Ahad, 28 Februari 2010

teka dan menang di weekend@sheffield

terima kasih kepada kesemua 43 penyertaan!!
all of you make my day



kini tibalah masa yang dinantikan
hakim telah membuat keputusan
kini giliran anda pula!!!






siapakah yang boleh meneka dengan paling tepat
dan berpeluang mendapat cash 10 pound??



cara cara
tinggalkan komen di bawah
entry mana yang menjadi pilihan anda
tempat pertama sampai ke tempat kelima



contoh
pertama : 21
kedua : 33
ketiga : 12
keempat : 3
kelima : 41

undian juga dikira markah untuk menentukan tempat kedua dan ketiga
tempat pertama sudah ada pemenangnya!!!



syarat??
semua layak menyertai!!
hanya satu blogger satu undi
peserta pun layak meneka
kecuali anonnymous



tarikh akhir ???
sebelum kalendar menunjukkan 1 march
bukti tarikh komen di hantar adalah bukti penyertaan



selamat meneka dan selamat membaca
(semua entry tak menyesal untuk dibaca!!)




entry pertama ben ashaari


semua gambar lelaki lelaki macho. haha, ok, bertepatan dengan tema, unity through sportmanship. tengok body dalam blog dia, waahh, bila la ku nak ada body macam tu. tapi berbody hebat ni, tak manis pulak. hehe. entry yang pendek je sebab kebanyakan gambar boleh menceritakan betapa bersukan atau lebih tepat dalam gym, boleh menyatukan semua orang! okess, syabas jadi peserta pertama dan good luk!


entry ke 2 : irda rahayu

akak ni menulis tentang kisah ibunya. walaupun panjang, ku suka. nice sharing. memang kisah benar, sebab tu ku rasa msgnya sampai. pengalaman ibunya yang selalu 'back-up' diri buat aku terkenang dengan keperitan ibu bapa aku yang penat lelah membesarkan anaknya yang sudah pun besar ini. satu entry yang best untuk dibaca. smoge terhibur dengan entry ini. thank ya join




entry ketiga eica


memang entry nak cari gadoh! haha, nasib baik aku jenis 'ok' tampal gambar yang boleh jatuhkan saham aku dengan mendadak. ok, pasal entry dia, memang kena dengan tema. mungkin markah bonus sebab diceritakan kisah benar mengenai kisah cinta yang tersemai semasa sheffield game. memang sweet untuk dibaca. harap ramailah mengundi kamo ya adik eica. gud luk n terima kasih kerana join



entry keempat sopi

lagi sekali orang uk yang join. hehe, bagus bagus, lagi ramai join, lagi ramai yang tahu pasal weekend@sheffield yang sudah sedia tahu ni. berkenaan entry dia, cerita benar yang ditulis memang menusuk kalbu. ye lah, kalau baca entry ibu ibu ni, pasti jiwa anak bongsu ni terusik. takmo komen lebih lebih, bleh baca kat link atas untuk baca. siap mak dia komen lagi tu. haha. gud gud. mak cik kalau nak join pun, apa salahnya, tak pernah lagi anak beranak join contest yang sama ;-)



entry kelima : munsyi sama

wahh, sebenarnya baru jumpa dengan munsyi ni, tapi dia dah masuk contest ni. time kasih ya. entry pertama dalam english, sememangnya kena dengan tema yang dipilih iaitu 'unity through sportmanship' diberi contoh yang baik dengan disertakan dengan gambar yang jelas, memang kena dengan tajuk. perkataan english yang digunakan pun senang untuk dibaca. kecik rupanya dunia blog ni, sedara kite ni merupakan adik seniorku disini. abang dia pernah jadi presiden SMSA jugak, dan terkenal dengan gelaran 'lelaki gatal nak kawen' sekarang title tu dah aku pegang. hahaha. pape pon, terima kasih kepada munsyi sama dengan penyertaan yang boleh dibaca di link kat atas. gud luk bro


entry keenam : putri_nian

akak blogger ni ku tak kenal secara betul, sebab rasanya jarang sekali ke blog dia. lepas ni bolehla kita berkenalan lebih lagi ya kak. ku suka kawan dengan 'akak akak' ni, banyak pengalaman katakan ;-) ok, tema yang dipilih di entry dia true meaning of love. diceritakan kisah keluarga belah ibunya yang besar dan diberikan contoh memanifestasikan perasaan cinta ini ketika pakciknya yang sakit di hospital. semua ahli keluarga mainkan peranan untuk menolong sedaya upaya. ku rasa inilah sebenarnya nilai yang patut ada dalam institusi kekeluargaan. barulah cinta itu terus mekar. terima kasih akak kerana masuk sama contest ni. macam biasa, link ada kat atas untuk dibaca


entry ketujuh : mama zharfan

touching sangat sangat! entry yang panjang ni ku baca tanpa jemu. biasanya yang panjang-panjang kita buat summary je baca, tapi yang ni, walaupun panjang, semua isi bermakna. true meaning pf love tema yang dipilih mengisahkan cinta ayahnya kepada ibunya. waah. 52 tahun! lama tu. kisah ni buat teringat kat arwah ayah, garang. cuma beza skit dengan arwah ayah mama zharfan, ayahku romantik. hehe. sebab tu romantik dia turun ke anak bongsu. errk??? hurmm, terima kasih sebab masuk. satu entry yang ku rasa berbaloi di baca. tak baca lagi, boleh baca. semoga arwah bersama dengan yang soleh



entry kelapan : kak elly

ahaa, seniorku join juga!. time kasih kak elly sebab join. hargainya. kak elly ni senior kat sini yang dah pulang ke malaysia. memang senior yg baik gitu. bertambah baik setelah join contest ni. errk? hehe. ok, cerita kak elly.... tak tahu pakai tema ape. haha, rasanya dua dua aspek disentuh. true meaning of love dengan unity of sportsmanship. lebih kepada entry promosi. apa apa pun, time kasih kak elly join. kalau ada masa, lawat lawat lah kami kat sini ;-)


entry kesembilan : anoz

welcome to the blog world bro. hehe. anoz adalah jr aku kat sini. antara jr yang agak kamceng sebab dia ni jenis dengar kata. nak soh p mana-mana, mesti dia sanggup. mungkin sebab nak jadi exco dalam SMSA, bodek tu kena ada. hahaha. baru je buat blog, baguslah sebab akan memeriahkan industri blog di sheffield ni. hehe. erkk, macam review tuan empunya blog plak. hehe. ok, tajuk yang dipilih unity through sportmanship, dengan menulis entry mengenai dirinya yang berkecimpung dalam dunia rugbi, memang best untuk dibaca. lucu tapi ada makna. sangat bermakna apabila dia ceritakan kejahatan dia memijak tangan pesaing. haha, kejam ko noz. ok, boleh berkenalan dengan abang hensem kite ni, walaupun baru seminggu berblog, tapi follower dah ramai, rajin betol die blogwalking. tak dinafikan entry entry dia cukup kreatif. hehe. klik klik link kat atas ya ;-)



entry kesepuluh : cik uniqika

wahaa, entry pertama yang sekalikan video. memang terharu dengan kerajinan cik uniqa. hehe. part last tu yang paling best. kekeke! apa apa pun, satu lagi entry yang perlu dibaca dan perlu ditonton videonya. tema yang dipilih, true meaning of love sememangnya sesuai dengan poem yang ditulis. walaupun ada salah grammar sana sini, who cares??? huhu, yang penting maknanya sampai. hoho. okes cik uniqa, time kasih sebab join. dan time kasih for the video. jangan lupe tengok videonya disini



entry kesebelas : aduka

ni bukan aduka teruna ya, ni aduka lain. hehe. okess, entry yang ditulis mengenai tema true meaning of love. kagum jugak sebab walaupun sudah banyak entry berbentuk cinta yang ditulis, dia tulis jugak entry baru untuk contest ni. thank u bro. kisah yang ditulis mengenai macam mana perempuan yang dicintainya mampu mengubah hidupnya. ya ku setuju, bila kita dah suka pada seseorang tu, kita akan lakukan apa saja kan? contoh aduka ni adalah main gitar dan blajar BI. fuiyoo, menang augrah tuuu. good job bro! harap terus ada sinar dalam hidup. apa apa, thank u sebab join contest. untuk gadis gadis, kena baca entry ni! klikklik link kat atas ;-) ooh, dia juga buat contest dalam blog dia, menarik dan ku akan join klu free. klik sini untuk ke contest dia


entry ke 12 : arra jasmy

true meaning of love tema yang dipilih. cik arra ni dulu guna blog lain, sekarang blog lain pulak. haissh, banyak sungguh blog die. seorang model, erkk, betul ke? ;) hurmm, pasal entry, cinta yang dia buat berkisarkan kisah ibunya. dengan compare pengorbanan ibunya dengan orang lain, memang jauh sangat berbeza. ye lah, ibu kita semestinya memberikan kasih sayang yang lebih. apa yang tertarik, ibu kita tak pernah merungut dalam membesarkan kita. thubp up ! time kasih sebab join


entry ke 13 : jard the great

ahaa, akak jard join lagi. hehe, mekasih. true meaning of love jugak yang dipilih. agak kreatif dan tak terfikir pun ada idea macam ni boleh terbit. bukan cinta pada manusia, tapi cinta pada cempedak. haha. ok, cinta yang jard maksudkan adalah 'goal' yang sepatutnya kita kecapi. walaupun banyak cabaran untuk peroleh cinta, dalam kes dia adalah makan cempedak, tetapi jika cinta sejati, akan terbuang maslah semua untuk peroleh 'goal' yang kita mahu kan. time kasih jard sebab join. i like it



entry ke 14 : zara

waahh, kagum dengan entry dia yang sampai akhir baru tahu kat sapa dia punya true meaning of love tu. rupa upanya blog. haha. mantap mantoya. klu cik zara nak tau, blog adalah biniku sekarang. hehe. okes, entry yang dia buat banyak dimasukkan kata kata indah. erkk, bukan banyak, keseluruhan kot dari awal sampai akhir ceritakan pasal cinta dia ni. bait bait indah ni buat aku tekun meneliti. adakah jiwa aku pun dah jatuh ke tahap puitis dah sekarang? haha. time kasih cik zara sebab join. really appreciate it



entry ke 15 : alis_mysara

true meaning of love lagi tema yang dipilih. bahasa yang sungguh romantis digunakan untuk memanifestasikan erti cinta pada DIA. sememangnya cinta agung hanya untuknya. ku ambil sedikit rankap dalam entry ini


Kerana DIA lah, kita mampu menerawang
Kerana DIA lah, kita mampu menyelam
Kerana DIA lah, kita punya titik syurga dunia
Kerana DIA lah, kita miliki busar dan istana gula



satu sajak yang buat diri ini kembali ke alam nyata sebenar. satu entry yang mengingatkan diri ini tatkala sedang terlupa. terima kasih cik alis_mysara



entry ke 16 : hemy

abang kacak ni pernah jumpa dulu sekali masa gahtering bukak puasa. memang tangannya sentiasa dengan camera. no wonder dalam entry dia yang bertemakan 'unity through sportmanship' ni ada gambar yang menarik untuk dilihat. libasan maut! mengenai entry, dia memberitahu yang sukan sepak takraw lebih signifikan untuk konsep 'unity' ada betul yang dicakapnya sebab kalau main permainan lain, mungkin unity hanyalah akan wujud jika pemain sama sama kenal. takraw, tak kenal pun boleh berunity. satu lagi entry english yang ku terima. wahh, mantap mantap. curi gambar sekeping

gambar dicuri dari blog hemy, bile entah nak blaja tangkap gambar selawa ni




entry ke 17 : lieya

true meaning of love. hohoho. mantap mantoya entry ni. ye lah, gabungkan kisah 3 in 1. love = cinta, kasih, sayang. hehe. sweet sangat. idea yang menarik gitu. ok, lieya ni baru kenal kat alam blog. biasalah, blogwalking punya kerja lah ni. takpe, yang penting dapat kenal dengan ramai orang. tak gitu? mengenai entry, touching part ayah ibu tu. bukan apa, sebab jarang ada mak bapak yang keluar tengok wayang dengan anak semata mata nak jaga anak kan. kan tak bagi tengok, anak pulak memberontak, so jalan terbaik, tengok sama sama. huhu. peringatan setelah ku menjadi ayah.. apakah?? ok, thank u lieya sebab join. klik link atas untuk baca




entry ke 18 : farah najja


entry paling pendek setakat ni. hahaha, gelak guling guling jugak la baca. part hanim takley bla langsung. huhu. entry yang comel, secomel hanim kekeke! cuma nak komen part pss, memang tertarik gitu ayatnya. walaupun bahasa mudah, tapi pengertian orang kata makan dalam gitu

cinta tak mengenal rupa dan harta. Terima lah pasangan anda seadanya! baru lah cinta namanya! kalau tak, baik bercinta dengan anak patung je ok!

apa apa pun, thank u cik farah najja sebab join. ada rezeki kalau menangm boleh beli yusof plak ganti hanim yang dah diberi kat orang tu. huhu




entry ke 19 : along nidar

entry berbentuk sajak yang ikhlas. hehe. kenapa katya ikhlas, sebab sajak ni untuk suaminya. wawah. pasti senyum melebar sang suami. bahagia hidup aman sentoasa. hehe. tema yang dipilih mesti boleh teka kan? true meaning of love, semangat sang cinta isteri kepada suaminya. kagum jugak sebab walaupun dah ada anak ni, masih lagi romantik. ahakss. jarang kan ada orang buat camni. heee. thank u sebab join



entry ke 20 : eton ...??

haha, sape plak cik eton ni? dia kawan lumut (hahaha, macam macam la kamo ni lumut) blog ni baru 3 kali ku bukak. hehe. maklumlah, selalu bukak blog kawan dia punya, jadi blog ni hanya bukak untuk baca entry. tapi hari tu bukak lagi skali, macam best pulak lepak sana. kan bagus kalau di satukan jadi satu je? heee. ok, tema yang dipilih, true meaning of love. macam mana cinta eton kepada ayah ibu yang sangat mendalam. siapa tak sayang mak ayah kan? ada juga di selitkan kisah hati eton yang telah hancur. hoho, takpe cik eton, time is the best healer, tunggulah 2 3 bulan, ok la kot. pape, thx u cik eton sebab join!!


entry ke 21 : mimpi

dulu konpius jugak sama ada mimpi ni laki ke perempuan. gaya penulisan macam pompuan, tapi sebenarnya laki. hehe. kan kan? ok, tajuk yang dipilih, true meaning of love. bentuk penulisan adalah carpen pendek. walaupun pendek, isi yang ingin disampaikan sampai ke hati sanubari. ce cehh. entry ni ku syorkan untuk dibaca oleh yang gatal nak kawen. entry mesti baca oleh golongan ini. ku tidak termasuk sebab ku bukan gatal nak kawen, tapi tergolong dari golongan lelaki layak kawen. apa lagi? jom baca entry dia tulis. terima kasih pada mimpi. blog dia pun banyak entry yang best best walaupun baru dalam berblog ;)


entry ke 22 : cerita kosong

entry maksu yang bertemakan true meaning of love ini begitu sarat dengan pengajaran. cinta padaNYA dan juga pada rasul. baca entry ni teringat dulu kisah yang disampaikan oleh seorang ustaz di saat kewafatan baginda. memang cukup sedih. tak dapat bayangkan bagaimana sahabat2 baginda yang terdekat menerima berita itu. rasanya dari satu sumber cerita ini ditulis, macam ni lah baru betul sebab kalau kita mabil daris esesuatu sumber, creditkan kepada sumber yang kita ambil. elak plagiarsm berlaku. itu terbaik. terima kasih, blog cerita kosong ni sememangnya tidak hanya kosong semata mata!




entry ke 23 : pikalicou5

entry pasal cinta. mungkin temanya adalah true meaning of love la kot. entry ni banyak menceritakan pasal diri penulis dengan cinta cintanya. yang part tak boleh tahan, cinta pada duit yang dilabur untuk membeli makaroni. haha. datang dari mana la idea cam tu. takpe, menarik tertarik untuk dibaca. pasal hp, teringat yang ku punya hp pernah dirempat oleh rakan matrx dulu. huhu. sedih dan peringatanm untuk diri sendiri. ok, time kasih cik pika sebab join. ;-)



entry ke 24 : azrai

carpen! memang sungguh terharu baca carpen ini. tambahan pula dengan pemilihan ayat yang cukup puitis yang menambat mataku untuk terus terusan membaca, kagum dengan gaya penulisannya. cerita berkisarkan tentang dilema seorang lelaki yang mahu kahwin. keliru sama ada perempuan yang banyak menolongnya itu boleh dijadikan isterinya atu tidak setelah berlakunya peristiwa....... baca sendiri kat atas. tema true meaning of love lagi, memang carpen berbaloi untuk dibaca! thank u bro




entry ke 25 : noieizan

juga bertemakan true meaning of love. cerita benar yang berlaku dalam hidup penulis. memang sayu baca cite ni yang dapat berita sedih semasa berbadan dua. sebab itu sokongan suami sangat sangat diperlukan untuk isteri, nasib baik sang suami memahami. tengok anak akak si safri tu cukup comel. harap dia akan membawa semangat cinta atuknya kelak. time kasih sebab masuk, ku tersentuh dengan ayat last tu. puisi mengenai cinta. klik link atas untuk baca. time kasih sekali lagi



entry ke 26 : aidi

juga true meaning of love. entry ni lain skit sebab tidak diterangkan apa itu cinta secara direct. apa yang diceritakan adalah bagaimana kisahnya semasa kecil yang hampir mati lemas dan cinta itu yang menyelamatkannya. nak tahu macam mana? kena lah klik link atas. time kasih sebab join. nasib baik ada abang abang yang gantang2, kalau tidak, tak tahulah kan macam mana nanti. gud luk ok




entry ke 27 : maryam

wahh, begitu banyak maksud cinta dalam entry ni. semua definisi memainkan peranan untuk jadikan entry ini begitu best untuk dibaca. ku copypaste dari entrynya

perasaan cinta pada sesuatu menyebabkan orang sanggup meninggalkan perkara yang-dicintai tidak suka. perasaan cinta menyebabkan orang berusaha untuk suka pada perkara yang-dicintai suka. perasaan cinta menjadikan seseorang itu bergantung kepada yang-dicintai. yang-dicintai adalah pelindungnya. hilangnya yang-dicintai mampu menghilangkan kewarasan seseorang.

banyak lagi pendefinisian yang menarik. apa lagi. jom tengok! thank u dan semoga berjaya. ada rezeki, adalah kemenangan



entry ke 28 : syuq

entry true meaning of love. mula mula ku tengok video dulu sebab ada video. dah tengok video, baru baca entry. hurmm, harap tabah menempuhinya. cinta manusia ni memang comlicated sebab kita berhubung dengan 2 hati. macam macam boleh terjadi pada 2 hati tersebut. yang penting, kita tahu macam mana untuk belajar mencintai orang yang tidak kita cintai. ada satu quite menarik dalam video, andai kata aku pergi, kenanglah daku dengan kenangan yang kita lakarkan bersama(lebih kurang). nice2. gud luk bro. siap ada video lagi. terharu2



entry ke 29 : cik erin

di mulakan entrynya dengan cara perempuan. erkk, cara perempuan tu paham paham la kan. girly2 sikit. dulu memang agak menyampah baca yg jenis ni, tapi sekarang ni tak jumpa yang girl2 ni, macam tak lengkap berblog. tulisan besar kecik, warna warni.. ooh i like it. tertarik dengan definisi love. tak perasan yg love juga maksud suka. ahaa. biasanya orang cakap pasal cinta, sayang bla bla. cik erin bawa aku ke satu lagi definisi love iaitu suka. memang leih kurang sama je maksudnya, tapi benda ni buat kita tak perasan. di gabung dengan entry besday kawannya, senyum semangkuk la si kawan tu. hehe. okess, time kasih sebab join.



entry ke 30 : bard

cik bard memilih unity through sportmanship untuk entry dia. disertakan beberapa gambar sebagai penarik. paling suka gambar yg pegang bola tu. nampak serius disitu. hoho. memang betul, sport boleh mengeratkan ukhwah antara kita. itulah yang sebenarnya tersirat di sebalik kita bersukan. cik bard juga ada katakan yang semester akhir ni rugi kalau kita tidak saling kenal mengenal dan dia sendiri pun kenal ramai orang dengan mengikuti sukan ni. yeahh, totally agreed. cayalah. nanti tangkap gambar men ragbi plak ;-) thank u cik bard, dah 2 kali dah masuk contestku. terharu ~~~


entry ke 31 : sara

hehe, join jugak cik sara ya. ritu pelawa dia soh masuk, akhirnya masuk jugak. walau[un entry yg ditulis agak pendek, tapi cukup mendalam. wording digunakan pun takde susah untuk dihayati. true meaning pf love ak wujud ek? hehe. ku suka part uang cik sara cite, kalau kita tak percayakan sesuatu, kita takkan jumpa benda yg kita percaya tu. ahaa, mendalam. menusuk kalbu. ok. boleh klik ke entry cik sara untuk baca lebih lanjut. terima kasih sebab masuk jugak.


entry ke 32 : zeneria


wow, entry yang sungguh menyentuh hati dan perasaan, patutlah jard copy paste letak dalam blog die pun. memang baca pun terharu. sebab ku baca kat entry dia, bukannya kat entry yg mencopy paste, perasaan dia lain skit. walaupun ada muzik rock di tepi, baca punya baca, muzik tu jadi hilang sendiri ok. menunjukkan betapa khusyuknya ku membaca. teringat kat ayah bila baca cite camni. kita hanya boleh menghayati cinta seseorang itu setelah kasih yg diberikan tanpa belah bagi. juga ku suka ayat di blog dia iaitu,

The GAJAH in front you cannot see,
The SEMUT across the ocean you can see.

yup, setuju, inilah dinamkan buta hati. harap kita tidak terdedah dalam kes macam ni. thx u sebab join!



entry ke 33 : cik farhana


entry ini sangat menarik, sebab cara penceritaan sama dengan ala ala cite pak belalang. haha, ku suka konsep macam ni. dialog yg ada nasihat di dalamnya. wat tejo plak kali ni. hehe. cara si ayah mendefinisikan cinta kepada si anak dengan dialog, bukan senan nak buat supaya masuk definisi tu dalam hati pembaca, tapi cik farhana berjaya menceritakannya dengan baik sekali. ok, amek skit ayat last dari blog cik farhana tentang cinta ni bila ditanya jika kita mati, macam mana dengan cinta?


Walau kita mati, cinta tetap hidup.. Bukankah mati itu adalah permulaan kepada satu kehidupan yang baru cuma di alam yang berbeza?



nice!! like this. thank u cik farhana. nasib baik bukan ku yg jadi judge, susah ok nak pilih entry2 ni semua!


entry ke 34 : monica

wahh. ni cinta webcam. hehe. menarik. tema yang dipilih adalah true meaning of love. apa lagi, zaman remaja, bercinta la digunakan untuk tema ini. kisah antara cik monica dengan lelaki semenanjung. hoho, memang pelik sebab tak eprnah jumpa, hanya berwebcam saja tapi boleh jatuh cinta. hehe. itulah keajaiban cinta namanya. cuma gunakan keajaiban itu di tempat yang betul. okess cik monica, thx u sebab join. really appreciate it ;)




entry ke 35 : dillaida


ahaa, kreatif cara penyampaian entrynya. mana tak kreatif, setiap huruf dalam L.O.V.E masing masing ada maksudnya. siap dengan huraian lagi. memang tertarik gitu. rasanya sampai maksud yang ingin disampaikan terutamanya love is not just lust tu. wanita wanita kene baca tu dan lelaki lelaki jangan gatal2 mintak. kawen dulu! ok, ni ku copy paste dari entrynya. menarik sangat mengenai ejaan love


L = Love is not lust. Its a two different thing.
O = Overcome things together
V = Value the moments together
E = Everyone needs love. Everyone deserve

time kasi cik dillaida sebab masuk!




entry ke 36 : hizamli


satu lagi tema true meaning of love yang dipilih. entry yang mengikut peredaran zaman encik hizamli cukup hebat memainkan kata kata untuk memberikan pendefinisian cintanya. dari kecik lagi, sejak zaman belajar berjalan, lepas tu dah masuk sekolah, berkeluarga dan akhir sekali dah tua. wohoo, cukup lengkap sekali! ku suka ayat yang last iaitu bila kita tua, kenangan itulah yang akan dijadikan sandaran untuk bercinta dan cinta juga merupakan satu.... anugerah! mantap sekali, memang entry yang kene baca ni. klik klik link kat atas. okess, time kasih kepada encik hizamli sebab join.


entry ke 37 : lin


salah seorang blogger yang pernah jumpa dulu. hehe, sebab bukan ku yg bagi markah, so no bias ok. tunggu siapakan pemenangnya, entry true meaning of love, panjang lebar cik lin huraikannnya. dari kisah mat saleh yang tua kerepot la, quote dari cik farhana punya entry la, kisah ditinggalkan kekasih lepas besday la (erkk??) macam macam lagi la yang membawa kepada definisi cinta. dengan contest ni kita dapat tahu apakah erti yang cinta patut berikan kepada kita kan? hehe. thx u cik lin sebab join




entry ke 38 : intan


perkataan menarik yang ku suka, 'nah bini kesayangan abah nak cakap ni' hohoho, menarik dan sanghat romantik ok. bertuah mak cik intan dapat suami yg romantik macam tu. erkk, orang laki kalau nak belajar cara beromantik, kene baca kat blog cik intan ni, banyak skill yang menarik boleh belajar. ku pon tengah belajar. hehe. satu lagi tertarik adalah adik angkat. haha, tak tahu plak sebenarnya angkat angkat ni dari dulu pon da ada. bak kata cik intan, last last terangkat jugak. hehehe. ok la cik intan, panjang lebar diceritakan kisah mak ayahnya yang memberikan maksud true meaning of love kepadanya. top notch!




entry ke 39 : hidayah


satu je ayat yang sesuai untuk cik hidayah ni. KAGUM. hehe. mana taknya, kalau pergi ke blog dia, tengok macam mana cara dia 'linkkan' entry ku kat blog dia. hehe. biasalah tu, baru belajar berblog, perkara simple macam ni pasti tidak akan tahu macam mana nak buat. bila dah tahu nanti, baru akan perasan, wahh, senang je rupa rupanya ;) ok, tertarik dengan kisah percintaan ayah mak dia. hehe. cinta jarak jauh gitu. cara berkenalan pun serius pelik. mana taknya, dari kisah sampaikan pesanan, sampailah ke sekarang yang dah ada 3 orang anak. haha. boleh macam tu. inilah dinamakan cinta. everything is possible. ok. nak tahu cerita aneh ni, boleh pergi ke blog cik hidayah. hoho. thx u ya sebab join




entry ke 40 : faizal


hahaha, baru lepas baca entry ni dengan sepenuhnya. lawak ok! hehe. cara penceritaan ingatkan cerita sedih. di lola luna lilie. hehe. comey je nama nama tu semua. tak sangka pulak semuanya.... jeng jeng jeng. kene baca sendiri. hehe. ok, kalau baca entry ni, ku pasti korang takkan kering gusi. hehe lucu dan maksud yang ingin disampaikan ku rasakan dapat. thank u encik faizal, walaupun dah last last minute, sempat lagi nak masuk. huhu, terharu terharu



entry ke 41 : miss keropi

berpart part cik keropi buat entry ni. hehe. yang pasti, part 1 dan part 2 dua duanya menarik. hehe. ku paling suka part yang quote dari cerita ketika cinta bertasbih. best ok




Cinta adalah kekuatan
Ia ada kemampuan
Mengubah duri menjadi mawar
Mengubah cuka menjadi anggur
Mengubah malang menjadi tuah
Mengubah sedih menjadi riang
Mengubah syaitan menjadi nabi
Mengubah iblis menjadi malaikat
Mengubah sakit menjadi sihat
Mengubah kedekut menjadi dermawan
Mengubah kandang menjadi taman
Mengubah penjara menjadi istana
Mengubah amarah menjadi ramah
Mengubah musibah menjadi muhibbah
Itulah cinta

ni yang part perempuan tu cakap kan? hehe. rajin betul tulis satu satu, memang peminat setia ni. huhu. okes thank u cik keropi sebab join. suka sangat ;)


entry ke 42 : cik hayatito

wawahh, gadis yang sudah memiliki badan unggul ni (dah ke belum?) akhinya masuk jugak setelah dipaksa beberapa kali. masuk dengan membuat satu video lagi. haaa, ambik ko tak mau sangat masuk, siap video yang di buatnya. hehe. mantap2. suka sangat tengok video tu. terutamanya part yang ada gambar..... hehe. kalau nak tahu, tengok la blg cik hayatito jugak. thx u ya, nanti balik mesia kita bukak booth sama2 ;)



entry ke 43 : GTO

hoho, tak sangka blog yang suka terjah terjah ni yang glamer yang barud apat hadiah tv ni pon join jugak. huhu, baru tau yang dulu kat UK jugak, semua gambar adalah semasa game game disini. tema yang dipilih pun unity through sportmanship. memang sesuai sangat dengan game game yang banyak di uk ni kan? thank u sebab join. gambar gambar yang dulunya tak kembang ni sememangnya menyediakan satu jalan penceritaan yang sangat mantooop gitu. penyertaan terakhir juga. terima kasih !!

66 ulasan:

  1. haz bukan salah satunya...hehe
    selamat berjaya pada semua peserta...cewaaahhhhh

    BalasPadam
  2. all the best utk semua

    BalasPadam
  3. Nak teka!

    pertama : 41
    kedua : 12
    ketiga : 21
    keempat : 6
    kelima : 14

    harap mng. haha. =D

    BalasPadam
  4. ok.saya cuba

    pertama : 21
    kedua : 33
    ketiga : 12
    keempat : 3
    kelima : 41


    err..sama cam cth jer.hehe..

    BalasPadam
  5. nak teka..

    pertama: 32
    kedua: 33
    ketiga: 14
    keempat: 40
    kelima: 41

    =)

    BalasPadam
  6. nak teka gak

    pertama : 33
    kedua : 27
    ketiga : 32
    keempat : 38
    kelima : 29

    BalasPadam
  7. hahaha.

    aku nak paksa Penyu vote aku.
    hahaha.

    1st : 14 (peduli apa aku)
    2nd : 23
    3rd : 16
    4th : 21
    5th : 34

    BalasPadam
  8. Hazami Bahrin & Family25 Februari 2010 pada 4:22 PTG

    I want to vote as well!

    1st : 14
    2nd : 21
    3rd : 16
    4th : 42
    5th : 34

    BalasPadam
  9. kaya ko nih. hadiah main pound jer.

    pertama : 21
    kedua : 33
    ketiga : 12
    keempat : 4
    kelima : 41

    BalasPadam
  10. pertama:36
    Kedua:19
    Ketiga:20
    keempat:18
    kelima:2

    (suka hati jer..hehe)

    BalasPadam
  11. sy undi semua [undi rosak!!]
    ku berserah..huhuhu...

    BalasPadam
  12. nape beauty tak tau ade contest nih?? sempat ke nak masuk?? mane entry yg asal utk contest nih??? adoyai!!!!

    p/s* awk xjoin contest beauty kew?? ;-)

    BalasPadam
  13. emm saya teke ye..

    pertama : 15
    kedua : 2
    ketiga : 4
    keempat : 22
    kelima : 31

    good luck pada semua peserta!

    BalasPadam
  14. banyak nye...
    ade masa lagi.
    nanti vee baca... :)

    BalasPadam
  15. pertama : 14
    kedua : 33
    ketiga : 18
    keempat : 4
    kelima : 41

    BalasPadam
  16. pertama : 15
    kedua : 2
    ketiga : 14
    keempat : 22
    kelima : 31

    BalasPadam
  17. pertama : 25
    kedua : 14
    ketiga : 4
    keempat : 22
    kelima : 31

    BalasPadam
  18. gue pun nak teka....
    hebat juga semua berkarya...

    pertama:16
    Kedua:38
    Ketiga:43
    keempat:33
    kelima:21

    BalasPadam
  19. kenapa ku syak yg tiada link tuh peminat zara.. wakakaka...

    BalasPadam
  20. pertama:14
    Kedua:38
    Ketiga:43
    keempat:33
    kelima:21

    BalasPadam
  21. fuhh , penatnya nak baca . haha ~_~

    1 : 21
    2 : 33
    3 : 12
    4 : 4
    5 : 41

    BalasPadam
  22. 1:36
    2:36
    3:36
    4:36
    5:36

    wah, bagi jela kat 36 tu.
    kan kan kan?
    ahha. just kidding.

    ;D

    BalasPadam
  23. haha
    peserta pon boleh mencuba jugak
    hehe
    thx ya hizamli

    BalasPadam
  24. cube je la...kot kene..=p

    pertama : 40
    kedua : 39
    ketiga : 33
    keempat : 31
    kelima : 15

    BalasPadam
  25. aku vote utk no.43..ble ker vote utk diri sendiri ni?hik3...

    BalasPadam
  26. ok..Ini vote aku..

    1st =43 (syok sendiri)

    2nd till 5,guna random.org

    2nd = 14
    3rd = 30
    4th =28
    5th = 38

    BalasPadam
  27. ni aku main bantai aje joe.
    hahaha

    1st:9
    2nd:13
    3rd:28
    4th:41
    5th:37

    nasib lah. 10pound. haha

    BalasPadam
  28. my 10,000 votes goes to

    36

    support kwn2 kan

    hehehe

    BalasPadam
  29. nak cuba jg..

    pertama : 16
    kedua : 10
    ketiga : 40
    keempat : 5
    kelima : 13

    BalasPadam
  30. Nampak gaya undi contoh dari Joe telah mempengaruhi undian terhadap entry aku(21).

    Aku bimbang andai ada isu ketidakadilan secara tidak sengaja akibat contoh cara mengundi tersebut, itu belum masuk dari segi pemilihan pengundi yang lebih memihak kepada entry true meaning of love.

    Apa-apapun,biar aku habis khatam semua entri baru aku nyatakan undi pilihan hatiku.

    Syabas kerana berjaya anjurkan contest ini.

    BalasPadam
  31. tq joe for the review.alamak ai.hebat semua.leh ke aku menang.gaga.

    BalasPadam
  32. Pilihan hati dan akalku adalah :

    Pertama : 32
    Kedua : 33
    Ketiga : 41
    Keempat : 14
    Kelima : 3

    BalasPadam
  33. salam ziarah..
    huhu..mahu seminGgu baru khatam semua entry nie..
    takpe2, jengah2 dl entry peserta lain..nanti ak teka kemudian yer j0w..

    BalasPadam
  34. mau ikut teka. tapi belum abis baca semua.hee

    BalasPadam
  35. ade gak org teka ak..thanks.

    xpromote pon soh teke kt sini, nnti la promote, busy sket skang.

    ape2 pon, nk teka jugak la,

    1st: 14
    2nd: 5 (saje teka 2nd sbb 1st mmg dh pilih kan?..hehe)
    3rd: 3
    4th: 24
    5th: 19

    pilih bace entry random je..huhu. mane yg sempat. all the best sume~

    BalasPadam
  36. susahnye nak buat pilihan.

    hmm...

    pertama : 20
    kedua : 34
    ketiga : 11
    keempat : 4
    kelima : 40


    p/s:aku syak yg takde nama blogger yg takde link tu kat dlm komen ni org yg sama aaa.

    BalasPadam
  37. pertama : 7
    kedua : 14
    ketiga : 21
    keempat : 28
    kelima : 35

    BalasPadam
  38. pertama : 5
    kedua : 13
    ketiga : 14
    keempat : 36
    kelima : 35

    good luck everyone

    BalasPadam
  39. erkk..malasnye nak khatam semua2 blog..mana yg sempat jer la..heheXD

    1st: 14 **sywit sgt2**
    2nd: 7 **sgt menyentuh perasaan**
    3rd: 33 *comel jer guna ayat jawa..sampai aku baca pon da terjawa da**
    4th: 21 **1st n3 aku yg ku view utk contest nih..Memang mantap**heheXD ku suka..**
    5th: 18 **yg ni cute gax**

    ecece...semuanye n3 yang cute mute yg kupilih...~~ lalalalXD

    BalasPadam
  40. salam ziarah..
    1. 24
    2. 19
    3. 15
    4. 33
    5. 40

    p/s: tekaan cuma andaian..
    lain orG maybe lain citarasanya.. =)

    BalasPadam
  41. saya teka

    1. 32
    2. 15
    3. 21
    4. 33
    5. 7

    =)

    BalasPadam
  42. saya datang meneka..hehe..

    1=5
    2=16
    3=24
    4=32
    5=22

    BalasPadam
  43. salam,
    sempat lgi kan
    haha,


    1st=21
    2nd=4
    3rd=24
    4th=33
    5th=12

    BalasPadam
  44. 1.34
    2.34
    3.34
    4.34
    5.34

    semuanya 34..:P

    BalasPadam
  45. herm..hye kak wanie je ke? tuan punye blog?? hahaha..aduii..
    herm..peraduan teka dan menang ek.baik2..aka di teliti..huuu~

    BalasPadam
  46. 14
    11
    35
    5
    8

    ok.. i'm bad at teka teka nih.. duh..

    BalasPadam
  47. 1st- 27
    2nd- 22
    3rd- 7
    4th- 31
    5th- 43

    BalasPadam
  48. yah...nk bce sume sgt mls...tgk undian org...then bwu bce...dan akhirnye jd la nih....

    1...14
    2...35
    3...32
    4...33
    5...22

    BalasPadam
  49. sangat menarik...sy suka cik farhana nye entri..hehehee..yg lain x baca lg..:)

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.