Rabu, 21 Oktober 2009

senjata terHEBAT

'basikal aku kena curi'

'kat mana ko letak?'

'depan rumah...'

'dah kunci?'

'kunci gila2 dah pun'

'takpe la, ada hikmah dia tu. eh, jangan lupa doakan aku class 1 ya'

'haa? aku basikal hilang ni, ko soh doa bg class 1 ape kaitan?'

'doa org teranaiya dimakbulkan ;-)'



~~~~


abu salamah dan ummu salamah adalah antara yang hidup di zaman nabi muhammad. pasangan suami isteri saling cinta mencintai ini cukup bahagia tinggal bersama. ada satu ketika abu salamah balik dengan muka gembira


'nabi cakap, barang siapa di timpa kesusahan, maka doalah, innalillahhiwainnailaihirojion dan berdoalah supaya kesenangan yang diperoleh berlipat kali ganda akan kesusahan yang menimpa'



setelah mengiyakan kata2 suaminya, ummu salamah cuba praktikkannya dalam kehidupan seharian.


takdir allah, abu salamah telah meninggal dunia tidak lama setelah itu. memang cukup sedih kehilangan suami tercinta. teringat pesanan dari suaminya, dia pun berdoa supaya diberi kesenangan berlipat kali ganda


dalam fikirannya terasa pelik, dia begitu sayangkan suaminya dan merasakan tiada lagi lelaki lain yang dapat menandingi kasihnya kepada suaminya. tapi atas dasar wasiat suaminya, doa untuk peroleh kesenangan tetap di doanya


tidak lama selepas itu


nabi kita datang untuk melamar ummu salamah. memang dia terkejut akan lamaran yang dibuat oleh orang yang paling mulia di sisi allah untuk berkahwin dengannya. mungkin inilah doa yang didoanya setelah kematian suaminya. tapi lamaran itu ditolak dengan 3 alasan


aku sudah tua
bersikap cemburu
mempunyai ramai anak


ummu salamah memang terkenal dengan kegeniusannya. dengan alasan kukuh itu, memang sukar untuk dijawab oleh mana-mana lelaki. tapi dengan romantis nabi kita membalas


'kalau kau sudah tua, aku pun dah tua juga. kalau kau bersikap cemburu, allah akan padam sikap cemburu dari diri kau. kau mempunyai ramai anak, kan nanti anak-anak itu akan jad anak aku juga'


psss ; sweet je kan nabi kita



~~~~~


kalau ditimpa kesusahan
jangan lupa kita bukan menyendiri
ada banyak lagi insan yang mahu mendengar masalah kita
kalau takde orang nak dengar
DIA kan ada
=)


nota kaki : 350 350 350

33 ulasan:

  1. harap2 lepas ni hazz dah tak mengeluh lagi...

    BalasPadam
  2. sabar ye..
    doakan aku tenang menghadapi final exam.. ;p

    BalasPadam
  3. betul tu..setuju..allah sentiasa bersama kita..

    BalasPadam
  4. nabi kita memang mulia... selawat ke atas nabi... =)

    BalasPadam
  5. agak2 kalau lelaki zaman sekarang kot ye pun ckp mcm tu, mcm mana pulak jawapan dari yg perempuan

    BalasPadam
  6. ermm....yelar...klu d timpa susah..
    mang xde kwn nk dgr..tmbh2 klu susah bab duit..teros kwn2 ilang p lari enth p mane..

    ermm....ngadu kat Allah jelar...
    Die jer bole bntu sbb hak turunkan rezeki hnya pd Die...kiter kene usaha sikit ler...
    tul x Joe??

    BalasPadam
  7. hahaa.. ayat baek punya yo..
    lumrah hidup maaa..
    minta padaNya......

    BalasPadam
  8. sentiasa pandang yg positif
    -org tegur...anggap org sygkan kita
    -hilang harta benda-anggap ujianNya dan ada org yg lbh teruk kehilangan dari kita

    (akka sentiasa senyum utk diri sendiri hahaha..biar apa org nak kata...utk awet muda tuu)

    BalasPadam
  9. hehehe~
    ada ke patut~
    doa sahaja~
    soa tu kan senjata terhebat orang mukmin~

    BalasPadam
  10. mmg romantik n genius..ekekeke..allahumma solli ala sayyidina muhammad

    BalasPadam
  11. so, lelaki ikutlah pergai nabi MUhammmad. lalala.bru isteri syg.dan bgitu jg la prempuan.

    BalasPadam
  12. aku kehilangan handbag haritu...maksudnya lepas ni msti dpt yg lebih baik kan....

    ..n3 yg membuatkan aku tersenyum...thanks :)

    BalasPadam
  13. yup..selalu juga sy mcm tu, kalo org tak dgr, sy pasti DIA sentiasa ada dimana2 saja..anytime and anywhere
    we never walk alone..=)

    BalasPadam
  14. I agree with this..

    tp... kenapa nota kaki tu 350?..

    BalasPadam
  15. kalau ditimpa kesusahan
    jangan lupa kita bukan menyendiri
    ada banyak lagi insan yang mahu mendengar masalah kita
    kalau takde orang nak dengar
    DIA kan ada
    =)


    beTul tue.... setUju2 (^_^)

    BalasPadam
  16. aku tersentuh la dgn entri ko ni joe... terasa bersemangat kembali...

    BalasPadam
  17. macam mana la nak jadi sesweet nabi ek?ku macam nak tiru.mesti ais kat kutub utara pun boleh cair dengan ku nanti.kaka.

    BalasPadam
  18. hehehehhe..suke2..

    dapat lamaran nabi..BESHnye..

    yea,DIA sentiasa bersama kita.

    BalasPadam
  19. urm, aku tak patut bersedih kerana duniawi

    BalasPadam
  20. 'ble ditimpa kesusahan..
    jgn lupa kita bkn mnyendiri..
    klu xde org nk dgr..
    DIA kn ader...'

    ble bc nasihat terakhir tu..
    mgingatkan sy kpd seseorg..

    tp,skrg ni..
    sume dh berubah..
    tp sy xkn lupa nsihat dia yg ni..
    neway,thanz :)

    BalasPadam
  21. @4285600412730110065.0
    boleh aje kan?

    BalasPadam
  22. @4830100322082280984.0
    yakin boleh!!

    BalasPadam
  23. @7623153893506078310.0
    kena slalu!!

    BalasPadam
  24. @3634580351558716863.0
    entah la
    kamo kan pompuan

    BalasPadam
  25. @9087332681882797501.0
    kena slalu meminta padanya

    BalasPadam
  26. boleh pulak..
    member tgh kalut cari basikal, mintak mcm tuh..
    hahaha

    BalasPadam
  27. sweetnya nabi kita!!!!

    BalasPadam
  28. best best!! tp kn, mne u dpt artikel 2 kisah nie ea?? apepn,xsgka nabi kita romantik juga rupenye.. =)

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.