Isnin, 15 Mac 2010

gomo chong wei gomo : all england story

baru balik dari birm untuk menonton secara live all england. penat? memang penat! tapi kepenatan itu berbaloi dengan kemenangan dato lee chong wei dalam single lelaki seterusnya menobatkan nama dia dan nama malaysia selaku pemenang ke 100 tahun all england. tahniah chong wei



kisah semalam



lepas balik dari masjid, idea nakal dari kodiang untuk menjadikan kami keluar tv esok. 'korang kene buat pelik, baru camareman datang tangkap gambar korang' haa, idea itu terus kami pakai dengan menyiapkan banner 'gomo chong wei gomo' terima kasih kepada housemate yang terlibat



pagi tadi



seramai 11 orang menaiki van ke birm. memang agak berkobar kobar perasaan sebabnya final kali ini bukan mudah. tago dari jepun telah mengalahkan chen jin dan juga bao chunlai, sudah tentu bukan calang calang lawan. berdebar tak berdebar, sempat lagi tangkap gambar. haha, layan layan



sebelum baik van




sampai disana


apa lagi, terus buat aktiviti 'nakal' dengan menangkap gambar di depan pintu masuk. haha, agak ramai yang melihat telatah kami, membawa bendera malaysia dan memakai baju merah. memang agak menyerlah. daaaan, yang paling best, ada sorang pak cik cuba nak tangkap gambar kami. dalam hari, lantak la pak cik, tangkap je la, nampak pegang camera pun amato. sudah dia tangkap, 2 jam lepas tu, ada msg facebook dari kawan


'mantap la joe, masuk website all england'


ha?? terus ku bukak page dengan link yang diberi dengan iphone. perghh, ni gambar yang pak cik tadi tangkap. tak sangka pulak dia tu juru gambar professional. apa lagi, awal2 dah masuk website dah ni, peluang masuk tv cerah ni! hehe





stylo la gambar ni!



tidak boleh bawa camera!

memang sayang sebab tak boleh bawa masuk camera. housemate aku dah bawa lens yang panjang2 dah, tapi semua kene tahan tak boleh bawak masuk. haisshh, camera phone je la boleh amek. tapi takpe, yang penting suasana dalam tu meriah!




perlawanan pertama dan kedua

sebelum perlawanan dimulakan, ada pertandingan pertunjukan oleh pemain veteran. ada raxy manaki, pak jo bong dan 2 orang lagi yang tak ingat namanya (betul ke eja nama tu?) memang stylo habis la dieorang lawan. yang paling best, raxy yang banyak buat lawak. perlawanan pertama adalah mix double yang dimenangi oleh regu china yang mengalahkan regu indonesia



'kita nak sorak ape kat indon ni?'

'ganyang indon??'



'tak boleh, ape lagi ek?'

'indon bisaaa'



'tak boleh, tak best'

'dah tu?'



'indonesia berusahaaa!'

'cett'


antara perbualan semasa game tadi. hehe. ada juga jenis perbualan yang menyentuh kitaran haid (apakah??) yang tidak boleh diceritakan. hehe, yang ada disana saja yang tahu. hehe. perlawanan kedua adalah single perempuan yang mana tina dari denmark telah mengalahkan pemain dari china. mantap mantap!


regu cina yang menang : source


tina menang : source



perlawanan ketiga!

perlawanan ketiga adalah chong wei lawan tago dalam men single. perghh, satu stadium tu macam milik malaysia yang punya. tak jumpa pulak bendera jepun. haha. dengan semangat inilah yang membuat chong wei menang kot. hehe. mantap la chong wei



'malaysia....'

'bolehhh!'



'malaysia....'

'boleh!'


'chong wei...'

'boleh!'



'chong wei....'

'boleh!'



'misbun....'

'pun boleh!'




sorakan kegembiraan!




hehe, memang penonton semua sempoi semuanya. layan habis la dengan dierang. tak kira cina, melayu, semua pakat duk sorak kat chong wei. memang satu stadium kami yang punya. ok ok, aku masuk tv ke tak? hehe, mestilah masuk. yang tengok skysport dan juga astro, mesti perasan. kekeke. ok, tengok video ni



temuramah chong wei



antara minit ke 0:22 hingga 0:24 (cet, 2 saat je, haha)


gambar ni (gomo chong wei gomo)

banner kiteorang masuk tv!



dan juga gambar ni (topi malaysia, buat sendiri ni!)


walaupun beberapa nanosaat, masuk jugak. hehe




habis perlawanan


ada 2 lagi perlawanan lepas tu. beregu perempuan dengan beregu lelaki. tak tengok! haha, sebab memang datang nak tengok chong wei je lawan. dah menang, balik je la. keluar je, ada rakaman tv 1 buat laporan. haaa, apa lagi, kami terus serbu ke sana. jom tengok apa yang terjadi




tv 1 buat liputan, tengok ramai betol kat belakang tu



jadi, esok pakat tengok tv 1 ya ramai ramai. hehe. kot kot ada ucapan perantauan, mana la tau kan? haha, sayang tv 1!








banner kesayangan kami



all england story ... done




nota kaki : semua gambar dari camera housemate, ni blog die, bertegur sapa lah dengan die ya. hehe

46 ulasan:

  1. psg tv on9 la.. leh layan sama2.. hahaha..

    BalasPadam
  2. terbaik bro
    aku wat live epl..ko wat all england
    erk888

    BalasPadam
  3. chong wei menang!!!!!
    eh..joe...ko duk seat atas ekk? pakai songkok bendera malaysia...
    nampak mcm joe la td kt dlm tv...
    hahaha...
    anyway..suspen giler td masa chong wei lawan budak jepun si tago tu.
    akhirnya all england malaysia menang....=)

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. pi stadium ke????tgk kt dpn TV je td...hoho..mantap dato' chong wei maen wlp awl2 mcm nak kalah..tersentap kejap..hoohoh

    BalasPadam
  6. game td sgt best!

    just d last point tu mcm doubt sket la. mcm x berape nak masuk jer.huhu

    pape pon dah menang kan..congrats LCW!! ;)

    BalasPadam
  7. saya nampak banner itu
    dan
    saya nampak kamu dalam tv gak..
    haha..
    yeay!!
    chongwei menang!!

    BalasPadam
  8. ehehe~
    adik2 lelaki sy smua duk dpn tb~
    sy xla..

    tapi baca citer joe.
    buat sy rasa rugi xtengok.

    ape pun congrates utk chong wei..

    BalasPadam
  9. perghhhh semangat giler! agaknya klu akak kat sana, mau ilang suare dok sorak2! hahahahaahha

    tahniah utk chong wei, tahniah utk joe sbb da beli tiket awal2. ngaaahahahaha :D

    BalasPadam
  10. banner 2 mahai woo..apa2 pun tahniah malaysia dan korang sokong kat sana..kami sokong melalui tv tau..huhu..

    BalasPadam
  11. sedih tk dpt tgk live..sob sob..
    otw balik kl dari kedah..
    tapi, apa2 pun mantaapplah dato lee chong wei..tahniah joe n kkwn pasal berkobar2 bagi sokongan dkt dia di sana...

    BalasPadam
  12. yeah ! semangat ini yg kita inginkan

    BalasPadam
  13. i'm waiting for this post. hahahaha... seronok tgk...

    gomo chong wei gomo!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  14. oo yg bising2 sorak tu korang la yeh...hehe..terbaekkk aa chong wei! ^_^

    BalasPadam
  15. tahniah dato chong wei...
    :)
    glamour sekejapan masuk tv... :)

    BalasPadam
  16. tahniah!mcm tak caye plak lindan terputus di tengah jalan..hahaha!

    BalasPadam
  17. apa maksud gomo?

    BalasPadam
  18. wewittt, da masuk tv ni, artis la nih... :)

    BalasPadam
  19. fuhyooo..
    ade org tu femes jap..

    BalasPadam
  20. joe!!!!!!!!!!!!!
    saje je kan nak buat org jeles.....
    jeles gile neh..hehe

    BalasPadam
  21. tahniah MSIA...

    ni mesti sokongan kamu yg paling buat chongwei semangat nih..hehehe...kamu kan excited terlebih...=p

    BalasPadam
  22. aku tgk gak.. memang best walaupun last point tu cam kuar jer... memang bangga habis tgk student malaysia kat stadium tuh... semangat!!!!

    BalasPadam
  23. semangat je ko ni..chong wei paham x gomo tu apa??haha :))

    tahniah datuk!

    BalasPadam
  24. gomo tu.... xtau r ape maksud die
    hehe


    die paham kot ape maksud tu
    ;)

    BalasPadam
  25. Hohohoho.. Yang paling tak tahan, ucapan di perantauan.. Adehhhh.. Bagus laa korang.. ;p

    Pape pun, dgn smangat korang gak datuk chong wei boleh menang.. Tahniah2.. Ngeee.. Walaupun muncul bape saat jek, tapi, muncul gak ape.. Hehe..

    BalasPadam
  26. ko pakai topi ape tu? comel gila do

    BalasPadam
  27. knp tak ikut je chong wei balik mesia..? hahaha~

    BalasPadam
  28. wewiittttttttttttttt.


    walau tak tengok.



    tatap banggaaaaaaaaaaa ~ hik3

    BalasPadam
  29. semangat Malaysia boleh !
    pasni thomas plak

    BalasPadam
  30. haha.
    hajat nk masuk tv da lepas!
    nasib baik ade tv1.

    BalasPadam
  31. salam bro..aku risau gak mlm xdi bile tgk si tago ni...tp ape2pn misbun dan chong wei mmg the best...

    BalasPadam
  32. joe dah puas hati masok tv1 even fews second..hee

    BalasPadam
  33. jard yg malas login16 Mac 2010 pada 6:46 PTG

    hehehe.. suka la tu... kalo ku tinguk tv.. mesti dpt tinguk muka teruja kamu

    BalasPadam
  34. masa kuar berita chong wei menang aku dok teringat kat blog hang.hahahaha

    BalasPadam
  35. and oh, u ni muka macam sama dengan my close friend. tapi dah lost contact since he resigned from the company :(

    BalasPadam
  36. Auh Joe, ingatkan gambar entiti dalam bulatan tadi.... :)

    BalasPadam
  37. salam ziarah..
    waAa..
    meriahnye k0 dapat teng0k live match nie..gempak la kan, satu stadium kita yG punye..kui3!

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.