Rabu, 10 Februari 2010

game facebook yang paling popular!

kredit disini


antara yang membuat facebook jadi tatapan ramai adalah kerana permainan di dalamnya. pernah terbaca satu artikel yang ada orang membuat akaun lebih dari satu (aku tidak terkecuali) kerana permainan facebook ini. ada yang sampai 20 akaun kerana permainan facebook! sebab inilah facebook semakin hari semakin mendapat tempat.


ranking alexa malaysia terbaru. 10/2/2010


melalui ranking alexa dunia, facebook sudah naik ke tangga kedua website yang paling di layari. kalau di malaysia, sudah menjadi nombor satu!! (gambar atas) nampaknya orang malaysia sudah gilakan facebook. anda termasuk dalam kegilaan ini? hahaha (gelak nakal)


permainan facebook


banyak faktor kenapa facebook mendapat tempat, macam jualan baju zara berharga rm 2 sahaja, salah satu faktor adalah kerana permainan. dalam entry ini, aku akan cerittakan kegilaan seseorang terhadap permainan facebook. siapa tu? aku lah, siapa lagi! hehe, dah nama blog joegrimjow


farmville


pernah masuk surat khabar kosmo (akhbar yang memaparkan ceria cerita pelik dan kadang kadang terlampau pelik untuk di baca) mengenai kehebatan farmville. 'developer permainan ini cukup pandai menarik minat orang ramai untuk menjadikan farmville ini sebagai ladang virtual sampaikan mak ayah di kampung penat berkata


'aminnn, pergi tanam serai tu'


'amin tengah tanam la ni. bukan saje serai, pokok epal pun amin tanam, gajah, kucing, turkey siapa nak tengok tengokkan?'


bunyi macam peladang pro je! jika anda terasa diri anda pro, tengoklah gambar di bawah ini. dengan meladang pun boleh jadi jutawan!! tak mahu berladang lagi??


sudah 2 juta duitnya. level sudah 46. hahaha. aku lah si otai farmville.!!



ahakkss, ada JOE lagi tu




mafia wars

berada di ranking ketiga, mafia wars sudah jatuh yang dahulunya nombor satu. mungkin kerana orang lebih bertumpukan permainan virtual seperti farmville ini membuat mafia wars sudah jatuh rankingnya. tetapi mafia wars memiliki keistimewaannya tersendiri. contoh yang paling ideal adalah developer yang selalu ikutkan arus dunia mafia sebenar


stage baru!! bangkok



dalam mafia wars, kita akan berlagak menjadi mafia sebenar. semakin tinggi level anda, semakin hebat anda di mata orang. kadang kadang anda akan di 'add' oleh perempuan hot dari negara lain jika anda sudah berada di....





level 500 ke atas. macam aku yang level 672 ini, begitu banyak perempuan hot dari canada, yugoslavia, peru, bermuda yang add kerana mahu aku bantu mereka. tapi sayangnya, setelah approve, rupa rupaya hanya gambar yang hot, tetapi pemiliknya adalah lelaki. hampasss!



~~~~

kenapa boleh tahan lama


ada beberapa faktor sebagai otai permainan ini aku mahu jelaskan. kepada yang lebih otai, mungkin akan lebih tahu dari aku. ini hanyalah pendapat semata mata


hadiah aka gift


dalam mana mana permainan facebook pun, kali ini aku fokuskan kepada farmville dan mafia wars sahaja sebab aku otai dalam dua ni je, mesti gift ini adalah kenapa permainan ini bertahan. pertukaran gift ini membuat orang yang bermain akan chatting dengan pemain2 lain untuk bertukar gift.


susah mahu cheat


setiap permainan ada cheat tersendiri. farmville dan mafia wars tidak terelek. tetapi dengan developer game ini yang dapat mengesan dengan pantas, membuat game ini terus di mainkan oleh orang ramai. contoh game yang senang di cheat adalah cat society. tengok di mana rankingnya? tidak ada. sebab itu tidak dapat bertahan!


di add oleh perempuan hot

macam mana nak stop kalau perempuan 'luar' macam ni nak add kita selalu? kekeke!


~~~~~


hukum main permainan facebook


jangan risau, islam kita indah. menjaga kemaslahatan penganutnya. tidak mengatakan haram terus. tetapi, permainan ini boleh menjadi haram dalam beberapa keadaaan!


meninggalkan solat


mana mana permainan pun, kalau diberi keutamaan bermain game dahulu berbanding solat dan perkara ibadah yang lain, hukumnya menjadi haram. hei, jangan ingat ini satu auta, ada yang yang pernah terjadi (BUKAN pengalaman sendiri)


menghabiskan masa terlalu lama


main permainan ini boleh di mainkan jika mahu di mainkan di waktu ruang. tapi jika terlalu lama masa di ambil untuk bermain game, hukumnya menjadi haram. banyak masa berfaedah untuk tegakkan islam, merapatkan silaturahim tidak dibuat kerana sibuk bermain permainan ini

psss : ku bukan ustaz, tapi pernah dengar pasal 'game' facebook ni. nak jelas, boleh tanya ustaz di kampung kampung anda berdekatan ;-)



tazkirah selaku otai game


dah lama berkecimpung ni, dah sampai masa kita 'slow slow' main game. kalau dulu farmville dan mafia wars menjadi keutamaan bila membuka facebook, sekarang ni dah jadi makin boring. mugkin faktor umur? ataupun mungkin faktor dah nak kawen, menjadikan nafsu bermain kedua dua game ini sudah kurang


"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?"

(Q.s. Al-An'am: 32).


ayat terakhir, tidakkah kamu berfikir? sama sama la kita fikir sendiri. tak payah nak hurai, sebab diri sendiri lebih tahu akan diri kita. kan kan? sama jugak dengan facebook atau blog, jangan terlalu taksub sampai melalaikan kita.


moga moga apa yang dibaca ini tidak membazir masa kalian
(cet, skema pulak ;-) )



nota kaki : nanotube nanotube nanotube

36 ulasan:

  1. :) :) :)
    betulll.. memang best.. tapi aku dedulu jer rajin main..
    sekarang ni cukup 24 jam baru aku bukak balik

    BalasPadam
  2. SALAM JoE:.,,


    wah kira kamoo nie pemaiN tegaR game2 kat mukaBuku lah ye..




    aku mase mula2 dolu truja main gamEs tp lps tue cam mls...

    BalasPadam
  3. bgus2. ade selit tazkirah. ak dh lme stop maen game fb. rase cm bazir gile mase. blogging at least dpt ilmu br, tp kalo lalai tinggal solat sume still leh jatuh hukum haram. Wallahua'lam.

    BalasPadam
  4. fuyo..xboring ke nk kne tunggu lame2 tu..

    BalasPadam
  5. Haha.. Bukan saje awek cun malah juge lelaki hencem kot.. Hik hik.. Dulu ku aktif arr main segala game ni tapi skang maleh plak.. Takut kene add dgn mamat hencem.. Bahaya.. Ahaks.. ;p

    BalasPadam
  6. dulu, aku addict main farmville. skrg tidak lagi. dah tak menanam dah..

    BalasPadam
  7. saya satu masa dahulu adalah seorang hantu farmville..sekarang, asal bukak farmville jek mesti browser crashed. tak kisahlah mojila ke chrome..sama jek dan sekaligus dapat mengurangkan masa saya kat fb..terima kasih kepada browser yang mengong :-w

    BalasPadam
  8. ari - ari layan tpi asal dah menuai n menanam cukuplah..
    asal sudah jenguk jiran - jiran pun cukuplah..
    banayk keja mahu bikin maaa!!
    bukan idup main game saje lorr!!

    BalasPadam
  9. enasan, skrg da slow2. hehe

    fina, browser pon boleh tolong gak

    BalasPadam
  10. i mafiawars maniac,,tapi still beginner...hehhehe

    BalasPadam
  11. aku fb pon dah xde..cmanee nk maen game..siyes fb agak melaghokan sbb die byk sgt application yg best2..huhuh..

    BalasPadam
  12. bg bro la kan...

    apa lagi kalau bukan mafia wars

    http://www.broframestone.com/2010/01/bro-berada-di-bangkok-thailand/

    BalasPadam
  13. dulu layan Mafa Wars kat tagged .

    Entahlaa rasa cam dah bosan

    BalasPadam
  14. dah pencen sume dari games tu...

    BalasPadam
  15. saya x pernah main 2 game popular tu.. pernah buka, tgok2 tapi hampeh... xfaham lansung..

    BalasPadam
  16. wah!!!hebat...dah level 46..main farmville
    i baru 29...haha~

    BalasPadam
  17. level 46?haha aku bru stop men sbulan yg lps.level 52.aku bnti sbb dh tau trick nk nek lebel cpt wthout gna pe2 tool tipu.neighbor xpuas ati xdpt kjr aku (even mula2 aku kejar depa) so aku stop trus..hahaha *erk..adakah aku sudah blagak d sini?erk maaf..*

    BalasPadam
  18. friendster.com da takleh nk kejar kehebatan facebook da. kan?

    BalasPadam
  19. the thing about all those facebook games is that once you went away for awhile and not being able to be online for... like say a week, you'll be amazed (but mostly annoyed) by the fact that most of your 'neighbours' have surpassed your level and that you have like a billion 'gifts' to approve and arrange in your farm. i've stopped playing fv since last december, and now focusing on upgrading my cafe in cw. hahaha...

    BalasPadam
  20. pernah main mafia war tapi dekat tagged bukan FB huhuu..

    BalasPadam
  21. erkk
    trick ley pakai lagi ke?
    bukan nye die da disable?

    BalasPadam
  22. minat kite sama.
    kite suka men farmville.
    best la..
    kdg2 terlalu addict dgn fb nie.
    sggup x tdo sbb men game.
    sbr je la..

    :-)

    claraemilycancer.blogspot.com

    BalasPadam
  23. aku dah lama ceraikan facebook nie..melalaikan jer..

    p/s: ko blaja kt sheffield, engineering ada kenal tak wan iman?papehal shoutbox aku senang..

    BalasPadam
  24. yeahhh betul
    aku baca metro pun ada cte tentang kegilaan farmville
    dan ko mmg otai
    sbb terhebat dlm ranking farmville aku
    cis

    BalasPadam
  25. Skarang gua kurang aktif mafia ngan farmville.
    Main game2 bola plak.
    buat kelab bola sepak kt game premier football ngan galacticos football.

    BalasPadam
  26. dulu gila main petsociety.. dah sampai level 47. tp guna cheat. haha. skrg dah tak main apa dah..

    passion mencongkil cheat dan menjadi pentipu itu sungguh menterujakan ok!

    BalasPadam
  27. wah...level dh tnggi tu...
    kita pn men gak..tp baru level 41...huhu...

    BalasPadam
  28. nasib baiklah aku tak tergoda dengan game tu semua
    haha

    tp ko memang otai ler

    BalasPadam
  29. ku x penah tergoda ngan mana2 game kat fb.. hahahaha.. serius. tak penah main.. hahhaha.

    BalasPadam
  30. dahsat nyer! otai sggh!

    saye lepas tuka akaun fesbuk,da x maen da game2 tu sumer.malas nak layan.nnt addicted.

    BalasPadam
  31. da x men da seteruk dlu
    skit2
    erkk
    slow2 nak berenti

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.