Rabu, 28 Oktober 2009

harga DUIT

si ayah merupakan seorang yang berjaya dalam hidupnya. memiliki empayar perniagaan yang cukup luas diserata dunia. kekayaan ini membuatkan dirinya merasakan bahagia dengan hidupnya. memiliki seorang anak berumur 7 tahun dan anak itu hanya mendapat kasih sayang seorang ayah disebabkan ibunya telah meninggal dunia ketika melahirkannya


satu sore yang malap


si anak merapati ayahnya. mahu bercakap dan bertanya tentang sesuatu. tahu yang ayahnya baru balik dari pejabat, memang jelas kelihatan ayahnya penat. umur setahun jagung itu hanya tahu ayah adalah seoarang yang patut di hormati dan di sayangi


'ayah...'


'ya, ada apa'


'aiman nak tanya ni'


'pasal apa?'


'pasal duit...'


'hahaha, kenapa pulak? kan ayah dah cukup kaya sekarang. tak payah la fikir pasal duit lagi. kecik-kecik tak elok fikir pasal duit'


si ayah merasakan begitu bangga akan dirinya


'gaji ayah sejam berapa ek?'


'bulan-bulan rm 90 000, kalau sehari, rm 3000, bahagi 24 jam... jadi maknanya kira kira rm 125 sejam. macam ayah duduk begini pun ayah dapat rm 125 sejam. kenapa tanya?'


'aiman nak rm100 boleh?'


si ayah terus bertukar wajah. rupa-rupanya ada udang disebalik batu pertanyaan itu. dengan campur pebat, nadanya terus berubah


'aiman nak buat apa ha? ooo, tanya ayah macam macam, rupa-rupanya nak beli alat mainan ya? dah banyak ayah beli mainan kat aiman, tak cukup lagi ke? ayah penat kerja hari-hari mahu besarkan aiman, bagi aiman makan, bagi aiman kemewahan, aiman senang-senang nak minta duit nak beli mainan? dah dah, pergi tidur. ayah takkan bagi!'



si anak terus berlalu ke bilik tidurnya tanpa sebarang kata


si ayah mula berfikir dan merasai dirinya melakukan kesilapan. tak sepatutnya dimarahi anaknya yang kecil itu. mungkin ada hal mustahak inginkan duit. tapi, apa benda yang mustahak sangat sampaikan mahu rm 100 darinya?


si ayah terus ke bilik anaknya


'dah tidur?'


'belum...'


'ayah minta maaf ya, nah rm 100 ayah bagi. jangan merajuk ek.'


'aiman sayang ayah!!!'


si anak bawa duit ke tabungnya. si ayah hanya memerhati. dilihatnya ada beberapa keping kertas duit anaknya pegang. si ayah jadi bengang kembali. anaknya yang berusia 7 tahun tu nak buat apa dengan duit yang banyak tu?


'itu banyak duit. napa aiman mintak dengan ayah lagi? nak buat apa ni?'


'ni ada rm 25 ringgit. campo dengan ayah bagi rm 100, cukup rm 125. boleh tak ayah luangkan masa dengan aiman sejam? kita makan malam sama-sama. aiman bayar gaji ayah sejam. ok?'



~~~~~



cerita atas idea asal dari email. ubah jadi melayu dengan guna bahasa sendiri. memang terasa juga kadang-kadang diri ni begitu lupa akan benda yang jauh lebih penting dari duit, walhal jauh dari penting dari segala-galanya. bagus jugak boleh ingatkan diri yang alpa ni.


terbaca jugak satu input yang menarik mengenai masa, kekuatan dan duit lawan umur. ishh, nak terang ikut ayat ni jadi tak paham, kita buat ikut perenggang


~duit~


~kekuatan~


~masa~



remaja
ada - masa, kekuatan
takde - duit


dewasa
ada - duit, kekuatan
takde - masa


tua
ada - masa, duit
takde - kekuatan



betul jugak idea ni, baru perasaan. bijak yang menemukannya. kan kan? sapa setuju angkat tangan!! sekarang ni aku syukur sangat sebab aku ada masa, kekuatan dan duit. ooopppss, bukan aku saja ok, kebanyakan yang belajar di oversea memang cukup kerajaan bagi duit. takde alasan takde duit. sejauh mana belanja tu, kena ukur sendiri la. bagi aku, memang dah terlebih-lebih cukup


tengokkan pula dengan duit yang dapat (mara bagi 650 pound sebulan, thank you mara!) memang besar tanggungjawab yang dipikul. cuma tergerak hati menulis entry mengenai duit ni bila melihat ada kawan-kawan yang lain begitu alpa dengan dunia sendiri. begitu tidak mahu memberi. hanya suka menerima... sumbangan? seciput pun mungkin tiada


sigh~~


kalau rakan dari sheffield yang baca ni, please la, buat la sesuatu yang menyumbang. banyak benda yang kita boleh dapat dengan belajar di negara orang ni. banyak benda yang boleh kita lakukan untuk menyumbang kepada orang ramai. perkara pokok kena ingat, kita belajar kat sini bukan atas result kita, tapi ketentuan dari allah. cuba fikirkan KENAPA dan MENGAPA allah pilih kita. bukannya ah chong dan padayappa. buat yang terbaik untuk agama, bangsa dan untuk diri sendiri. konpem takkan menyesal di kemudian hari.



JOM MENYUMBANG!!!!



psss...bangga dengan kebanyakan senior dari sini yang begitu kuat dalam aktiviti menyumbang ni. tabik springg kat korang!!



nota kaki : pernah dengar dari 'sumbody' yang saidina uthman (jutawan islam) akan belanjakan semua untung perniagaannya pada hari itu selewat-lewatnya petang itu jugak untuk jalan allah. AKU? nak bagi 10 pound kat masjid tiap2 minggu pun berat...

44 ulasan:

  1. kalu yg nyanyi sumbang cam mane la ye..

    BalasPadam
  2. kalau semua org kembali kepada fitrah, kembali kepada tanggungjawap dengan betul........ betullah kehidupan.

    semua org..bukan sebahagian-sebahagian...

    BalasPadam
  3. wuu ceritqa tuh sgt2 mnsentuh prasaan...seb bek bukan ayh aku huu

    BalasPadam
  4. malu si ncik ayah...anak nk luang masa ngan ayah pon kene byar gaji..ish2

    BalasPadam
  5. cite yg mendalam.
    buat bakal2 sang ayah...

    BalasPadam
  6. joe..
    menyentuh sanubari tol crita tuh..
    pandai kau olah dlm bm..
    smp message menyentuh hati pembaca.
    thanx joe utk entry ni..
    mengingatkan aku jugak..

    BalasPadam
  7. ade sape2 nk menyumbang 1k untuk sejam masaku? ku sanggup berikan, percuma 5 mins awal utk ice-breaking hehehe

    BalasPadam
  8. aku sedang mencuba menjadi pemurah.

    BalasPadam
  9. saye sedang angkat tangan..!!!

    aiman itu betul2 tak kesah.. -_-"

    BalasPadam
  10. mme mkan dlam citer2 cm ne..tsentuh..aduh..haha

    BalasPadam
  11. mesej drp cerita tu sgt mendalam..tapi kan , ngelat la mintak duit kat ayah dia sampai lagi seratus..pastu kononnya nak beli masa ayah..huhu..

    BalasPadam
  12. aku cuba bersedekah kala aku tidak berduit

    BalasPadam
  13. bederau darah aku kejap..sbb along aku penah bt cm nih kat abah aku dulu...tp xde ler byk cm tuh diew mintak kat abah aku die mntak 70jer...kes diew sbb nk suh abah aku ajar diew math mase die form 1...xde ler kecik sgt kakak aku time tuh...

    huhu...aku tahu pon mak aku yg citer balik...sbb aku kn xduk gn mak abah aku..aku duk gn nenek..mane nk tahu pon..mak aku citew smbil genang2 airmate..
    last sx diew ckp.."mak gn abah bkn nk abaikan korg..kami kua cr wit tuk kamu seme jgk..." huhuh..

    BalasPadam
  14. aku dah bace bape ratus kali daa cter ni tp still besh..bisan mengalirkan air mata doo(bukan aku =P)

    BalasPadam
  15. bro joe:0
    I SUKE CITE NIE:)
    SAYU DAN SENTAP KE TANGKAI HATI:)

    BalasPadam
  16. duit leh wat org gmbra
    duit leh wat org suka
    duit leh wat org bahagia
    tp duit gak leh wat org alpa

    BalasPadam
  17. penah dpt email ni....suka citer ni..tp, org yg kaye tu gaknye x sempat pn nk baca email gini kan..huhu...

    BalasPadam
  18. selagi ade kekuatan, selagi tuh mse digunakn utk mencari duit.

    BalasPadam
  19. ...en joe yg kaya2, nnt dah kerja nak jd millionare ker, billionare ker, nnt jgn wat camtu kat anak kamu...ingat cerita ni sampai bila2...=p

    BalasPadam
  20. Semalam makan kat kedai mamak.. Ade pemuzik jalanan nyanyi lagu Kau Ilhamku.. Ku suke lalu ku sumbang sdikit sumbangan.. Rasa sronok.. Heehee.. Mnyumbang gak ke tu??? ;)

    BalasPadam
  21. ya benar duit tak boleh beli segalanya...tp zaman sekarang segalanya memerlukan duit..huhu duit duit..dimana kau duit...:)

    BalasPadam
  22. yeah... esk last paper!!
    so, nk lyn blog kejap. :p

    yup2.. angkat tgn gak. x trfikir lak pasal equation remaja, dewasa n tua.. haish.. muhasabah diri.

    BalasPadam
  23. nk btau gak kt sape yg further kt sheffield tu cpt2 blk bwk phd..jgn dok leka je..kekekek..dah bpe taun pg x blk2 nih..isk isk..

    BalasPadam
  24. susahnye nak reply komen semua
    sape tau camne nak buat disqus??

    BalasPadam
  25. Wat laa sistem komen yg kamoo leh reply after each of their comment.. Hehehehe.. ;p

    ~ tak pun, ape kate, kamu wat forum jek laa camni.. heehee..

    BalasPadam
  26. ish..mood insap jap..kitorg kat uitm mara bg 700 je sebulan..ckop2 la blnje..tp bulan 9 dlu ntah pe mistake, mara bg 9700..tlbey 9000 tu..n aku tak sumbang pape pun..bzirkan utk dri sndri..

    BalasPadam
  27. cte ni byk version ek?? hu3

    tp stil best ntok di baca..

    lalalalala~

    BalasPadam
  28. salam,
    hehe, sj nak komen,aku da xda keja lpas abis keja ptg ni,aku xdala mnt nk baca blog ko sbb aku lbh mnt bc blog yg berinformasi,blog ko pn ada informasi yg menarik n bagus(kang ckp aku kritik ja padahal aku pn mls nk menulis n post entry =P),tp org rmh aku jdkan blog ko antara blog yg dia ska bkak,maybe tertarik dgn peraduan or sbb kena kenan sepupu dia kot(milimilo),cmne pn sbb terigt blog ko aku passing ym ko kat membe aku sbb dia g keja kat london xda membe yg blaja kat sna utk tlg papa(hilal,ko igt x??)wateve pun teruskan berblog n jdkan apa yg ko smpaikan bermanfaat utk diri ko,keluarga dan org len..salam perkenalan dari aku,jemput datang mesir,i'll treat you as my special guest =)

    BalasPadam
  29. Ade trbaca laa sumwhere about komen2 ni yg dorang wat mcm ala2 forum tu.. Tapi kene gune third party plugin.. Ku tak try lagi sbb nmpk agak susah.. Huhu..

    Cuba usha link ni.. ;)

    http://hurulaini.net/pengguna-blogspot-sila-kemaskini-sistem-komen-anda/

    BalasPadam
  30. joe baru umur berapa dah blh mulakan hidup...
    kita disebabkan 1 benda,terpaksa berhenti dan mulakan balik hidup.susah sgt joe.rasa mcm nak nangis je....
    ape blh buat...asalkan ada usaha....

    BalasPadam
  31. pernah baca pasal idea remaja dewasa nih tp lupe..pe yg pentng kash syg..duit bkn sgla2nya..

    bro,duit srtus..aki nk bt bnje bro mkn..haha

    bro,aku rase ko kna pakai discus komen..br gempak..komen kt cni banyak tp aku x guna pun bnda tu..hehe

    BalasPadam
  32. huhu...
    ak kalo ujong sem mule senak,,pokek sengkek hahaha

    p/s: tq sudi jejak blog ak..

    BalasPadam
  33. nanges dlu pastu berhenti n mulakan balik ;-)

    BalasPadam
  34. xreti nak buat camne la cik azizan..

    BalasPadam
  35. lebih byk kita memberi, lebih byk kita dapat, tapi dgn syarat ikhlas ^.^

    BalasPadam
  36. adakah ayah itu sesibuk PM?

    BalasPadam
  37. insap2
    pasni sumbang je apa yg ada

    BalasPadam
  38. ko dah daftar disqus.com belum?
    dalam tu ada panduan nak install

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.