Jumaat, 29 Januari 2010

kenapa aku tak dilahirkan secantik/sehensem itu ek?

-gambar takde kaitan, sumber-


puan aziah baru sahaja menidurkan anaknya di katil. sekarang dia akan berjumpa dengan doktor yang merawat anaknya. suasana hospital yang hening itu bakal menyaksikan adakah penderitaan anaknya akan berkekalan ataupun ada sinar di sebalik kegelapan. pura pura untuk tidur, budak sekecil itu sudah pandai untuk mengetahui akan perihal dirinya sendiri.


'puan kena banyak bersabar, Allah lebih sayangkan dia'


'tetapi kenapa dia doktor.... bukan anak orang lain?'


sunyi....


'berapa bulan lagi mampu bertahan?'


'paling lama setahun, puan banyakkan bersabar ek. luangkan masa sepenuhnya dengan dia. dia memang perlukan puan'


setelah doktor pergi, puan aziah tidak dapat menahan sebaknya. mahu sahaja dia gugurkan semua titisan itu sekarang. tetapi mahu dikuatkan hati di depan anaknya, dia tidak berbuat demikian. di lihat muka persis aiman, ada air mata yang bergenang. di kuatkan hati ibu untuk bertanya


'kenapa tak tidur lagi sayang?'


'ibu....'


'tidur ek, esok bangun ibu bawa jalan kat taman. kita main jongkang jongkit. aiman suka kan?'


'aiman dengar apa yang ibu dan doktor cakap tadi.....'


air mata yang ditahan itu akhirnya tumpah juga. dia lantas memeluk anaknya. memang mahu disembunyikan hakikat umur anaknya, tetapi apa kan daya, anak mentah itu lagi bijak darinya. mahu mengetahui apa sebenarnya yang berlaku


'doktor cakap paling lama 6 bulan'

disambung lagi


'macam mana aiman nak jadi doktor dalam 6 bulan ni bu. cita cita aiman, aiman mahu jadi doktor yang terkenal, merawat orang tanpa mengira pangkat. aiman nak berbakti kepada orang lain... sempat ke bu aiman nak buat semua tu dalam masa setahun ni'


semakin laju air mata puan aziah mengalir


'esok kita jangan ke taman ya bu, hantar aiman ke sekolah. aiman mahu belajar sungguh sungguh. tak lama aiman ada, aiman nak manfaat sebaiknya. aiman mahu belajar sampai aiman dapat jadi doktor, aiman nak tunai cita cita aiman ni....'


pelukan puan aziah kepada anaknya semakin erat. hatinya meraung mengapa anak sekecil itu dipilih untuk pergi dahulu. dosa apa yang dia pernah lakukan dahulu sehingga si pencipta mahu menghukumnya dengan ujian seberat itu. adakah ini ketentuanNya yang tidak dapat di ubah?



mengapa?



7 bulan selepas itu, aiman pergi untuk selama lamanya.



~~~~~


'you know something is GOOD
but to do something is GOD'


hidup yang singkat ini banyak yang orang salah ertikan dengan mengangap kita akan berada selama-lamanya disini. punca ini membuat orang ramai lupa dan lalai dalam mencari cinta yang sebenar.


sehinggalah ditimpa kesusahan


barulah masing masing mahu menghadapNya meminta bantuan. meminta diberi kemudahan untuk mengahdapi kesusahan. dan ada yang teruk, menyalahkan takdir kenapa berlaku sedemikian


hidup ini singkat
umur pun singkat


tapi kita ada cara mahu umur panjang
dengan nama sentiasa bermain dibibir orang memuji akhlak kita



nota kaki : dapat kaitkan dengan tajuk tak?

35 ulasan:

  1. semua yg terjadi dah ditentukan sejak azali lagi kan..
    mensyukuri setiap nikmat kurniaan Tuhan. ya. kita selalu lupa juga.

    BalasPadam
  2. Nk ubah pon xley klu dh ditetap mcm tu.. kang klu encem susah plak nk pilih calon istri.. muka camni kan dh ade calon isteri.. :p

    BalasPadam
  3. ahaks. terjumpa jugak blogger yg slalu singgah blog maya.

    jom tukar2 link?

    tata.

    BalasPadam
  4. adikeica likes this!

    BalasPadam
  5. Kita tak pernah mahu menghargai sesuatu sehingga kita ditarik nikmatnya itu.

    BalasPadam
  6. Sedih pulak baca kisah puan azizah dan anaknya. Hanya orang2 yang terpilih diberi ujian yang berat oleh Allah..

    BalasPadam
  7. singkat mana pun hidup..nikmatilah dengan tenang..

    BalasPadam
  8. langsung xda kena mengena dgn tajuk heee...

    but nice point joe..

    BalasPadam
  9. waa..layout da tkar..sori br berkesempatan dtg..

    anyway, setiap yg berlaku ada hikmahnya.Terima ujian dengan redha..

    BalasPadam
  10. syukur apa adanya.. syukur dengan apa jua kesempatan/peluang walaupun umur cuma tinggal 6 bulan saja..

    BalasPadam
  11. cantik n ensem tu subjektif....
    bersyukur apa adanya...

    jap aiman tu pegi..
    sbb die ta ensem ke???

    conpius~~~

    BalasPadam
  12. apa-apalah.. tajuk je tersurat.. yg tersirat ceritanya lain..
    touching gak walopon singkat saja.. pandai ko usik ati aku yg sedia keras ni.. jd lembut.. sob sob..

    BalasPadam
  13. tu org kate..
    beringat sebelum kena..ade pape kaitan x dgn tajuk?hehe

    ingat Allah ketika senang pasti DIA akn dtg waktu susah..

    buat baik dgn org byk2..dptla byk kebaikan dr Allah..

    juz HIM knows who are you exactly..

    BalasPadam
  14. mcm kisah bg mas afzal je...
    mak dia nama aziah kan?

    sedih la la bc en3 ni..

    BalasPadam
  15. ...rupenyer dah pakai blogspot...patutulaa, ketinggalan betul...huhuuu

    ...tajuk mcm ada kene mengena...tp tak tahu nak cakap camner...
    ...sedih laa citer ni...=(
    poor aiman

    BalasPadam
  16. Erk.. Tapi kan joe.. Ade certain orang, dia buat bnyk kebaikan dn orang sanjung tp hanya kerana ksilapan kecil org ingat smpi bila.. Even org tu dh takde, still org akan igt pada silap kecil yg dia buat.. Knape ek.. Hmmmmmm..

    Kaitan ngan tajuk ape ek? Maknanya tak smestinya cantik dn hensem saje org dok sebut2, kalau akhlak baik, wat kebaikan masa di dunia pn org akan slalu sebut2.. Adakah itu yg anda cube sampaikan? Hee.. ;)

    BalasPadam
  17. byk tersuraT & tersiraT




    setiap kejadiaN itu ada hikmahnya




    (",)

    BalasPadam
  18. devoted, mesti la bukan, cube paham leklok

    BalasPadam
  19. farhana, haha, bukan2. ishh, mmg xtercapai maksud ni. huhu

    BalasPadam
  20. ada hikmah apa yg berlaku di sebaliknya. Allah lebih mengetahui

    BalasPadam
  21. kecantikan paras rupa kalo ade mmg untung laa.... tp kena la ingat.. semua benda kat dunia neh hanya pinjaman je... Allah akan tarik bile2 masa je.. termasuk org2 yg kita sygi..

    mase tulah..... kena beringat ar... =)

    BalasPadam
  22. wahaiiiii joe.



    kau memang hensem macam the rock la. HAHAHAHHAHAHAHA. kira jawapan aii ni berkaitan dgn tajuk tak ?

    BalasPadam
  23. rupa dan kecantikn itu x semua org memilikinya.. ALLAH boleh tarik bila2 msa

    eh kmu pon hensem apa.. :)
    ada ciri2 lelaki melayu sejati

    BalasPadam
  24. semua nya hanya pinjaman... ;)


    baru bkesempatan menjenguk ke sini.. hohoho~

    BalasPadam
  25. ko dah sedia ada terbaik dah joe~

    dan aku percaya semua manusia juga begitu~

    BalasPadam
  26. Syukur je la dengan apa yang dikurniakan olehNya..

    BalasPadam
  27. bersyukur dgn pa yg da...mengapa ingin mempersoalkannya lagi?...

    BalasPadam
  28. moyang kita ada berkata..

    don't judge a book by it's cover..


    tp kadang-kadang orang puji melangit pun tak semestinya itu realiti..

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.