Jumaat, 7 Ogos 2009

peluang kedua

ramai yang beranggapan peluang kedua adalah hanya untuk si gagal. si tak tahu mengenang erti peluang. si pemalas ambil peluang. dan banyak lagi si si yang lain


tapi sedarkah kita dengan peluang kedua, ramai yang telah berjaya. gagal sekali, dan kembali beraksi untuk kali kedua dengan lebih mantap dan bergaya. ini bukan auta, tapi fakta


yang beza


orang yang berjaya di dalam cubaan pertamanya, contoh dalam berbisnes akan lebih pesat dia membangun akan bisnesnya. lain pula hal yang berjaya dalam cubaan kedua, mungkin lambat sedikit tapi masih lagi berjaya.


bagi yang tak mahu menggunakan peluang kedua sebagai merebut kejayaan, mungkin orang seperti ini telah merasakan dirinya dari golongan yang gagal walhal semua layak diberi peluang kedua. tak kira siapa anda, peluang kedua mesti ada


dalam islam


allah yang maha pemurah lagi maha penyayang sememangnya selalu memberikan peluang kedua kepada hambanya. konsep taubah. kalau kita telah melakukan kesalahan dan ingin berhenti melakukannya, taubah adalah cara yang terbaik. indah kan agama kita ini


kalau tiada peluang kedua, kau buat silap kau masuk neraka, apa akan terjadi kepada kita? ku angkat tangan katakan ku tak mampu sebabnya selalu melakukan kesilapan dalam hidup. sebab itu konsep taubah ada dalam agama kita. memberi peluang kepada kita untuk introspeksi diri balik


hari ini


ramai bloggers yang bicarakan pasal detik 12.34.56, 07/08/09. pada 7 hb 8 tahun 2009, pada pukul 12.34 dan 56 saat. hanya satu detik dalam setahun.kali pertama ku baca entry ini di blog seorang rakan pada pukul 1 pagi semalam. rasa rugi jugak sebab tak tersempat nak menikmati detik itu.


2 kali


tapi jangan risau, detik itu berlaku lagi tadi. kalau semalam 12.34.56 pagi, 07/08/09, tadi 12.34.56 tengahari, 07/08/09. maknanya detik ini berlaku 2 kali tanpa kita sedari. yang tak sempat merasainya awal pagi tadi, boleh merasainya tengahari tadi. kan itu dinamakan peluang kedua bagi kita. kan?


dan jangan risau, tiada yang istimewa yang berlaku pada detik itu, bukannya pada waktu itu mustajab doa ke apa, cuma berlaku 2 kali dalam seumur hidup. jadi jangan ketuk-ketuk kepala sebab kenapala tak perasan akan detik ini


tiada peluang kedua


bagi yang boleh merasai peluang kedua, sudah tentu peluang ini digunakan dengan sebaiknya. tapi ingat, ada satu benda yang tiada peluang kedua.


MATI


kita tak boleh nak patah balik ke dunia setelah kita mati. kalau amal tak de banyak, tak boleh nak patah balik dengan katakan ku mahu hidup dan beramal kepada mu ya tuhan. tiada benda mengarut macam tu!


apa tindakan kita kalau ketahui benda ini? tambahlah amal selagi boleh. konsep amal ini bukan tertakluk beribadah kepada allah di tikar sembahyang, puasa sahaja, tapi semua perkara kita lakukan hanya untuk mendapat keredhaannya.


berblog??
hanya kerana allah

makan?
hanya kerana allah

minum
hanya kerana allah

tidur
hanya kerana allah


dan banyak lagi perkara dibuat kerana allah. jadi, macam mana sekarang? buat segala perkara, JUST FOR HIM


nota kaki : tersengeh sorang2 baca satu blog ni, xnak bagi link nanti tuan dia marah..


27 ulasan:

  1. PUNYA LA BYK AKU TEMPEK GAMBO BABY ADAMANAK BUAH AKU MUKO SI JEKI CHAN KO KATE CHUMEL...KOT KO KJATE AKU BEST GAK KAN..EKEKEKEKEEK...SLAAM DUDE...KO NAKKUWOSS KER..AKUTGK KO TAK GUMUKS PUN

    BalasPadam
  2. malam semalam aku dah tido..

    tengahari tadi aku tgh makan sup ayam..haha

    kire aku tetap mnghargai detik2 tu kn?hehe

    BalasPadam
  3. wondering about: 12.34.56, 07/08/09...Allah sentiasa menerima taubat umatnya selagi nyawa masih belum d hujung halkum

    BalasPadam
  4. hai, joe, tumpang lalu, meriahnye blog, pandai awak wat.

    BalasPadam
  5. peluang kedua untuk kita lebih menghargai..lebih mengenal situasi..mungkin akan lebih berjaya..

    ..semuanya kerana Allah

    BalasPadam
  6. blog kerana allah?
    huhu..

    *aku nk kne dalami ilmu lg*

    BalasPadam
  7. puk0l 10.11 minit 12 saat mlm ni p0n b0leh kan...

    BalasPadam
  8. hurm..ya..mati saja sekali...

    BalasPadam
  9. seglanya kerana Allah.
    idop mati krn DIA :D
    moge kite sume diberkati

    BalasPadam
  10. saya pun ada baca sal nie semalam tapi xamik pusing ar..
    perkara biasa jak..
    hehe...
    tapi yg amaze ialah sebenarnya ia berlaku 2 kali bukan sekali spt yg LOL baca.
    thanks sharing ok..
    bijak sungguh Joe!

    BalasPadam
  11. joe.. kekadang aku bc blog ko ni.. tak faham aper yg ko nak sampaikan.. hahaha.. pening den nak fahamkan.. by the way.. mungkin aku pening pasal nak siapkan dissertation aku ni.. warghhh.. biler la nak siap ni..

    BalasPadam
  12. aku punnotice yg kali tghari tu...

    hurmm btw, aku xpnh fikir yg peluang kedua tu adalah utk org yg kalah/tewas..=)

    BalasPadam
  13. setelah berpk dengan serius selama 2 minute baru dapat apekah 12.34.56, 07/08/09...tahniah2 to myself..lampi btoi..huh

    BalasPadam
  14. taubat.tak bermakna kita boleh mengulangi dengan sengaja dosadosa yang kita telah perbuat.tapi kalau ter.sebab tu ada taubat.

    BalasPadam
  15. kekdg kalo kita dah terlepas peluang pertama..yg kali kedua kita lebih hargainya

    BalasPadam
  16. macam lagu situ la plk tiada peluang kedua..hehe

    BalasPadam
  17. huh~
    Saat special.

    Setiap masa kita hidup adalah kerana Allah.

    BalasPadam
  18. macam mana puteh leh terlepas pasal detik ni?
    arini baru tau.
    hehe.

    semua manusia pasti merasai peluang kedua.
    bila ada pengapalaman pertama,
    kita mencari lebih kesempurnaan untuk yg keduanya.

    link apa yg sronok itu?
    ingin tersengeh juga ni.
    ghee~

    BalasPadam
  19. btol2..kalo x sempat nak tgk date yg tgh hari..tgk yg pagi dan sebaliknya..

    kalo mati..xkan hidup semula dah~

    BalasPadam
  20. Hi, nak kongsi sesuatu.

    Klik sini untuk membaca kisah En.Azizan4444 dari tinsusu87.blogspot.com

    Seorang blogger yang menyedihkan.

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.