Jumaat, 26 Februari 2010

bolehkah seorang cleaner memiliki lotus EVORA?


tengok buletin utama tadi, ada berita best. satu kereta sport, lotus evora (dalam buletin utama dieorang tulis exxora) akan dikeluarkan di malaysia. WOWW. memang ramailah yang akan beli kereta tu nanti. bila dan berapa haganya belum ditentukan lagi. tapi akan diumumkan dalam waktu terdekat. di uk harganya 50 ribu pound


berita tadi


memang tertarik dengan kemachoan kereta ni. hoho. memang impian nak beli kereta dua pintu ni. entah bila mampu miliki pun tak tahu. ok, cakap pasal kereta sport ni, ramai yang mendakwa kereta ini adalah antara yan terbaik buat setakat ini yang pernah dihasilkan. jom kita lihat kehebatan kereta ni!


boleh klik sini untuk mendengar deruman enjin



Gearbox

6-speed manual



Steering

Hydraulically-assisted power steering



Wheels/Tyres

18’’ front alloys (225/40 ZR18)
19’’ rear alloys (255/35 ZR19)



Suspension System

Forged aluminium wishbone suspension
Bilstein high performance
gas dampers
Eibach coaxial coil springs



Seating

2 variants available:
2 seater or 2+2
Adjustable Recaro leather sports seats (front)
Leather seats with Isofi x
(rear in 2+2 variant only)



Kerb Weight

1380 kg estimated (2+2 variant)
Features
Flat-bottomed steering wheel
Air conditioning


nak tengok specification die yang lain boleh klik kat sini


banyak sangat spek dia dan selaku jahil dari segi kereta ni, ada dua je yang menarik minat tentang kereta ni



0-97 km/h hanya dalam masa 4.9 saat
hampir sama dengan kereta ferrari!


top speed 261 km/h
laju tuuu, kecik kecik tapi laju ok!





mampukan seorang cleaner memilikinya??


kerja pert time kat sini, gaji adalah 15 pound sehari. harga kereta ni adalah 50 ribu pound. jadi
50 000 / 15
3334 hari baru boleh beli kereta ni




3334 / 365 untuk ditukar kepada tahun
9 tahun lebih baru boleh beli



haha
aku akan stay kat sini selama 9 tahun lagi



jadi
umur sekarang 22 tahun + 9 tahun, umur 31 tahun




balik kemalaysia berumur 31 tahun dengan pakai kereta ni
agak agaknya ramai lagi tak anak dara yang terpikat?



kekeke


psss : entry release tension, layan je la

25 ulasan:

  1. shafie nottingham.
    tue laa, anak dara jual mahal... kita kahwen dgn kereta dak..

    BalasPadam
  2. hahahaha.. ramai je terpikat kalau joe hensem lagi masa tu+poket penuh+kaya+memiliki segalanya= semua gadis berebut.. lalala

    BalasPadam
  3. Kahwin pastu ajak bini kerja cleaner skali...bleh cut half 9 tahun tu jadi 4.5tahun je.
    Amacam cadangan aku?
    Haha~

    BalasPadam
  4. err. 31 tahun baru nak kawin ke joe? lambat dah tu.

    'taknak keta mahal, maintenance tggi'. ekeke

    BalasPadam
  5. walau sehebat mana keta tu, secanggih mana keta tu, semahal mana keta tu, bergaya macam mana pun keta tu, kalau keta tu dua pintu je sy tak minattttt hahhahaahaha....

    BalasPadam
  6. ahahaha~

    anak dara yg mata duetan je yg nak kott klu tackle guna sport car..
    :pp

    BalasPadam
  7. anak dara skrg pn pikir 'kereta cun,sure ramai awek...'

    BalasPadam
  8. Hahahahahaha.. 9 tahun lagi ek.. Ku 32 laaa.. Dah tua.. Ahaks.. ;p

    BalasPadam
  9. ishh..xkan 9thun tu jdik cleaner jer..mesti nek pangkat doh..
    xpun keje len.. kan?
    ;p

    BalasPadam
  10. kalau hilang ataupun tercalar kete ni
    mahu nangis tak berlagu la jawabnya nanti
    huhuuhu

    tapi kete ni mmg superb cun!

    BalasPadam
  11. pinky, terpikat ek> gud2

    mimpi, haha, cadangan bagus

    sarah, maintanance tinggi sangat ke?

    BalasPadam
  12. shafie, haah, makan kene jugak ok, hehe

    syima, haah, btol jugak, camne solution?

    farhana, da tua da tu, hehe

    BalasPadam
  13. ko balik dgn kereta ni, aku tunggu kat KLIA seminggu awal~

    hahaha~

    BalasPadam
  14. hehehehe.. mesti laa terfikir.. ko kan hensem.. tapi aku tak terpikat laa.. sebab aku ni golongan nenek2.. haha

    BalasPadam
  15. kete ni masuk msia terus jadik mahal.huhu

    BalasPadam
  16. Anak dara tak akan terpikat dgn kereta je. Tapi mereka lebih terpikat dengan duit. Haha

    BalasPadam
  17. Its a featured car in 2011.way to come.

    Spending 9 years over a car for self satisfaction. Just one self can judge the worthiness out of it.

    But talking about money.

    GBP50 000 which maybe last 50years
    By that time u r already 81 years old.Might not use it anymore.

    Saving :
    6.14L/100km = GBP 7.368/100km
    which is way better than other luxury cars, about equal to compact premium car, but can't beat HYBRID car.
    *Porsche Boxter 9.4L/100km

    SAVING = GBP3.9/100km
    in 50 years if petrol price did not change = GBP 3.9/100km x (how many km travel a year)

    In term of Worthiness:
    Side support to the poor/month = RM500
    GBP 50 000 x 5.3 = RM265 000
    RM 265 000/500 = 530months support

    OR

    RM265000 invested in FOREX/BURSA/New promising business = it could double or triple up

    OR

    if u die in a car accident it worth nothing but an excitement before dying.

    ***but its everyone does have the same dream. Thats why we call it a dream.Its not realistic not in terms of Affordable ot not, but in term of its worthiness.

    just a thought :)

    BalasPadam
  18. wah, kereta idaman..ada spots car dlm mimpi dlu ~ waw, iman komen its unpredictable. bila jo nak beli sports car...

    BalasPadam
  19. well...xberbaloi beli kete nie...klu nak membujang smpai tue ok la kot...tp klu da berfamily pkai kete nie..comfirm2 anak masu bonet..huhu

    BalasPadam
  20. Tak teringin nak beli kete mahal2 ni..
    cukuplah apa yang mampu..

    BalasPadam
  21. mampu!tapi lama nak ambil masa kot

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.