalam karungan. disangkanya ada duit dinar didalamnya. tetapi hanyalah buah tamar.
'aku hanya memberimu buah ini atas kerja yang dilakukan. biasanya kerja sebegini boleh dilakukan dalam masa sejam, sebab kamu kudung tangan, kamu mengambil masa yang lama. ini sahaja upah kamu!'
'baiklah. terima kasih'
'semoga buah ini boleh mengisi perutmu hari ini'
'buah ini untuk rasullullah. baginda akan berperang pagi ini dan meminta kami menyumbang sebanyak yang kami mampu. aku fakir, aku miskin, aku daif. tiada duit. jadi aku bekerja untuk malam ini agar aku juga boleh menyumbang kepada peperangan baginda'
~~~~~
kagumkan?
kat entry ini aku ada ceritakan bagaimana aku menafkahkan duit aku untuk jalan islam. 100 pound. aku rasakan cukup banyak bagi seorang pelajar membelanjakan duitnya ke jalan islam. menolong orang lain yang memerlukan. dan aku rasakan diri aku hebat dengan sumbangan itu. baca kisah seperti, buat aku sebegitu lemah dan sememangnya aku kalah dengan sikudung itu!
tarbiyyah aka pendidikan
pelik dan kagum, bagaimana baginda dapat mengasuh dan mengajar orang awam di sekiranya untuk menjadi sehebat ini. kalau difikirkan, sikudung tadi hanyalah orang biasa, tetapi bagaimana kekuatan kesanggupan dia bekerja untuk tidak ketinggalan memberi sumbangan untuk syiar islam. patutlah islam berkembang pesat di zaman baginda! masing masing memainkan peranan penting
apa peranan kita di zaman sekarang untuk menolong agama Allah???
'rilex la bro, lepak sudah...'
*senyum*
psss : nak tanya pendapat, kalau kita nak perjuangkan islam di malaysia, apa perlu kita buat dulu?
1) bangunkan bangsa melayu supaya orang melayu dekat dengan islam (cine india nak letak mane?)
2) bangunkan negara islam yang sebetulnya islam (bukan hanya sekadar nama 'negara islam semata mata')
3) lain lain pendapat??
the first comment:
BalasPadamsalam joe, slmt hari selasa (:
wah ini fisrt time sy tgk gambar awk life .. *kecink*
alhamdulillah shingga ke hr nih kita masih dlm nikmat iman dan islam yer.. Taqwa?? tepuk dada tanya lah iman kita... insya Allah semoga kite semua di berkati Allah..
nice post ~
dah banyak dah letak gambar sendiri ni\
BalasPadamhehe
slamat hari selasa juge
U pernah x di tag dengan artikel pasal negara brunei yang tak brani bukak zone arak untuk bukan islam sebab takutkan dosa? Then I dengar2 di sane(brunei) time magrib2 dah x de da di jalanan.. kalo liat nak sujud mengadap Tuhan lepak ah di rumah. x de da hiburan pas magrib. Lagi 1 bende kat sane kalo raya mane ade AF beraya..x de nye mentor beraye... yang ada suma rancangan cam Islamic. Kirenye brunei kite bleh jadikan contoh kan?
BalasPadamsaya pilih B :D
BalasPadamBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBB ~
BalasPadamBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBB~
Salam joe.
BalasPadamBagus entri ni.Ak rasa utk Malaysia,perlu tegakkan sistem Islam tu sendiri.
Undang2,Politik,Ekonomi in fact semua bkaitan dgn Islam.Bila org bkan Islam nmpak benda2 baik yg kite tunjukkan, insyaAllah diorg leh terima dan xmustahil Malaysia akan lebih aman.
tp skang yg kontrol sume politik so, politik perlu bersih sebersih bersihnya. No more corruption. No more unfairness. Xkesahla pas,BN, PKR ke.semua kna Bersih. Insya Allah kalau ikut system yg Allah dh tetapkan,semua akan lebih kaju.
:)
pheewwitttt..berjambang tuu..hehehe
BalasPadam1MALAYSIA penting skrg ni..sbb tu byk sgt isu ..oooppssss..!!nak voice out lebih2,takut kena saman plak..huhuu
bgunkan negara islam..dan bukan sekadar nama negara islam..itu adalah jawapan yg tepat..bgi mengulas isu bgunkan bgsa..itu menyentuh hal ketuanan..ini dua perkara yg berbeza..oleh itu..kita ada deb..semua kita bgunkan..disebab kan ini adalah dua 2perkara yg berbeda..yakni pembangunan ekonomi..dan agama..sukar untuk saya ulas disini..ym lah nanti..jadi jawapan untuk soalan kamu.. ialah bgunkan negra islam..
BalasPadamakan tetapi kita kene ingat..medium islam adalah medium utama..dan matlamat utama..dimana untuk mencapai perkara ini adalah berpolitik dan pentadbiran berlandaskan agama bukannya mempolitikkan agama dan matlamat menghalalkan cara..ini yg ramai konfius x taw beza..salam joe..lamo x lawat blog demo..
paalingg baacinn punn.jadi baik untuk diri sendiri.sudah membantu sebahagian dari bangunnya islam.kalau tak nak sangat la buat yang lain.
BalasPadam1) bangunkan bangsa melayu supaya orang melayu dekat dengan islam (cine india nak letak mane?)
BalasPadamhehe...soalan tapi dah macam ada jawapan..
saya mengajak semua berfikir sejenak, masalah umat kita, runcingkan?.. terdesakkah kita?..(muhasabah diri ini juga sbb susah nak rasa terdesak dalam nak menegakkan islam ni)
cthnya, bila esok ada exam dan assignment yang perlu dihantar, terdesak tak kita? mestilah kan..?
so, akan wujudnya priority dalam bekerja, mana satu method yang paling berkesan untuk menyelamatkan keadaan yang runcing ini..
bangunkan bangsa Melayu saya rasakan method yang berkesan di Malaysia..camna dgn kaum lain? kita tidak tinggalkan, tapi kita letak prioriti di mana..
bila sebut bangunkan bangsa Melayu, bukan bermaksud bg duit free, biasiswa free, pelajaran free.. camtu mesti kaum lain tak puas hati
bangunkan bangsa Melayu dengan islam ( mudah je cakap)..sbnrnya skop skrg ini lebih menjurus kepada kesatuan umat Melayu Islam, bersatulah dalam perkara yang disepakati..takkan isu palestin kita tak boleh nak bersatu?
cuba kita lihat umat melayu islam di malaysia berpecah belah.. sedangkan majoriti umat islam di malaysia adalah melayu..
berpecahnya melayu, bermaksud berpecahnya majoriti umat islam. siapa yang untung?
so, method pembangunan bangsa ini adalah menyeru semangat asobiah untuk menyatukan umat melayu muslim ini sendiri, bersatu bukan dalam satu parti tetapi bersatu dalam apa2 yang disepakati..
jadi saya sokong muzakarah antara umno dan pas..
bagi saya itu salah satu agenda pembangunan Melayu Muslim yang memberikan keuntungan kpd islam itu sendiri
1) bangunkan bangsa melayu supaya orang melayu dekat dengan islam (cine india nak letak mane?)
BalasPadamhehe...soalan tapi dah macam ada jawapan..
saya mengajak semua berfikir sejenak, masalah umat kita, runcingkan?.. terdesakkah kita?..(muhasabah diri ini juga sbb susah nak rasa terdesak dalam nak menegakkan islam ni)
cthnya, bila esok ada exam dan assignment yang perlu dihantar, terdesak tak kita? mestilah kan..?
so, akan wujudnya priority dalam bekerja, mana satu method yang paling berkesan untuk menyelamatkan keadaan yang runcing ini..
bangunkan bangsa Melayu saya rasakan method yang berkesan di Malaysia..camna dgn kaum lain? kita tidak tinggalkan, tapi kita letak prioriti di mana..
bila sebut bangunkan bangsa Melayu, bukan bermaksud bg duit free, biasiswa free, pelajaran free.. camtu mesti kaum lain tak puas hati
bangunkan bangsa Melayu dengan islam ( mudah je cakap)..sbnrnya skop skrg ini lebih menjurus kepada kesatuan umat Melayu Islam, bersatulah dalam perkara yang disepakati..takkan isu palestin kita tak boleh nak bersatu?
cuba kita lihat umat melayu islam di malaysia berpecah belah.. sedangkan majoriti umat islam di malaysia adalah melayu..
berpecahnya melayu, bermaksud berpecahnya majoriti umat islam. siapa yang untung?
so, method pembangunan bangsa ini adalah menyeru semangat asobiah untuk menyatukan umat melayu muslim ini sendiri, bersatu bukan dalam satu parti tetapi bersatu dalam apa2 yang disepakati..
jadi saya sokong muzakarah antara umno dan pas..
bagi saya itu salah satu agenda pembangunan Melayu Muslim yang memberikan keuntungan kpd islam itu sendiri
2)bangunkan negara islam yang sebetulnya islam (bukan hanya sekadar nama 'negara islam semata mata')
BalasPadamalasan aku mudah..
dlu kerajaan uthmaniyah gah di mata dunia.. islam dan bkn islam bersatu d bwh satu kepimpinan.. y not negara kita pn ikut? mustahil sgt ke?
=)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamHuhu..soalan di tanya tetapi memberi jawapan ditengok berat sebelah,
BalasPadam1) lebih kepada menjatuhkan
2) lebih kepada memuji
semestinya org akan pilih 2)
siapa kata sekiranya kita memperjuangkan islam dgn membangunkan melayu kite menolak bangsa lain? jahat sgt tu..kenapa persatuan cina muslim dalam visinya ingin membawa cina muslim kpd khairun ummah (means dorg ada rasa utk bgnkan org islam cina lain) tetapi melayu langsung tidak boleh pk mcm tu..
Kita tgk permasalahan di malaysia, jgn campur adukkan atau bandingkan dengan ngr luar, skopnya di malaysia, melayu mencerminkan islam, melayu rosak mereka akan memandang islam rosak. Jadi adalah mengikut priority utk membangunkan melayu dlm membentuk negara islam..
Orang melayu selalu tidak berpakat, nak gabungkan melayu selalu tidak menjadi, tidakkah kita ingat sewaktu perang 3 segi di antara acheh (melayu) johor (melayu) dan portugis, acheh boleh bersatu dgn portugis utk melawan johor, dan johor boleh bersatu dgn portugis utk menentang acheh, tp di mana kesatuan acheh dgn johor (melayu dan melayu) ketika itu..itu baru soal perdagangan, ini soal agama, kenapa melayu tidak boleh bersatu dahulu, sedangkan org cina dan india muslim boleh bersatu....
Wallahualam...
buang sikap suka berpuak. I means, apa2 ja party politic yg kita pilih, kita still boleh get together
BalasPadamkalau aku, bangunkan diri sendiri dan persekitaran kita dulu. contoh sahabat-sahabat tak pun keluarga.
BalasPadamBANYAK BETOIL AGENDA MELAYU SKRG
BalasPadamhehe
nice post Joe. Lama x singgah sini. :D
BalasPadamthx u
BalasPadamku pon da lama xsinggah2 blog org
lain2 pendapat... ku jawab bangunkan dulu kefahaman Islam yg sebenar kepada semua tak kira bangsa... Bila seme da fhm Islam tuh macam mana.. barulah sebuah Negara Islam dpt dibangunkan tanpa bantahan atau was2..
BalasPadamNabi Muhammad buat camna? die gi berdakwah dulu.... ramaikan org yg berkefahaman Islam.. walaupon tak semua yg peluk Islam.. baru die buat Negara Islam. =)
this is my opinion.. lgpon aku bukan Melayu.. but I'm a proud muslim. =)
Welcome hommie =)
BalasPadamRamai dah faham akan konsep islam, nak buat praktikalnya menjadi susah. Banyak kekangan dan lain2 hal
BalasPadam