Selasa, 30 Mac 2010

2 jiwa dalam satu badan

'qal, rini kita main masak masak ek'

'xmo xmo xmo. kita main la robot robot. power ghanjes'



'alaaaa, masak masak la. tini masak telur dadar kat qal'

'xley makan pun. semalam masak ayam, takleh makan jugak'



'main masak masak ek'

'xmooooooooooo'



mak belalang yang berada di dapur terus bergegas ke ruang tamu melihat anak kembarnya seolah olah bertekak. ini mesti ada benda yang tak puas hati ni. haiqal dan hartini, 2 orang anaknya yang selalu bising, tapi dengan kebisingan itulah mengubat kebosanan hidupnya di rumah



'anak anak ibu ni kenapa bergaduh ni?'


senyap


'main elok elok la. jangan bergaduh'

'tini ni bu, dia ajak main masak masak. qal dan main robot'



'qal main je la dengan dia... boleh? kan lelaki kena jadi macho'

'yeayy, ibu sokong kitaaa'

'tengok tu bu, sokong lagi dia.... dah tu, bila nak main robot robot?'



'main robot esok. boleh?'

'tak nakkkkkkkkkk'



'ok ok, jangan main apa apa la kalau macam ni. dengar ibu bercerita!'

'aik, ibu pun dah jangkit dengan abah ke ni nak cerita cerita?'



'hehe. isteri, kena la follow suami. nak dengar ke tak ibu cite ni?'

'nakkkkkkkkkkk' dua dua menjawab



'ok, ni cite pasal pamela dan anderson'

'2 orang ke seorang bu? macam nama artis pamela anderson je'



'2 orang, tapi satu badan. 2 jiwa tapi satu badan'

'erkk, tak paham.....'



'ni ha gambar dieorang'





'comel kan dua dua ni?'

'waghhh, alien! takot takot'

'apa la tini ni, tu bukan alien, qal pernah baca blog, tu namanya kembar. kembar siam'



'wawah, anak ibu baru 6 tahun dah mula baca blog ya?'

'tengok la anak shhape kan. hehe'



'bagusss. ok, ibu sambung cite ek. masa kecik dulu, memang susah nak jaga kedua dua ni. ibu dieorang serba salah untuk jaga dan ramai orang setempat menyuruh di matikan salah seorang dan tinggalkan hanya satu kepala sahaja'

'kejamnya....'



'memang kejam, tapi itulah untuk kesenangan dikemudian hari'

'dah tu ibu tu potong la kepala dieorang?'



'kasih sayang ibu tini. takkan benarkan sesiapa membunuh anaknya. walaupun pelik dan susah, ibu itu tetap menjaganya'

'macam ibu sayang kat kiteorang la ek?'



'iyeee. tapi bukan itu ibu mahu ceritakan. ni cerita setelah mereka dah besar. dah boleh berfikiran sendiri. cuba bayangkan, ada satu badan tapi 2 fikiran. boleh ke hidupn bersama'

'tak bolehhhhh' dua dua jawab serentak



'nah, tengok gambar ni lagi





'bahagianya mereka qal....'

'ye la, tak macam kita asyik gaduh je'




'haaa, tau pun anak anak ibu ni. kalau mereka satu badan 2 jiwa berlainan boleh hidup bersama, kenapa anak anak ibu ni yang normal tak boleh nak bertolak ansur? anak ibu nikan kembar jugak, sayang sayang la antara satu sama lain. ok'


senyap....


'olololoo. 2 2 senyap ni nape? ibu bukan marah, ibu nasihat sahaja'

'ok lah, kita main masak masa hari ni. ok tini?'

'tak pe tak pe, kita main robot. esok kita main masak masak'



'takpe la, qal ok je main masak masak'

'tini nak main robot...'





'aiyoyoyo. ni anak ibu ni apsal masing masing mengalah pulak ye. comel la kamu berdua ni. dah nak masuk maghrib dah ni. pergi mandi mandi, ambik air sembahyang. abah kamu balik, kita sembahyang sama sama. ibu nak masak ayam percik kat abah kamu tu kat dapur. nanti lepas abah dan halimah balik, kita makan dan solat sama sama. ok?'

'ok!' dua dua jawab serentak


cerita dan nama adalah rekaan semata mata. tiada kaitan yang hidup atau mati. gambar diambil dari email. semoga bermanfaat




psss: i love u ;-)

42 ulasan:

  1. :-) --> i senyum widely

    BalasPadam
  2. nak senyum jugak

    BalasPadam
  3. meaningful.. >.<

    BalasPadam
  4. 6 tahun dah baca blog..maju yea haha

    BalasPadam
  5. Anak pak belalang katakan. Mesti maju.. Hehe

    BalasPadam
  6. wow... pandainya mengarang,... hehe... nanti karang cite gambo dni lak.. dni tak gheti nak ekspresikan gambo... aduuuu huhu

    :p

    BalasPadam
  7. betoi ker gmbar nih?

    tacing plak..

    BalasPadam
  8. rindu entry macam ni dari joe...
    =)
    suke suke...
    =)
    sangat best...

    BalasPadam
  9. ingatka cite betul..haha joe nih!

    BalasPadam
  10. Giler comel sorang2.. Heehee.. Bgus gak untuk psangan yg nak berkahwin ni.. Bnyk pngajaran.. Heehee.. :)

    BalasPadam
  11. senyum sorang2 baca entry ni sambil hirup air teh pagi tadi hehehe

    BalasPadam
  12. Da gtau yg kisah rekaan. Tp gambr tu btol, amek dari email

    BalasPadam
  13. Farhana, apsal nak kawen plak? Haha, xpaham

    BalasPadam
  14. mereka sgt comel..

    BalasPadam
  15. betol
    tak boleh lawan dengan kuasa pincipta

    BalasPadam
  16. knape pss kt bwh tu..huhu

    BalasPadam
  17. eh haritu bila ko post pasal exec smsa tu lupa nak tanya ni:
    knp lantik secretary baru at this very end? (no offence to qilotte, but just wondering). bukankah nak agm dah..cam x berbaloi je lantik secr baru? no offence. bukankah ada asst secretary yang boleh cover keje2 secretary?

    BalasPadam
  18. real ke gmbr tu???

    cite yg mkn dlm. nice:)

    BalasPadam
  19. cik adibah, 2 better than 1. haha.

    atas perbincangan komiti, semua stuju nak lantik secretary baru. yang penolong biasanya catat minit mesyuarat, dan yang secretary akan totally involve dalam meeting. so, lantik je la, ramai komiti SMSA, lagi best buat kije ;)

    BalasPadam
  20. harap-harap aku tak dpt anak kembar siam nanti...
    kesian anak-anak aku nanti=)

    BalasPadam
  21. best entry nih....

    meaningful

    -cc-

    BalasPadam
  22. yes! it's them im looking for since umur diorg 9 years old! I still remember them! time tu aku darjah 1 (dier lahir tahun 1986, so sme umur cm abg aku..hehe)mak aku da bukak discovery channel n didik aku tgk cter2 cmni..so, aku pon melekat depan tv sbb kembar amazing ni..=) alhamdulillah, thx joe upload gmbar mereka...=) at least dpt jgk tahu perkembangan diorg even melalui gmbar..=)

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.