Rabu, 17 Mac 2010

devil may cry 4

hari ini desktop 'brona' lagi dengan power supply bertindak seperti chipsmore, kejap ada kejap takde. kejap buka sendiri, kejap tutup sendiri. tak tahu hantu atau memang masalah desktop, kalau ada yang melihat buat kali pertama, mesti takut. tapi kalau dah selalu, macam nak tergelak pun ada. ada ke patut, tanpa sentuh apa apa, desktop yang tengah off, tiba tiba terbuka sendiri. macam macam betul!



disebabkan itu, hari ni marupakan hari 'jarang berblog'



masalah desktp tak berapa nak berfungsi ni aku gunakan untuk menyiapkan projek nanotube yang sampai sekarang tak siap siap. tengok PS3 keseeorangan kat dalam bilik ni, aku ambil remote control dan terus main (alasan nak main game!) banyak cd dah beli, kali ni mahu khatam devil may cry 4



memang dah lama, tapi aku baru main. apa aku pedulikan? asalkan boleh lepaskan tension, aku jadi gila game (alasan lagi!) baru saja khatam main game ni, memang satu game yang penuh controversi dengan orang katakan 'haram' main sebab ada gambar kaabah. erkk, tak jumpa pulak gambar yang dimaksudkan. mungkin devil may cry lain kot. game yang best, jalan cerita yang masyuk, timbul idea nak berblog



devil may cry - tajuk yang jiwang?


ini adalah Nero, watak utama yang berlengankan 'demon'


kyrie yang super cute




hero dalam cerita ni adalah Nero, seorang lelaki yang memang jauh 'atitude'nya dengan aku. tegas dan bukan happy-go-lucky. memang watak gini boring, tapi sebab gambar lawa, aku teruskan main juga. sampai di stage 10, barulah wakta utama bertukar kepada Dante pula. memang aku sukakan watak ini. seorang tak serius dan agak 'poyo' kadang kadang. tapi muka yang 'tua' membuat sikapnya tak sesuai dengan mukanya



apakah aku merepek ini?????



kasih sayang



dalam game ini diterapkan nilai yang sangat berharga. iaitu kasih sayang. fokus metilah kepada Nero dan juga Kyrie yang sangat comey. selalu aku membayangkan diri aku dalam game itu untuk mendapatkan impak permainan lebih besar. Kyrie pula aku bayangkan muka dia (apakah???)



joe, berhenti mengarut, masuk point utama



selain kasih sayang lelaki dan perempuan, ada juga ditonjolkan kasih sayang antara Credo dan juga Kyrie. adik beradik. Credo abang dan Kyrie adik. sanggup Credo korbankan dirinya untuk menyelamatkan nyawa adik yang tersayang. perghh, nilai kasih sayang ini membuat aku terkenang akan kampung halaman. terus update dalam status facebook


sejak ayah meninggal


dah hampir 6 tahun aku dah bergelar anak yatim. memang agak malang sebab tak dapat berkasih sayang lebih dengan arwah ayah. Allah lebih sayangkan dia, dia pergi dahulu semasa aku berusia 16 tahun. ermm, nasib baik ada adik beradik, merekalah tempat bermadu kasih sayang.


dalam kereta


seminggu lepas ayah pergi, akakku pulang semula ke universitinya. pergi hantar dia ke lapangan terbang, dalam kereta, ada lagu sudirman didendangkan. tak ingat tajuk apa, tapi berkenaan dengan 'pemergian' 'kenang daku' alamak, serius tak ingat tajuk apa. tapi lagu yang sayu tu membuat kami yang berada dalam kereta menangis semula walaupun ayah dah seminggu pergi


anak bongsu anak manja


mungkin naluri 'manja' ada dalam diri si anak bongsu. erkk, baik ke buruk? entah, aku rasa ada baiknya. cuma jangan tonjolkan sangat, nanti kita jadi lemah! ketika aku tengah menaip ni, semua family aku balik ke kampung sekarang. memang sukar nak berkumpul satu family, kumpul pun mungkin pada waktu raya saja. tapi kali ini, sebab sepupu aku kawen, semua adik beradik balik.



macam dah lari tajuk je....



dah cakap dulu, tapi nak cakap lagi. antara faktor ayah aku meninggal adalah rokok. dia memang perokok tegar, sehari 5 kotak sehari.... atau lebih. ni mak aku yang ceritakan. tapi masa aku lahir, ayah dah berjaya berhenti. dia berhenti di usia lewat 30an. walaupun berhenti, tapi disebabkan terlalu kuat hisap diusia muda, effectnya bawa ke tua. ingat lagi masa dia kene strok, doktor tu cakap, kalau ayah bukan perokok tegar, mungkin pembedahan boleh menyelamatkan dia. sebab hisap rokok, nyawa dia mungkin terancam untuk dibedah. haaa, sebab tu walaupun punca kematian adalah 'internal bleeding in the brain' aku anggap rokok adalah punca kematian ayahku!



apa kaitan devil may cry dengan rokok?



aku pun tak tahu. memang jauh benar aku melalut ni. ermm, dari aku lebih melalut lagi, rasanya ada baiknya aku stop dan meneruskan projek nanotubeku yang tak sudah sudah lagi ni. jangan risau, aku akan sentiasa update blog ni, takkan lupakan bini aku sorang ni kegersangan menanti nafkah dariku (apakah????)




psss : aku perasan dah ramai orang berblog sebab duit. walaupun tidak salah dari segi undang undang blog, tapi aku rindukan zaman orang berblog dengan hati.... (apakah sekali agi!)

35 ulasan:

  1. lepas ni aku nk buat blog psl PES la. byk gak nilai2 murni die.

    BalasPadam
  2. joe..npe lak kamu panggil lumut akak??hahaha..lawak la.umur lumut bru masuk 20 kot..mude lg weh....haha.tp dia matang.

    BalasPadam
  3. wan, ape nilai murni PES wan? kalah ke|?kekeke

    BalasPadam
  4. boleh kenal..jika perbuatan adalah dari hati..bukan dari mulut atau dari lutut..ops..

    BalasPadam
  5. ehehe..
    devil may cry..
    nero tu mmg daku tak suke giler klu main stage dia..
    tpi dante tu..
    mmg layan..
    lama dowh tak main..
    dah jadi mak org ni
    layan manga jer dgn anime
    tu pun cik sam dah bising2 sebab asal ari minggu jer mak buyung ni dok conquer animax dari pagi sampai tengahari

    BalasPadam
  6. baik punye analisis game tue....hahahhaah



    aku xpenah abes main game DMC nie...

    BalasPadam
  7. Devil May Cry ok sbnrnya tp x tau knp boring main. sbb repetition kot dgn musuh yg terlalu ramai. lenguh tangan....

    DMC 4 nampak menarik... kenapa watak nero eh? mana pergi dante?

    BalasPadam
  8. Owh ya... Prince of Persia rawk!!!

    BalasPadam
  9. x pndai main games ganas2 ni..suka main games comel2 je..hehe

    BalasPadam
  10. orang sekarang main wii la..

    BalasPadam
  11. Aku xleh main game gini, tekejut, konon2 penah nak try main resident evil bila hantu kuar aku sibuk nak tutup muka..nak main camne?

    Oh anak bongsu, mesti suke buli kakak kamu:P

    BalasPadam
  12. ya.sepenuh hati.entry pun nanti sangat best.sebab,ikhlas?

    BalasPadam
  13. aku ta pnah maen game 3d ni..
    haha..ta best..
    aku ske game buat2 beger,,
    anta2 makanan..
    jg parking...
    hahaha..

    BalasPadam
  14. dah lama x main game doo.. sedih gile joe. sibuk sgt lah!

    BalasPadam
  15. Saya juga peminat games Devil May Cry... Tapi yang kedua pun tak khatam lagi.... Nak beli PS3 punya games - mahal siot kat KL... Mengesal beli PS3, 3 tahun lepas.... :)

    BalasPadam
  16. aku blog utk ske2 je...
    even nuff aku pon utk charity...
    tp entri blog mengarut jugak!
    huhuhu

    :P

    BalasPadam
  17. blog dengan hati??
    O_o
    camne tu?
    jiwang?
    emosi?
    hahahahaha..
    lawak weh klu ko buat blog cenggitu..
    :P

    BalasPadam
  18. heheheh tak suka main game....hubby suka la....

    BalasPadam
  19. nasib cikhel tak suke main game.kalo tak banyak lah pulak entry game jek..hehehe

    BalasPadam
  20. Kyrie superb... tp Vee paling suke Tifa Lockheart... :)

    BalasPadam
  21. Rokok tu memang berbahaya...
    Orang yg menghidu asap rokok tu lebih berisiko berpenyakit compare dgn perokok...
    Patutlah Joe nak kahwin cepat... Sebab nak cepat2 ber'kasih sayang' dengan perhubungan yg halal kan? :)

    BalasPadam
  22. GAMES DEVIL MAY CRY MMG SUPERB AH

    BalasPadam
  23. serammnye desktop mcm tu..

    dann...tak main arr game ni..
    best eh?

    BalasPadam
  24. anak 2nd last pun dikite manje gak...hahahaha

    BalasPadam
  25. xminat men game,
    saye berblog dgn hati+otak+tangan bkn sbb duit..perasan!

    entry joe ne, 3in1 game+jiwa+nashat

    BalasPadam
  26. joe - sume yg kamu tulis ni sume ada benarnye...dari kasih syg, pasal issue rokok, dan kemudian blog...
    saya dah buang nuffnang..berblog dari hati.. =)

    BalasPadam
  27. ahaha..
    ni mesti tgh bnyk sgt bnda nk ckp smpai semua bnda msuk dlm 1 en3. hehe..

    xpe lah abg joe... janji kamu bahagia. x sabar nk tggu Elizabeth ardent ku!! ahaha~ ^o^

    BalasPadam
  28. Fuh.. Macam2 ade dalam entry ni.. Berkait rasanya.. Heehee.. Ku sokong tang rokok babe.. Jauhilah.. Silakannnnnn.. ;)

    Lame dah ku tak main game.. Tapi bak kate bro john prince of persia tu mmg mantop..

    BalasPadam
  29. john, prince persia tak best, haha

    aboi, xjuga, ada ramai yg men ps3 ;)

    wanie, kadang2 ku buli mereke, hehe

    BalasPadam
  30. lily, ku pon suka, tapi xley layan lama2, buhsan

    anoz, ingat ku tak sibuk? huhu

    chilabeay, mmg mhl, sbb tu beli kat sini


    aduka, xde la sampai macam tu

    BalasPadam
  31. vee, ahakss, btol3

    zaizax, thx u

    syima, erkk, xsemesti kene buang nuffnang. letak klu bleh, ok pe

    farhana, dah main ke prince of persia? xbestt

    BalasPadam
  32. Aduss.. rokok gak puncanya yer..
    hrmmmm...
    Aku suka yg last tu.. memang skrg ramai yg berblog sebab nak pitih.. dan jarang yg dr hati..

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.